Wednesday, 18 October 2017

makanan free memang sedap

makanan free memang sedap. apatah lagi bila orang belanja. hahhahha. makanan free yang sedap memang sedap. yang tak sedap pulak macam mana ye? eh. hahhahahah ewahhh bersyukur la ada makanan ye. makanan sedap satu nikmat. tak sedap diam je ye tak. okay nie nak share gambar makanan sedap2. wahahhaha

assalamualaikum and peace upon you.

jumaat lepas, my family keluar makan2. hahahhahaha k. bapak sedara (mom's bro) with his wife, cousins and nenek keluar bersama ajak kitorang makan. aku okay je orang ajak makan apatah lagi free yang orang belanja. wahahha. tapi sebenarnya aku malas nak keluar sebab aku ada benda nak buat. (tengok anime. dan malas drive walaupun kedai makan tu dekat hahahha). tapi sebab semua ikut keluar, takkan aku nak tinggal sesorang kat rumah ditemani kucing2 malam2 pulak tu. so, ikut laaaaa. best thing, bukan aku yang drive. LOL.

sebahagian makanan di order. my mum order laksa and little sis nisa pulak order nasi goreng ayam (dia memang selalu order nie kat memana kedai makan. hahahhaha). oh ya, nisa baru lepas pt3. rajin gila study tak macam aku dulu pemalas. hahahhaa

yang lain order macam2 jenis makanan. entah kenapa aku ingat every dish yang dorang order. tapi not gonna list here sebab kalau mention satu2 dan describes mesti terliur punya la.

bila orang belanja, aku rasa segan gila nak order makanan mahal2. (do you feel me? ke aku sorang je rasa macam nie?) bukan takut dorang tak mampu bayar ke apa kan, cuma courtesy gitu kot. walaupun dengan family sendiri dan kawan, segan nak order makanan mahal2 dan banyak2 walaupun dorang suruh order je apa2 kau nak. hahahhaa may ALLAH bless them. murah rezeki orang suka belanja orang lain nie. hehehhehe. belanja la selalu ye. eh. (tak malu pulak mintak belanja) lol. 

ayam penyet sambal lado? i guess(?) nie makcik aku yang order. sebab plating nampak unik dan cantik (kecuali sudu dan garfu tak match) aku ambik gambar la. hahahhahha. argghhhh gambar tak cantik pulak. ayam tu sedap sebab terasa rempah kat kulit ayam. makan cicah sos hitam tu sedap gilerr. aku sentiasa suka makanan yang ada sos and thick gravy.

makanan yang aku order. western gituhhh blackpepper meatball (ramly's brand as stated in the menu). harga rm10.50 (mahal jugak kan, ke murah aku takpernah makan meatball hahahhahahha). sebab takut takhabis aku share ngan mak. tapi at the end, aku yang habiskan semua sebab mak ada laksa sarawak. wahhahaha. sos lada hitam tu biasa2 je rasanya tapi suka after taste pedas2 lada, walaupun nie first time aku makan meatball sos lada hitam, okay la sedap jugak, rasa nak makan lagi. 

yang bestnya kat kedai makan nie ada macam2 menu, western ada, malay style pun ada. kat luar ada stall burger dan ayam panggang. pernah je cerita pasal kedai makan nie kat blog <HERE> antara my current fav kedai makan di sibu. sebab suasana pun not bad. hehehhee

nice foods make me happy. free foods make me super happy. wahhahaha. siapa je yang tak happy makan makanan sedap2? salah satu nikmat dunia yang mampu kita rasa. alhamdulillah kan.

πŸ•πŸ•πŸ•πŸ•πŸ•πŸ•πŸ•

siapa pernah makan blackpepper meatball, sedap tak bila makan for the first time? hahhahaa

korang lebih prefer makanan style apa, korean, japanese, western atau jiwa malaysia (melayu, india, cina dan sebagainya) hahhaha kalau aku, tak kisah style apa asal sedap, bersih dan dijamin halal.

ilal liqa'
see ya when i see ya lahhhhh~


Saturday, 14 October 2017

REVIEW | Silkygirl Matte Junkie Lip Cream

Assalamualaikum,
tarik nafas hembus, repeat. sebenarnya rasa nak ada magic je supaya apa yang aku dah taip dalam wordpad tu muncul balik. alkisahnya, aku dah taip elok2 review pasal benda nie dalam wordpad, siap senyum2 baca hasil tulisan sendiri, dan save. tutup wordpad. few hours later, bukak balik saved wordpad, ewahhhh ewahhhh jadi pffttt, hilang beb. hilang semua. tinggal ayat intro tak senonoh je. hahhahahhaha. maka gigit hujung baju je la sebab geram. pastu, tunggu je la semangat datang balik nak review balik. tabahnya jiwa. wuhuhuhu bulan oktober baru nak publish. hahahhahha

ok. done 'another useless intro'

let's get started,
REVIEW Silkygirl Matte Junkie Lip Cream

REVIEW Silkygirl Matte Junkie Lip Cream
sebab mood kita tetiba rajin di siang hari, cahaya dah cantik. taman bunga mak pun dah mekar. rajinkan diri la keluar rumah seminit dua nak ambil gambar guna semakpong. effort tu penting. hahhahahha. kalau ada gambar gojes baru rajin sikit nak update blog ye tak? ye la bagi aku. 

