Thursday, 27 April 2017

15 fakta blogging tentang BudakVanilla's

Assalamualaikum,
beberapa hari nie aku busy kesana kemari. bukak blog pun bukak blog sendiri dan blogwalking sikit2 je. laptop memang tiap hari bukak, blog pun rasanya wajib bukak hari2, tapi benda lain pulak aku layan. lol apa kebenda aku merepek nie kan.


aku ada singgah blog lenne dan baca satu post yang menarik pasal 15 blogging facts about me, ada banyak blogger lain buat entry pasal benda nie, aku pun nak jugak. hahahhaha cuma jadi versi bm la sebab post aku dalam bm dan sedikit rojak.

dan sorry sebab banyak gambar header. evolusi header2 budakvanilla. hahahhaha.

nak share la 15 fakta blogging 

πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰

1. berblog sejak mac 2012, dah 5 tahun dalam dunia blog rupanya. macam takpercaya je rupanya lama jugak kan. macam baru semalam aku buat akaun blog. cewahh.



2. blogging untuk suka2 dan berkongsi cerita dan jugak meluahkan perasaan. tapi entah kenapa, sekarang rasa segan sikit nak meluah perasaan kat blog nie. hahahhahhaa. maybe sebab ada orang yang aku kenal baca blog nie. please, benda kat blog biar kat blog je okay. hahahhaha



3. url dan nama tak pernah berubah sejak mula berblogging. cuma pada awal berblogging aku guna nama 'Si Budak Vanilla' lepas tu tukar BudakVanilla je la. lebih simple dan mudah ingat. malas dah nak tukar nama walaupun macam childish, tapi comel apaaaaa. memang diakui BudakVanilla adalah aku dan aku adalah BudakVanilla. uhmm, kira macam alter ego pun ada. dulu nama blog nie Duniaku Vanilla lepas tu aku tukar jadi BudakVanilla's atas sebab2 yang aku sendiri takpasti apa. hahahhaha



4. pada awal berblog, aku rajin buat post pasal tutorial dan freebies (edit gambar header free), tapi sekarang makin malas. aku suka post pasal life, tapi sekarang macam kehabisan idea dah nak menulis pasal life sebab life aku sangat la tak menarik (lately). aku memang suka sangat baca pasal life bloggers lain sebab macam aku kata dalam entry yang lepas2, life setiap orang berlainan.



5. aku tak kisah pasal SEO, tapi sebagai blogger teringin jugak benda yang aku post kat blog jadi manfaat untuk orang lain kan. (LOL apa kaitan??) memang kekadang aku ambil berat jugak pasal SEO dan traffik tapi most of the time aku tak kisah sangat.



6. aku sedaya upaya elak post benda negatif dan sedih2 kat blog nie. aku cuba elakkan TERmengumpat orang, terperli dan marah2 kat blog. (kalau ada please tegur, aku cuba ubah ayat atau apa yang patut). sebab utama, aku sukakan POSITIVE VIBE, CHILL VIBE. negativiti pergi jauh2. tapi kekadang ada jugak buat post macam nie. dalam negatif ada positif. harap la camtu kan. 



7. aku suka edit blog. terutama part header. aku taksuka design sama dengan orang lain. sebab aku nak rasa special (pergghhh poyo kan). aku nak ada identiti aku sendiri sebab tu la edit blog coding sendiri. walaupun selalu teringin nak beli template cantik2 kat etsy tapi bila tengok part credit dan ada blog rupa sama tu aku agak berat rasa nak membeli. entah kenapa aku rasa macam tu. so, rasanya aku akan kekal dengan template nie. (maybe sebab aku nak design yang ekslusif untuk aku je. kahkahhh)



8. aku tak pernah sangka aku akan dapat duit dari berblogging. walaupun aku berblogging dah 5 tahun, aku baru cashout nuffnang 2 kali. hahhahaha. cashout kali kedua nie sangat mengecewakan aku. bertahun menunggu akhirnya kena potong sebab fraud click katanya. sekarang aku letak banner nuffnang atas header tu je (entah kenapa dalam google chrome takdapat view). dan yang lain tu iklan adsense.



9. aku pernah rasa letak iklan kat blog nie mengacau je, menganggu nilai astetik sesebuah blog. hahahhaa. maybe sebab tu aku letak kat tempat yang tak menganggu post sangat. aku harap iklan tu tak menganggu la pembaca dan visitor kat blog nie (kalau ada). kalau menganggu boleh bagitau. 



10. bagi aku, blog aku nie tiada niche. semua pun boleh. hahhahahaha. tapi sebenarnya bagi aku, blog nie lebih kepada personal, lifestyle dan kemerapuan propaganda semata. blog tempat menyimpan memori yang tak mampu aku tulis dalam journal. 


