Wednesday, 30 August 2017

life update | poslaju and banana milk

Assalamualaikum,
hello gaissssss, kembali cerita pasal kehidupan. LOL. nothing interesting with my life, but I'm trying. hehehhee. nampak sangat takda benda lain nak di update. hahahhaa

parcel poslaju

sebenarnya sebelum2 nie pun memang pernah guna poslaju untuk pos barang2 giveaway aku yang lepas2. tapi masa tu, arwah bapak yang settle semua, aku tinggal nak pack dan tulis alamat je kat atas borang. arwah bapak tolong pos. 

tapi kali nie aku pergi settle sendiri. pergi hari sabtu lepas, poslaju bukak setengah hari je kan. so, pergi pagi dalam pukul 10.30 macam tu. hahhahaha. yang best pergi hari sabtu adalah TAK BANYAK ORANG kat poslaju. hahhahaha. 

macam mana nak pos barang guna poslaju? 
bila dah tak banyak orang, tak perlu beratur ambik nombor giliran bagai. terus pergi ke kaunter je. ambil borang dan isi dan kalau nak parcel, mintak la dan bayar la kosnya. mudah je sebenarnya. dah bayar ambik resit, settle la. easy. hahhahaha baru tau senang macam nie je kan. ingat susah2 banyak kerja.

lepas settle benda kat poslaju, pergi skynet pulak ambik barang sebagai blogger. cewahhh. hahhahaha. entah beberapa kali dah jejak skynet sebab sedihnya skynet takhantar barang sampai rumah aku, katanya kat kawasan rumah aku takda ejen. so nak taknak memang kena pergi office skynet la. nasib kat pusat bandar.


produk himalaya
barang best2 yang aku ambik kat skynet. rasanya ada la dalam beberapa hari barang nie kat skynet. hahhaha. sebelum nie memang dah teringin nak barang2 dari brand Himalaya nie, tapi boleh tahan mahal. shampoo dan conditioner tu cecah rm30+ sebotol. syukur la dapat benda nie. hahahhaa. kalau rajin aku review la semua.


pokka banana milk
pokka banana milk. aku memang minat milk dari brand pokka yang ada melon milk, mango milk sebab rasa dia tak terlalu pekat macam susu biasa (cth; susu coklat brand dutch lady). aku mula terjebak suka banana milk pokka nie lepas try kotak besar masa bulan puasa haritu. cuba2 je sebenarnya, last2 tersuka. kalau takdapat merasa banana uyu korea tu, merasa nie pun dah okay. hahhahaha.


mee hong kong
mee hong kong. rasa yang nie biasa2 je. okay la. habis jugak aku makan walaupun bukan macam mee hong kong yang aku expect. hehehe. masa nie keluar ngan mak, nenek dan adik aku untuk medical check up dan ambik ubat nenek yang tiap dua bulan sekali kitorang pergi klinik tu temankan nenek. 

tetiba rasa sedih bila tengok orang2 tua kat klinik tu. 
hargailah ibubapa anda dan orang tua. 

tu je la life update kali nie, nothing interesting pun kan.

so, korang pernah pos barang kat poslaju tak?
pernah tak merasa banana milk pokka tu? suggest jenama susu yang best please. hahahhaha

sekian,
ilal liqa'
see ya when i see ya lah!


Saturday, 26 August 2017

Merdeka!Merdeka! Blogger Contest

Assalamualaikum,
lama dah rasanya tak join contest. kali nie nak join contest yang dianjurkan oleh LAZADA pulak. sebenarnya aku suka join contest2 macam nie. sebab mana tau jadi yang bertuah kan. wahahhaha

Merdeka! Merdeka! Sale ; http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/ bermula dari 25 Ogos sehingga 31 Ogos dimana korang akan jumpa diskaun spesial sehingga 80%!! takhabis2 dengan SALE LAZADA nie, murah hati betul. dahtu, siap ada contest tiap perayaan. excited tau! hahhahaa. masa SALE macam nie la bagus shopping sebab barang banyak diskaun. wehehehe


a. What do you love about being Malaysian? (Apa yang anda suka tentang menjadi warganegara Malaysia?) πŸ’“πŸ’“
Aku sangat bersyukur jadi warganegara Malaysia, sebab Malaysia negara yang aman dan juga aku suka rakyat yang berbilang bangsa. Boleh sambut bermacam jenis perayaaan antaranya Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya. itulah aku rasa kelebihan paling best menjadi rakyat Malaysia. walaupun berbilang bangsa, rakyat saling bertolak ansur dalam mengekalkan keamanan negara. Paling penting, Malaysia ada pelbagai jenis makanan yang menarik dari pelbagai jenis bangsa. banyak la benda yang aku suka jadi warganegara Malaysia. boleh buat karangan dua pages. hahhahahhaa. 


