Saturday, 25 March 2017

hias planner, jurnal atau nota

Assalamualaikum
jom hias planner, jurnal atau nota. aku suka menulis. dulu melukis tapi sekarang menulis je la sebab menulis lagi senang dari melukis. hahahhaha. so kali nie nak share la cara aku hias planner, jurnal atau nota. aku nie mudah je, asal comel, haaa tu aku suka.

aku sangat la cemburu tengok orang lain punya planner, jurnal yang sangat kemas teratur dan mempunyai aesthatic value yang tinggi. padahal aku punya planner/jurnal serabai, messy dan tiada ketentuan arahnya (nangis cikgu BM kalau baca post nie). aku kekadang cuba jugak buat kemas2. tapi akhirnya bila dah bosan, tetiba muncul la nak melukis doodle, nak melekat segala jenis benda dan semua jadi tidak terancang. bagi aku, lain orang lain cara dia hias planner. tapi planner aku bercampur jurnal, so macam kat atas la rupanya. berterabur bukan?

aku sangat suka sticky notes comel. dan yang kecik2 tu adalah schedule marker (schedule marker sesuai untuk letak kat dalam planner yang ada petak2 kecik tu). tapi aku tibai ikut cara aku letak kat mana2. HAHAHHAHAHA. your own planners, your own rules. yeahh.

kekadang ada perlunya sticky notes nie, selalunya kalau ada benda penting untuk dipandang atau diambil kira, baru aku letak sticky notes, kekadang takperlu pun.

stickers! aku pun suka stickers. aish pokoknya aku suka semua benda comel macam stickers. aku sebenarnya jarang guna stickers sebab stickers comel sangat dan sayang nak guna dan lekat kat planner aku yang tak menentu rupanya itu. selalunya aku guna stickers bila ada benda penting je. 

kekadang aku ada jugak buat stickers sendiri. DIY stickers, beli kertas stickers, lukis sendiri dan lekat. jimat lagi dari beli stickers comel2 yang agak mahal tu. best jugak. 

tell who doesnt love cutes washi tapes?!! aku suka washi tapes sebab comel. tiap kali beli mesti sayang gila rasa nak guna. sebab tu kekadang lama nak habis. boleh pakai bertahun2, sebab sayang kan. hahhahaha. ikut cara sendiri je hias planner guna washi tapes nie, lekat memana pun tetap comel je. 

paling penting of course la pen2 berwarna yang cantik2. pen nie kekadanag yang penting sebenarnya. paling2 kalau ada yang buat kod warna pada planner. kod warna tertentu untuk tugasan2 tertentu. kekadang guna highlighter. sekarang aku jarang beli pen, sebab pen tahan lama (maksudnya aku dah jarang menulis, hahahha).

lain orang lain cara hias planner. aku hias ikut suka aku je. kekadang mood minggu tu rajin, memang macam2 la buat kat planner tu. kalau minggu malas, memang kureng la nampaknya. memang ikut mood. 

bagi aku, benda di atas nie la yang aku suka guna untuk planner aku. banyak lagi benda lain bagi yang hardcore dalam planning/journaling/scrap booking dan sebagainya. 

contohnya, stamp, lettering and more. kalau nak cerita banyak2 takhabis rasanya. boleh cari #planneraddictmalaysia kalau berminat macam mana dunia planner yang hebat kat malaysia. hahahhaha. planner aku nie jenis DIY je, nak beli yang mahal tu, agak ragu2 sebab aku nie jenis tak tetap, takut lama2 bosan. hahahahhaa

so, korang ada planner tak?
apa pulak cara korang hias planner? :)

see ya when i see ya lah,
ilal liqa'

38 comments:

  1. Ada planner tapi masalahnya tak reti nak menghias. Sukalaa tengok planner yang penuh macam BV tuu. Siap dgn sticker and doodle. Saya punya tulisan je, tu pun berterabur dengan pen satu warna je pulaktu. punyalaa pemalaih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, kira ok dah ada planner. kalau mood rajin datang boleh la hias planner dengan macam2 sticker kan. BV pun kekadang ada jugak masa, plain je semua. hahahhaha

      Delete
  2. alahaiiii comelnya BV. suka busyra tngok sbb cute!. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks! memang suka benda comel2 macam nie. hahahha :D

      Delete
  3. i have exactly the same stickers as yours! (referring to cute world sticker tu). i think i bought them many years ago with price... RM15???

