Saturday, 11 March 2017

gambar dan cerita #1

Assalamualaikum,
sebenarnya takda benda pun nak diceritakan. hahahaha. tapi orang kata setiap gambar ada cerita. so, meh la kita belek2 gambar dalam gallery dan bercerita. tak banyak, sikit pun jadi kan. 

menaip tengah malam. masa orang tidur, aku masih berlampukan cahaya laptop dalam kegelapan. aku tau tak elok sebenarnya berdepan dengan cahaya laptop apatah lagi dalam gelap, tapi entah kenapa masa gelap nie jugak tangan rajin menaip. hahahhaha. bila mata rosak salahkan laptop padahal salah sendiri. teheee

cute planner
journaling dan planning. mungkin lebih kepada journal. aku suka benda comel. dan menulis dalam buku nota yang comel. sebab rasa syok comel pulak buat benda2 comel macam nie. hahahhaha. dalam nie aku lebihkan tulis life event yang bererti dan kekadang benda yang aku terfikir.

aku masih ingat, waktu sekolah rendah dan sekolah menengah dulu aku banyak buku nota cantik2. sekolah rendah sibuk dengan buku biodata, buku lirik lagu dan sebagainya. sekolah menengah terjebak dengan diari. beli buku nota hardcover dan balut cantik2. letak sticker bagai, dalam tu tertulis segala luahan hati yang tak mampu terluah di realiti. dalam diari tu pun aku segan bagitau apa yang aku nak. lepas malas nak menulis luahan perasaan sebab takguna rasanya, aku 'seal' dan letak selotape banyak2 kat bahagian diari supaya tiada siapa dapat bukak dan jadikan buku biodata, HAHAHHA. entah kenapa masa tu senior memang jenis suka tulis biodata, passing2. sampai balik kat aku. passing2 lagi ngan orang lain. entah bagaimana buku tu menghilang pada satu hari. hilang dari bawah meja aku rasanya sebab tertinggal. entah siapa yang ambik. aku pun macam tak kisah dan kecoh pun buku tu hilang. yang aku harap, takda orang baca bahagian diari tak berguna tu. buat malu nusa dan bangsa je. HAHHAHAHAHAHHA


farley sibu
farley. tu nama satu tempat shopping di sibu my hometown. nie bangunan kat kawasan dia. aku harap pada masa akan datang, aku akan lebih rajin memperkenalkan kawasan sibu kat korang. sebab rasanya banyak lagi yang taktau pasal daerah sibu nie. rasanya menjadi tanggungjawab aku la memperkenalkan sibu sebagai manusia yang lahir di sibu. ecehhhcehhh. poyo. 


makanan yang sedap memang buat sesiapa yang lapar happy. black pepper chicken. aku rasa sedap je. sekali adik aku yang rasa, dia cakap macam rasa ayam masak kicap yang mak masak. hahahhahaha. aku takdapat habiskan pun. bila offer kat adik2. memasing berebut2 macam anak burung. LOL.

arwah bapak selalu bawak kami sekeluarga makan kat tempat nie. arwah bapak selalu tapau makanan dari tempat nie. bila makan kat tempat nie balik tanpa arwah, serius rasa sedih, rasa disetiap sudut ada memori bersama arwah bapak. teringat2 apa menu yang selalu arwah bapak order bila makan sini. AL-FATIHAH, 

laksa sarawak homemade by pakcik saudara dan nenek saudara. sedapnyaaa. kalau orang sendiri buat depan mata memang sedap. lagi2 makan dekat rumah. hahahhaha. bila makan kat rumah boleh je tambah bila2 masa kau suka dan makan mana2 kau suka asal namanya rumah tak kisah dicelah manapun kecuali jamban. masih terasa kuah laksa sarawak makan bersama isi ayam yang dicarik-carik. nikmat dunia. alhamdulillah. 

