Wednesday, 3 May 2017

april 2017 | stories x fav

Assalamualaikum
dah masuk bulan may. berlalu sudah bulan april. cepatnya masa berlalu, macam baru semalam rasanya masuk tahun baru 2017. masih ada ke yang salah tulis tarikh 2017? hahahhaha rasanya semua dah betul dah.

meh nak cerita apa yang terjadi bulan april 2017.


bagi aku, bulan april bulan yang agak tough. banyak benda terjadi.

rasanya bulan nie aku paling banyak drive jejauh. drive ulang alik rumah lama sebab kemas barang dan mak handle barang2 lama. dan jugak sesi meroboh rumah lama. sedih gila part roboh rumah tu. kenangan kot. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat membesar dari kecik. cewahhh. rumah paling banyak kenangan dengan arwah bapak. selain tu, sesi memindahkan barang dari rumah lama ke rumah baru. banyak betul barang, harta benda. pening kepala aku tengok depan rumah penuh barang. hahahhahaha (akan di sort out pada masa akan datang)

bila banyak drive nie, terus aku suka drive ke?
tidakkkk. aku takpernah suka drive. kekadang aku rasa driving nie buat aku jadi orang lain. rasa nak menyumpah je bila ada yang tak kena. HAHAHHAHAHA. aku takkan drive melainkan benda tu penting dan kena paksa (aku taksuka dipaksa). jarang sangat aku drive dengan kerelaan aku sendiri. (pelik sangat bunyinya XD)

sebab bulan APRIL nie banyak menguji kesabaran aku,
so, nak share la benda yang aku suka. biar nampak happy. hahahhaa


APRIL 2017 FAVOURITES

BOOKS - unfortunately, aku takdak beli apa2 buku pada bulan april. misi nak beli buku (atleast 1) tiap bulan gagal. sebenarnya aku dah nak beli buku di website fixi yang promo rm88 (rm99 ss) untuk 6 buah buku, siap dah pilih buku dah pun, tapi takdapat bayar menggunakan kad debit kat website, dan terpaksa bayar guna atm or such. malas. hahahhaha akhirnya tergantung macam tu je la. datang balik nak bayar, tetiba rasa nak pilih buku lain pulak. so, tak jadi la membelinya. buruk perangai khennn.

FOODS - akhirnya aku merasa jugak ayam goreng spicy McD yang digempar gempur oleh netizen. alhamdulillah. my view? not bad la, yang beza dia dengan ayam KFC cumalah kulit yang terlebih oren dan pedas. adik aku order, yang lain order lain2. aku order nugget. rasanya nugget ayam tempura masak kat rumah lagi sedap kot. HAHHAHA. bagi aku McD power dalam burger2 dia. KFC pulak menu yang variety. aku lebih suka ayam KFC. (kekadang lain KFC lain macam ayam dia).


SHOWS - aku dah terjebak dengan korean variety shows 2 days 1 night season 3. HAHAHHAHA. tapi tengok kat youtube je la. dalam minggu nie, memang rasanya marathon tengok 2 days 1 night je la. nasib baik ada kat youtube, senang sikit nak tengok. memang layan KBS punya channel je la, tengok hello counselor, happy together and 2 days 1 night.


MUSICS - aku jenis bila aku suka dengar sesuatu lagu tu, aku memang akan ulang tiap masa. lagu yang aku ulang tiap masa tu adalah lagu2 by kyary pamyu pamyu. HAHAHHAA.sebenarnya lama dah minat kyary pamyu pamyu nie, cuma bulan nie terlebih syok layan lagu baru dia HARAJUKU IYAHOI. dan rasanya bulan april aku memang banyak layan live chill music kat youtube.

my jam in APRIL 2017

always listening to this chill vibe kindof music~


ONGOING ANIME (watching)
anime yang masih ongoing dan aku nak share serba sedikit la pasal anime2 nie. mana tau nak join aku menunggu tiap minggu untuk new episodes kan. hahhahaha

Boku no Hero Academia - My Hero Academia
aku menahan diri dari baca manga sebab nak tengok sendiri ending anime nie macam mana. tiap kali tengok new episode, dada rasa berdegup je. hahahhahah. dah kenapa kan.

Oushitsu Kyoushi Haine - Royal Tutor Haine
comel sangat ler Haine nie. dah comel bijak tahap genius pulak. dah la prince2 comel2 hensem2 belaka. my fav prince is KAI. he so cute and love fuwafuwa (fluffy) things. nampak cool gila tapi suka benda comel. XD

Little Witch Academia
remind me of Harry Potter tapi versi gegadis comel la. kekadang aku annoying dengan perangai AKKO (main character). tapi layan jugak sebab comel dan adventurous. 

Natsume Yuujinchou Roku (season 6)
all time fav anime! i really love this heart warming anime about youkai (supernatural things, ghosts, etc).

Quan Zhi Gao Shou (chinese anime)
first time layan chinese anime pasal game. suka tengok style graphics dia sebab ala2 game. hero pun hensem. cuma kekadang rasa feature muka characters banyak hampir sama, tang rambut je lain. tapi memang story plot dia mengancam. 

