Tipikal Drama Melayu

Friday 29 November 2013

Assalamualaikum
semenjak dua menjak tiga menjak nie makin menjadi lak drama2 melayu adaptasi novel. aku entah la bagaimana aku tak seberapa minat dengan drama tu semua. bukan sombong, tapi asyik genre sama je. kahwin paksa, jatuh cinta dan happy ever after *la sangat kan* kalau dulu okay gak la. boleh diterima, tapi asyik drama cinta je. pening pulak aku tengok.

best lagi kalau baca novel. aku kureng suka sangat drama adaptasi novel nie. tapi cari la genre lain. kalau nak buat FILEM adaptasi novel. aku amat menggalakkan para penerbit FILEM diluar sana buat filem adaptasi dari novel2 Ramlee Awang Murshid. buat Ramlee Awang Murshid jadi pengarahnya. biar lain dari yang lain. bosan dah dengan kisah cinta. muahaha *la sangat :P* buat lagi cerita yang epik2 sikit. *macam cerita Merong Mahawangsa. heee*

tetapi kekadang aku jugak yang layan semua drama2 tu, sebab kat rumah aku bukannya ada siaran berbayar macam astro tu, kat rumah aku cuma ada tiga saluran atau channel je iaitu RTM1, RTM2, TV3. kekadang bukak tv je drama melayu la apa la. aku suka lagi tengok drama English atau US sebab aku rasa dari drama dorang aku dapat sikit ilmu dan lain dari yang lain. hehehe

contohnya cerita drama bersiri BLUE BLOOD yang ada kat RTM2, aku suka drama tu sebab menceritakan tentang seorang detektif homisid dan family dia, hampir semua dari family dia jadi polis kan. jadi nama cerita tu sesuai kot. dan lagi satu drama Hawaii Five O, aku pun kira minat drama nie, kes dia complicated dan buat penonton tertanya tanya. tak macam drama melayu, kebanyakkannya, aku boleh agak apa ending dia. tapi memang ada jugak sesetengah drama melayu yang memang best. :)

nie hawaii five O, aku minat drama nie sebab, aku suka drama pasal pembunuhan dan penyiasatan. hehe.

nie lak drama blue bloods, mengisahkan tentang keluarga polis dan peguam. perempuan tu peguam dan adik beradik dia semua polis, bapak polis, datuk polis. memang best cerita nie, ada jugak cerita tentang family selain kes penyiasatan. :)

drama yang baru2 nie aku tengok, best drama nie. menceritakan tentang doktor2 yang ditugaskan merawat tentera yang tercedera, memang best. 


aku rasa semua drama yang ada pengajaran dan ilmu memang best. bagi la support ngan drama tempatan, kalau tak macam mana malaysia nak maju kan. *Malaysia Boleh* heheheh. lain kali aku nak cerita tentang drama korea pulak. heee. sampai sini saja dulu entry aku kali nie. 

ilal liqa :)







8 comments

  1. Sekarang punya trend drama melayu memang kebanyakannya adaptasi

    ReplyDelete
  2. Banyak sangat dah adaptasi novel. Bosan pon ada juga. Hihihi. :D

    ReplyDelete
  3. Hehe kinda agree, how I wish Malaysia will produce more productive drama than just a simply blind love story and lawak unclever xD
    They need to try do make a film that are extraordinary like those, never watched of that yet, but I bet it is amazing :P

    ReplyDelete
  4. @Niena Reen mmg bosan gk kdg2 kn. .tp tgk jgk kdg2. .heee :3

    ReplyDelete
  5. saya pun setuju gak, sebab tu lebih suka layan cerita inggeris yang macam perang2 tu..feel macam kita pulak yang pegang senapang..haha

    ReplyDelete
  6. miahahaha. walaupun drama melayu ni tipikal sangat sangat..
    ramai yg komplen tu jgak lah yg tengok.. hahha
    sebab mostly nak tahu ending dia je

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!