Monday, 13 March 2017

my current favourite phone apps

Assalamualaikum,
lama dah rasanya aku menulis tentang sesuatu info yang berguna kat blog nie. selalu pasal life aku je. dan rasa syok sendiri. hahahahaha. memang blog aku nie blog syok sendiri sebenarnya. so, kali nie nak share application dalam handphone yang menjadi kesukaan aku sejak beberapa bulan nie.


nie tak termasuk media sosial tu semua ya.


1. Luna Diary
Luna Diary nie adalah app yang macam diari tapi dia special sikit sebab comel dan simple. setiap kali kau tulis diari bulan (moon) akan berubah. dan lama2 bulan (moon) akan jadi penuh. suka tengok bila bulan tu dari bulan sabit jadi bulan penuh. dahlah interface comel. tulisan dia pun comel jugak. dalam nie bukan aku tulis diari je, poem pun ada. entah layak ke tidak digelar poem. yang penting comel dan tak makan banyak storage space. :D

luna diary
Luna Diary on PLAYSTORE


2. Snapseed
aku lama dah install dan uninstall snapseed nie. sebab dulu aku bengap, tak berapa guna snapseed dan tak pandai nak guna snapseed. hahahahah. snapseed adalah photo editor. nak edit gambar best kat dalam app nie. sebab macam2 tool ada. yang penting, semuanya ikut kesukaan kita. tool paling aku suka dalam snapseed adalah 'text' dan bagi filter pulak, aku suka 'lens blur'. aku suka semua sebenarnya sebab senang adjust ikut kesesuaian. bagi aku, snapseed adalah antara editor yang terbaik untuk edit gambar. 

snapseed photo editor
Snapseed on PLAYSTORE


3. VSCO
vsco cam adalah forever favourite photo editor app bagi aku. sebab filter dia unik dari editor lain dan tools pun senang guna. bagi aku la kan, filter vsco nie kalau digunakan dengan betul, boleh 'enhanced' gambar jadi lebih cantik. aku pernah buat review pasal vsco dalam entry nie PHOTO EDITOR APP (lama gila tahun 2014) dan sampai sekarang masih setia guna vsco. hahahhaha. pernah jugak buat tutorial download semua filter vsco secara free. dan hampir semua gambar kat instagram aku diedit menggunakan vsco app nie. 

vsco cam
VSCO on PLAYSTORE


4. Manga Reader
aku baru je install manga reader nie pada awal tahun. dulu aku jarang baca manga walaupun teringin sebab malas banyak hal nak bukak laptop baca secara online. sejak terinstall nya app nie, aku terus ketagih baca manga. hahahahhaa. bagi aku app manga nie paling mudah setakat nie. aku ada jugak cuba install app manga yang lain, tapi yang lain kurang. so, app Manga Reader nie memang best la. boleh download manga dan baca manga secara online. paling best, manga2 dalam app nie dari website2 manga terkenal seperti mangago, mangafox dan sebagainya. dia akan notify kita kalau chapter baru keluar (bagi manga yang kita dah 'favorite' kan). 

manga reader
Manga Reader on PLAYSTORE


aku jarang main game. so, kalau install game kat phone pun cepat je uninstall balik. hahhahahaha. sebab aku cepat bosan. atau mungkin mood nak main game kat phone kurang. kalau rajin nanti aku update pulak game2 yang pernah aku install dan agak syok untuk dijadikan 'time killer'

favourite app kat phone korang pulak apa? (manatau kalau aku rajin dan teringin nak tau aku install jugak)

see ya when i see ya lah. 


54 comments:

  1. Me too, VSCO forever favourite photo editor!

    Luna Diary and snapseed sound interesting too. Macam nak try install jugak je. Hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, memang VSCO dari dulu dah suka guna. sebab filter banyak cantik2 :D

      yeahh, boleh try install. manatau berkenan jugak :)

      Delete
  2. Salam ziarah... best2 apps ya owhh..

    btw, sarawakian duhal..salam perkenalan dari kmk..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sudi ziarah. nang best semua apps ya :D

      yayy, sarawakian juak nak? salam berkenalan juak :)