b. Choose your favorite local brand here : http://www.lazada.com.my/malaysian-brands/  (Pilih jenama tempatan yang menjadi kesukaan anda)
PENSONIC
serius aku kata, family aku suka jenama PENSONIC sejak dulu kala. sampai aku sendiri pun terjebak suka dengan jenama nie. dari kipas ke barang2 dapur memang banyak dari jenama PENSONIC. memang kenangan betul la. hahahaha.



c. Select two product from that brand that you love. (Pilih dua produk dari jenama yang anda suka)

Pensonic Juice Extractor PJ-6900S πŸ‘‡
sebab nak minum jus buah-buahan segar. dengan adanya mesin jus nie boleh la senang2, perah buah buahan segar, bila senang perah buah buahan segar maka aku rajin minum jus buah buahan, bila rajin minum jus buah buahan badan pun jadi sihat, bila badan sihat, diri pun rasa happy.
Pensonic Juice Extractor PJ-6900S



Pensonic Chef 's Like Air Fryer PDF-2201  πŸ‘‡
nie best! takperlu goreng makanan pakai minyak dah. kreatif, jimat duit dan jimat minyak. eh. kalau boleh beli nie, mesti mak happy gila masak makanan kat rumah. lagipun, family kitorang memang suka makanan2 yang bergoreng. dengan adanya air fryer nie gerenti happy. 
Pensonic Chef 's Like Air Fryer PDF-2201



tetiba rasa mak2 pulak sebab pilih barangan dapur. wuhuhu. girls power *tetiba* hope ada luck.
apa lagi meh la singgah dan menjamu mata di LAZADA Merdeka! Merdeka! Sale πŸ’ͺ


see ya when i see ya lah,
ilal liqa'





Thursday, 24 August 2017

tiada semangat kesukanan?

Assalamualaikum,
sekarang famous dengan SUKAN SEA kan? aku bersemangat jugak tengok tv masa hari pembukaan hari tu. yang banyak persembahan unik tu walaupun aku cuma jeling2 dan duduk depan tv beberapa minit. LOL.

aku adalah seorang yang pasif. aku rela duduk dalam rumah mengadap buku dan study dari bersukan. hahahha. bagi aku best sebenarnya bersukan nie, TAPI, aku nie jenis lemah(?) yang sangat tak sesuai untuk sukan. hahhahaha. tapi sebenarnya aku okay je bersukan. paling aktif masa zaman sekolah menengah la. pernah join sukan bola jaring untuk setahun dan taekwando untuk beberapa tahun walaupun masih bertali pinggang putih. hahhahaha memang takdak courage la nak upgrading. sebab tu aku rasa, sukan is not for me. walaupun ada masa, memang aku enjoy layan jugak bersukan nie. 

sukan dan semangat kesukanan?

walaupun aku tak bersukan, aku layan sosial media hari2 kot, layan berita terkini. dan sekarang banyak cerita pasal SUKAN SEA tu la. setiap hari ada je benda yang lalu kat wall fb dan twitter, berita2 yang menarik pasal SUKAN SEA nie. aku yang taklayan sukan sangat pun ada jugak tertarik nak baca.

aku happy bila ada atlet Malaysia yang menang. walaupun aku tak follow langsung sukan2 tu. hahahhaa. aku baca terus kat media sosial. 

aku sedih bila ada berita pasal fan Malaysia yang over dan ada yang kutuk Malaysia. aku follow jugak beberapa kes. baca media sosial. sedih sangat rasanya bila ada yang kutuk Malaysia. yang certain rakyat Malaysia pun ada yang jadi batu api. macam nie ka semangat kesukanan yang kita ada? SMH.

hati2 dalam share dan menulis benda2 yang melibatkan negara kat media sosial. jaga adab, bahasa kita. BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA. amalkan RUKUN2 NEGARA. hehehehe

dah nak menyambut hari kebangsaan dah nie. Malaysia Boleh :)

aku harap la semangat kesukanan dan hubungan baik antara negara2 yang bertanding kekal membara sampai bila2. 

p/s : jarang aku post pasal berita semasa nie. hahahhaha tetiba bersemangat kan. nota untuk aku sendiri jugak. manatau satu hari nanti aku tetiba lupa diri. 


πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡

siapa rajin layan SUKAN SEA sini? follow up tak berita2 SUKAN SEA dan apa berita yang menarik perhatian korang? share sikit :)


sekian, ilal liqa'
see ya when i see ya lah

Wednesday, 16 August 2017

hermo haul for my sister

Assalamualaikum
okay, sebenarnya beberapa hari nie idea nak update blog umpama 'hidup segan mati tak mahu'. macam biasa malas menaip dan idea pun berkurang, maka krik krik la blog. wakakkakaa. biasalah, bila blog personal nie, kekadang ada la mood nak update, kekadang tak berupdate la. chill. take your time bebeh.

thanks bagi yang wish dalam post lepas pasal konvo tuuuuuuu. terharu baca :D

ok, sebenarnya nak cerita, beberapa hari lepas, adik aku ada mintak tolong nak beli kbeauty product (pengaruh iolls kuat, hahahhaha). so, tengah decide nak beli kat althea atau hermo, lepas beberapa jam berfikir (hiperbola sikit), aku decide nak tolong beli kat hermo je la sebab dia nak cepat sampai (weekend nie dah balik poli).

yay, sampailah sudah. isnin order, rabu (today) dah sampai. pantas zass zass je kan hermo nie. pernah share jugak pasal hermo haul dulu2 kat post SINI. kali nie kena beli RM150 keatas baru dapat free postage (sebab kat sarawak kan). hahahhahaha


sorry gambar buruk sikit. wakkakaka. 

nampak sangat kan pengaruh aku kat situ. hampir semua brands tu aku dah ada. hahahhaha. 


πŸ’ ini list barang2 yang adik aku (si elin) pilih;

1. nature republic | aloe vera soothing gel mist (dah review kat SINI)

2. w.lab | sebum out finish pact (pernah jugak beli yang nie tapi kat althea kat post SINI)

3. its skin | VB effector serum (nie jenis lain, vitamin B untuk oily skin kalau taksilap, aku pernah review tapi aku punya vitamin C, baca post kat SINI)

4. apieu | sun cream waterproof 50spf (dia nak beli macam aku punya kat post SINI, tapi dah out of stock kat website hermo, jadi pilih yang nie je la)



πŸ™‹ yang aku pilih;

its skin | babyface petit pact. comelllll sangattttt (i kennot la benda comel2). kecik cenonettt je. aku beli yang nie sebab aku punya w.lab sebum out finish pact aku punya dah pecah, jatuh dari atas katil (carelesssssss iCRY) dah la fav pact sebab memang buat muka tak berminyak. ingat nak review, tapi taksempat pulak. hhahahhaha. kalau aku rajin, nanti aku review pulak its skin babyface petit pact nie. 

🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈

okay done,
cepat betul servis hermo nie. terbaikkkkk. 
kalau ada rezeki, nak je shopping lagi kat website hermo. hahahhaha

korang pernah tak shopping kat website hermo? ada senarai barang2 dalam post nie yang korang nak aku review?? tell me :3


Friday, 11 August 2017

my convocation day!

Assalamualaikum,
okay, nie lambat sikit nak cerita. wahahhaha. minggu lepas, pada tarikh 5 ogos 2017, aku officially #doneCONVO. alhamdulillah. kira dah SAH jadi alumni Politeknik Mukah Sarawak. hakak2 senior dah. hehehehe. lepas TIGA TAHUN dan setahun lebih tunggu konvo, akhirnya konvo jugak. aku dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pengaturcaraan) atau lebih dikenali sebagai dip programming.

pada mulanya, aku tak rasa nak pergi pun konvo kali nie. sebab fikir banyak benda. 
lepas mak pujuk, pergi je la. wahahha. I'M GLAD I DID!!

3 ogos 2017
malam2 berangkat ke Mukah with makcik, sepupu2 kecik, nenek and mak. hahahahha the only boy yang ikut adalah adik lelaki aku. sebab adik2 aku yang lain sekolah. yang si bongsu tu exception la sebab dah cakap ngan cikgu dia.

