Monday, 17 July 2017

REVIEW | it's skin VC effector (Vitamin C Serum) & Tips Do and Don't

Assalamualaikum,
pe khabar uolls? hahahhaa rasanya bulan nie aku rajin pulak nak review semua benda. maafkan diri ini kalau blog post pasal review nie membosankan korang ke apa. banyak benda aku nak cerita, tapi tu di lain post la. post nie nak cerita pasal vitamin C serum yang aku dah guna hampir sebulan. nak bagi feedback ngan korang la nie. sebab ada yang mintak aku review vitamin C serum nie. 

REVIEW | it's skin VC effector 10 (Vitamin C Serum)


VC effector vitamin C serum
serum vitamin C nie dari brand kbeauty iaitu It's Skin. VC Effector (Power 10 Formula) nama dia dari vitamin C of course. dari range Power 10 Formula nie bukan ada serum vitamin C nie je, banyak jenis serum2 yang lain dengan pelbagai fungsi. tapi aku pilih VC Effector sebab memang lama dah cari serum vitamin C.  banyak yang aku jumpa mahal2 atas rm50, tapi yang nie murah sikit dari kebanyakkan serum di pasaran, RM25 girls. first time nie jumpa vit C serum yang murah. siap ada skin safety tested tu. 

first beli ingat botol serum tu kecik je (sebab pemalas nak tengok/teka content ml dia). rupanya agak besar jugak. ke aku je rasa botol tu besar sikit dari serum lain? hahhahhaha


VC effector vitamin C serum
ingredients dia boleh check kat website nie ---> ALTHEA
packaging kaca dan aku suka dia ada penutup, safety first. hahahhaa

main ingredients ; vitamin C and green tea

skin type ; normal to dry/combo skin

it claims to ; 
brightens skin and lightens freckles
smoothen skins for more vivid texture
promotes a fair and healthy complexion


VC effector vitamin C serum
tekstur dia macam biasa dah serum memang pekat la kan. kalau tak pekat tu kalau tak silap jenis essense sebab fungsi hampir sama je. bau citrusy macam bau ala2 limau2 macam tu. bila letak kat muka, first rasa melekit2 (sticky) sikit, cepat jugak menyerap kalau pat2 kat muka. 

cara guna (how to use)
two or three drops, lepas tu sapu atau pat kat seluruh muka.
aku guna serum selepas toner, dan sebelum moisturiser.
cleanser > toner > SERUM > moisturiser


berkesan tak?
agak berkesan la bagi aku. ada perasan slightly changes to my skin after few weeks. sebab aku memang guna tiap hari. dua kali sehari. kalau malam aku sapu kat seluruh muka, kalau siang2 aku sapu kat kawasan tertentu je. nampak sikit bekas jerawat yang hitam2 dan merah2 tu pudar sikit.

pros
πŸ‹ agak murah dari serum yang lain RM25 for 30ml of serum (boleh tahan lebih sebulan oi kalau pandai jimat dan sedikit kedekut. wahahaha)
πŸ‹ bau sedap, lemony, orangy, citrusy like that
πŸ‹ nampak la kesan dia, sesuai untuk kulit aku (no breakout)

cons 
πŸ‹ kena beli online. aku ada jumpa serum jenis nie kat 'boxes stores' tapi harga rm45 beb. better beli online. 

dannnnnnn
kalau korang pernah guna memana SERUM VITAMIN C TAPI TAK BERKESAN, check balik skincare routine korang. boleh tengok video by WishTrend kat bawah nie pasal Vitamin C.



ada beberapa ingredients dalam skincare yang lain tak berapa sesuai digunakan dengan serum vitamin C dan menyebabkan vitamin C nie tak berkesan. antaranya AHA, BHA dan sunlight. kena tengok la video tu kalau nak faham. :)

harap bermanfaat la bagi sesiapa yang ingin mencuba. 
bukan sponsored post tau, jadi semua honest review.

