n a v i g a t e ---- a r o u n d


HOME ABOUT BV THINGS INSTAGRAM TWITTER MYANIME

Sunday, 11 February 2018

Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh

nak join giveaway lagi!


assalamualaikum dan salam sejahtera.

aku memang suka join giveaway sebenarnya. lagi2 syarat2 yang senang dan simple. so kali nie aku join satu giveaway by stnrsyfh. paling best, hadiah giveaway nie merupakan dua buah buku yang aku lama dah wishlist tapi belum dapat. hahahhaha (sebab selalu sold out).

seperti tajuk giveaway nie, dua buah buku tu adalah
Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan by Teme Abdullah

klik banner nie kalau nak join. cepat join. syarat2 senang sangat. 

may the luck be with me. hehehhee

end | 17 february 2018


sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah

Wednesday, 7 February 2018

january 2018 | mobile game and social media

finally, wrap up for january 2018. sebab tahun lepas aku berjaya buat summary/wrap up untuk setiap bulan. tahun nie pun aku nak buat benda yang sama. harap berjaya la cari sisi baik setiap bulan. hahahhaha. sebab bukan semua benda baik yang jadi kan. aku suka share benda baik. nak kekalkan post yang positif je. yang negatif tolak jauh2.

assalamualaikum dan salam sejahtera


bila bukak buku nota (so called journal), kemain banyak list goals dalam berblogging. contohnya nak sentiasa update blog. tup2 yang jadi, update seminggu sekali je. hahahhaha. nasib baik berupdate kan. tu pun banyak update benda tak berfaedah je la. plus merapu dan perkara random. lols. 

aku sekarang terjebak dengan satu game kat phone. beberapa bulan lepas, aku memang dah terjebak dengan game kat phone nie. tapi susah nak kekal. lols. mobile game paling lama aku main ialah HOTEL STORY (aku main game tu dari july 2017 to december 2017), genre arcade, dan main simple je. lama2 boring sebab basic game play dia cuma collect coins, updgrade hotel je. aku main setakat level 35 camtu kot. (lupa dah). sebenarnya aku suka genre arcade. pastu main game FASTAR (comel game nie, genre arcade jugak). lepas beberapa minggu uninstall sebab bosan. lol. pastu layan genre story games (otome games) JIMI KARE my quiet boyfriend dan in search of HARU best jugak layan game yang ada lain2 ending. lepas habis dah try semua ending. uninstall. dan banyak lagi mobile games yang aku install lepas tu uninstall. hahahaha

lepas beberapa minggu tanpa game dalam phone. aku bosan la. hahahhaa.

aku lama gila nak try game action RPG (role playing game). tapi sebab semua perlukan space yang besar. aku malas la nak install dalam phone takut lag. then, satu pagi (tengah malam), aku tekad la nak cari game RPG yang best2 dan BUKAN MAINSTREAM. terjumpa, yeahh. 


the alchemist code X phantom of the kill (POtK characters)

THE ALCHEMIST CODE (Mobile Strategy RPG)
aku install je walaupun pengetahuan pasal game nie zero. lama2, wahhh memang best game nie. dah la free kan. aku suka concept anime-like dan story pun boleh tahan. characters pun boleh kumpul dan evolve. ada event quest, arena dan multiplay. aku paling suka summon, sebab boleh dapat characters  (unit) baru. hahahhaha paling penting, game nie chillex2 je. paling best ada crossover dari game2 lain (boleh kumpul character dari game lain melalui quest). aku harap dorang akan buat crossover dengan anime lepas nie. lols.

kalau rajin, memang senang nak level up. aku main dalam 2 minggu gitu, sekarang dah level 50+ dan aku harap tak bosan la dengan game nie, sebab banyak benda boleh buat.

ok, enough pasal mobile game.

life update? nothing interesting.
rasanya aku sekarang lebih aktif kat instagram berbanding social media lain. facebook app aku dah uninstall, bukak sekejap pun nak tengok perkembangan kawan2. lols. twitter, tempat fangirling rasanya.

