Monday, 27 March 2017

5 benda wajib aku cari di setiap blog

Assalamualaikum,
hey the people of virtual world.

dalam blogging, kena rajin blogwalking. nak cari benda baru melalui blog memang kena blogwalking. dan rasanya setiap hari, akan ada blog baru dibina. blog yang paling aku suka baca adalah blog personal yang menceritakan kehidupan penulisnya. sebab kehidupan orang lain tak sama ngan kita, tu yang menariknya pasal kehidupan orang lain. hehhehe

tajuk dan gambar kat atas memang jelas dah apa yang aku nak share kali nie. benda nie bagi aku yang harus ada pada setiap blog (bagi aku la, bagi orang lain taktau pulak). kira benda yang wajib aku cari bila blogwalking di blog lain.


🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
let's get started!

1. about me. 
setiap blog yang aku singgah, ya setiap blog, aku nak kenal siapa disebalik blog tu. bagi aku, setiap blog mesti ada page about. bagi aku, tak kisah la nak letak gambar diri sebenar ke tidak, tapi aku suka kalau ada letak umur/tarikh lahir dan negeri asal/tempat tinggal. dan kalau yang bagi full biodata, itu bonus dan lagi bagus. hahahhaha. macam aku sendiri, aku terus bagi kat sidebar dan dalam page 'about BV' tu aku letak benda yang mostly orang nak tau pasal kenapa aku jadi blogger.

ada yang tanya pasal tutorial untuk buat widget dalam gambar diatas hari tu, nanti aku buat ya. lama dah rasanya tak buat tutorial dan freebies. :D


2. archive.
aku suka tengok archive setiap blog sebab nak tau, aktif ke tidak blogger tu update dalam sebulan. dan kekadang mood rajin datang, dan blog tu sangat menarik perhatian aku, pastinya aku nak baca post dia yang lama2. ada blogger yang tak letak archive dalam blog, benda nie sangat merugikan. 

kalau pasal SEO, dan link di archive banyak dan mungkin menganggu tahap SEO blog, boleh edit dan adjust blog archive ikut kesukaan, contohnya letak scrollbox, letak dalam flat list atau drop down. itu terpulang pada korang, tapi personally, aku lebih suka dalam bentuk hierarchy. sebab senang nak tengok tajuk post dan terus klik link tajuk post yang kita nak. 


3. bloglist.
pernah aku baca kat satu blog entah berapa lama dah, yang letak bloglist kat blog boleh memberatkan blog dan buat blog lambat loading sebab banyak link(?). entah sekarang masih sama macam tu ke tidak sebab banyak dah benda berubah pasal blog dan coding nie kan. cara aku nak optimizekan loading blog melalui bloglist ialah dengan tak letak icon kat dalam bloglist. banyak yang suka tengok icon warna warni dari bloglist tu kan, lain blog lain icon, kekadang icon2 kecik kat blog pun boleh buat blog lambat loading tau. so, kurangkan icon2 tu. 

okay, berbalik pasal bloglist. aku suka blog yang letak bloglist banyak2. sebab aku jenis suka tengok bloglist dan blogwalking melalui bloglist2 tersebut. best la kan, boleh berkenalan dengan blogger2 lain dan discover blog yang menarik dan baru, ikut citarasa. cewahhh :D


4. label.
untuk masa sekarang, label adalah sangat penting. bagi aku, label nie sama je macam menu bar. tapi lebih banyak(?) dan lebih details. aku malas nak letak banyak2 kat menu bar, so aku letak label je la, bagi sesiapa yang berminat nak tau benda by label boleh la klik dengan jayanya. wahahaha. k.

btw, label aku nie bukan widget yang disediakan blog, aku edit some coding sama macam menu bar dan jadikan label. label widget kat blog tu pun sebenarnya dah okay dan boleh edit coding. tapi aku suka edit sendiri, macam nie. (ikut acah2 minimalist template, heheheh)


