Saturday, 22 July 2017

another haul from sgshop

Assalamualaikum,
haul lagi. hahahhaha. aku ada buat blog post pasal haul dari sgshop jugak kat SINI. pada masa tu, aku banyak pilih barang yang kecik2 dan ringan je. kali nie apa pulak yang aku pilih? aku menang dua kali giveaway sgshop tu, tapi shopping credit lain2 masa dimasukkan. jadi kali pertama beli banyak stationery dan kali kedua nie pulak . . . .. 

meh la baca.
pengalaman membeli barang di sgshop

pengalaman shopping di sgshop
agak besar parcel kali nie. nasib baik hantar depan rumah. tu pun hantar pepagi, terkejut ai kemain besar bunyi hon depan rumah dengan lori besar pulak tu. biasa tengok orang hantar guna van dan motosikal. hahhahaha. kali nie aku sendiri ambik parcel depan rumah. selalunya mak yang ambik sebab mak selalu berada di luar rumah pepagi (berkebun?)


pengalaman shopping di sgshop
masa sesi bukak parcel nie, aku ngan mak je ada kat rumah. adik2 pergi sekolah semua. punya la tak sabar nak bukak, bukak pun depan pintu bilik sambil diperhati mak. hahahhaha dan inilah barang2 yang aku beli dengan shopping credit rm100 + belasan ringgit dari aku sendiri untuk tambah kos shipping. 


spectacles dari meetsun tu aku beli pada harga rm35 macam tu la (nanti aku edit balik semua harga to the exact price), kemain packaging kotak dia, macam spec harga ratus2. hahahhaha. spec tu sebenarnya untuk 'tengok laptop' supaya mata tak sakit(?), OMG aku takpandai nak explain. hahhahaha. korang tau la kan, laptop/smartphone screen ada cahaya yang boleh buat mata jadi sakit so on, so this spectacles adalah untuk protect. kira macam tu la. siap dia bagi box, kain lap cermin mata, dan ada la something untuk adjust skru spec tu. 

okay next pic, aku beli sudu acah2 korea dua ketul. dan satu spec acah2 retis (rm10). LOL. hahhahaha. sedih sikit pasal spec tu sebab ada macam senget sikit. tapi okay la, dia pun bagi something (spanar? planar?) mini untuk adjust skru tapi aku takpandai nak guna. LOL.

sudu acah2 korea tu stainless steel, harga aku beli rm6+ satu. aku dah guna satu. yang tinggal nie aku rasa nak buat giveaway and bagi ngan pemenang la. siapa setuju? (aku still kumpul barang nak buat giveaway nie) nak tak?


yayy! benda paling aku suka la. plushies nyanko sensei (natsume yuujinchou) yang lama dah aku nak. yup, memang aku lama dah nak plushies nie masa jenjalan kat satu mall, ternampak kat rak plushies tapi harga rm29.90. guess what? aku beli cuma harga dalam rm10+ macam tu je. hahahhaha happy tak terkira. dah la comel. siap ada free keychain comel nyanko sensei lagi.


next, mini bag dan baju. bag tu harga dalam rm6+ dan baju tu dalam rm11+. aku suka bag tu sebab comel dan kecik. sesuai la kalau kau nak pergi kenduri dan tak jalan2 sangat. hahahha. baju tu pun okay la. tak expect banyak pun sebab murah kan. kain dia agak nipis dan sesuai la untuk cuaca kat malaysia, nasib baik aku pilih L. cuma kat bahagian lengan kain putih tu agak nampak bahagian dalam. kalau kena hujan, nampak la dalam dia. overall aku puas hati jugak la. 

🍤🍤🍤🍤🍤🍤


shipping cost mahal. total barang aku beli nie ada la dalam rm70+, shipping cost ke malaysia pulak rm42 (lepas discount). sebab barang yang aku pilih nie agak berat kan. 

boleh pilih shipping cost, ada yang cuma rm38 tapi ETA (estimate time arrival) dia 15-30 days. jadi aku pilih yang rm42 with ETA 3-7 days. sanggup tu sebab nak cepat. memang sampai cepat la, aku dapat dalam 7 hari macam tu.

semua barang best dan murah tapi shipping mahal. kalau ada shopping credit free lagi nak je aku shopping lagi. hahhaha

🍤🍤🍤🍤🍤🍤
korang pulak ada yang dah shopping kat sgshop?
barang mana satu yang menarik perhatian korang?

see ya when i see ya lah
ilal liqa'

15 comments:

  1. bestnyaaaaa kak Hana nak sangat plushie Nyanko sensei tuuu murah dah RM10+. nak usha la nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn, BV pun taksangka dapat jumpa kat website nie :D

      Delete
  2. Banyak juga barang yang BV beli ni. Tak sangka pula ada spectacles yang macam shades untuk tak nak bagi sakit mata kalau tengok laptop. Macam akak, akak memang buat spectacles untuk hadap laptop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya tu spec biasa je transparent(?), bukan shades :D memang spec khas utk tengok laptop jugak tapi takde power la :D

      Delete
  3. omoooo comelnya neko tu. taklehla tengok benda2 comel ni T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel kan. hahahha, sama je kita, takboleh tengok benda comel :D

      Delete
  4. rajinnya membeli lately. hahaha. nyanko sensei kawaii!
    harga baju tu murahnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau benda free rajin la jugak. hahhaha
      kan, memang murah2 barang kat website tu :D

      Delete
  5. apasal selalu nampak orang lain shopping online barang dia lelawa ek? hahahahah..
    kamek jaranglah shopping online, dolok pernah beli headphone jak online. pasya barang stationery.

    comelnya patung ya!!! mok boleh?? hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha bena ya. kmk nang selalu la beli barang online. :D
      boleh jak, tapi beli sendirik la hahahaha

      Delete
  6. Cantik bag tu. Waiting for your giveaway ~~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu ada masa nanti lepas kumpul hadiah baru buat. :D

      Delete
  7. nak plushies tu jugak.. nanti nak cari jugak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la cari lepas nie. banyak plushies murah kat sgshop tu :D

      Delete
  8. Mahalnya shipping cost. Huhu. Siqah tak pernah beli kat SG Shop tapi kalau nak beli nanti, nak kena hasut kawan2 beli sekali. Boleh share shipping cost, Hihi.

    Siqah berkenan dengan mini bag <3

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!