instagram,
aku nak buat feed yang menarik. tapi malas dah. hahahhaha. aku ada la update beberapa ig stories kalau bosan. kira paling aktif dah tu. 

finally aku jumpa balik lolipop fav aku zaman kanak2 dulu. yang ada pembalut kuning tu fav. aku takpernah tau perasa dia apa. rupanya perasa popcorn, patut la sedap. selalunya jumpa yang perasa buah-buahan tu kan. tapi barley mint dan popcorn nie la yang paling sedap! must try. serius. 

FAV

KDRAMA
korean odyssey - aku suka drama nie sebab comelnya lee seung gi. hahahhaha. lama gila tak tengok dia berlakon dalam drama. aku suka genre fantasy, memang layan la. aku boleh dikatakan peminat chinese movies/drama la masa kecik2 dulu. dan masa tu layan jugak movie2 dan drama pasal son wukong (journey to the west, monkey king). so, bila tengok kdrama nie dengan style korea siap jadi romantik komedi lagi, memang menarik sangat la bagi aku. nostalgia. setakat nie, kdrama nie je la yang aku layan. hahahhaha

aku cuba jugak nak tengok kdrama yang korang recommend kan. tengah usahakan nak download. hahahhaha


ANIME
serius banyak anime tahun nie yang best2. yang ditunggu2 oleh penggemar anime. awal tahun nie, aku paling suka anime SCHOOL BABYSITTER. omaigoshhh, comel sangat. sebelum tu, aku baca manga dia kat app. memang confirm tersenyum2 la baca. sebab comel sangat perangai baby2  >,,< anime baru ongoing yang aku layan macam overlord second season, nanatsu no taizai second season, sanrio danshi and more. lols.


SONGS
banyak sebenarnya. tapi beberapa minggu nie, aku makin kerap layan dua lagu nie. 

DEAN instagram (relatable sangat lagu nie dan aku suka lagu yang ada vibe slow r&b)

iKON love scenario (the beat! rasa ada happy2 sikit bila dengar lols)



okay, tu je la rasanya. 
benda fav korang pada bulan january pulak apa? :D


sekian, ilal liqa
see ya when i see ya lah.

Thursday, 25 January 2018

bila kemas rak buku

entah berapa kali aku cerita pasal buku dalam blog nie. tapi jarang gila dah nak buat review untuk buku2 yang aku dah baca. rasa nak buat review tu memang ada. tapi tu la, rasa 'passion' aku dah makin malap. entah kenapa. lepas tu kecoh la nak meroyan kat sosial media lain yang aku takdak idea dah nak menaip kat blog. hahahhahaa. 

kalau part merapu, tu memang banyak la nak cerita. lolssss.

assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas semua yang membaca.


berapa hari yang lepas, ada la mood aku rajin menyapu debu kat rak buku cenonet aku tu. tetiba mood rajin datang kan, bukan selalu. jadi, aku try la susun2 buku ikut fiksyen dan non fiksyen. rasa librarian sangat. hahhahaha

yang aku dapat, banyak buku belum aku habis baca sepenuhnya dan aku lupa isinya. nampak sangat kan betapa manusia nie mudah lupa *tetiba*. 

belek punya belek, sikit je rupanya buku yang aku ada. (so, layakkah aku digelar ulat buku?).
dan aku sedar, betapa sikitnya buku yang aku baca tahun lepas 2017. rasanya dapat dikira dengan sebelah tangan je kot (tak termasuk komik, manga). 

rasanya sekarang nampak la aku melekat ngan smartphone dan laptop. baca melalui skrin je. senang kan. tapi memang takdapat mengalahkan rasa pegang buku dan feeling hidu bau kertas. 

lepas tu, dapat tau, beberapa buku aku ada yang hilang tanpa kesan. entah siapa yang baca. harap buku tu dibaca dan bermanfaat untuk pembacanya. 

