a week before ramadhan

Tuesday 30 May 2017

Assalamualaikum,
kita dah masuk 4 ramadhan dah. aku baru muncul lagi. rasa lama tak jenguk blog dan blogwalking. sorry. hahahhaha. sebab kemalasan melanda tahap gaban. 

lama rasa dah tak cerita pasal hidup kat blog nie. hahhaha #personal

kali nie nak cerita pasal apa yang terjadi sebelum ramadhan hari tu. kan ramadhan hari sabtu, so hari2 sebelum tu serious aku busy kesana kemari diheret mak dan adik2 kemana2. sebab lepas tu cuti 2 minggu, aku berikrar malas dan jangan nak suruh aku drive kemana2. jadi, dorang rebut peluang, masa ambik adik2 lepas sekolah, terus straight pergi area pasar2 dan mall2. beberapa HARI TAU ULANG BENDA SAMA. kunun mau shopping kunun. 

aku memang takdak urusan la kat pasar2 mall2 tu. sekadar window shopping setengah jam cukup la bagi aku. lebih dari tu boleh buat aku pening dah. hahaha. 

family aku? dorang memang banyak urusan sangat kat kawasan2 tu, nak settle urusan bank la, nak pos surat la, nak survey tudung, baju raya so on la. aku ikutkan je, walaupun mengeluh entah berapa kali, kena marah mak ada la. kang jadi anak durhaka pulak. taknak la gittew khennn. 

kalau part makan, aku on je. asal makan halal dan sedap. dan air banyak. masa tu belum bulan ramadhan lagi, boleh la makan puas2. cuma yang tak best nya cari toilet kalau nak melepas, jenis aku, sorry la nak melepas kat toilet awam, takdak selera sebab entah berapa banyak punggung asing duduk di toilet sama. (hiperbola sangat sebab aku taksuka toilet duduk tu. wakakaka). kecuali part emergency tak hengat dan toilet hendaklah bersih sebersihnya. 

jumaat. one day before ramadhan.
dalam bulan 5 nie, rasanya hampir setiap jumaat family kitorang jenguk kubur arwah bapak. dan hampir setiap jumaat tahun nie la mak aku ajak jenguk kubur arwah bapak. bersihkan kubur dan sebagainya. sedih rasanya, tahun nie ramadhan pertama tanpa arwah bapak. rasa kosong semacam ramadhan tahun nie. yang hidup perlu la teruskan hidup kan.

OKAY, yeahhh
lepas tu, tetiba teringin nak tengok movie. sebenarnya dah plan one week before. sebab birthday adik lelaki paling bongsu yang ke 13 tahun pada 19 may. hahhahaha. tapi masa tu belum ada POTC, terus tunggu la POTC keluar, jadi 26 may dah keluar, memang tengok laaaaa. hahahhaha. happy la sikit kan. lama gila dah tak layan movie kat panggung wayang. balik dalam pukul 7.

perghhh. susah jugak kalau drive waktu malam, apatah lagi aku rabun dan silau. rabun tu tak kisah la sangat, part silau tu. memang menduga jugak la. lampu sana sini, buat mata aku sakit wehhh. mak siap suruh pakai cermin mata hitam, LOL. kalau aku bawak sunglasses masa tu, memang aku pakai je. best lagi rasanya drive dalam gelap. LOL. tapi betul aku rasa macam nie. 

so, aku dah tengok Pirate of the Carribean (Salazar's Revenge). nak buat movie review tapi rasa malas sebab kalau aku buat movie review mesti ada selit spoiler punya. kang tak pasal2 kena marah. hahahha

puasa ke tidak?
jangan membazir beli makanan banyak2 kat bazar ramadhan. kalau makan semua takpa. tapi amalkan la berhenti makan sebelum kenyang.  jangan jadi setan pulak di bulan mulia ini. wahahhaa

HAPPY RAMADHAN!
may ALLAH bless :)

sekian,
ilal liqa'
see ya when i see ya lah.

22 comments

  1. sy kalau pegi memana cari toilet cangkung 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. rasanya kalau public toilet, lebih selesa guna yg cangkung. wahahaha :D

      Delete
  2. selamat berpuasa BV! hope it's not too late hehe ❤

    ReplyDelete
  3. Kita yg baca pun penat.. haha.. Best tak POTB tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha memang penat pun T^T
      best jugakkkk, nanti kalau rajin ada la review :D

      Delete
  4. takda kaitan langsung dengan blog post tapi apa rahsia awak kurus eh?

    hahahaha

    #lawakramadan
    #kbye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa, BV punya BMI dlm kategori underweight T^T
      rahsianya jarang makan nasi kot XD

      Delete
  5. mun kmk boh harap lah maok drive tiap2 hari gia hahaha sanggup eh kenak anok sbb bencik gilak drive -_-

    salam ramadhan kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahahaha ng bencik gilak dh ya. kmk smadi jak yaaa. mun sik sama jak kita XD
      salam ramadhan too :)

      Delete
  6. ahaha berapa banyak punggung asing xD terhibur dgn ayat tu!

    best tak cite pirate tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL, kekadang pun rasa terhibur dgn ayat sendiri. wakakaka :D

      best jugak, nanti ada la BV review kalau terajin :3

      Delete
  7. Bestnyaaaa BV dah tgk POTC . Nadia plan jugak nak tgk masa before start puasa hari tue tapi sebab busy and balik kerja lambat terus tak jadi . Mmg tak dapek lah nak tgk sebab dah Ramadhan kan. Tgk online je lah nampaknya.

    Nway , selamat berpuasa BV =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best jugakkk. kann, nasib sempat tengok haritu sebelum ramadhan. :D
      tengok online pun best jugak kan :)

      thanksss! selamat berpuasa too <3

      Delete
  8. Bestnyaaaa BV dah tgk POTC . Nadia plan jugak nak tgk masa before start puasa hari tue tapi sebab busy and balik kerja lambat terus tak jadi . Mmg tak dapek lah nak tgk sebab dah Ramadhan kan. Tgk online je lah nampaknya.

    Nway , selamat berpuasa BV =)

    ReplyDelete
  9. Bagusnya berikrar taknak drive pastu alih2 dok keluar tiap hari. Hahahaha. Ingatkan update apala seminggu sebelum Ramadhan nyaa.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa dah nasib kot. hehehe banyak cerita personal je nie. XD

      Delete
  10. Sama lah BV! Hahhaha low stamina. Baru jalan sikit je mesti dah penat. Pastu kalau nak beli apape pening lah nak kena fikir hahahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. makin2 bila bulan puasa nie nak shopping pun cepat je rasa pening :D

      Delete
  11. "Banyak punggung asing" 😂😂 Siqah lebih selesa dengan toilet duduk, tapi kalau kat tempat awam, Siqah akan guna tisu lap dulu, dan baru mulakan projek. Hahaha.

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!