Tuesday, 28 February 2017

february 2017 stories x favourite

Assalamualaikum
february adalah dimana aku kurang ada rasa nak berblogging. macam biasa aku bukak blog tiap hari tapi nak taip apa aku tau cuma entah la, feel makin kurang. hahahhahahah. rasanya design blog nie kena ubah sikit, supaya rajin sikit nak update blog. tapi taktau nak ubah celah mana. HAHHAHA

nie nak cerita la macam mana februari aku berlalu. tak la cerita sangat. cerita benda yang aku suka cukup la. happy la sikit kan. happy banyak sebenarnya. sebab bulan nie banyak kali poslaju datang rumah hantar barang. sebab aku banyak beli barang online. HAHAHHAHAHAHHAHA

abaikan eyebag sekilo.

bulan februari bermula dengan sebahagian warga di rumah demam, flu dan batuk2. aku antara yang kena tempiasnya, aku flu dan batuk2. lama dah rasa tak sakit macam tu. hahahahhaha. kifarah sangat rasanya. masa sakit macam tu la baru teringat betapa nikmatnya diberi kesihatan yang baik. alhamdulillah sekarang aku dah okay. aku sangat tidak suka makan ubat kecuali dah terasa sakitnya. so selalunya kalau batuk2 dan flu2 sikit, aku makan strepsils je gais. sebab strepsils untuk legakan batuk dan sore throat. wahahahha. typical

dua buku yang aku beli dalam bulan februari. aku dah decide yang aku akan beli atleast satu buku setiap bulan. harap termakbul la goal yang satu nie. sebagai tanda aku suka membaca dan membaca itu jambatan ilmu. wasehhhh. macam takpercaya aku menaip benda macam nie. wahahhaha.

ostrolia aku datang - aku dah habis baca. excited baca pengalaman L masa study kat adelaide, australia. baca buku nie macam baca blog/diari yang L taip/tulis sebab bahasa yang sempoi dan mudah diterima akal fikiran manusia macam aku. dan aku rasa L adalah seorang perempuan yang sangat cool.

sekolah bernama kehidupan - aku belum start baca lagi buku nie. tapi nampak dan baca tajuk je kita macam dah tau buku nie bukan pasal adiwira2 dan magis2. ini pasal kehidupan. lama dah aku tak angkat baca genre novel macam nie. tu la rasa sayang nak start baca. (dah pehal kan?)

so fav books of the month : ostrolia aku datang.

fav snacks of the month. lama dah aku tak merasa biskut teddy yang ada huruf S dan H tu. dan aku still masih ragu2 kenapa huruf H dan S? adakah bermaksud Hup Seng atau benda lain? you tell me. hahahhaa :D

dan aku jumpa my new fav chocolate. dars, don't worry, ada lambang halal jakim berserta nombor siri(?) kat belakang packaging tu. dan rasanya coklat nie jenama dari jepun kot. dan aku suka dark chocolate dan green tea tuuuuu. seriously. aku suka coklat yang ada rasa coklat, tak rasa milky sangat yang buat kau muak. rasa coklat ler (susah pulak nak explain). wahahahha. green tea tu pun okay, memang sedap bagi aku. (coklat mana yang taksedap wei?)

aku beli coklat untuk diri sendiri masa valentine day. dan sebenarnya aku takkisah pun pasal valentine day tu. cuma kenapa masa valentine day, coklat lebih menarik perhatian aku dari snacks yang lain. hahahhahaha. 

kimi no na wa manga, manga your name,
aku baru dapat nie pagi tadi. 28/2/2017. excitednya lahai. hahahhaha first time aku beli manga online nie.beli kat website gempakstarz, lebih feel kan, direct dari company dia. hahhahahaha. dan benda paling best adalah manga2 nie semua dalam english. aku selalu baca manga dalam english kat handphone dan tengok anime pun dengan subtitle english. dan aku selalu rasa baca manga dengan nama orang jepun dalam bahasa BM rasa pelik. entah kenapa. maybe it just me. XD yay!! im happy girl. serious aku excited, sebab aku takpernah lagi jumpa manga dalam english kat mana2 bookstores in my areaaaaaaa. so this gonna be my favourite haul of the month :D definitely will buy again from gempakstarz. 

ehem, br1m well spend. nak beli buku lagi. XD

and i received a letter from EIZZ
oh my, terharunyaaaaaaaaaaa. eizz adalah antara blogger yang lama aku kenal sejak ada blog nie. dan paling best, kitorang sama umur dan birthday pun dalam bulan march. thanks tauuuuuu sudi jadi pembaca blog BV. baca surat tu rasa terharu dan senyum macam orang terima surat chenta dan yeahhhh dapat stickers comel2 dan washi tapes, happy tak terkata hahahahhahhaa. please visit her okay. every little things i received from blogging world really make me happy. i'm grateful that i'm a blogger. :3

dan jugak, aku menang giveaway yang dianjurkan oleh CLAUDY. wahahhahahaha satu lagi benda buat aku happy tak terkata. bisa senyum sepanjang hari. πŸ’“


πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯


alhamdulillah, kali pertama aku dapat br1m. lulus dalam kelompok pertama. dapat dah pun. benda pertama aku beli, adalah manga2 tu la. hahahhahhaha. selebihnya ada plan lain. malas nak cerita. panjang berjela dah entri nie.

banyak sebenarnya aku nak cerita terutama pasal movies/anime/songs yang aku suka pada bulan february. tapi sampai sini saja la dulu. sebab cramp otak nanti baca banyak2 dalam satu entri. (ye ke?)

korang pulak macam mana? ada tak beli buku dalam bulan february yang fabulous nie?
dapat br1m tak? share la benda favourite korang pada bulan february :D


seeeeeeeeeee yaaaaa when i see ya lah :)

Sunday, 19 February 2017

first item that i bought from lazada

Assalamualaikum
i love online shopping to the point i want to buy everything online. hahhahaa kidding. for me, buying things online somehow more cheaper than buying at the physical stores (sometimes) if you know how to find good online shop la. i always compare the prices, shipping cost and etc. before i buy something online, i must do some 'investigation' about how good that online shop are, and read some of the feedback, reviews and more. i will always planned and checked one week or more before i decided to buy something from that online shop/website. 

okay let's get back to the main topic,
first item that i bought from lazada,
this is my first experience buying things from lazada website.
to be clear, this is not a sponsored post. (it is just because i want to write something so i have something to post in this blog. LOL)

tbh, this item is not even mine. hahahhaha. i just helped my sister (aien, 16yrs old) to buy it since i told her that it is cheaper to buy the item online and you will have more choices to choose. she believed me and gave me the money that she saved before to buy action camera via online. she also gave me the right to choose any action camera to buy depend on her budget. 

i respect her because she done a good job in saving money to buy the thing that she want. with the budget of rm140, i decided to check lazada website to find suitable action camera that fits to the budget. 

yeah, i choose this SJ7000 brand. before decided to buy, i watched a lots of reviews on youtube and read the feedback and review in the lazada website. it is quite a decent action camera with cheap price. so, checkout and done payment then wait for the item to arrived. my sister so excited as i am. HAHAHAHA

unboxing time! she choose the red colour and she totally love it. we don't have any experiences with action camera, so we just discover everything by ourself and check some guide. it is really exciting. seriously :D

pretty pretty red. we totally love it. the perk of having siblings is you can share something like this. hahahhaha


brand/model : SJ7000
price : rm139 (free shipping)
what do you get in the box : most of the accessories, charger, guide (not include SD card)

thing that i love about lazada are :
⚡ they send a message once the item is being shipped and you can track the item status on lazada website.
free shipping for selected items. i'm so happy to know that some items are free shipping even for sarawak. since shipping cost from SM to SS quite costly T^T, and having a free shipping is like a blessing in online shopping thingy. hahahhahaha atleast for me la kan.
fast process, after the payments (in the midnight), few hours later it been processed and a day later it ready to be shipped, got the tracking number. (respect the the seller for fast process!)

definitely will buy something again from lazada if i have a chance!
been eyeing some gadgets on lazada for ages. 

so, should i make a review about this action camera?
do you have any experiences shopping at lazada website?

see ya!


Thursday, 16 February 2017

setelah beberapa bulan bergelar 'P' driver

Assalamualaikum
dah beberapa bulan aku memegang lesen P untuk kereta. dan dalam beberapa bulan tersebut ada pelbagai pahit dan getir aku lalui sepanjang menjadi pemandu kereta. tak seberapa umum mengetahui yang aku jadi pemandu tak official untuk family. hantar adik2 aku sekolah tiap hari isnin hingga jumaat.


banyak benda aku nak cerita nie. bersedialah dengan popcorn ditangan dan mungkin sebotol air untuk mengelakkan dehidrasi lepas membaca post yang penuh ranjau ini. cewahhhh. hahahhaha kidding. tapi taksalah pun kalau korang nak buat. ayat nie saja sebagai pemenuh ruangan entry supaya tak kosong sangat. nampak sangat macam konspirasi penulis. ehem. 

okay. 

serius aku kata, bukan senang menjadi pemandu kereta manual. macam tak percaya, mula2 aku memandu dulu2 punya la bengap. rasa nak menangis jangan cerita la. banyak kali. banyak kali beb aku rasa nak menangis dalam kereta. masa tu beginner lagi. tiap pagi nak hantar adik sekolah kena bangun pukul 5 lebih. taknak lewat sebab kereta banyak. 