aku taktau dah apa aku nak cerita nie sebenarnya. hahahhahahhaa

tetiba bermain dalam kepala otak aku bagaimana wujudnya peribahasa "alang-alang penyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". 

ok, sebelum post nie dipenuhi dengan ke-merapu-an. eloklah aku berhenti setakat sini sahaja. 
kbye. 

sikit je buku2 aku rupanya. takpernah kira berapa. malas nak kira sebenarnya. 
siapa yang rajin kira buku yang dia ada. memang hebat la. 

korang lebih suka buku apa? (fiksyen atau non fiksyen)
dan buku jenis macam mana yang korang suka kumpul jadikan koleksi?


see ya when i see ya lah
ilal liqa'

Monday, 22 January 2018

updating my bloglist

I've been thinking a lot lately. i don't know what to update. i got a lot of lists but i don't know which i should do first. so as a procrastinator, i keep delaying everything. 

assalamualaikum and peace upon you


so, after looking for something to change on my blog, i want to update my blog list. 

anyone or any bloggers who want to exchange bloglist, feel free to drop your blog link in the comment box below.

please make sure to put my blog link on your blog list. 

benefit?
will frequently checks for your new updates
silently stalks and reads all your entries lol
will drop a comment if i feel i want to

ok bye.

see ya when i see ya lah
ilal liqa'

Thursday, 11 January 2018

december 2017 | stories x good things

apa yang aku buat pada bulan disember 2017? takbanyak benda pun aku rasa. kali nie, aku nak share benda baik yang terjadi. dan beberapa benda favourite aku pada bulan dua belas tahun dua ribu tujuh belas.

assalamualaikum dan salam sejahtera.

aku rasa bulan disember paling banyak aku keluar rumah dan drive sebab akhir tahun kan. (?)

kasut beli kat lazada. cantik dan comel walaupun harga bawah rm20. dalam rm16 kalau tak silap. postage free sebab beli lebih dari rm60. aku tolong kawan adik aku beli sebenarnya, sampai aku sendiri terjebak beli. hahahhaha susah rasanya kalau tak membeli bila bukak website shopping online pastu sale kaw2. 

tapi kekadang, sale tu nama je la lebih. tapi harga sama je macam biasa. sebab aku jenis survey barang berminggu2 sebelum beli. so, kena pilih betul2.

keluar ngan family. makan mee kari kat MarryBrown. terkejut haritu ternampak BURGER NASI LEMAK dan AISKRIM NASI LEMAK. nak try tapi takut menyesal. hahahhahhaa. apa je rasa AISKRIM NASI LEMAK tu ye? siapa dah try boleh la share macam mana rasa dia :D

keluar ngan sepupu2, makan mcD pulak. merasa jugak aku akhirnya burger prosperity nie. dulu teringin makan baru sekarang mencuba. hahhahaha. sedap burgernya, cuma sos lada hitam tu pedas la, sebab aku punya burger banjir sos lada hita. twister fries tu sedap. cepat je aku habiskan twister fries tu. chicken dah, nak try yang beef pulak lain kali  :)

hadiah giveaway dari NadiaIzzaty dah sampai. happy sangat dapat THE WHENEVER PLANNER dan buku tadabbur berserta fridge magnet LONDON yang comel. alhamdulillah rezeki akhir tahun. suka sangat planner pink tu. tetiba rasa sayang nak guna. hehehhee

last instagram post sebelum tahun baru. :D


SHOWS, MUSICS and more!