      Delete
  3. Nanti nak download jugaklah Luna Diary tu. Macam syokkkk je... Hihik ๐Ÿ™Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best guna luna diary, simple dan comelll. :D

      Delete
  4. Airah pun dh uninstall kebanyakkan game. busy tak ada masa nak guna. baik install benda lain haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. BV pun sama. kekadang malas nak bukak phone main game. daripada bazir space bagus uninstall je. wahahhaa :D

      Delete
  5. Thanks for sharing... Good info jugak ₽asa| bende Ni,at |east Kita bo|eh bertukar ₽enda₽at kan... Sy suka n memang SE|a|u guna sna₽seed & ₽hotogrid... ₽asa||una diary tu sy baru tahu Hari ni..Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. u welcome. :D betul tu, boleh bertukar pendapat. :D pernah jugak install photogrid, best jugak sebab banyak tools yang berguna dalam edit2 gambar :)

      Delete
  6. snapseed tu mcm menarik.
    da lama nak install.
    tapi tu la... still thinking :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik snapseed tu. kena cuba sendiri baru tau best ke tidak. :D

      Delete
  7. saya suka edit gambar guna picsart. ada sketch book X dan baru di install adalah flash air. sebab itu nak guna utk wifi sd memory card. hehe. kalau nak baca manga saya suka dkt webtoon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah jugak install picsart. memang suka jugak sebab banyak tools best untuk edit gambar dan agak senang. :D rasa nak install jugak je. hahahhaa. pernah install webtoon rasanya. lupa dah XD

      Delete
  8. saya x tahu pun pasal luna diary tu, nmpak menarik je. vsco dan snapseed mmg photo editor terbaik. tambah pulak vsco dpt download semua filter free je. yang manga reader tu kan, ada jugak ke manga detective conan? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik luna diary nie. sebab comel dan simple. kannn, setakat nie suka vsco dan snapseed. :D rasanya ada je kot. cuba try install dan cari :3

      Delete
  9. saya layan vsco dari dulu sampai sekarang. gambar-gambar lepas edit sangat cantik. Besides ia sangat mudah untuk digunakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, filter banyak cantik2 dan senang guna. BV pun dari dulu guna nie :D

      Delete
  10. Replies
    1. tak hipster pun boleh guna sebab cantik. heheheh :D

      Delete
  11. Mai pun suka vsco. Kadang2 masa bosan buka playstore godek2 apps baru. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la. hahahhaa BV pun jenis kalau bosan bukak playstore main install dan uninstall app XD

      Delete
  12. I do like VSCO! tapi interface dia kekadang keliru sebab dia keluar icon je haha. I prefer Darkroom & Polarr :) Tapi filters VSCO tak boleh lawan lah, kan?!

    ieyra h. | blog


    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang keliru jugak dengan interface baru vsco nie. XD wahhh nanti nak cuba jugak apps2 tu. manatau boleh lawan filters vsco :D

      Delete
  13. Wow, semua keempat2 tu kita tak pernah try :D haha

    tetiba rasa nak buat blogpost pasal ni jugak, boleh tak BV? :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la try nanti kalau teringin. weheheh :D

      sila2. boleh je buat pasal nie. BV pun nak tau jugak apps2 yg berguna dan fav blogger2 lain :3

      Delete
  14. My fav
    1. VSCO
    2. PHONTO (nak tulis simple2 atas gambar)

    itu je. Haha. Pernah download snapseed tapi taktau guna. Nanti boleh la tutorial sikit :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh suka vsco jugak rupanya. BV pun rasanya pernah install phonto. sekarang nak edit tulisan2 atas gambar guna snapseed je. :D

      nanti kalau BV rajin. wahhahahah (entah bila nak rajinnya) T^T

      Delete
  15. YAng first tu yang macam intereting. Sebab saya pula just pakai yang app note simple je untuk tulis note atau checklist. Nanti saya rasa macam nak try je luna diary tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang interesting. BV pun guna untuk jadikan checklist semua. bukan utk tulis diary je XD

      Delete
  16. sama la, uninstall snapseed sbb noob. haha. so stick to vsco je skrg. taktaw pon ada manga reader tu so thanks! rasa mcm nak baca kuroshitsuji tp sejenis malas yg amat bkk lappy mengadap nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. memang dulu tak berapa pandai guna snapseed. lepas godek2 okay pulak. :D vsco pun memang fav dari dulu. yeahh, boleh la start install dan baca kuroshitsuji kan phone :)