aku ingat lagi, naik bukit, kat satu kawasan perumahan awal pagi dalam pukul 5 nak hantar adik pergi sekolah, tengah naik bukit, kereta mati tengah jalan dan terundur kebelakang siap langgar divider/batu rendah tepi jalan (tayar je langgar, sebab divider pendek kan). nasib baik takdak kereta lain kat belakang. masa nie serius rasa nak menangis. tapi chill, i'm cool person. wuhuhuhuhuhuhu. kereta okay.

hon takpayah cerita la. banyak kali kena. kena hon sebab makan jalan orang. kena hon sebab lambat jalan kat traffic light dan simpang. kena hon sebab salah laluan kat traffic light (aku nak belok, tapi tersalah laluan kat tengah dahlah kereta paling depan, terpaksa berhenti siap kena hon berkali2 sebab tak jalan2). masa nie banyak kali dah aku rasa nak give up dalam driving. tapi kalau aku tak drive siapa nak hantar adik2 gi sekolah kan? dalam masa tersebut, aku tak berani nak drive jauh macam ke pasar ke apa, sebab kereta banyak dan aku tak berapa pasti laluan mana. takut menganggu laluan pulak kan.

pernah terlanggar apa2?
pernah. tak sengaja terlanggar pokok bonsai pakcik aku kat depan rumah dia masa nak reverse, masa tu tak berapa pandai reverse. nak pergi bahagian kanan, tetiba ke kiri, masa tu kat kiri ada pokok bonsai, mulanya tak kisah sebab ingat ada daun je kan so langgar je la daun2 tu, padahal ada batang sekali dan kemek lah sikit kereta bahagian kiri. hahahaha (sedih sikit hahaha nie)

sekarang, aku dah lebih berani sikit (still ada sikit tu kan. hahhahaa). aku dah boleh potong kereta lain. aku dah berani potong motosikal. sebab dulu aku takut nak potong motosikal. dia slow aku pun slow jugak. aku berani sikit nak pergi pasar yang banyak kereta. aku dah tak berapa kisah orang hon (tapi kena kisah jugak takut ada apa2 kan). 

walaupun dah okay sekarang. ada jugak benda yang tak beberapa okay aku hadapi. 
macam masa aku memotong di laluan kanan laju dalam 60-80, satu lori di laluan kiri nak memotong sama, siap adik aku kata dia boleh gelak lagi kat kitorang dan memotong tak bagi signal kat depan aku. geram la memang geram. tapi chillex je. itu hal dia. asal aku memandu dengan selamat.


dan laluan simpang yang kecik.
kat laluan simpang yang kecik, ada kereta nak masuk dan keluar. kereta nak keluar berhenti di simpang, kereta nak masuk susah sebab laluan kecik, tapi boleh je sebenarnya. aku selalu nervous kat bahagian nie sebab kalau nak belok lebih2 stereng kereta tu keras. hahahhahaha. so selalu bila aku nak belok mesti muka pemandu yang berhenti kat simpang tu nervous jugak sebab dekat sangat. hahahhaa. pernah sekali, aku pandu macam kelajuan biasa (50-60), hari hujan. so nak belok kat simpang, rasanya aku brek macam biasa cuma lambat la, berdecit tayar kooooo, hahahhaaha, nasib baik tak terlanggar kereta berhenti kat simpang tu. pengajarannya, kalau hari hujan, bawak kereta slow2, brek awal2 kalau nak brek. jangan rasa terer sangat dah kalau dah pandai bawak laju2 :D

aku cuba memandu secara berhemah. 
aku layan driver/rider di jalan raya seperti aku nak dilayan. saling hormat-menghormati. considerate. 

kalau ada driver yang lambat dijalan raya, aku okay je. maybe sebab dia beginner, sebab aku pun pernah jadi beginner jugak. masa tu berani bawak gear 3 je, tak lebih dari 40kms. tapi kalau lambat dijalan raya siap sekejap2 nak brek sebab nak main handphone, rasa geram jugak. tapi tu hak dia maybe ada sebab. asal dilaluan yang betul.


kalau ada kereta lambat di traffic light pun aku okay je, sebab maybe dia beginner, kereta mati2 tiba2 kat traffic light, aku pernah rasa. kalau lambat sangat lebih seminit, hon je, maybe dia tertidur atau taksedar. kekadang hon bukan marah, tapi nak tegur kan. aku pun sebenarnya tak berapa suka kena hon, tapi kekadang orang hon nie untuk mengingatkan. tapi kalau hon tanpa sebab tu tak guna namanya. hahahhaha. kekadang ada jugak yang tak sengaja kan. be positive. aku belum pernah lagi hon orang. teringin la jugak. hahhahahahhahahhaa

bagi semua yang baru memandu dan nak ambil lesen kereta. jangan give up ya. begitu jugak ngan aku sendiri. sebab aku masih rasa, bukan mudah nak jadi pemandu berhemah nie. T^T

bagi driver pakailah tali pinggang di seat anda bukan tali pinggang di pinggang sahaja. hahahhahahah (lame joke). dan rider, pakai helmet tu pakai betul2, ingatlah orang yang tersayang. 

