Saturday, 8 April 2017

kisah kereta rosak | pesanan untuk pemandu

Assalamualaikum,
minggu lepas, hari sabtu pagi masa nak hantar adik pergi sekolah sebab dia ada kelas tambahan, tetiba kereta rosak. masa berhenti kat traffic light tetiba kereta macam jam, tak dapat start. sebelum berhenti kat traffic light pun dah rasa lain semacam masa tekan minyak, tetiba kereta makin slow. memang nasib sangat la kat tepi traffic light tu ada ruang lebih dan boleh la tolak kereta kat tepi dan tak ganggu laluan traffic.

kedai jual spare part kereta/motor etc

kira nie first time la aku yang drive pastu kereta rosak. nak kata panik? entah la, aku bukan jenis yang mudah panik.

nasib baik masa tu dah dekat ngan kawasan perumahan lama kitorang. pastu mak aku call la saudara yang duduk dekat situ sebab senang sikit nak deal kan. pakcik aku datang. nak bawak pergi bengkel terus.

pastu ada la beberapa masalah sikit. 
pergi bengkel lain pulak. kemudian beberapa hari ulang alik beli spare part. serius penat.

taktau nak kata apa kat sini. tapi nie bukan bengkel tempat kereta kitorang dibaiki.

pakcik aku ada bagi beberapa pesanan untuk aku la (tapi bagi aku nie boleh apply dengan semua pemandu)

- bila kereta rosak terutama bagi perempuan macam aku la kiranya, cepat2 call saudara lelaki yang terdekat dan kalau nak berurusan dengan mekanik, atau bawak sekali saudara lelaki. sebab bila perempuan sorang je atau semua perempuan takut kena tipu, konon fikir perempuan taktau apa2 pasal kereta kan. 

- bila jumpa mekanik, dan si mekanik ada bagitau masalah2 kereta tu, jangan cepat okay2 je. survey dulu tempat (workshop) lain. tanya pada yang pakar dan workshop yang dipercayai. paling penting, jangan okay2 je bila dia suruh tukar memacam, padahal yang rosaknya sikit je, tetiba suruh tukar nie, tukar tu dan macam2 lagi. pastu terkejut la tengok bil.

- belajar pasal isi kereta. atleast sendiri tahu sikit pasal kereta dan apa yang rosak. tak banyak, sikit pun jadi la. benda basic2 macam tu. 

- tips kalau nak jimat pulak, beli sendiri spare part pastu upah je mekanik tu pasang/tukar. so, untuk mekanik kita bayar upah je la sebab spare part sendiri beli lebih murah kekadang. 

- ada lagi ke? entah la aku lupa.

🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊

sambung balik cerita,
nak dekat seminggu jugak kereta kat bengkel. dah la adik2 aku masih sekolah kan, rasa menyusahkan family pakcik aku pulak bila dia terpaksa hantar dan ambik adik aku kat sekolah dan hantar balik rumah yang agak jauh dari kawasan rumah dorang. tapi tu 'whats family for' kan. saling tolong menolong. family dorang permudahkan urusan kami, semoga murah rezeki dorang dan dipermudahkan segala urusan.

sekarang kereta dah okay. dan aku harap tak rosak lagi la. sebab sedih bila duit melayang nak baiki kereta nie. hahahhaha. dah kira keperluan tu, bila takdak rasa kosong di jiwa. gituuhhh. hahahhaa

pernah ada pengalaman kereta rosak kat jalanraya tak?
share jugak mana2 pesanan/tips korang supaya jadi pemandu yang bijak bila kereta rosak.

sekian,
see ya when i see ya lah.
ilal liqa'

35 comments:

  1. Kalau erni, memang panik la kalau tetiba kereta rosak haha πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe BV tak berapa panik sebab mak dk sebelah yg panik. hahahha :D

      Delete
  2. Pernahhhhh. Masa tu kereta sewa yang rosak, mujur lah dia tak berhenti betul2 kat simpang 4 dan sempat berhenti kereta elok tepi jalan. My bad, I have not much knowledge about cars, to be honest. Tahu bawak je. Haha. Masa tu nak masuk gear satu pun tak lepas, tak tahu kenapa.

    Tapi okay aje lah overall, call car rental dan dia ambikkan kereta. Yang bersyukurnya sebab dia tak charge2 apa pun untuk baik tu. -_-'

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, BV pun rasanya kalau kat tengah jalan mesti rasa cuak dan bersalah jugak. nasib dekat ngan tepi jalan dan pagi tu takbanyak kereta sangat. memula pun memang taktau kenapa kereta jadi macam tu.

      nasib baik kan. maybe kereta tu memang ada masalah kot.