11. aku teringin nak jumpa kawan2 blogger. bila dah selalu jenguk blog, rasanya dah kenal macam mana muka memasing kan? tapi aku rasa kalau terjumpa kat memana dan rasa kenal mesti aku malu dan takkan berani tegur punya sebab aku kan introvert orangnya. hahhahaha kecuali ada hari aku aktif semacam rajin jugak nak menegur dan dah plan nak jumpa. 



12. beberapa ribu kali dah terfikir nak tukar jadi domain tapi mengenangkan sifat aku yang takpernah serius dan cepat bosan macam membazir je buat domain. takut nanti kalau dah ada domain, malas nak update dan blog pun terkubur bersama domain. so, aku cuba kekal dengan blogspot.com. supaya blog terus hidup selamanya walaupun tak berupdate. dua2 ada kebaikannya.



13. sekarang aku lebih suka guna gambar yang diambil sendiri dan diedit sendiri kat blog. ada rasa accomplishment kat situ walaupun aku edit biasa2 dan gambar diambil pun biasa2. bagi aku gambar ada nilai tersendiri. cewahhh. walaupun kekadang gambar buruk, tak sharp dan sebagainya, aku tak kisah sebab nampak effort nak berblog. hahahhahaa kekadang ada je ambik gambar dari google, terutamanya gif2 yang menarik. hahahhaha



14. aku banyak posts yang dalam draft. dan tajuk memang merapu dan rasa taksampai hati nak publish. hahahhaha. dulu draft aku dah sampai 70 lebih dah kena delete (timbul rasa menyesal sebab draft tu bertahun dah aku tulis kekadang ada luahan perasaan yang merapu HAHAHA). sekarang dah muncul balik 28 posts yang didraft. kebanyakkannya aku buat separuh jalan dan akan diupdate kalau memang dah takda idea nak buat entry.



15. aku fikir banyak kali sebelum post sesuatu kat blog. idea banyak tapi rasanya semua tau bukan senang nak buat ayat. hahahhaha. ayat aku sendiri pun tunggang langgang dengan bahasa rojaknya. selalu terkeliru nak buat sesuatu post dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu, akhirnya jadi bahasa rojak. hahahhaha. ikut mood jugak sebenarnya tu. hehehhee. 

πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰

header2 kat dalam post nie ada yang pernah guna dan ada jugak yang takpernah guna. macam aku kata, aku suka buat header dan rasanya koleksi header aku sekarang dah sampai hampir capai angka seratus (hahhahaha hiperbola melampau) ada yang hilang tanpa jejak dan dah delete.

ada fakta blogging yang sama dengan korang ke? ke aku je yang rasa macam tu? hahahhaha
share la fakta blogging korang jugak. 

see ya when i see ya lah,
ilal liqa'

38 comments:

  1. Saya kenal blog BV masa dah jadi hitam putih. Ada waktu pink jugak ke? Ke yang tu header yang tak digunakan? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa awal2 blogging dulu guna coral pink nie. hahahhaha. masa tu nama blog masih Duniaku Vanilla dan penulisan pun lain. :D

      Delete
  2. wow! hebatlah. suka juga nama budakvanilla tu. ada nilai. hehehe.

    saya dah macam2 nama guna untuk blog. kiranya kamu hebatlah masih guna nama yang sama.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada nilai macam mana ye? hehhehe

      stick je guna satu nama, nanti senang orang nak ingat XD
      thanks :)

      Delete
  3. boleh nampak evolusi header BV. Makin lama makin lawa aih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa thanks <3
      susah nak guna satu header lama2 T^T

      Delete
  4. suka tengok header BV memang kreatif.lagi2 yang ada wrna pink tu hehe..caiyok untuk terus berblogging.5 tahun tuu lamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks tau <3 yg warna pink2 tu memang lama dah. hahahaha :D

      Delete
  5. Moga adik terus berjaya dalam dunia blogging.. :)

    ReplyDelete
  6. Good blog..Finally i've found sarawakian blogger..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks! sarawakian blogger jugak ke? :D

      Delete
  7. hye BV. yang no.5 tu sama macam saya, actually banyak lagi number lain yang sama tapi nak highlight yang no.5 tu jer.. hehe. saya pun jenis tak kisah sangat pasal SEO, apa yang saya rasa nak tulis, saya tulis jer.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh banyak sama ye. hehhehe. betul tu, memang tak kisah sangat pasal SEO. tapi kekadang ada mood rajin datang, suka juga check SEO dan fix SEO blog nie XD

      Delete
  8. hai dik

    akak rabia dah follow blog adik

    ni link blog akak , robiahtul.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. BV you're sooo talented tau I suck at doing stuff like coding ke, buat header ke. memang failed haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. but i think im not XD
      takpe la kalau failed, boleh je cuba main2 dulu. hehehhe :D

      Delete
  10. haha, menarik jugak eh klau buat entry mcm ni dalam blog, haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik, boleh tau banyak pasal blog dan tuan punya blog. buat la kalau free :)