4 ogos 2017 (raptai)
hari nie raptai, pepagi dah bersiap ke poli untuk raptai. excited gila jumpa coursemates. masing2 ada perubahan, makin cantik, kacak dan sihat2 belaka. banyak jugak benda kena settle hari nie, ambik jubah untuk konvo dan settle gambar la konon. dah settle, lunch dengan roomate. banyak benda dicerita. wahahaha. tetiba rindu zaman belajar. 

5 ogos 2017 
hari yang dinanti akhirnya tiba. excited kemain. berdebar jugak nak naik pentas, walaupun beberapa saat je kan. hahhahaha. tapi alhamdulillah, selesai dah. bergambar apa semua. terus pergi hotel sebab nak lunch atas ajakan ngah (makcik aku belah mak, sebab anak dia pun ada sebaya aku yang konvo jugak, siap bagi bunga dan teddybear lagi, terharuuuu). dah lunchhh sesi bergambar pulak. hahahhahah. so tired. lepas tu, pergi balik poli nak pulangkan jubah dan ambik sijil graduate ori. done. wohoho. taksangka dah officialllllll. 
coursemates gegirls. ada 3 orang takda dalam gambar. T^T
aku kat mana? whehehe

 with mak. gigih edit gambar background blur. walaupun tak perfect, kira okay la kan. banyak lagi gambar ngan mak dan adik. tapi malas nak upload sini. hahahhaa. aku banyak upload kat insta je. 

 with mak dan makcik2 (ngah idot and wa jijot) yang banyak berjasa. 

nasib baik senyum. sebab masa nie nervous dan terlupa bila turun pentas, senyum ke tak tadi eh? hahahhaha. banyak kamera kat depan wehh, rasa retis jap. wakkaka. harap gambar official jadi okay la. (gambar nie ihsan unit multimedia, thanks kawan yang tag. wehehehe)

I'm genuinely happy! takde rasa sedih sangat sebab hari nie sepatutnya happy2 je. and i know, everyone around me always try to make me happy. thankssssss. may ALLAH bless.

arwah bapak mesti rasa bangga, his eldest daughter made it!. al-fatihah. :')


✨✨✨✨
congratulations untuk kawan2 dan rakan seperjuangan. cewahhh. semoga kita terus berjaya dalam hidup masing2. terima kasih sebab banyak membantu selama 3 tahun kita bersama, sekelas, tak lokek ilmu. semua baik2. syukur sangat dikurniakan coursemates dan kawan2 yang baik nie. walaupun kekadang ada je benda tak best jadi, tapi korang tetap ada dan tetap positif. MAKASEHHHHH. wahahha. till we meet again yawww. 

another memory to keep in my life chapter πŸ’“

see ya when i see ya lah,
ilal liqa'


Wednesday, 9 August 2017

REVIEW | Skinfood Premium Tomato Whitening Toner

Assalamualaikum,
Skinfood Premium Tomato Whitening Toner Review | review datang lagi. memang bulan nie rajin nak review product rasanya. hahhahahha. sebab seronok menulis review. mencurah idea nak menulis. wakakkaka. banyak benda nak komen kan. so mengadap lagi la review, kali nie nak review toner pulak. dah hampir sebulan lebih aku guna Skinfood Premiun Tomato Whitening Toner nie, kemain panjang nama dia, senang cerita pendekkan jadi tomato toner je la. hahhahahaha. been writing this review for a few days because i'm too lazyyyyy! hahahha. okay then,

Skinfood Premium Tomato Whitening Toner Review

without further ado, let's us begin!

skinfood premium tomato whitening toner
Skinfood Premium Tomato Whitening Toner (Skin-Brightening Effect | Mild Whtening) made in korea. skinfood pun memang antara jenama kbeauty yang agak terkenal la bagi penggemar kbeauty products. dari segi packaging dia, aku suka botol macam nie. ada penutup dan bila bukak penutup ada stopper. senang la nak letak dan baling kat mana2, confirm tak leak. hahaha

bahan utama : 10% ekstrak tomato dan vitamin C (click HERE to read more)
jenis kulit : untuk semua jenis kulit


skinfood premium tomato whitening toner
belakang dia semua tulisan korea. takfaham satu pun kecuali manufacturing date dan expired tu kot. dan ada perkataan made in korea. so original la made in korea. 

my verdicts ;
aku suka sangat dengan toner tomato nie. bau dia memang takda langsung bau tomato. ada bau yang relaxing gitu, tak terlalu kuat. aku guna toner nie setiap hari selepas cuci muka. sebab aku suka tomato toner nie, dia tak terlalu 'harsh' atau kasar untuk kulit acne-prone (berjerawat) macam aku. hahhaa. lepas pakai rasa segar2 je. takde breakout apa semua. alhamdulillah. 