PLUS, what works on me, might not works on you :)

πŸ™‹πŸ™‹πŸ™‹πŸ™‹
korang pernah dengar tak vitamin C serum nie?
pernah guna serum lain dan berkesan ke tidak?? 

sekian,
ilal liqa'




40 comments:

  1. tak pernah lagi try pakai serum selama ni hehe. maybe I should try this one?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kulit ada masalah scars, dark spots boleh la cuba nie :D

      Delete
  2. Macam menarik jer Vitamin C serum ni. 1st time dengar ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak la bg BV sebab murah dan sesuai utk kulit :D

      Delete
  3. Alaa asal tak perasan beli kat althea ni.. MJ tengah nak polish parut jerawat ni.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, BV pun guna utk parut jerawat macam dark spots kesan jerawat tu :)

      Delete
  4. Ingat nak try jugak serum and this one sangat murah okay and banyak pulak tuu. maybe inilah masanya saya shop kat althea.

    // Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click
    HERE

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha, memang murah dari serum lain kan, boleh la cuba, manatau sesuai untuk kulit muka :D

      nanti BV join kalau berkesempatan :)

      Delete
  5. boleh tahan besar juak botol nya,slalu mun serum mesti botol nya kecik sakit hati kmk hahaha
    kmk rasa macam maok try jak guna produk baru tapi yalah blom ada keberanian gik haha takut sik sesuai jak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, kmk pernah ada serum botol kecik ya :D
      mun muka ktk ok, iboh dolok mok try apa2 takut sik sesuai :3

      Delete
  6. yg saya punya serum kaler putih tu belum habis lagi sbb jarang guna xD tgh pakai vit c serum jugak tpi jenama lain hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, pakai slow2 je. hahahha wahhh banyak jugak serum tu :D

      Delete
  7. Cantik juga snap gambar ye, guna kamera ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamera compact, tapi edit lebih2 kat photoscape. hahahhaa

      Delete
  8. Macam best dan nak cuba, kebetulan Kak sue memang tengah cari produk untuk muka.. beli kat mana nie..

    ReplyDelete
  9. vit c ni cepat oxidised tak? BV kena simpan vit c dlm peti ais ke x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa2 je. BV letak dalam bilik, asal jangan kena cahaya matahari :)

      Delete
  10. housemate sy pun pakai ni,,dari hari tu nak try gune ni,tp kena habiskan vit c yg sedia ada dulu ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, habiskan yang sedia ada dulu, jangan membazir. hehehehe :D
      nanti boleh la cuba ya :)

      Delete
  11. hai,
    lepas ni boleh la try serum ni. my current one by nature republic, just okay for me, no major changes.
    since yg ni ade vitamin c maybe it will work better plus it is murah

    thanks for the review!

    Atheera \ http://atheeradayana.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, BV suka brand nature republic :D
      depend ngan kulit muka jugak kan, rasanya semua boleh cuba vit C nie sebab BV kulit sensitive pun ok je pakai :)

      Delete
  12. Adlin guna serum dari jenama it's skin jugak. Tapi yang power 10 formula - propolis. Mahal rm5 dari vit c serum tu. Tapi, lepas habis yang propolis ni nak try lah vit c pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira dalam line range it's skin serum jugak kan. boleh la try lepas nie kalau berminat. hehehe

      Delete
  13. Vitamin C pun sbnrnya adapro and cons dia...ada kulit yg perlu dan ada yg tak perlu pun..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalau kulit BV memang perlu la sebab banyak bekas jerawat T^T

      Delete
  14. Mcm best je..nti nak beli jugak

    ReplyDelete
  15. raizah pernah nak try packaging yg warna hitam. lepasni boleh amik warna kuning ni sekali then checkout terus πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh kira dah pernah try la serum range it's skin nie, lepas nie boleh try yg kuning nie pulak. hehehe :D

      Delete
  16. Pernah try pakai vitamin C serum tapi tak nampak hasil pun. Malas dah nak pakai. Edit picture guna apps apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya untuk vitamin c serum nie bergantung ngn jenis kulit kot. edit guna photoscape kat laptop :D

      Delete
  17. Tak pernah pakai serum. Tak tahu akan sesuai dengan kulit ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba kalau teringin nk dapat benefit dia :)

      Delete
    2. Rm25?? Murah nya. Sis beli online kat store ape ye?

      Delete
    3. beli kat website althea :D

      http://www.althea.kr/

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!