Monday, 20 March 2017

balanced drinks?

Assalamualaikum,
hai macam biasa, tajuk acah2 english tapi isi bahasa melayu pasar dan rojak.

kalau orang kata anda adalah apa yang anda makan. macam tu jugak dengan minum. 70% dari badan manusia adalah cecair. eh ada kaitan ke? entahlah.

sebenarnya kali nie nak cerita pasal favourite drinks. sebab dari makan aku lebih suka minum. percayalah, kalau kat kedai makan, air aku lebih cepat habis dari makanan. thats why la makanan selalunya tak habis sebab dah kenyang air dan mak aku pun marah. tapi kalau makanan berkuah cepat pulak habis. i love liquid. eh.

 ehem. semenjak muka aku dah berketul jerawat tumbuh. dan masih dalam proses pemulihan jerawat. aku tengah berdiet (baca; mengawal) air. atau jaga pengambilan air. 

keluar topik jap, selain mengentel jerawat (gurau uhuks), aku baru perasan hobi baru aku adalah suka mengambil gambar packaging sesuatu makanan/botol dan sebagainya. hahahhahahah. baru perasan sebab kat gallery phone banyak gambar macam nie. ape ke peliknye habit nie XD

okay back to the topic, sekarang aku kawal jenis air yang aku hadam.

recently aku baru tau yang DAIRY PRODUCTS (milk, cheese, etc) boleh menyebabkan terjadinya ACNE atau JERAWAT! iCRY iSCREAM, dah lah aku suka minum susu. suka makan coklat susu, suka makan cheese. sebelum aku tau, memang rasanya tiap minggu ada je aku minum susu coklat lah, susu strawberri, makan cheezy wedges, makan maggi ngan cheese.

so sekarang, aku cuba stop kan diri dari consume dairy products lebih dari yang sepatutnya.

aku cuba minum banyak plain water. dan elakkan minuman bergas. (padahal baru semalam rasanya aku minum hampir sebotol cola botol besar. sinful wahahaha). sekali sekala takpa kot. jangan selalu. #PujukDiri

sekarang bila nak beli minuman, aku selalu beli yang fruit juice. sebab my nature kot suka grab minuman daripada makanan kat supermarket, memang tahan diri jugak sebenarnya beli air bergas. plain water adalah yang paling bagus. sebab kekadang juice2 macam nie pun banyak gula, ada preservative dan sebagainya. 

bukan minuman je kena jaga sebenarnya. makanan jugak. (walaupun dalam troli tu banyak maggi dan fast foods) hahahhahahha. makanlah makanan yang seimbang dan sesuai dengan keperluan badan kita. cewahhh.

gula gula nano nano
lol, baru je bagi nasihat terus ada gambar gula2. baru jumpa balik gula nano nano nie. dulu suka makan. adik aku kata gula2 nie rasanya pelik. tapi bagi aku sedap la. siapa suka makan gula2 nie? sambil mengimbau zaman kanak2. hahahhaha

kata nak cerita pasal favourite drinks, tapi lain pulak isi kan. HAHHAHA. bear me.
fav drinks aku setakat nie adalah :-
APPLE JUICE! (love the tingling feeling of the sourness) XD

minuman favourite korang pulak apa? hehhehe

see ya when i see ya lah.
ilal liqa'



37 comments:

  1. Gula-gula tu memang rasa pelik :') den takut nakmakan (sampai sekarang) sebab pernah tercekik lol!

    Den suka jus epal ._. Ada jus epal kotak putih (tak ingat jenama apa) takde preservative fuh agak pahit lah for me. Dulu selalu minum air gas jugak, tapi sejak masuk degree ni memang dah kurang, banyak minum plain water je - lagi2 waktu belajar hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe rasa pelik bg yg tak biasa kot. hahhahaha BV pun pernah tercekik gula2. serius seram XD

      macam kenal je jus epal kotak putih tu. :D bagus tu, kurangkan minuman gas dan banyak minum plain water. bagus2 :D

      Delete
    2. Semenjak prihatin nak jaga kulit muka (walaupun taklah elok sangat pun 😅) ni, dok angkut laahhhh water tumbler berisi plain water ke mana jua. Supaya ingat untuk sentiasa minum. Sampai kadang-kadang dalam sehari, rasa dah banyak minum manis, "emm minum air kosong lah" (grab botol). Haha struggle jugak nak habiskan tapi lama-lama terbiasa.

