Monday, 31 March 2014

budak programming yang buta IT

Assalamualaikum
apa khabar manusia sekalian alam? aku disini masih sakit tekak. air takdak. malasnya nak mandi bila air takda. ce cita. tengok tajuk. menda apanya. memang diakui aku nie buta IT sebenarnya. aku tau guna yang benda yang basic ada dalam kehidupan kita je. yang lain aku memang tau lepas belajar. yang aku belajar je la yang aku tau. yang lain memang aku tidak tau. haha.

lucu bila mengenangkan bila kawan ada masalah laptop, dorang tanya aku kenapa. aku akan tanya SIMPTON2 laptop dorang cemana. kalau aku taktau memang aku jawab taktau. muahaha. kalau takat masalah kecik boleh la. nak format laptop pun aku masih bengap lagi.

aku tabik spring la ngan dia *wewit aku*. dia belajar sendiri. dia belajar ngan google. lelaki memang cepat belajar secara manual.*dari kajian aku la* cewahhh. hehe. kekadang aku rasa aku 'termasuk' dalam bidang IT nie sebab dia. sebelum aku belajar bidang nie. dia la yang banyak memperkenalkan aku dengan benda dalam laptop. hahaha. seriousss dia pandai walaupun belajar sendiri kat rumah ngadap laptop rujuk uncle gogel. aku?? pathetic TT__TT

aku nak belajar betui2. waaaa~


guna camera360. cantik jugak. muahaha 

kamera semakpong lenovo a656 aku tu 5 megapixel. boleh tahan gak la.


ilal liqa'


Saturday, 29 March 2014

final exammmeesssss

Assalamualaikum
aku dengan jerawat besar gedabak kat hidung ingin menyatakan bahawa final exam tidak lama lagi. annoying sangat la jerawat aku nie. dah tu pulak tekak aku sakit gilerr la. amboihh. mungkin sebab asap2 sebab hutan sebelah kolej kediaman pelajar perempuan nie ada yang terbakar. hmm. kalau keluar dari bilik. semerbak la bau asap tu. dengan catuan air lagi. dugaan dugaan. jadi kita belajar bersabar banyak2 masa dugaan gini.

final exam dah dekat. apakah usaha anda??

aku nak study la masa study week nie. tapi ramai je bebudak yang aku tengok nak balik rumah. aku? aku taknak balik. sebab aku tau kalau aku kat rumah. mood nak study terbang tergantung diudara je. takda usaha nak study kat rumah. memula aku memang nak cerita pasal final exam je. tapi mood menaip rajin kita pergi ke cerita seterusnya.

squash club.
hari tu, malam rabu. kelab skuasy anjurkan pertandingan skuasy. aku nak join main takpandai. jadi sebagai ajk aku jadi marker *bukan marker pen tuuu!!*. marker pencatat markah atau point yang pemain dapat. aku tengok dorang main macam best je kan. kalau pandai memang la best. tapi jenis budak yang kureeennggg aktif macam aku main skuasy macam apaaa daa. aku pandai main badminton je. muahaha. :3

so aku nak study banyak2. muahaha. tengah melawan godaan menonton cerita korea. my love from another star lagi belum tengok. belum start tengok lagi. muahahaha. cerita korea yang aku dah habis tengok The Heirs ngan To the beautiful you. both drama memang menarik dan aku puas hati. *macam review drama lak aku nie kan.

wewit. siapa ituuu?? :3



ilal liqa'

Tuesday, 25 March 2014

alkisah minggu lepas

Assalamualaikum
minggu lepas hari jumaat 22 haribulan 3 aku balik rumah lagi. muahaha. macam tiap minggu je aku balik. hahaa. tak lama lagi final exam. macam best je. heee. nak final exam. tapi mood nak study entahla terbang ke mana. okay2. back to main topic kita hari nie. minggu lepas banyak jugak benda terjadi. *macam suspen je*


aku taip panjang2 dah tadi. tapi sebab line terputus terpaksa tulis balikkkkkk waaaa TT__TT


aku dah beli semakpong. yey. aku dah ada semakpong. alhamdulillah atas rezeki ini ya ALLAH. semakpong aku nie nama lenovo a656. tapi ada la orang tu yang pepandai bagi nama lebono atau bono2. hahaha~ sampai bapak aku pun sebut lebono gak. aku beli semakpong secara online. muahaha.