      Delete
  3. uwaa mun kmk nang confirm panik habiss kak hahaha lagik2 mun kmk sorang ajak,ada rasa mok nangis hahaha tapi nasib bait dekat ajak ngn perumahan ktk oh. semoga dipermudahkan urusan ktk kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mun kmk sorang ng komfem kmk panik juak. nasib ada mak ngn adik kmk, mak kmk tukang panik nya. hhahaha, yalahtek nasib baik. maksehhhh, ktk juak k <3

      Delete
  4. jenuhlah kan bila kereta rosak ni. servis memang kena selalu jaga kalau nak maintain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang penat jugak ulang alik. kann, memang tiap bulan servis dah, kereta dah tua T^T

      Delete
  5. uhuhu tak boleh bygkan kalau masetu sorang2 pastu kereta rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, nasib baik masa tu tak sorang T^T

      Delete
  6. Pernah sekali. Pon sangkut dekat traffic light jugak. Dengan sesak orang nya nasib baik masa tu dengan Ayah. Segan jugak kena tolak kereta tengah kenderaan lalu lalang dekat situ. Macam rasa cepatlah settle benda ni tak tahu nak letak muka kat mana segan hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah faham jugak perasaan tu. nasib baik masa kereta tiba2 rosak tu, jalan tak berapa banyak kereta sangat sebab hari sabtu pagi. :D

      Delete
  7. Tak pernah lagi kereta rosak tengah jalan. Kalau pernah pun memang sempat ke tepi terus, bukan kat tengah jalanlaa kiranya. Hihi
    Pesanan tu memang sesuai untuk kita semua kot. kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib sangat kan kat tepi jalan. kalau tengah jalan mesti segan rasa. :D
      harap berguna la pesanan tu kan :)

      Delete
  8. nadia alhamdulillah setakat nie belum ada experience lagi kereta berhenti di tengah jalan.

    Tapi, if one day terjadi jugak nadia pun tak tahu apa reaksi nadia sebab nadia nie cepat gak lah panik.

    tips yang kena amik tahu jugak pasal kereta tue betul dan penting. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. nanti kalau terjadi, jangan panik sangat. dan chillex je sambil cari penyelesaian. :D
      betul tu, memang penting jugak :)

      Delete
  9. cik nor bawak g pusat servis..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kalau dh tau mana pusat servis nak pergi senang :D

      Delete
  10. I don't drive but tau la sikit pasal tips ni.. Streotype mekanik, perempuan tak tau pape pasal kee.. (well, some memang tak tau pun.. haha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena tau pasal tips nie bagi yg akan drive atau tak drive pun. hehehe :D
      kann, memang macam tu la sebab banyak yg taktau sebenarnya dan tak berminat nak tau pun XD

      Delete
  11. I noticed a typo there.. supposedly kereta..

    ReplyDelete
  12. Xda pengalaman lgi sebab x penah bwa kreta hahaha.. btw nice sharing.. nti bila dah ada kereta taulah ckit2 .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah ada kereta memang kena tau sikit2. harap la tips nie berguna kan :)

      Delete
  13. I agree with the part yg BV suruh survey dulu workshop lain sebab my mom pun dah pernah kena. Rosaknya sikit je tapi dia suruh ganti ini lah itu lah. But now my mom dah ada mechanic yg memang my mom akan go to bila nak servis kereta ke or apa2 pasal kereta lah hihi. Perlukan masa jugak nak cari mechanic yg betul2 jujur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, pakcik BV sendiri yang lelaki pun pernah hampir kena jugak. :D dan alhamdulillah sekarang dah jumpa mekanik yang dipercayai. betul tu, memang ambik masa jugak nak jumpa dan cari mekanik yg betul2 baik dan jujur. :)

      Delete
  14. xpernah rasai pengalaman tu.tapi kalau kereta rosak memang ayah dh siap suruh save number tow truck dan bengkel yang dipercayai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu dah ada nombor penting. senang nak contact kalau ada apa2 masalah kereta rosak kan. :)

      Delete
  15. Tak pernah lagi pengalaman kereta rosak. pernah kereta kena langgar jer lah. 4 hari jugalah masuk bengkel. nasib ada kreta kompany. bahahaha.

    salah satu tips nya juga kali/ cari mekanik yg bleh dpercayai. rekomen dr keluarga & sahabat terdekat. :) ni lah susah prmpuan ni, sy tahu memandu jak, part2 kreta tu. naah hampeh. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena langgar? wahhh mesti gelabah kalau kena langgar nie. T^T

      betul2, paling bagus la kalau dah ada yg rekomen dr keluarga dan kawan terdekat. sama je, BV pun tahu memandu je. hahahhaha lepas nie kena ambik tau la sikit :D

      Delete
  16. Pernah kereta rosak! jenis yang tetiba boleh mati tengah jalan. Lepastu nak start balik tak boleh, kena tunggu 5 - 10 minit macamtu baru boleh. Ada sehari tu kereta rosak tengah jalan dekat MidValley waktu orang balik kerja. Memang jem habis lah jalan tu time tu. Rasa macam bersalah pulak haha. Boleh buat entry la pasal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mati tengah jalan tu takbest. nasib baik boleh start balik kan lepas tunggu beberapa minit. lama jugak tu kiranya. wahhh kalau jadi macam nie memang rasa bersalah la, jalan jem sebab kereta rosak. kekadang terjumpa kereta rosak tengah jalan rasa simpati jugak. sila la buat entry, share pengalaman :D

      Delete
  17. Tak dapat kubayangkan kalau keretaku yang rosak tengah jalan..aduiiii

    ReplyDelete
  18. Siqah dah pernah 2 kali kot kereta berhenti tetiba. Masa tu memang panik lah. Ganggu jalan orang kan. Tak boleh start sebab betri kong pun pernah jadi dua kali. Dan di setiap kejadian itu, Ayah Siqah jadi hero. Sentiasa datang rescue anak dia yang blur ni :D

    Nak belajar pasal kereta tapi masih sekarang tak belajar jugak :p

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!