aku masih lagi memegang lesen P. so kena memandu dengan berhati2 la. tak kira korang dah pegang lesen apa pun, kena la memandu berhati2. sebab kat jalan raya bukan hanya ada nyawa korang, tapi nyawa orang lain. 

sebelum apa2 baca bismillah dan doa semoga dipermudahkan segalanya. inshaALLAH :)
sekian saja dari pemandu berlesen P. 


so, korang driver/rider berlesen tak? 
memori sepanjang jadi driver/rider apa yang korang paling ingat? share ler. 

sekiaannnnnn~

Friday, 10 February 2017

terlupa atau sengaja?

Assalamualaikum,
siapa jenis mudah terlupa sesuatu? aku bukanlah jenis yang pelupa sangat. tapi aku mudah lupa sesuatu benda yang aku kurang ambil perhatian. contohnya laluan2 jalan2 dan sebagainya. banyak benda yang aku mudah lupa nie sebenarnya. selalu perkara remeh-temeh je la. 


benda yang paling aku selalu lupa ialah

bila blogwalking di blog2 blogger2 lain, aku mudah lupa samada AKU DAH KOMEN KE BELUM EH kat entri yang aku teringin nak bagi komen sebab rasanya komen tu dah bermain-main di kepala hotak,. paling2 bila blog yang ada komen moderation tu. hahhahahaha. konklusinya, aku tinggalkan blog tu dulu, lepas beberapa hari singgah balik, kalau komen aku tu keluar okay la, kalau belum tu. kena komen sekali lagi. HAHAHHAA :3

sama jugak bila nak membalas email dan mana2 message dari social media yang lain.
kekadang macam mimpi dah reply. check2 rupanya belum. maka terjadinya blue tick disitu. dan bila dah sedar terjadinya benda macam nie, rasa malas pulak nak balas. HAHAHA. sabar je la kan bagi yang menanti email dan dm2 dari aku. tapi kalau dah shopping online laju pulak nak berbalas ws XD

serius aku kata, kalau benda terlupa tu memang la tak sengaja kan. 
kekadang ada jugak SENGAJA dengan alasan terlupa. 
hahahhahaha buruk punya perangai kan. jangan diamalkan yehh, tak cool langsung perangai. wuhuhuhu

aku pernah terlupa yang memang betul2 lupa nak kunci-kan KERETA masa nak jenjalan kat mall. excited punya pasal. selepas sejam di situ baru teringat. wahahhaa. nasib baik kereta selamat. T^T


korang pulak bagaimana?
pernah ke buat2 terlupa padahal sengaja? (kerja atau esaimen contohnya)
atau pernah terlupa benda yang melibatkan harta berharga dan nyawa? 

see ya!

Tuesday, 7 February 2017

RANDOM | the kittens

Assalamualaikum
entah kenapa mood berblogging kebelakangan nie makin pudar. nak blogwalking pun malas walaupun aku bukannya ada buat apa2 pun. bukak blog rajin, tapi mood nak menaip something di blog semakin menipis. idea ada nak post, tapi nak berfikir sambil menaip tu makin kurang sikit. so, kali nie taknak cerita banyak, nak cerita sikit pasal anak2 kucing kat rumah yang lahir pada 9 januari hari tu.


yang suka ngan kucing memang geram la tengok kecomelan anak2 kucing nie kalau dah pandai berjalan apa semua. paling2 masa kecik2 macam nie. geram melampau-lampau. rasa nak picit sekor2. hahahhaha


ada tiga ekor. dah ada nama semua sebab dah ada orang punya. hahahha. orang punya dorang nie tak lain tak bukan, adik2 aku sendiri dan juga aku. nama diberi ao (aku punya) si hitam putih, chopper (adik lelaki punya) sebab konon nak ikut nama character one piece, dan mino (adik perempuan punya) sebab leeminho kot? hahahha 


walaupun kecik, tajam betul kuku dorang. aku kekadang main2 ngan si kecik2 nie, kena terkam, dan gigit jugak. walaupun takla sakit, tapi berbekas jugak tangan. yang halus2 sikit2 tu je la. tak sakit mana pun sebab aku kan kuat orangnya. HHAHAHA 

nah ada video si kittens nie.
geram betul. masa nie masih terkedek-kedek lagi jalan.
sekarang dah pandai berlari laju2 kejar kaki orang. 

siapa takut kucing?
dan siapa ada kucing, apa nama kucing korang?
(nak berkenalan. wehehe)

see ya!