taddaaaaa~ this is my semakpong. nice doee. 
tooooo big. but i loiikkee. 


nie screenshot dia lepas aku install Dodol Launcher. Alkisah masa sepupu aku yang rekomenkan dodol launcher nie, kemain aku gelakkan dia sebabkan perkataan dodol tu. muahaha. yup, memang pun DODOL. hehe :3


aku dah ada INSTAGRAM yaww. 
cayalah mak. wechat ada. tapi rahsia. :3

follo la newbie INSTA nie ye. :)
instagram : @BudakVanilla


and next story,
aku my lil sista yang baru dapat result spm hari tu, and cousins pergi outing. makan kfc, jenjalan tanpa tujuan. *jangan amalkan* aku ingat nak belanjakan baucer buku masa tu. hahaha~. tapi kitorang cuma jenjalan dan snap some pic.

sebagai tuan blog. aku letak gambar aku je kat sini. heeee~

pastu, kitorang pergi easy drink easy go. most of them choose Chocolate Crunchy Milk Tea. aku pilih Taro Milk Tea *yam or keladi kot*. untuk adik aku, aku order Chocolate Crunchy Milk Tea. heee. kitorang minum pun share2 der.

dan malam tu pulak aku keluar dengan family pergi ke popular untuk belanjakan baucer buku. rm150 habis. muahaha. rm100 untuk buku dan rm50 untuk alat tulis semua. nanti kalau ada masa aku update buku apa yang aku beli. amazingly, aku tak beli novel. :3


sampai sini saja dulu.
TAKZIAH diucapkan kepada family penumpang MH370. :'(

ilal liqa'






Wednesday, 19 March 2014

ALKISAH baucar buku 1 malaysia BB1M

Assalamualaikum.
alhamdulillah rezeki. dapat baucer buku. muahaha. rasa macam nak borong kedai buku je. ada apa2 cadangan untuk beli buku ape? kengkawan semua cerita nak memborong makanan dekat suatu tempat. mentang2 la kat situ boleh guna baucer buku tu kan. so aku pun macam nak memborong jugak. tapi nak borong buku dengan alat tulis je la.

syukur sangat2 dengan nikmat yang ALLAH bagi. ALHAMDULILLAH. aku nak guna baucer buku nie untuk share2 ngan family jugak. tunggu balik rumah dulu. muahaha. sekarang baru bulan 3. due bulan 7 derr. agak2 apa bahan bacaan*skema cam tapir* yang bagus dibaca ye?

benda yang ada dalam senarai pembelian aku:
1. pendrive
2. alat tulis *12 sharpies, sketchbook, cute notebook* (muahahaha, semestinya)
3. buku ilmiah *islamik, motivasi*
4. buku berkaitan course aku sekarang *programming*
5. novel *novel JIWANG KARAT TANGKAP LELEH MELELEH AIR MATA* uppss terCAPS LOCK. hahaha. taknak la aku beli novel jiwang. nak beli novel islamik. 
6. pergi kedai buku bawak satu family and suruh dorang pilih satu buku or alat tulis and bayar guna baucer tu. hehe.
7. something else..... *banyak aku nak beli. macam tak cukup je baucer tu. hehehe. syukur la dengan apa yang ada. betol dok?*

SYUKUR ALHAMDULILLAH ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN ALLAH. semoga ALLAH memberkati sesiapa yang menyumbangkan baucer buku nie kepada student macam kami. disaat kami memerlukan duit. baucer datang. ALHAMDULILLAH. *puitis sungguh la ayat aku nie kan*

apepon terima kasih ya. 

ilal liqa'