kegunaan toner ;
aku rasa mostly dah tau kegunaan toner (secara general) nie apa, pada mulanya aku ingat toner nie hanya untuk mengecilkan pori2 di muka, tapi kalau mengikut 'korean skincare routine', toner adalah untuk balance ph kulit muka lepas cuci muka dengan pencuci muka yang beralkali. (correct me if i'm wrong)

cara guna (how to use) ;
aku lebih suka bila nak guna letak beberapa titis kat cotton pad dan sapu kat muka. lepas tu nampak la kesan kotoran walaupun lepas baru cuci muka. hahahhahah. ada yang suka letak kat tapak tangan dan tepek2 kat muka. ikut suka korang ler nak guna toner macam mana. asal dapat semua benefit dia. 

credit pic to ALTHEA

pros ;
🍎 no alcohol - rasanya, sebab tengok ingredients dia memang takdak alcohol. kekadang toner yang ada alcohol boleh mengeringkan kulit yang dah sedia kering (lead to over produce sebum and jjanggg new acne). toner beralkohol bagus untuk kulit muka yang minyak berlebihan. apa2pun, ikut pilihan korang.
🍎 bau yang nice gittew. selalu rasa taksabar nak guna toner lepas cuci muka. tapi makesure muka kering (lepas cuci muka)  dulu baru guna.
🍎  botol yang comel. hahhahaha. dan packaging yang secure. 


cons ;
🍎 kena beli online (sebab kat tempat aku tinggal mana ada branch skinfood dan korean products sobsss)
🍎 harga mahal *uhuksss* kira berpatutan la. tapi takpe, sebab boleh tahan dalam tiga bulan atau lebih untuk satu botol. aku dah dekat dua bulan guna, belum sampai setengah botol, masih banyak lagi. hahhahaha


harga ; masa aku beli hari tu RM38 rasanya, nie tengok balik kat website althea dah RM48. hahhaha
mana nak beli ; online http://my.althea.kr/premium-tomato-whitening-toner dan branch skinfood di malaysia

not a sponsored post, honest review based on my own opinions yaw. 

so, uolls ada guna toner dalam skincare routine harian korang tak? share sikit. 

sekian,
see ya when i see ya lah,
ilal liqa'

Wednesday, 2 August 2017

july 2017 | stories x my life

Assalmualaikum,
cepat je masa berlalu. dah bulan ogos. so, nak buat la post summary pasal bulan July 2017. kalau ditanya kenapa aku buat post macam nie tiap bulan? jawapannya, sebab aku nak appreciate everything in my life. ada masa aku sedih, aku throwback balik la bila baca post2 bulan2 lepas pasal apa yang buat aku happy. hahahhaha. macam poyo je kan, tapi memang berkesan la untuk aku. kira ambik positive vibe dari posts di blog sendiri, sebab tak sepanjang masa kau happy. 

ok, let's begin!

bulan nie banyak keluar ngan mak dan nenek. tiap minggu rasanya. sebab banyak benda kena settle kan. selalunya aku malas je nak keluar rumah, tapi mengenangkan kalau keluar boleh la ambik udara hapak kat market jap. hahahhaha. k. chillex je la tengok perangai orang lain. takkan nak terperuk kat rumah je kan. walaupun aku suka terperuk kat rumah.  


dah start bullet journaling secara official. aku isi bullet journal tu secara monthly je. sebab dah ada planner aka journal untuk isi tiap hari. isi pasal 'highlight of the month', 'favourite', 'goals', 'grateful' dan lain2. macam2 boleh buat dengan bullet journal nie, jadi expenses tracker dan amal tracker pun boleh. be creative, cewahhh. 


pizza bunpizza
potato wedges gorengpepper sweets
makan seminggu sekali makanan macam nie boleh la kan. tetiba craving pizza. beli yang kat bakery biasa2 lagi sedap dari pizza hut, opss. hahahha. sebab pizza hut aku baru sekali je pergi. tu pun dah bertahun berlalu. lepas makan potato wedges goreng makan dengan mayonis dan sos cili tu, keesokkannya, jerawat masak kat bawah hidung. hahhahahha. besar pulak tu. obvious kan, apa yang kita makan memang nampak kat muka. jangan lupa minum banyak air kosong. minum secukup rasa la. terlalu banyak pun takboleh jugak.