5. cbox.
benda nie optional la bagi aku, sebab kekadang pun aku jarang tinggalkan jejak aku kat cbox blogger lain. hahahaha. tapi penting jugak la, sebab kekadang ada je blogger yang jarang tinggalkan komen tapi tinggalkan jejak dorang kat cbox. memudahkan jugak blogwalking dari cbox ke cbox. dan jugak, cbox lebih senang letak terus kat widget dan biar nampak. takperlu hide dan tekan icon suatu tu baru keluar, sebab selalunya aku malas nak tekan2 nie. hahahhahaa. bila blogwalking banyak blog dalam suatu masa, semua benda kau nak mudah.

chatbox jenis baru sekarang makin canggih, boleh letak gambar bagai. tapi yang takbestnya, takdapat klik link melalui nama, kena letak link kat message ke ada cara lain? (update : rupanya boleh klik 'button' sebelah kanan nama tu). hahhaha, apa2 pun letak cbox adalah optional. ikut suka korang, kalau ada, aku suka.

🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
pineapple, i got a pineapple.

okay, sebenarnya nie pendapat personal aku je. sebab aku selalu blogwalking dan aku memang cari benda nie bila blogwalking. tapi taktau la blogger lain macam mana kan, lain orang lain cara dia blogwalking, lain benda dia cari. 

aku okay je bila blogger takdak follower gadget, sebab ada bloglovin, takdak bloglovin? ada bloglist kalau nak sentiasa update dengan bloggers kan. well, memang sentiasa ada alternatif dan cara lain. be creative.

banyak jugak benda penting kat blog sebenarnya, semuanya ada kebaikkan sendiri. pepandai la jadi blogger yang bijak kan. (walaupun aku tak ler bijak sangat pun). uhuks. 

done. 
bila blogwalking APA PULAK BENDA yang WAJIB korang cari dalam sesuatu BLOG? tell me!

hehehe, 
see ya when i see ya lah,
ilal liqa'


43 comments:

  1. Archieve and bloglist kot. Entry tu semestinyalah kan. Hihi

    Kalau entry menarik dan aktif, cari button follow pulak. :)
    Saya suka design blog BV. Kemas and memang nampaklah minimalist di situ. *thumbs up*

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. button follow penting jugak ada kat blog, senang nak follow kalau dah tertarik dengan satu blog kan. :D

      alaaaa, thanks tau, BV pun suka design blog awk :) hehhehe <3

      Delete
  2. Well said BV! Hehe samalah syed pun suka baca personal blog sebab suka baca cerita yang diorang lalui setiap hari. Part yang archive tu setuju juga sebab selalu kalau jumpa tajuk yang menarik dekat situ terus nak baca hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, suka baca personal blog. :D betul2, memang penting archive nie, kekadang terjumpa blogger takda letak archive, rasa rugi pulak.

      Delete
  3. Saya biasanya cari butang follow kalau blog yg baru saya singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la, kekadang terlepas jugak button follow tu. hahahhaha :D

      Delete
  4. Bloglis tak kisah sgt xda tp rasa mcm lebih mesra/aktif kalau ada bloglist. Actually Blogger ada cara nak follow ANY blog/website, even wordpress pon. Just letal link dlm reading list.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, ada bagusnya jugak letak bloglist. wahhh, baru tau nie wordpress boleh masuk reading list, ingatkan blogger.com je :D thanks!