Monday, 17 March 2014

borosnya

Assalamualaikum

aku rasa aku sekarang BOROS sangat. semua benda aku nak beli. napsu napsu napsu. gila la. macam mana nak berjimat nie? semua barang online aku nak beli. apatah lagi kalau ada baju yang murah2. mesti aku nak beli. apa la punya orang. macam mana la nak buang tabiat boros aku nie.

kalau takdak duit. bertempiaran la aku cari duit. aduhai. mak kata jangan membazir. so lepas nie aku taknak dah beli barang online. barang depan mata yang murah2 pun aku taknak beli. muahaha. :3

jimat la sikit wahai diriku. :'(
kalau nak beli barang mesti kira budget dulu. nak kumpul duit la. aku nie boros orangnya. hahaha. tapi sayang ngan duit yang makbapak bagi. gara2 selalu beli barang online adik2 gelar aku orang kaya. sedangkan aku boros gila. aku taknak membazir lagi!! TOBAT. kali nie aku akan kira perbelanjaan harian aku. inshaallah!

macam mana nak kahwin kalau boros sangat nie. *eh*



ilal liqa'





happy birthday mak!

Assalamualaikum
hari nie befday mak aku 17 mac 2014. hehe. tahun nie genap dah 45 tahun umur mak. :) semalam aku ada mesej mak. dalam nak dekat pukul satu jugak la. haha. sengaja wish tengah malam.

nie mesej yang aku sent kat mak. pastu mak balas "terima kasih, i love u 2' :)
sweet pulak mak aku nie kan. hehe. 


selamat hari jadi mak. semoga panjang umur dan murah rezeki. inshaallah. 
sayang mak sangat2. :)

ilal liqa'

Sunday, 16 March 2014

dinner with my love

Assalamualaikum
15032014 -saturday-
dinner with my love, family.
kitorang selalu makan luar tiap sabtu. *tak la setiap. ada masanya jugak*
dan kali nie makan sebab aku ada sekali. selalunya aku kat poli je. hehe. 

aku pilih laksa sarawak. kebetulan malam tu sarawak main bola. *main bola je? haha. bertanding la.* lawan sapa pun aku taktau. hehehe. lupa den. 

adik2 yang order nasi goreng ayam. *asal makan kat sini je order benda sama* tak bosan ke dik? :D

adik2 lagi. muahaha. paling kecik yang laki tu. menung ape tu? :3

mum and dad tersayang. :) 

tuan punya blog. awat buat muka macam tu? eksaited tengok match sarawak. bapak kat hujung tu pun tengah layan jugak. muahah. makanan dah habis tapi taknak balik sebab nak tunggu match habis. aissh. hahaha~ layankan aje. sarawak menang. yey. 

ALHAMDULILLAH. aku gembira dan kenyang malam nie.
syukur dengan nikmat yang diberikan ALLAH. :)

ilal liqa'



Saturday, 15 March 2014

im home

Assalamualaikum
semalam hari jumaat. aku balik rumah. esok aku balik poli. hee. rindu dengan rumah. paling best mak akhirnya beli mesin basuh. tak la sakit tangan lagi bila nak cuci baju kan. rasa macam sekejap je masa berlalu. memang sekejap je pun.

dalam 3 minggu lagi dah nak final exam. tapi macam lek je. haha. mentally sakit tau. sakit tekak aku macam taknak hilang je. kerap kali pecah suara bila bercakap. apa kes nie?

then,
drama korea THE HEIRS nak habis dah aku tengok. mood melayan drama korea je sekarang. hahaha. aku ingat lagi. masa nak dekat final exam sem lepas aku layan secret garden. drama korea aku layan. tapi drama melayu?? aku tak layan sangat sebab dapat agak ending dia. typical la kan.

esok balik poli lagi. hmmmmmmmm. *panjang pulak hmm aku*



ilal liqa'





Wednesday, 12 March 2014

marah

Assalamualaikum and peace upon to you.