dannnn, 
hari tu masa keluar ngan mak dan nenek, sempat singgah kat satu kedai jual souvenirs dari sarawak (orang sarawak sendiri pun masuk kedai souvenirs sarawak). banyak benda best aku nampak macam keychain, postcards dan so on. kalau ada rezeki, nanti boleh la beli dan buat giveaways kat blog. hehhheee. sebenarnya nak cerita yang aku beli gula2 lada. hahahhaa. sebab nak jugak merasa kan. bagi aku, okay la rasa dia sebab ada rasa peppermint dan sedikit pedas lada. bagi ngan adik2, ada yang kata tak sedap dan bagi balik kat aku. wahahhaha.  


takboleh nampak cermin besar dan clear sebab mesti nak selfie. ok. baju tu yang aku beli kat sgshop, baca post SINI. muat2 je. aku ingat bila pilih saiz L ada effect oversize sikit. hahhahaa. k.

#RoadToKonvo, hari Sabtu nie aku konvo. jumpa balik coursemates dan roomates. taksabarnyaaa.  tapi ada kawan2 yang tak dapat datang. sedih jugak la rasa. apa2 nanti la aku update kat blog kalau berkesempatan. Khamis dah berlepas ke Mukah. 



πŸ•  JULY FAVOURITES!  πŸ•

MOVIES ;
πŸ“Ί Okja (2017) | aku memang teringin tengok movie nie lepas tengok iklan kat youtube, movie nie boleh tengok kat netflix, tapi aku download kat website lain. happy tak terkata lepas download. hahahhaa. bagi aku movie nie best jugak la, pasal khinzir mutan, first tengok iklan mati2 ingat benda tu HIPPO, badak, lebih menyerupai badak. ada jugak scene yang membuatkan aku hampir berjujuran air mata. 

πŸ“Ί Fantastic Beast and Where to Find Them (2016) | lama dah nak tengok movie nie!!! cuma takdak peluang dan taktau nak download kat mana. terjumpa website download movie best terus cari movie nie. best jugak!! suka watak lelaki yang suka kumpul dan bela macam2 jenis beasts tu. tengok lama2, hensem pulak. hahhahahahha. k. suka magic2 nie, teringin nak tengok dia pergi jumpa harry potter, sama timeline kan. 


ANIME ;
🚩 Boku No Hero Academia S2 | aku memang dah follow anime nie masa mula2 keluar. sekarang masih ongoing. anime nie buat aku happy, ada jugak mentions pasal anime nie dalam post yang lepas2. walaupun aku ada baca manga dia, yang jalan cerita sama dengan anime, tetap excited menanti episode baru tiap minggu. suka dengan semua OST dia. plus ultraa!

🚩 Uta no Prince Sama (UtaPri) | hahahhaa akhirnya aku layan jugak anime nie. baru season 1. best laaaaa. suka suara Ichinose Takiya (Mamoru SAMAAAAA~). hensem2 semua, walaupun ada watak macam cringey sikit. tapi takpa la anime. 


SONGS ;
layan lagu2 BTS berbagai version kat youtube. aku banyak layan dari creator R E V E R I E. dia banyak buat lagu jadi CLOUD VER, MAGICAL VER, RAIN VER. dan banyak lagi. lagu2 yang rancak2 pun jadi soothing je bila dengar. my fav is SAVE ME (BTS) in Cloud Ver. 

GAME ;
memula aku addict dengan game BON BON CAKERY sebab boleh buat cake resepi sendiri lepas ada bahan. tapi lama2 bosan pulak sebab macam takda improvement. main pun biasa2 tunggu customer beli, train staff, promotion dan sebagainya. pastu uninstall. download HOTEL STORY pulak. best jugak. boleh besarkan hotel, susun2 kawasan2. macam2 la. excited main game nie sebab excited nak menanti hotel membesar. LOL. kalau ada siapa yang layan game nie boleh la add aku ye. nama bivichan. 

officially a RAVENCLAW~
dua tiga kali test, jawapan sama keluar walaupun kat lain2 website. last website test kat pottermore.com, so kira official dah kan. hahahhaha

ok, done. 

benda best yang korang makan, tengok, layan bulan JULY nie pulak apa? share sikit
Hogwarts house korang pulak apa?

see ya when i see ya lah,
ilal liqa'



πŸ’ ads | KFC bucket murah
πŸ’ ads | komen hambar pasal badan