      Delete
  5. If for me, the first thing i will find in any blog is Tips/Review/Fashion/Thought word, because I really love to know others opinions about something and how swag they deliver their words. Heehe that's all. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh, me too. i love to dig other bloggers labels/archive to find something that i'd like to read like opinions, reviews, ideas and more. :D

      Delete
  6. semuaaaa ada kecuali cbox chat.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cbox tu kira optional la bagi BV. hehehe :D

      Delete
  7. tengok blog dia lawa cantik dan kemas. rasa mcm arkhh, blog sendiri lagi teruk. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa, BV rasa okay dah blog sis hanamiko sakura. :D
      skrg blogger dah ada theme minimalist, boleh la customize ikut suka :)

      Delete
  8. mun kmk mesti gago carik tarikh utk latest entri nya aahhaha. kmk sik suka mun blog nok sekda date tok. about me ya pun wajib ada. suk bah baca apa org tulis psl dirik nya nak oh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn, sama juak la kita. macam something kurang jak mun sekda tarikh ya eh. yup, nak best jak baca pasal orang tk. :D

      Delete
  9. Okay, nanti nak buat 1 post camni la hehehe semua dalam list ida cari kecuali chatbox. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. please do. nak jugak baca pendapat blogger lain :D kann, chatbox tu rasanya optional je, kekadang BV pun tak tinggal jejak kat situ :D

      Delete
  10. Nurul pun sama juga mcm yg BV cari tue.. tpbagi Nurul ,, Nurul akan cari button Follow dan Cbox.. Cbox penting tpkdg sedih juga,, ada blogger yg famous dan ramai pageviews x letak cbox hahaha.. Bukanlah apa.. Nurul cuma rasa pelik ja kalau blogwalking kat komen entry blog org hahaha..

    Btw nice sharing. It gave me an idea to write about this too hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama jugak tu, BV pun kekadang cari button follow, tapi selalu terlepas pandang benda nie. hahhahaa. lain orang lain cara kan, hahahhaa BV suka je kalau ada yg letak cbox tu, haaahhah sebab senang kalau ada orang nak tanya apa2 kan. :D

      please do, i'd love to read them :)

      Delete
  11. elsa lebih kurang sama je macam awak sis hehe. tapi elsa tak pernah pun cari label dalam blog orang lain. tak terfikir pulak hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV selalu check label kalau ada kat widget tu. senang nak godek2 blog orang. hahahha

      Delete
  12. yang pertama dan terakhir yang selalu saya cari

    ReplyDelete
  13. alaaaaaaa terasa kerdilnya ku di sini hahaha

    ReplyDelete
  14. hai BV :D ekceli sy baru nak bermanja dgn blog balik after stpm last year. hahaa, dan perasan semua coding2 dah lain, sy sndri pon dan lupa sbb sblm ni suka jgk bab2 edit blog. and bout cbox tu, sy bru lps buat yg baru, xboleh ke nak dapat cbox versi lama balik ? uwaa sob sob

    ReplyDelete
  15. wuyooo... alamak... blog archieve tak bubuh lak :P ehehehe (kena buh lepas ni) ahahahahaha
    labels tu dari dulu nak bubuh.. tak jugak letak-letak.. ahahahahha.. ermmmm

    tapi betul ar.. mmg selalu akan pergi about me.. blogger yg dah selalu pergi atau tak.. mmg confirm situ Misaki check dulu, nak baca :D and bloglist XD mmg tempat nak blogwalking.. ahahahaha tgok bloglist blogger lain.. mula arr tangan gatal klik2 jenguk (time tak hiatus dulu) ahahahahaha XD

    ReplyDelete
  16. lupa lak... yg penting kalau blogger tu cerita pasal photography, drama or anime review, product review, blog cute or blog kemas, apa g eik.. button follow :D pentingggg TT^TT ada yg tadak kowt TT^TT

    ReplyDelete
  17. Sis pun sama BV 👍.. Check archive dan bloglists..
    Shout box optional kalau ada bonus..
    Kadang2 bloggers tak nyatakan umur dan latarbelakang jadi susah mau address mereka 😅

    ReplyDelete
  18. mun kmk cbox & bloglist. kmk suka mun sidak ada ngkah bloglist,dapat lah juak jumpa blog nak kita blum pnah follow sblum tok.

    ReplyDelete
  19. Geng geng blogwalking memang wajib ada 5 benda ni. Hahaha. Selain tu petak komen kot yg saya cari, supaya bleh letak jejak dgn lebih obvious.