Shingeki no Kyojin - Attack on Titan (season 2)
perghh, rasanya nie anime paling ditunggu2 kot. sesiapa yang suka blood splash everywhere, gore scenes boleh la tengok anime nie. aku hold dulu tengok sebab nak kumpul semua episode dulu. baru thrill kan. anime nie kekadang buat aku termimpi2 pasal titan. seram giler. T^T

sekian saja cerita pasal anime kali nie. rasa lama dah tak buat satu entri pasal anime je.

🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉

panjang pulak post kali nie. 
aku harap bulan may nie banyak update blog dan blogwalking habis habisan. 

APRIL korang pulak macam mana? best ke tidak?
share jugak kalau ada buku baru yang best. nak jadikan target beli bulan may.

see ya when i see ya lah. 
ilal liqa'

23 comments:

  1. member pun ramai gak yg tggu Attack on Titan tu. tgk A Silent Voice tak?

    Mira | Pretty Little Things

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum tengok lagi koe no katachi tu, baca manga dah. :D
      memang ramai yg tunggu attack on titan kan :3

      Delete
  2. dah lama tak tengok anime. Quan Zhi Gao Shao baca buku dia tak tengok lagi anime. rasa nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ada baca buku dia? mesti lagi best kannn. :D sila la tengok, harap yg anime sehebat buku, sebab ada terbaca komen orang, buku dia memang best :)

      Delete
  3. Lenne sukalah cara BV edit gambar! Lawa sangat <3

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanksssss :D
      suka je guna filter banyak2. hahahha :)

      Delete
  4. Kenapa roboh rumah lama BV? Dan pindah rumah baru? Beli rumah lain eh.. hihi. Sibuk je kan siqah nak tahu details. Maafkan saya 🙏😉

    Siqah tak suka drive jugak! Memang jadi orang lainlah kalau drive. Bab menyumpah rasa banyak kali gak. Hahahahaha.

    Kelakar bila baca bab kulit ayam mcd terlebih oren berbanding kfc. Hihi. Siqah tak rasa lagi ayam goreng mcd yang baru ni. Nak pergi tapi ada je hal lain. Tunggu surut dulu kisah viral ayam goreng mcd 😊

    Btw, BV tengok anime kat website mana?:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, rumah baru dh ada. rumah lama jd saudara punya :D hahahhaa takpe2 :3

      kannnnn, rasanya bukan BV sorang je macam nie kan, memang rasa tertahan2 je nak menyumpahhhh XD

      boleh la pergi dan rasa sendiri kalau ada masa nanti kan :)

      selalu tengok dan download kat website kissanime dan gogoanime :D

      Delete
  5. Ayam McD tu saya belum pernah makan. Tapi mostly kawan-kawan cakap ayamnya agak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, memang sedap jugak paling2 yg suka pedas. kulit dia rangup dan pedas, agak banyak isi :D

      Delete
  6. kmk pun SIK SUKA drive hahaha mun mak kmk ajak pegi giant kah apa mesti kmk nnyk dlok ada benda penting sik maok dibeli,mun sikda sikpayah jak hahaha ciss

    buku nak ktk beli hariya dah habis dibaca kak? oh ya,kmk siktauk kmk pernah nnyk or sik tapi ktk tauk kah bila fairy tail ya bersambung? uwaaa kmk dah sik sabar mok ngga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahahah sama jak kita. mun semata2 mok jalan ng sikda lah nak drive XD

      dah habis baca dahhh. :D siktauk bila, lamak nak nunggu nyaaa ehhh. bagus ktk baca manga nya jak dolok. mostly nk baru ada movie jak. :3

      Delete
  7. happy together best ! tak pernah tak lawak ngan mc dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn, memang lawak laa korean variety show, kekadang memang taktapis mulut XD

      Delete
  8. tengok je gambar mcd tu terus terdetik di hati, "nak ayam guring mcd pedashhh tuhhhh" tengok tengok memang bv tulis pasal ayam tu. hahahahaha... Samalah kita, suka sangat dengar lagu fav tu ulang ulang sampailah jemu. kshow kbs channel memang layan habis lah (walaupun ulangan je I mampu) kahkahkah! bv, let's hope our may will be better kkk :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, hehhehehe fairuz dah cuba ke ayam mcd tu? hehehhe sama la kitaaaa, memang jenis suka ulang2 laguuuu, BV selalu layan kbs kat youtube je sbb tak subscribe astro utk kbs pun. :D

      inshaALLAH, let's hope :)

      Delete
  9. banyaknya anime list, sy tengok 1 je anime XD

    shingeki no kyojin tu cam best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah minat, hahahhaa

      memang best shingeki no kyojin tu sebab berdebar2 tengok :D

      Delete
  10. Samalaa kita kalau nak beli buku online macamtu lah. Stp kali msk pilih buku, bertukar2 pilihannya. Rambang matalaa senang cite. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn. hahhahaha memang selalu rambang mata dan taktau nak pilih yg mana kalau membeli buku online. ada je buku baru yg menarik perhatian :D

      Delete
  11. saya pun layan jugak 2 days one night XD
    serius kalau stress bole layan

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!