ice cream cup vanilla
pada hari yang panas terik, penyegarnya adalah ice-cream. tapi kalau mood hujan2 pun syok jugak makan icecream. icecram yang sedap boleh dimakan tak kira masa. tipikal la kan. 

bila nama dah budakvanilla. rasa terjebak jugak suka icecream vanilla nie walaupun pada asalnya aku bukannya suka sangat icecream vanilla. sebab vanilla cepat cair dan rasa pun biasa2 je. tapi percayalah, rasa vanilla setiap jenama icecream adalah berbeza. kekadang ada rasa vanilla, rasa macam takda rasa je. kekadang ada rasa vanilla yang kuat, bau vanilla pun kuat. akhirnya, semua terletak pada harga sebijik icecream. pebenda entah aku merepek. 

suka tak icecream vanilla? (ke suka budakvanilla? ciaciacia *tumbukdiri)
aku suka icecream mint sebenarnya. kalau antara mint dan vanilla. aku pilih mint.

see ya when i see ya. 

42 comments:

  1. Saya lg suka budakvanilla dr mint. Eh, aiskrim vanilla. Hehe :p

    BV ni suka share gambar makanan yg buat orang terliuqq. Haisyhh takleh jadi nii. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh cia cia ciaaa. hahahhaa :D
      suka2 je buat kenangan. wehehe :3

      Delete
  2. saya mmg suka vanila aiskrirm

    ReplyDelete
  3. wow thats ice creammmm. shaf lebih suka vanilla berbanding cokelet.. hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau icecream, kurang minat sikit icecream vanilla. suka mint dan cekelat :3

      Delete
  4. Saya tak pernah lg makan laksa sarawak >.< Haha

    aiskrim dah lama tak makan. tambah-tambah skrg ni musim orang demam dan batuk T..T

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, kalau ada peluang nanti boleh la makan laksa sarawak :D
      get well soon :)

      Delete
  5. sedapnya makanan lagi2 aiskrim tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. teringin nak makan aiskrim lagi :D

      Delete
  6. waaaah banyaknya makanan *O* ai suka jer makan ice cream vanilla - prefer vanilla daripada coklat ekceli :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang suka ambik gambar makanan :D rasanya aiskrim vanilla nie my least favourite :P

      Delete
  7. Haha beraninya BV letak sekali pasal diari kat buku biodata tuuu. Macam mana kalau ada yg bukak baca pastu dia sellotape balik?

    I love chocolate ice cream more kot. Tapi setuju jugak macam BV kata, setiap vanilla ice cream berbeza haha so, ada je vanilla ice cream yg sedappppp :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha tu la, taksangka lak berani letak diari. nasib baik takda tulis benda memalukan. harap takda la macam tu ye XD

      yeahh, BV pun rasa yg vanilla nie my least fav icecream kot. :D tapi memang ada je yg sedap kan :)

      Delete
  8. Habit kita sama. Suka benda yang comel2. Sebab itu buat kita bermood nak guna. Kalau tulis plan atau diary, mmg ambil masa yang lama nak pilih buku cute. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, BV pun memang suka benda comel2. betul tu. kekadang rasa sayang nak guna buku2 yg cute nie :D

      Delete
  9. lapar kmk ngga gambar makanan ya T_T mun kmk lebih prefer chocolate hahaha dari dolok sampey nktok nang sik berubah suka ice cream chocolate jak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorryyyy. hehehe :D kmk pun kekadang lebih prefer chocolate dari vanilla. kali perasa eskrem vanilla tk paling kmk kurang minat. hahahahha :D

      Delete
  10. Suka icecream choc dari semua perisa lain, hahaha.