today i feel a bit weird. hahaha. donno why. maybe people around me gone weird. my feeling or mood are influence by the mood of people around me. but not really *coz i am 24 happy go lucky person*. muahaha. sometime when i get angry, sad or having a bad mood. i trying hard to endure that bad feelings and be happy. patient is everything when i have a bad mood.


okay stop speaking. hahahaha~ otak makin pening pulak bila fikir macam2. jadi pegangan aku bila aku marah atau sedih? macam mana nak tahan marah? cara aku, istighfar banyak2. tanam sifat sabar. jangan mengeluh. *padahal aku selalu je mengeluh kan?* bersangka baik. kalau kau marah ada lagi yang lebih marah tapi mereka sabar. mereka dapat sabar. kenapa kau tak boleh? mesti boleh punya la! :)

live today as u will die tommorrow.

hidup hari nie macam kau akan mati esok.
pastu : 
banyak beribadah kepada ALLAH.
banyak lakukan kebaikan pada orang2.
bersabar banyak-banyak.
layan semua orang dengan baik. jangan sakitkan hati mereka.
ceriakan hari kita dengan perkara yang baik walaupun hati sedih.
menghargai semua orang disekeliling kita. ibu bapa adik beradik
menghargai ciptaan ALLAH *alam sekitar*
bersyukur dengan apa yang ada.
tabah dengan segala dugaan.
maafkan segala salah orang yang dorang buat kat kita.
bersangka baik. 
percaya bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

serious aku kata. bila aku rasa semua orang di sekeliling aku akan mati dan aku jugak mungkin akan mati esok atau lusa atau bila2 je. aku cuba hargai dan jaga hati semua orang disekeliling aku. aku taknak buat mereka sakit hati, terasa hati atau sebagainya. walaupun kekadang ada jugak gurauan aku yang takdapat diterima atau terlepas bicara yang menyakitkan hati, aku mintak maaf. aku cuba elak tunjukkan mood aku yang tak elok tu. aku cuba untuk senyum dan ketawa walau macam mana sakit dan marah aku rasa. tapi DIAM LEBIH BAIK. sebab tu la aku suka duduk diam2. haha~

aku tak suka marah.
dan aku tak suka tengok orang marah.

ilal liqa'

Monday, 10 March 2014

buzy+stress

Assalamualaikum.
semenjak nie aku rasa buzy pulak. stress sebab programming. terus terang aku cakap subjek yang paling stress aku rasa adalah programming. kenapa? sebab aku stressss. hahaha. stress tahap gaban sampai kena selsema dan sakit tekak. pening pun jadi satu hal. aduhaaiii.

 
STRESS MAKKKK!!!!!!!!!!!!!

ya ALLAH permudahkanlah urusanku :'(

ilal liqa'


Sunday, 9 March 2014

MH370

Assalamualaikum.
seluruh malaysia gempar dengan berita menyedihkan nie. banyak la spekulasi yang aku baca. entah nak percaya ke tidak. WALLAHUALAM.

ada jugak yang dok bergurau dengan benda serius yang melibatkan nyawa orang nie.  ASTAGHFIRULLAHALAZIM. bayangkan la kalau orang yang kau sayang ada dalam pesawat tu. apa kau rasa? benda serius jangan la bawak bergurau. sedih lagi bila dikaitkan dengan politik. apa kes? semua ini ketentuan ALLAH. doa senjata orang mukmin. jadi, doa la banyak2.

 

DOA SENJATA ORANG MUKMIN, DOA BOLEH UBAH TAKDIR.
ALLAHUAKHBAR!

daripada jadi keyboard warrior di FB,
lebih baik berdiam diri. 

ilal liqa'


Thursday, 6 March 2014

We Unite For Islam WUFI *part 1*

Assalamualaikum.
kat entri sebelum nie aku kan ada cerita yang pada jumaat lepas pada 28 feb 2014 hingga 2 mac 2014. aku join wufi. cerita dia cenggini. muahaha. tak perlu mukadimah panjang lebar.