      Delete
  17. Aduhhh mcm terasa rasa pulak blog syok sendiri tu. Terima kasih atas perkongsiannya BV, hakak ni lagilah hancus pasal apps hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa kak, blog sy memang jenis syok sendiri. hahahaha :D sama2. kalau ada masa godek2 boleh la cuba install nanti :)

      Delete
  18. That Manga Reader! Siqah nak kembali baca manga lak sekarang tapi lupa pulak website yang selalu baca zaman uni dulu. Hii. TQ rekomen BV!

    Siqah ada diari juga. Guna app DayOne. Suka Snapseed sebab boleh add on brightness kat tempat tertentu. Hii. Tak suka sangat Vsco gambar macam totally berlainan drpd gambar sebenar. Tak pandai edit kot ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh, boleh la install lepas nie. lebih senang baca kalau dalam app phone sebab phone tiap masa bersama. weheheheh :D

      wahhh, menarik tu. belum pernah lagi install DayOne. kann. memang banyak yg suka guna snapseed. filter vsco memang buat gambar jadi lain, tapi sebenarnya boleh je adjust. kalau BV memang suka tengok gambar jd memang lain dr asal XD hahahhaa

      Delete
  19. kmk pun salu download game kakya uninstall balit hahaha main kejap ajak kakya alu boring jak rasanya. vsco ya kmk nang ada install tapi apps nak lain ya kmk blum try agik. maok try luna diary ya lah hihi thanks kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahah sama la. mun boring dah alu uninstall. :D nang lain boleh cuba install kaktk.

      Delete
  20. kite tak byk apps pun sbb rasa serabut, hehe >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kalau takbanyak apps, jimat storage. BV semua app kalau boleh nak cuba install T^T

      Delete
  21. VSCO is my favorite! Snapseed dah cuba nak guna tapi tak pandai la nak guna dia macam mana haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la :D dulu pun tak berapa pandai guna snapseed macam mana. lepas godek2 sikit best pulak guna dia :3

      Delete
  22. saya guna snapseed tu. skrg tgh cari apps utk edit vidoe cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama jugak. :D banyak jugak cuba install app untuk edit video tu. paling BV suka setakat nie filmora :)

      Delete
  23. kalau dulu layan jugalah manga. sekarang, tak berapa dah. zaman study memang install banyak2 game, sekarang ni fon ada masalah memory, tinggal sejibik ja game dalam fon

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV sekarang mood rajin layan manga :D jarang install banyak2 game nie. atleast ada sebijik. sekarang taktau nak install game apa XD

      Delete
    2. kalau dulu, banyak game best. hayday, coc. mmg wajib game tu dlm fon dulu ��

      Delete
  24. first time dgr pasal luna diary.. first baca igtkan period punya diary tu ahaha

    ReplyDelete
  25. macam best je luna diary! nak install jugak lah hehehehe

    ReplyDelete
  26. my fav app rasanya vsco je la. yang lain macam social media je.
    pssstt bila agaknya blogger nak ada apps untuk android/ios (memikir)

    ReplyDelete
  27. Snapseed is a must for me right now..! haha.. VSCO tak pernah try.. Maybe I should give it a try.. Dulu rajin jgk baca manga dekat fon, but I used Mango reader dlu. hehe

    ReplyDelete
  28. den mesti ada fbreader (epub reader) untuk baca buku daaaaaan Wattpad hiks. Dulu ada guna Manga reader (takpasti yang ni ke yang mana lol) tapi uninstall dah sebab makan banyak space T_________T

    ReplyDelete
  29. Apps dalam hp pun ada vsco and snapseed . Paling suka snapseed bila nak edit gmbr . Tapi lately jarang guna or nak avoid guna sebab akan cuba utk ambil gambar terang dan cantik terus .

    Haaaa~ nadia baca padal manga reader nie lah dari blog Siqah. Ok boleh start download . Dulu-dulu slalu beli buku Manga. Hihi

    Sorry lah lama Nadia tak siggah sini BV . =(

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!