Saturday, 2 September 2017

tragedi hari raya aidiladha

Assalamualaikum,
hello bellooooo, okay apa yang tragedi sangat tu? LOL tu acah2 je. well iolls kan suka mengGEMPAKkan suasana. takda tragedi sangat pun. tapi meh la follow cerita raya korban kita. wehehehehe. takbanyak best pun, cukup la sekadar memori. syukur la memori manusia takmacam memori kad yang ada limit 16gb lah apa lah. 

hari merdeka 31 ogos 2017
genap 1 tahun arwah bapak meninggal. indeed we belong to ALLAH, and to Him we shall return. 

hari raya aidiladha 1 september 2017
macam biasa, kami beraya macam biasa. yang lainnya, kawan elin (my sis) datang beraya dan bercuti di rumah. memeriahkan suasana wahahahhaha. meriah sikit rasa raya aidiladha tahun nie. walaupun aku macam biasa je la rasanya. makan je banyak XD


tragedi bermula dengan. .. . . .
petang raya tu dah plan nak melawat kubur arwah bapak. plan la bagai, dah siap berkemas, start kereta, panaskan enjin. kemain aku selfie dalam kereta masa tu, tetiba phone jatuh dan tetiba lampu amaran(?)/emergency(?) yang kiri kanan tu terkelip2. lol, punyalah lawak taktau macam mana dah nak tutup dia, kecoh kejap adik beradik ngan mak, mak siap plan nak bawak bengkel. HAHAHHAHAHA. aku kata jangan dulu nanti kena gelak baru tau. pastu mak call pakcik aku (abang kepada mak) dan rupanya cara nak tutup dia tarik je button ada bentuk segi tiga atas stereng. LOLOLOLOLOLOL.

next, otw dahhhh, kereta bergerak atas jalan raya. aku perasan, meter suhu kat dashboard, tak drop2. mendadak terus stay kat H (hot) dan feel bawak kereta pun dah lain macam. aku cakap ngan mak kat sebelah, macam biasa mak iolls nie jenis terlebih terkejut, terlebih nervous, suruh berhenti terus dekat jalan raya masa tu jugak. masa tu kat traffik light, takkan nak menganggu laluan orang kan, so aku kata rilex dan cari tempat sesuai tepi jalan raya. bila dah jumpa berhenti la (depan kat kawasan traffik light tu jugak tapi ada kawasan sikit tepi tu) dan yang penting tak menganggu arus jalan raya. mak terus call pakcik2 (abang2 kepada mak). hahahhahah. dah agak masalah sebab air dalam tangki radiator kurang dan hose bocor. lepas isi air, terus follow pakcik aku pergi bengkel sebab dia nak tolong belikan hose baru dan pasang terus. batal la niat hari tu nak ziarah kubur sebab hari dah nak senja. tu je la tragedi nya. hehehhehe

awal2 kereta tu dah bagi amaran walaupun tak sengaja tertekan lampu amaran tu XD

kalau hari raya, mak memang selalu buat daging masak hitam, rendang ayam dan kuah kacang. bagi aku nie menu biasa kami masa raya. yang lain sikit masa tu, rendang ayam mak buat banyak kuah kali nie, selalunya kering sikit tanpa kuah, dua2 stail pun sedap. memang kenyang makan berkali2. daging masak hitam macam biasa la, semua suka dan paling cepat habis. 


tak sarawak la kalau takda kek lapis sarawak. hahhahahaha joke. sedap kek lapis yang belah kiri (cheese cake & red velvet(?) tu walaupun beli kat market harga rm10. seronok makan. tup2 dah habis. rasanya orang rumah nie sendiri yang habiskan. wahahahha. takpe, boleh beli lagi sebab orang jual kek lapis kat market memang tiap2 hari ada. bukan untuk hari raya je. 


๐Ÿจ๐Ÿจ๐Ÿจ๐Ÿจ๐Ÿจ๐Ÿจ๐Ÿจ๐Ÿจ๐Ÿจ๐Ÿจ๐Ÿจ๐Ÿจ
tu je la cerita raya haji aku tahun nie.
lama dah aku tak tengok orang sembelih lembu korban. kalau ada pun bukannya aku berani sangat tengok. hahahhahahha

cerita raya haji korang pulak macam mana?
makan apa? (huhuhu sibuk nak tau korang makan apa kan)


sekian,
ilal liqa'

15 comments:

  1. lama dah tak makan kek lapis Sarawak :) takziah atas pemergian ayah BV. 2 September ni pula dah setahun arwah mama akak takde. citer pasal kereta ni tiga minggu lepas kereta abah buat hal, mati tengah jalan hahaha dahlah otw ke KT masa tu dari KB. nasib baik ada bengkel dekat area tu tapi kena tinggal kereta jugakla memang rosak teruk hehe alhamdulillah kebetulan pak sedara ada hal kat Terengganu juga so balik dengan dia

    ReplyDelete
  2. untunglah jadi orang sarawak, senang je nak jumpa kek lapis sarawak tu XD
    saya kat semenanjung ni tunggu kawan dari sarawak bawak balik kek lapis je baru dapat makan T^T

    ReplyDelete
  3. Kejam BV! Tidak!! Kek sarawak tu! my favourite! Sedapnya tengok gambar tu. Terliur tengok.

    ReplyDelete
  4. salam aidiladha.. kek lapis colourful ^^

    ReplyDelete
  5. betul ya. setiap hari orang berjual kek lapis. tp sayang sebab kek lapis nok nyaman tutup time kamek balit sitok. huhuhu tok pun rasa planta jak..sedih...nyaman polah kedirik. tapi malas punya pasal...nasiblah...
    selamat hari raya bv!

    ReplyDelete
  6. suka sangat kek lapis :D especially part makan memang ikut lapis2 dia haha

    menu kite 1st day rendang ayam dan bubur ayam. 2nd day ada bubur chacha, bendi rebus, sambal sotong, gulai lemak suun. makcik datang bawak laksa & kfc. hehe penuh perut asyik makan ajaaaa

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  7. Hahaha. Bab emergency tu memang lawak. Aduhhhh, dapat bayangkan betapa kelam kabut masa tu. hihi.

    Sedapnya kek lapis sarawak!! <3

    Siqah kerja di hari raya Aidiladha. So biasa saja kehidupannya. Hehe. Buat potluck raya kat ofis jela. Ada kawan masak ayam bali, sedap <3

    ReplyDelete
  8. Semoga arwah abah BV sentiasa diberkati Allah, aamiin ^^

    macam2 betul ahahahahahaha XD kalau jadi dkt diri ni lah.. ermmm for sure gelabah O.O

    sedapnya Kek lapis TT^TT rindu nak makan kek lapis Sarawak TT^TT

    ReplyDelete
  9. raya haji ni, saya belajar buat ketupat bawang kahkahkah..
    fuhh, kek lapis nampak sedapp

    ReplyDelete
  10. suka kek lapis sebab comel xD dah lama tak makannn

    ReplyDelete
  11. Salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/09/rose-face-serum-zeeta-berasaskan-rose.html

    ReplyDelete
  12. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    ReplyDelete
  13. Sedapnya kek lapis tu, lama tak makan dah

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!