28 Februari 2014 (Jumaat)

roomate aku aina, mintak 'tolong' aku ngan roomate aku yang sorang lagi tu, nena untuk join WUFI tu sebab tak cukup orang. pujuk punya pujuk jadi la si nena setuju then dia pun ajak aku. aku setuju je kalau dia setuju. muahaha. aku ikut je. :3

dalam pukul 2.30pm camtu, kat jabatan aku ada program iaitu sukaneka dan jogathon. weeehhhh, penat gilaaa mak. balik dalam pukul 4pm. aku sempat lagi online dengan selamber. belum packing apa semua sedangkan sebelum maghrib para peserta mesti sampai ke pusat islam untuk mendaftar.

dah dekat nak maghrib macam tu. aku baru start packing apa semua sambil call kengkawan n roomate yang jadi ajk untuk wufi tu dan tanya apa yang aku patut bawak. berapa helai baju? dan soalan yang kira penting tahap gaban jugak la. haha~ paling NAZAK SEDIH GILA SIOTTT, aku dengan roomate terchenta iaitu nena yang turut jadi bidan terjun BELUM LAGI MANDI pun masa tu. waaaa~ masa nak dekat maghrib. so packing2 tukar baju dan tak mandi. amekauuuuu, dah la aku baru lepas berpeluh apa semua. semua bau badan pun tersebar dengan indahnya. pastu packing semua terus la kami heret luggage pergi pusat islam. tapi, kawan suruh mandi je kat pusat islam. tapi rasanya pagi keesokan harinya baru kitorang mandi. hahaha~

so, kita pergi ke aktiviti malam tu selepas solat maghrib. :)
lepas solat maghrib muslimin muslimat pun makan asing2. muslimin satu tempat muslimat satu tempat. dan makan dalam satu dulang besar. makanan pun sodap mak. ikan goreng sambal. memang bab sambal2 nie faveret aku la. hahaha.

cer tengok ikan sambal tu. mengancam tak? huahua. 

abaikan muka roomate aku nena. hahaha. tengok dulang tu, hampir licin kami kerjakan. :3

aktiviti taaruf *berkenalan*

taaruf

present tentang group kami. :) bentuk tangan bersalam tu macam tak jadi je. haha~

lepas semua aktiviti selesai kami semua pun tido.
malam tu sejuk. aku tak bawak bantal, tak bawak selimut. 
berbantal beg yang untuk aku letak sejadah dengan telekung and berselimutkan cardigan yang aku pakai tu. 
kecian saya. hahaha :3

nanti sambung cerita. 

ilal liqa'





Monday, 3 March 2014

kemana BV menghilang?

Assalamualaikum
wah tajuk kemain. haha~ rasa lama je tak berupdate blog nie. kecian. tuannya bizi sekali ya sampek2 enggak bisa jaga belognya sendiri. *tetiba* sesiapa yang jadi stalker setia yang sering menunggu aku update entry seterusnya, thanks A LOT sebab jadikan Blog BudakVanilla ini sebagai bacaan korang. arigato gozaimas.

HAPPY MODE.
3. 3. 2014 *BudakVanilla's Birthday*
thanks mum n dad i love u so much.
thanks adik2 koz sudi mesej tengah malam dan wish.
thanks all my friends. :)

TERIMA KASIH sangat bagi yang ada bagi wish. semoga korang murah rezeki dan bahagia di samping family tersayang :) terharu sangat wooo~ *lap hingus*


so BACK to da main TOPIC.
aku menghilang pada hari jumaat, sabtu dan ahad sebab ikut program islamik iaitu WE UNITE FOR ISLAM (WUFI) anjuran JPI (pusat islam) di politeknik mukah. kami pergi ke IKM (institut kemahiran mara) bintulu. mengejar ilmu akhirat.

nanti aku sambung cerita. *biar panjang lebaq aku taip nanti*
nie cuma epilog saja. cewah. hahaah~

tag nama peserta. . :D

ilal liqa'