BLACK kdrama | bila sampai episode 10, aku rasa nak drop je tengok kdrama nie sebab macam pelik and aku tak berapa suka watak Ha Ram. tapi teruskan jugak sebab aku curious gila sebab hampir sepanjang drama 'where is the tape? where is the tape? TAPE EODISSEO?" lol. nasib baik tengok sampai habis. PLOT TWIST drama nie daebak la aku rasa. banyak gila plot twist yang buat aku macam rasa WHAT??! sampaikan last episode, last scene pun aku rasa macam plot twist (ingatkan dorang sambut halloween jadi orang tua. lolsss.) tapi based on komen kat kissasian, boleh terima sikit la ending dia. walaupun nak kata happy ending tak jugak, sad ending pun tak. decide la sendiri. sometimes, things are better left without answer.

ongoing kdrama yang aku layan Black Knight and I'm Not A Robot (recommend some ongoing kdrama yang korang rasa best!)

layan muzik macam biasa. cuma lately aku suka layan Samurai Champloo [Tribute Mix]. best layan lagu lofi hiphop mix bila buat kerja menaip blogpost.





tu je la kot nak cerita. lol
disember, bulan terakhir sebelum tahun baru korang pulak macam mana? chill enough? 
aku alhamdulillah, masih hidup bernyawa sihat. 


sekian
ilal liqa'
see ya when i see ya lah

Friday, 5 January 2018

bye 2017 welcome 2018

bye 2017 welcome 2018. banyak benda yang terjadi sepanjang 2017 ni tapi tak banyak yang terjadi pada aku. hahahha. what? seriously, my life so dull. sooooooooo soooooo dull. i try to polish it every month. pffttt.

assalamualaikum and peace upon you.


jujur aku kata. my 2017 bukanlah 'my year'. full of ups and downs and mostly downs. hahahhahaa. tapi alhamdulillah, setiap benda buruk terjadi, aku berusaha terima dengan baik (see the bright side). berusaha sebaik boleh tengok semua benda secara positif. tapi terus positif pun tak elok jugak. nanti jadi BUTA POSITIF. maksudnya, semua yang benda buruk terjadi akan dipositifkan tanpa had sehingga boleh buat diri kau 'downgraded'. negatif boleh la sikit2. wakakkaa. got what i actually means? takfaham sudah.

kalau belek2 carta kehidupan aku sepanjang 2017. the only achievement in the blog that i proud of is monthly summary yang aku buat setiap bulan.

JANUARY 2017 | STORIES X THROWBACK
FEBRUARY 2017 STORIES X FAVOURITE
MARCH 2017 | STORIES X SUMMARY
DECEMBER 2017 | ***COMING SOON*** entry otw. lol

congrats to myself. rajin update benda yang aku buat tiap bulan. hahhahahahha. so, aku takkan kupas tiap bulan macam tahun lepas. sebab semua aku dah cerita dalam setiap posts diatas. 

2017 BEST NINE πŸ“·
semua post pasal 2017 best nine kat instagram stories dan blog, aku pun ofcourse rajin nak menjebakkan diri ini. lol. follow la instagram aku kalau nak tengok insta stories yang merapu. hahahhahahha. ter'promote' diri puleks. 

azam tahun baru?
heret balik azam tahun lepas. hahahhaa nampak tak betapa sadisnya aku tahun lepas. sendu du du betul lah. tapi takpe, hidup mesti diteruskan. semoga tahun 2017 menjadi pengajaran terindah dalam hidup aku. belajar bagi diri sendiri peluang kedua. hidup cuma sekali, tapi walau rebah berkali-kali, bukan bermakna kau takkan kembali. cewahhhhhh. 

semoga tahun 2018 akan menjadi lebih baik bagi aku dan orang sekeliling aku. inshaALLAH. 
never EVER give up okay!! yeahhhhh~

SELAMAT TAHUN BARU 2018!!
meriah betul ambang 2018 kat perumahan family aku haritu, depan belakang kiri kanan main bunga api dalam 15 minit tak henti2. bukan senang nak nampak percikkan bunga api dari pangkal ke hujung bunga dia. excited giler. terima kasih jiran2 tetangga. hahahhaa

tahun baru korang pulak macam mana? dapat tak tengok bunga api? πŸŽ‡πŸŽ†

sekian,
ilal liqa'
see ya when i see ya lah.