REVIEW | mini usb MP3

Friday 7 July 2017

Assalamualaikum,
seperti yang aku janjikan dalam blog post SGSHOP MINI HAUL | STATIONERY HAUL AND A MP3, kali nie aku nak review la portable mini MP3 yang aku pilih nie. post nie pendek je la sebab taknak cerita banyak. kiranya aku ambik point yang penting2 je la. penting bagi aku, bagi korang tu aku taktau.

without further ado,
let's get started.
REVIEW | portable mini usb MP3

sebenarnya, aku tak jangka pun nak beli MP3 nie. kiranya aku pilih nie sebab nak cukupkan jumlah barang belian aku mengikut bajet. senang cerita, benda nie last aku pilih. dan aku memang pilih berdasarkan bajet under RM40. yeah, jumpa yang nie ada macam2 harga (harga untuk storage lain2 dan berbeza serta package yang berlainan), jadi dekat ngan bajet boleh pilih yang harga RM34.72.


kecik je MP3 nie, macam 1/2 dari genggaman tangan aku.
kat depan ada butang VOLUME up/down, PREVIOUS, NEXT dan PAUSE


package dia datang dengan earphone, MP3 dan casing silicone putih tu untuk cover MP3. butang ON/OFF pun memang obvious sangat, senang guna. kalau kita dengar lagu dan ON, memang ada LED kuning berkelip kat hujung switch tu. dan kalau battery low, LED merah ada muncul sebaris dengan LED kuning, kalau tengah transfer musics kat USB tu pun memang berlampu(?). hahhahaa


dan yang paling menarik bagi aku, dia USB. tak perlu susah2 letak lagu dalam physical memory card lagi. kalau nak transfer lagu, cucuk je kat laptop. nak charge pun senang, charge macam handphone, cuma tanpa guna USB cable la. sebab dia sendiri pun USB. hhahaha. aku pilih storage 16gb untuk harga RM34.72. memang berbaloi la. dah la boleh dengar lagu, boleh jadi macam pendrive pulak.

features ;
colors available : white, black, blue, green and pink
measurement : 85mmX25mmX9mm
input : 5V - 500mA
storage available : 2gb, 4gb, 8gb, 16gb and 32gb (with differents price)

pros ;
portable,
easy to use,
minimal design,
long lasting battery life,

cons ;
aku tak berapa suka earphone style macam tu, kalau guna lama2 buat telinga aku sakit. mungkin sebab telinga aku kecik kot. hahahhaha. tapi no problem la, sebab boleh beli earphone sendiri. sama je kan. 

memang aku suka la MP3 usb nie. mudah. 
takperlu lagi struggle nak dengar lagu kat smartphone, struggle tu sebab nak jimat battery. hahahha

🎵🎵🎵🎵🎵🎵🎵🎵

haaaa, korang pulak ada MP3 tak?
lebih prefer guna MP3 macam nie atau senang2 guna phone je?

sekian,
ilal liqa'

20 comments

  1. murahnyaaa! saya takde mp3, selalu dengar lagu kat phone. tpi kalau asik dengar lagu kat phone nanti battery cepat abis pulak. nak2 time pegi perjalanan jauh, sepanjang masa dengar lagu dlm kereta xD

    rasanya kna beli 1 mp3 ni. bajet bawah rm50 pun dah cun :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, BV pun beli MP3 sebab suka dengar lagu kat phone, incase jalan jauh2 nanti boleh guna MP3 dan jimat bateri phone 😄

      yup, kira murah dh kalau bawah rm50 nie kan 😉

      Delete
  2. Wow! Cutenya.. Macam nak beli jugaklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cute mp3 nie, beli la sebab memang best 😉

      Delete
  3. i have one mp4 player beli kat lazada.. harga rm43 something kot.. last2 takde memory card, nasib baik phone lama yg rosak ada memory card so guna tu je xD tapi 4gb je la sobs sobs. but now jenis MALAS download lagu, so salu dgr lagu kat youtube je from ipad. hahaha

    ReplyDelete
  4. dengar lagu bila on laptop je ha XD tapi MP3 ni comel buat saya rasa nakbeli je :')

    ReplyDelete
  5. Saya dengar kat youtube je, sebab tak suka pakai earphone haha.

    ReplyDelete
  6. takde mp3 tapi teringin nak beli lepas baca entry ni 😂

    ReplyDelete
  7. saya suka dengar kat phone je hehe sebab senang nak pilih lagu ikut mood :)

    ReplyDelete
  8. Siqah dulu dengar mp3. Tapi sejak dah rosak, sekarang lebih prefer guna phone je. Tapi tue lah, betri cepat habis. Hee.

    ReplyDelete
  9. Dengar kat phone/pc atau dlm kete hehe je sbb guna spotify atau YouTube. Skrg mmg xde mase dh nk download lagu atau album.
    Btw comel and murah je mp3 ni

    ReplyDelete
  10. biasa dengar dekat phone je. tu pun kejap-kejap je sebab tak nak bagi battery habis.
    lepas tengok ni terusssss rasa nak beli

    ReplyDelete
  11. kmk dari dolok teringin mok ada mp3 tapi bila fikir balit buang duit ajak sbb hp kan ada hahaha tapi mp3 nak ktk beli tok murah gila rasa mok beli jak T_T

    ReplyDelete
  12. comel gak mp3 ni.. saya tak de function pun klu beli mp3, sbb saya jenis yg tak dengar lagu (a boring type of person) ahaha

    ReplyDelete
  13. I had a mp3 then hilang, then I bought mp4. I dont know where it is now. haha. Anyways, that mp3 is so cute!

    ReplyDelete
  14. Murah dan comel je MP3 ni. Macam akak, akak pakai iPod nano. Beli sebab mp3 sebelum ni rosak dan harga dia lebih kurang je dengan mp3 yang rosak tu.

    ReplyDelete
  15. Alaa nak jugak beli benda ni.. mudah la kalo ada sebab boleh focus lari atas treadmill tanpa gangguan. hahahhah

    ReplyDelete
  16. hahaha kontra la kita. saya suka jenis earphone macam tu. sebab senang lekat dan takde laaa nak jatuh2 haha. btw, saya pun ada mp3. tapi bukan mini la. mp3 biasa. saya memang lagi prefer dengar lagu guna mp3 daripada guna phone. sebab phone besau gedabak. lagipun mp3 lagi banyak feature untuk dengar lagu berbanding phone kan kan hehe.

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!