    Trbaik BV. : D

    ReplyDelete
  20. bila terbaca entry ni. baru terpikir nak letak link label. hikss. macehh

    yang cbox. aritu ada godeh code. enta tetiba cbox tak kuar kat sidebar. rasa pelik sangat. haha

    ReplyDelete
  21. sy pun suk baca personal blog. pastu dlm blog tu kena ada archive jenis hierarchy sebab sy jenis yg kalau singgah ke blog tu, mesti akan baca 3-5 entry 😉

    ReplyDelete
  22. hye, BV. macam mana you design your blog.

    ReplyDelete
  23. Chatbox and archive! Archive tu paling penting sebab tak rajin nak tekan "older post" banyak kali sebab nak baca previous post satu-satu blog tu XD and chatbox, yeah that's right. kadang-kadang tak tahu nak komen ape dekat post blog tu, so maybe boleh tinggalkan jejak dekat blog tu. dekat chatbox jugak boleh explore blog-blog lain :)

    ReplyDelete
  24. Basically, we're the same in terms of the cbox, blog archieve, about me.. hehe

    ReplyDelete
  25. oh! label n chat box udah dibuang. huhuhuhu

    ReplyDelete
  26. Haah sukaa tengok design blog dulu. lepas tu entry. lepas entry, cari button follow dann chatbox http://thefarahabubakar.blogspot.my/

    ReplyDelete
  27. Same like yours BV :) The first thing must be ABout Me section. Penting untuk tahu siapa di sebalik setiap blog kan. Siqah pun lagi suka archive dalam bentuk hierarchy. Senang boleh baca terus tajuk entri. Label pun penting jugak. Hihi. Siqah masih dalam proses nak buat bloglist. Macam mana nak buat bloglist tapi takde icon? Tengok macam2 jugak icon blog sekarang kan. tak tahu camne nak tukar. Hihi.

    ReplyDelete
  28. Selalunya cari chatbox dulu sebab nak tinggalkan jejak.
    Tapi sebenarnya tinggalkan komen dekat post terbaru blog lagi berkesan nak tinggalkan jejak dan ada interaksi. Baru tuan blog rasa dihargai hehehe

    ReplyDelete
  29. ciri-ciri blog yang dicari kita sama :) a blog without 'about me' is a major turn off kan!

    ReplyDelete
  30. Satu je tak cukup, hehehe Label. Tapi mai ada ARKIB di menubar blog, dalam tu ada isi kandungan blog ikut labels, harap memudahkan pembaca :D

    Tak ada about me tu, rasa insecure dengan blog tu, heheh. tapi takde cbox tu tak kisah sangat sebab Mai prefer tinggal komen daripada chat.

    ReplyDelete
  31. Nadia suka blog yang ada categoris or label . Senang nak cari topik apa yang nadia nak baca at that time. Tapi selalu if sggh satu blog tue nadia suka baca post yang baru2 dlu then baru baca yang lama-lama.

    Nadia nie tak tahu lah bila nak berubah sebabnya slalu sgt ada blogging slump. Bila ada mood or benda nak tulis baru update blog . Andddd jika ada masa lebih baru sempat nak blogwalking semua. Sedih dgn diri sendiri =(

    Sebab tue rasanya blog Nadia tak ramai followers sgt and kadang komen pun tak banyak berbnding teman2 blogger lain. Tapi, bila even dapat komen satu pun Nadia boleh rasa happy sgt sgt. Alhamdulillah.

    Tue lah nadia kena berubah jugak. Hopefully can slowly . Insyaallah . =)

    ReplyDelete
  32. First thing first, cari button follow n cbox! Haha.. Kite pun suka baca ABOUT orang! Hahahahahaha lagi-lagi bila bukak je blog dia, terua jatuh cinta. Memang nak tau pasal pemiliknya. Thank you for sharing this entry. At least, it can be as a tips jugak lah kan untuk other bloggers including me. Hehe thanks again bv chan! 😘

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!