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes! stickers nie pun lama gila dah, rasanya beli tahun 2014 (sbb masa tu praktikal, ingat lagi) :D mahalnya kalau rm15, BV beli dalam rm4 macam tu je kot :D

      Delete
  4. best kan journaling! tp kmk kinek mala jak kelaut mood nak journaling tok. ahahah. kmk ada few post pasal journal dlm blog! nak share sitokk! :P

    > http://www.eecashyaa.com/2016/10/4-things-to-consider-before-buying.html
    > http://www.eecashyaa.com/2016/09/how-i-use-my-bullet-journal.html
    > http://www.eecashyaa.com/2016/06/my-stationery-collection.html
    > http://www.eecashyaa.com/2016/06/how-i-use-my-filofax-planner.html
    > http://www.eecashyaa.com/2016/05/review-filofax-original-personal.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, nang best. kmk pun kekadang ekot mood juak molah benda tk. hahhaha :D
      thanks for sharing!! :D

      Delete
  5. salam bw Ilal...waaa suka juga erkhias plannerni? Liez pun suka tapi since dah beranak pinak ni mmg ke laut la semua barang2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam. suka jugak. hehehe :D
      ikut mood jugak tu :)

      Delete
  6. rajin and kreatifnya hias planner sendiri! I rela beli planner yg comel2 dekat bookstore even though costly sikit sebab kalau i hias jadi lain nanti hahaha i'm not that creative

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV pulak takut nak beli planner mahal2 sebab takut nanti bosan jadi membazir lak. hahhaha

      Delete
  7. den ada planner, tapi just guna spiral bound notebook dari daiso ._. it helps me a lot, taktau kenapa kalau notebook cantik2 takterasa nakmenulis compare to the one yg kat daiso kah kah kah ._. mungkin den patut buat satu post tunjuk how messy my planner is sampai BV pun boleh nangis XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. this one pun sebenarnya plain spiral bound notebook dari popular. :D kannn. kalau cantik2 sayang gila nak guna. faham sangat :D please do. i'd like to read that. hahahha :D

      Delete
  8. sha pun suka benda comel comel ><

    ReplyDelete
  9. Mira pon ada planner jugak . Tapi kadang kadang tak terhias sebab sibuk dengan benda lain and kadang kadang Mira lupa. Hahaha. Tu lah kan kadang2 cemburu jugak tgk planner orang yang tersusun and hias cantik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, BV pun macam nie kekadang. tu la planner bersepah, hahahhaha. memang cemburu tengok planner tersusun, kemas cantik2 tu :D

      Delete
  10. Planner <3 dari dulu kata nak buat, tak pernah nak buat-buat TT^TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa, buat la kalau ada masa. best ada planner nie :D

      Delete
  11. rajinnya buat planner. saya belum ada planner lagi, tak reti nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je buat planner, cari je memana notebook dan hias la jadi planner. hehhehe :D

      Delete
  12. tak sangka ada ramai jugak org yang addicted dengan planner. hehe. same la kite. suka beli barang2 decoration planner dekat DIY tapi syg nk guna. haha

    btw, im a new blogger. kindly visit and follow my blog at rarasukahati.blogspot.com.
    Thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, sekarang memang ramai dah yang addict dengan planner. betul2, selalu sayang nak guna pastu simpan je bertahun2. :D

      welcome! will visit soon :D

      Delete
  13. Akak pun suka hias planner. Tapi time rajin je lah. Kalau busy langsung tak menyempat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je macam BV, kalau rajin je selalu hias planner. :D

      Delete
  14. Samaaa! I love journaling and decorating my notebooks. It's so addictive. Saya pun banyak barang DIY tapi sayang nak guna sebab comel sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayyy! high five, :D yeahhh it's really addictive and i do enjoy decorating :D kannn, faham sangat perasaan tu. XD

      Delete
  15. Replies
    1. kalau ada mood je rajin macam nie. hahahha :D

      Delete
  16. sy xda planner �� kreatifnya BV hias planner ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood rajin datang je hias planner nie. buat la satu. hehhe :D

      Delete
  17. Bagi saya orang yang ada planner ni merupakan seorang yang sangat organize kot hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi planner BV takla organize sangat. wahahhaa XD

      Delete
  18. Comelnyaaaa stickes dan sticky notes!! Pandai dan rajin BV hias planner. Good job dear :)

    Siqah takde planner. Hii. Tak tahu nak tulis apa nanye nanti :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn, sayang nak guna kalau comel2 camnie, mood rajin datang je suka hias nie. hahhahaa :D

      buat la satu utk blog ke, jurnal ke. hehhehe :D

      Delete
  19. Ada planner & I love my planner. Tapi kesian dia owner tulisan buruk + tak kreatif. Huhuhu. Nasib baik comel sebab Kak LZ yang buatkan. Ig: Paper and Planner.

    ReplyDelete
  20. mine strictly guna pen hitam sbb tak reti hias, if start try to berhias hancur buat rimas je . sedihh

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!