      Delete
  11. Wow, banyakknye fakta yang baru sy tahu pasal BV dan blog, menarik ni tapi nak buat macam tak berfakta mana blog SHAF tu, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha thanks sudi baca :D
      ada je fakta tu, buat la post nanti mesti tiba2 datang memori atau idea :D

      Delete
  12. Kagumnya dengan BV! Rajin betul tukar header. Syed kalau nak tukar header tu memang ajaib la hahahha. Malas kot. Respect betul orang yang bagi freebies ni. Bukannya senang nak buat header percuma tu and 5 years tu lama kot! Dah tahap otai blog dah ni BV! hehe tunjuk ajarku sifu. Memang cantik semua header BV buat. suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin BV suka edit gambar kot. hahhahaha. zaman dulu2 je rajin, sekarang malas jugak dah. XD blog je dah otai tapi jiwa blogger nie masih baru lagi. hahahhaha rasanya tak layak lagi untuk jadi sifu :D thanksssss, header syed pun cantik dan lagi kreatif :)

      Delete
  13. BV, I was wondering... have you ever revealed your real name? Ke kita tak perasan / lupa eh? Because I think I always call you BV.

    Some people do think to have a niche is very good for a blog. Well yeah, it feels like the blog will be oriented with one focus. But, I do feel my blog is about random stuffs I would love to share publicly, so.... no niche for me as well hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah revealed dalam beberapa posts yg lepas, dan pernah letak nama kat page 'about me' tapi dah delete rasanya. hahahhaha. kekadang ada jugak letak nama kat socmed macam ig dan sebagainya :D BV lg selesa bila digelar BV :3

      agreed! yeahhh, i respect some blog with niche, but i do prefer and enjoy reading blog about random stuff and no niche, like yours XD

      Delete
  14. seronok baca entri nie BV =)

    sedikit sebanyak dah tahu tentang blog BV hiihi <3

    lama jugak BV jadi blogger dah. Nadia dlu start blog masa 2010 . then stop delete blog lama . lepas tue 2014 buat blog baru balik.

    bestnyaa BV pandai part coding semua. Nadia tak reti. If reti pasal coding nadia pun confirm mcm BV . Buat template sendiri hhihi

    <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanksss sudi bacaaaa :D
      nadia lagi lama sebab dah start 2010 dan mula balik 2014 pun kira lama jugak kan. kira dah tahu selok belok dunia blogging XD

      BV pandai edit sikit2 je, tu pun rujuk tutorial kat google. kalau nak buat full sendiri memang susah jugak tu. :D

      Delete
  15. selama 7 tahun saya blogging tak pernah cash out nuffnang. hahaha sedih bukan

    ReplyDelete
  16. Lama tu... sejak 2012 lagik... Elok juga ada blog nih buleh dijadikan jurnal anak2 tengok kita merapu online dolu2... ahaks ;)

    ReplyDelete
  17. kak rabia start menulis blog pada tahun 2016.tahun 2017 ni giat aktif sikit blog ni.heheh.best jugak baca blog adik ni.dik umur berapa ya? kak rabia umur 21 tahun .

    ReplyDelete
  18. header BV tak pernah tak cantik dari dulu T^T
    Samalah mcm saya masa awal2 baru buat blog dulu, selalu nk update entry pasal freebieslah, tutorial xD

    ReplyDelete
  19. Dulu selalu kagum tengok BV edit blog lawa2 color pink. Haha. Part draft tu sama, izz pun banyak yang tak publish. Hahaha. sebab rasa macam over, last2 delete. lulz. Paling suka header BV yang ke-6 dari atas. :D

    ReplyDelete
  20. Wah... boleh masuk list sebagai my Idol huhuu... I am so inspired.

    ReplyDelete
  21. #6 sama lah tak suka post negative things tapi kadang-kadang emosi tak terkawal, lol.
    #10 takde niche jugak. Takpa kot, asalkan we write what we love, kan :)

    header cantik-cantik la BV, suka sangat tengok. Kreatif BV ni

    ReplyDelete
  22. Suka header blog BV! Pandai tau BV edit sendiri semuanya. Haih, siqah blur betullah bab coding :(

    Blog siqah pun takde niche jugak. Post jela apa yang rasa nak post. Kalau boleh nak elakkan perkara negatif juga. Silalah tegur siqah kalau ada post benda tak patut kat blog eh <3

    At least pernah jugak cashout 2 kali nuffnang kan Bv. Siqah tak pernah walau sekali. Bape sen je ada kat nuffnang. Sedih betul. Hii.

    ReplyDelete
  23. BV! Teringin nak jumpaaaa... Bilalah nak pergi Sibu nih. Sibu kan?? Bila dah mengikuti lama, rasa kan best kalau dapat jumpa dalam satu mini gathering ke kan. Hihik, takpelah berangan dulu. ;)

    ReplyDelete
  24. Design header mostly memang menarik perhatian aku. #12 is so me. nak buat tapi rasa mcm xkan serius lulululu. I want to see other bloggers toooooooooo.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!