    Samalah mai pun suka ada planner, sampai skrg ada planner...masa kecik dulu layan la buku biodata,haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh peminat tegar icecream chocolate la nie :D
      kannn, sekarang layan planner dah. dulu buku2 biodata je :3

      Delete
  11. Sedapnya blackpaper chicken dengan aiskrim! nasib baik dah makan so tak kisah sangat hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedappp. nasib baik dah makan kan. hahahhaa :D

      Delete
  12. nampak sedap sgt ice cream tu

    ReplyDelete
  13. suka bnda yang comel comel jugak tapi malas betul nak letak dalam jurnal. ahhahahaa. sbb tak kretip =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. suka yg comel2 nie. takpe la tak kretippp, letak je. wehehe :D

      Delete
  14. Tak pernah lagi rasa laksa sarawak.teringin sangat2. Sarawak satu2nya negeri sis tak singgah lagi.insyaAllah akan dtg ada rezeki nak ke sana juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suatu hari nanti boleh la merasa. meh la singgah sarawak. :D

      Delete
  15. dah lamak sik pergi sibu...farley lagiklah...bila tah last pergi ke sia pun dah sik ingat...

    ingin juak mk nangga perubahannya selepas berabad sik pergi ke sibu, kuching, sarikae,..biasa pun pergi farley rah bintulu...kasut kat sia kacak2..sanggup bershopping kasut rah bintulu..even kat miri pun ada kasut yang sama..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi la sibu mun ada masa. banyak dah berubah. banyak juak bangunan dalam pembinaan. :D

      wahhh sanggup oh. kmk belum pernah gk pergi farley bintulu. T^T harap dapat pergi miri juak suatu hari kelak :3

      Delete
  16. Suka dua duaaaaa! 😘

    Ehhh zaman passing passing buku biodata tu aduhaiiii... Menggamit nostalgia zaman kegemilangan sungguh tau! Bhahaha 😂😂😂👏👏👏 Pastu bila beli diari cecantik, rajin menulisnya ada kot setengah tahun je. Tahun berikutnya pun sama. 💁

    Please tell me more about Sibu! Nak mark on map nih, tambah dalam wishlist. Boleh jumpa bv kot kot dapat vanilla icecream satu! 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh memang peminat icecream la nie :D

      hahahhaha kannn. memang zaman sekolah dulu2 rajin kumpul biodata nie. memang sekejap je rajin menulis diari nie. lepas tu biar kosong je. faham jugakkk XD

      harap akan lebih rajin update pasal Sibu. :D yeahhhh sila la mark on map dan letak dalam wishlist, nak jumpa jugak, nanti BV belanja icecream vanilla satu. :3

      Delete
  17. cantiknya semua gambar awak.. pleshh ajar ai teknik hehe

    ReplyDelete
  18. Eh...tapi zaman sekolah dulu mmg femes buku buku diary ni tau BV. Nanti kalau dah nak habis sekolah ada pulak buku autograph gitu haha.... Mana tah pergi buku tu semua.

    Alfatihah utk arwah abah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa kann. memang femes la benda buku2 diary, biodata nie dulu. buku autograph pun ada. hahahahha hilang dan banyak dah buang rasanya T^T

      al fatihah. thanks :')

      Delete
  19. Siqah suka budak vanilla dan aiskrim vanilla 😘

    Setuju apa BV cakap. Setiap jenama aiskrim vanilla berlainan. Siqah paling suka aiskrim vanila jenama Tip Top. Sedap sangat! Tapi mahal so pernah beli sekali je. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa so sweettt :3

      kan, wahhh nak jugak merasa aiskrim vanilla jenama tiptop ti. nanti cari jugak. harga aiskrim pun dah mahal sekarang kan T^T

      Delete
  20. samalah BV. masa kecik2 dulu mesti ada satu buku yang dihias cantik2 untuk buku biodata atau lirik lagu. bila dah masuk skola menengah, terjebak pula dengan diary

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. rasanya memang bukan BV je buat benda macam nie. heheheh :D
      teringat pulak zaman2 dulu :)

      Delete
    2. kisah dulu2 kan. kalau skrg ni, kpop la

      Delete
  21. ice cream tu nampak paling sedap hahahaha

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!