ok, back to the main topic,
sebenarnya Silkygirl Matte Junkie Lip Cream adalah lip cream MATTE pertama aku. kesukaan aku jugak. sebab dah memang jatuh cinta sejak kali pertama bersua kat drugstore watson/guardian. ye la, nak beli kylie jenner lip kit yang ori tak mampu, yang tak ori pulak tekstur langsung tak best walaupun warna cantik (adik aku ada beli, takbesttttt). jadi aku menangkan produk2 drugstore la, lebih terjamin gitu.

retro vintage artsy

RETRO 01 - orange kind of nude.
VINTAGE 04 - pinky kind of nude.
ARTSY 08 - brownish dark red (kind of maroon)

abaikan cerita bawah nie sebab aku merepek je lebih.

masa memula aku beli, aku pilih VINTAGE 04, masa beli test2 kat tangan je. sampai rumah, cuba full lips, rasa macam not my colour la, sebab pink2. tapi aku pakai jugak shade tu kekadang, sebab cantik jugak. pastu, nak beli yang RETRO 01, masa memula nak beli pun aku memang nak pilih antara VINTAGE dan RETRO, so, yassss RETRO is my fav shade. paling selalu guna. latest, beli yang ARTSY, try test kat watson, jatuh cinta dengan warna dia sebab aku takpernah guna warna2 menonjol macam tu. hahhahaha. tapi serius warna dia cantik. dah try guna sekali dua.

kalau tak silap, memula keluar SILKYGIRL MATTE JUNKIE LIP CREAM nie dulu cuma ada 6 shades. sebab kebaboom meletup semua suka sebab affordable dan kualiti pun okay, baru2 nie dorang keluarkan lagi 4 shades awal tahun nie kalau tak silap. idk correct me if i'm wrong okay. 

swatch swisssss on my hand. agak2 macam gitu ler kalernya. letak kat bibir lagi kebaboom. tapi aku letak kat tangan je la. macam biasa swatch kat tangan dulu gituhhh ada la macam pro sikit. hahaha. serius warna cantik2. confirm tak menyesal pilih warna2 nie. bagi aku la.


πŸ’‹πŸ’„pros
πŸ’„ not patchy, tak berketul2, smooth je produk dia
πŸ’„ easily glides on your lips, sekali apply pun dah okay
πŸ’„ kissproof, matte kan, so kissproof. the main reason why i in love with matte lip cream sebab aku jenis suka lap bibir kat baju (unconciously). so kalau kissproof matte, tak lekat kat baju. yay!
πŸ’„ nice packaging and good applicator, boleh cedok banyak sekali guna. LOL dan boleh campak2 dalam beg tanpa risau tumpah ke apa.
πŸ’„ senang cari sebab almost every drugstores ada tinggal ada stock ke tidak je.

πŸ’‹πŸ’„cons
πŸ’„ mengeringkan bibir. bagi yang bibir kering better guna lip balm dulu.
πŸ’„ akan hilang bila makan dan minum, oily things (biasa la, almost all of lip cream macam nie kan, paling2 yang suka apply nipis2 macam aku).

conclusion,
my fav affordable matte lip cream. memang aku akan beli lagi kalau habis sebab warna cantik dan kualiti pun okay.

prices,
memula beli dulu ada diskaun RM18.90 > then RM21.90 > then RM24.90 hahhahaha yes, lain2 harga masa aku beli satu2. entah kenapa jadi macam tu. rasanya depend dengan drugstore mana kot.

available at,
watsons, guardian, and more around malaysia. hehehe

yasss done!
so korang ada tak try matte junkie lip cream nie and what is your fav shades?
or ada recommendation memana affordable drugstore lipstick yang best? share!


Wednesday, 11 October 2017

september 2017 | stories x fav

I'm getting lazy these few days. probably a slump. i don't even know what to do. basically, i don't feel like doing anything. i want to write something on this blog, but guess I care too much for reader opinions and doesn't want to write nonsense, but now, i don't care and i don't give a hell because i just wanna write something. hahahhaha pathetic excuses.

assalamualaikum and peace upon you~


kenapa aku jarang update entry baru dah sekarang, sebab rasa feel kurang kot. entah la feel apa. maybe sebab hidup aku yang agak membosankan lately. nothing to share. aku kan suka cerita pasal kehidupan. walaupun lately hidup aku membosankan, bukanlah bermaksud hidup aku tak bermakna. hahahhaha. setiap nafas bermakna. cewahhhh. tak bermakna bagi aku, maybe bermakna untuk orang sekeliling aku.

so here, aku akan update benda favourite aku sepanjang bulan SEPTEMBER!!!