      Delete
    3. kannn, hahahhaha BV pun sekarang makin rajin minum air plain, siap prepare sebotol air kat katil, senang minum. hahahhaa kalau lama2 dah terbiasa :)

      Delete
  2. I suka apple juice dengan that coconut water tuu sedap gilosss. nano last mkn time skolah menengah hahaha lama sgt dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn. coconut water tu memang sedap, suka jugak minum :D
      lamanyaaaa, boleh mkn lagi kalau jumpa :)

      Delete
  3. I love apple juice too..! Kalau air gas pun still suka yg perisa apple tu.. haha.. and that nano nano sweets mmg legend.. rasa dia unik tp addictive..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh, kannn. memang sedap jus epal :D memang legend kan, hahhaha rasa unik tapi sedap dan memang addictive :)

      Delete
  4. Replies
    1. yess, sama lah :D
      jadi my fav jugak :)

      Delete
  5. Ahahaha cali ktk tok. Kmk suka minum jus juak. Dgn aek sejok. Mun aek gas nang jarang dah kmk minum kinek. Seram ngga gula byk gilak dlm ya. Aek potong kaki yaaa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kmk pun mun minum plain water pun mesti aek sejok XD
      aihhh ya seram, dah la kmk nang suka minum aek gas ya, mesti kawal la lepas tk :D

      Delete
  6. Wahh BV suka air bergas ye, shaf memang tak boleh minum sbb tak suka, dalam setahun tu sekali je minum tu pun time beraya gi jejalan rumah org hehe. Shaf lebih suka minuman juice and same ng BV la APPLE JUICE jugakk. Good luck on ur diet BV =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang suka. untung sangat kalau taksuka air macam nie tau.
      yeahhh sama la kita, bagus lagi kalau minum air takde gas kan. :D
      thanks yaa :)

      Delete
  7. I'm lucky that I don't like sweet foods. I only drink mineral water hahaha and eat junk food once or twice a year

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're so luckyyyy T^T
      i ate junk or sweet foods almost everyday. hahahhaha

      Delete
  8. dah lamak sik minum air manis eh...dari dolok sampe kinek suka minum green tea ngan teh bunga jak. mun ada air lain pun dak yugart (bena ka eja tok?).. ya pun dah lamak sik minum..huhuhuhu sihat nak? >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung na suka minum green tea ngan teh bunga jak. yogurt pun menyihatkan. kmk tk nang gila benda manis ehhh T^T

      Delete
  9. Hye VanilaKid! Finally I found your blog. Hahahah.. I've searching your blog for a while. Anyway, my fav drink is Orange Juice of course. It help to clear my intestine tho :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Amerzing, kemain nama VanillaKid. hahahhaha. thanks. :D
      nice one, orange juice is my 2nd fav juice i guess. :)

      Delete
  10. at least ktk sik berisi kak mun mnum aek bergas byk2 T_T hahaha kmk lebih prefer orange juice. tapi mun peg makan sine2 mesti order ice lemon tea jak2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sik berisi pun perut jd boroi bha. hahahhaha T^T
      kmk pun suka ice lemon tea! mun order selalu limau asamboi. ya nyaman :D

      Delete
  11. Air macam tu memang selalu banyak gula. Kalau betul nak 0 calorie minum air kosong je. Hehe. Sedap je gula nano nano tu. dah lama tak makan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, memang banyak gula. bagus minum air kosong, sihat lagi :D
      kalau jumpa nanti boleh la makan, memang sedap tu :)

      Delete
  12. lama tak tengok nano nano tu >..< saya suka fruit juice tp x leh minum byk sebab kencing manis XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau jumpa nano2 lagi boleh makan. weheheh :D
      kann, takboleh minum selalu2 :)

      Delete
  13. fruit juice tu tengok jjuga, sbb ada yang banyak sangat gula

    ReplyDelete
  14. ahhhhh kita sama BV! kalau lalu dekat supermarket bahagian dairy products tu mesti mata tengok minuman yogurt, susu and semua benda yang ada dekat situ haha.
    Syed suka yogurt drink apple yang yeos tu!! mula2 dia keluar dulu RM1.20 sahaja kot. Sekarang dah mahal sikit dah. sobs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa sama je, rasa nak beli je semua. :D
      kann, suka jugak, memang sedap, perasan jugak pasal harga tu. sekarang harga dah rm1.60 T^T

      Delete
  15. alamak, sy pun suka minum susu. baru2 ni minum susu perisa coklat, naik jerawat seketul dua di dagu. x pernah2 timbul d dagu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, sama jugak, BV suka minum susu, patut la makin banyak jerawat tumbuh kat muka T^T kena kawal minum susu lepas nie kan :)

      Delete
  16. erkk untuk kesihatan jangka masa panjang . makanan dan minuman dalam bakul tu banyak yang kena elakkan. selain coca cola n minuman bergas, cthnya maggi. byk amalkan plain water je instead of juice or carbonated drinks

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, hahahhaa kena fikir kesihatan jangka panjang jugak. T^T
      thanks ingatkan, kena elak makan benda camnie lepas nie, plain water memang terbaik :)

      Delete
  17. sedapnya air semua tue. Tapi betul tue BV . 70% badan kita mengandungi air .

    My fav drink is plain water . Nadia akan minum air everyday 3 liter . If teringin starbuck ke teh tarik ke boleh je minum tapi nadia slalu limitkan =)

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!