ANIME 

Mugen (in red), Fuu  and Jin

samurai champloo (26 episodes -2004-) | bagi aku anime nie menarik dan sedikit pelik. bayangkan anime di zaman edo jepun yang menekan samurai dan hip hop. hahhahaha. paling best pasal anime nie adalah pengembaraan Mugen, Jin dan Fuu. dorang bertemu secara tak sengaja dan meneruskan pengembaraan untuk mencari Samurai yang berbau seperti bunga matahari. weird enough? aku suka OST track anime nie, ada hip hop vibe. macam tak puas tengok pengembaraan dorang. fighting scenes pun boleh tahan. ada yang kata visual are not that good, tapi bagi aku cukup bagus dah visual anime nie.

summary from gogoanime
Mugen is a fierce animal-like warrior with a unique Bboying (break-dance) inspired fighting style. Jin has a more traditional style but doesn't think of this as a weakness because his skills are amazing. The two contrasting samurai warriors are far from friends, yet their separate paths seem to cross anyways. Mugen is wandering aimlessly through the city when he stumbles upon a teahouse where he meets Jin and Fuu (A ditzy waitress, but don‘t think she doesn‘t have anything hidden up her sleeves). Fuu convinces them both to come with her in search of a mysterious samurai that smells like sunflowers and their journey begins. This modernized hip-hop tale breaks the barriers of the common, historical, samurai anime.  Genre: Action, adventure, comedy, drama


i don't why this scene (episode 14) hit me so much, lol something pierced my heart. lagu tu dalam bahasa RYUKYU island. MUGEN asal dari RYUKYU island, kalau tak silap backstory lagu tu pun pasal peperangan berkenaan ryukyu island.

keppeki danshi aoyama kun (12 episode -2017-) | finally completed. hahhahahah. comel je anime nie, pasal sukan bola sepak dan aoyama kun yang germsphobia, pembersih gila2 tapi suka main bola sepak. comelllll jeeee. chibi version dorang cute. wahahahha

boku no hero academia second season pun dah completed. layan manga dan tunggu season 3 la nampaknya. hehhehee.

fall anime 2017 dah start airing! hahhahaha makin banyak la masuk watching list. 

πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚


KDRAMA


live up your name, Dr Heo (16 episodes -2017) | kdrama yang menarik perhatian aku sebab ada tag sci-fi iaitu pasal time travel. hahahhahha. memula excited nak layan drama nie sebab ada KIM AH JOONG. aku tetiba suka kim ah joong sejak tengok 200 pounds of beauty (siapa tak pernah tengok movie nie memang kena tengok la, my childhood kot. LOL). layan punya layan, tersuka dengan KIM NAM GIL, lawak gila dia nie. best jugak drama nie sebab ada medical stuff dan lawak sikit. 

summary from kissasian
Heo Im (kim nam gil) is an oriental doctor, acknowledged as the best in acupuncture and moxibustion in Joseon. His success is blocked due to his low status. One day, Heo Im travels though time and finds himself in present day Seoul. He meets Choi Yeon Kyung (kim ah joong). She is doctor firmly believing in only modern medicine.

πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚

MANGA


ReLIFE | aku dah pernah review anime nie <here>. sebab tak puas hati dengan ending anime (yang maybe ada second season), aku tergerak hati nak baca manga. lebih details sikit cerita dia. still ongoing. tapi memang la manga nie best. banyak benda aku terasa dalam manga nie dan banyak benda yang buat aku rasa 'terbuka mata' pasal adulthood. LOL. best la, banyak konflik tapi ada penyelesaiannya, dan setiap penyelesaian tu ada something reader dapat. atleast bagi aku.

dan aku start dah baca mana HORIMIYA (Hori san to Miyamura kun) sweet nak mati manga nie. hahhahaha. dengan aku pun blushing sama baca, lawak pun lawak. comel je. tetiba rasa comel baca manga comel. wakakkaka. still ongoing. wargghhhh banyak manga ongoing yang aku tunggu updatenyaa.

πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚πŸ‚

macam panjang pulak kan. kalau cerita pasal benda fav nie memang tak habis la.
i'm doing good. thank you.

kalau ada recommend any kdrama, anime, manga yang best pernah korang layan, please share ya! :D

adakah september korang pun membosankan jugak atau dipenuhi aktiviti best? hehehhe :3

see ya when i see ya lah,
ilal liqa'