Thursday, 16 February 2017

setelah beberapa bulan bergelar 'P' driver

Assalamualaikum
dah beberapa bulan aku memegang lesen P untuk kereta. dan dalam beberapa bulan tersebut ada pelbagai pahit dan getir aku lalui sepanjang menjadi pemandu kereta. tak seberapa umum mengetahui yang aku jadi pemandu tak official untuk family. hantar adik2 aku sekolah tiap hari isnin hingga jumaat.


banyak benda aku nak cerita nie. bersedialah dengan popcorn ditangan dan mungkin sebotol air untuk mengelakkan dehidrasi lepas membaca post yang penuh ranjau ini. cewahhhh. hahahhaha kidding. tapi taksalah pun kalau korang nak buat. ayat nie saja sebagai pemenuh ruangan entry supaya tak kosong sangat. nampak sangat macam konspirasi penulis. ehem. 

okay. 

serius aku kata, bukan senang menjadi pemandu kereta manual. macam tak percaya, mula2 aku memandu dulu2 punya la bengap. rasa nak menangis jangan cerita la. banyak kali. banyak kali beb aku rasa nak menangis dalam kereta. masa tu beginner lagi. tiap pagi nak hantar adik sekolah kena bangun pukul 5 lebih. taknak lewat sebab kereta banyak. 


aku ingat lagi, naik bukit, kat satu kawasan perumahan awal pagi dalam pukul 5 nak hantar adik pergi sekolah, tengah naik bukit, kereta mati tengah jalan dan terundur kebelakang siap langgar divider/batu rendah tepi jalan (tayar je langgar, sebab divider pendek kan). nasib baik takdak kereta lain kat belakang. masa nie serius rasa nak menangis. tapi chill, i'm cool person. wuhuhuhuhuhuhu. kereta okay.

hon takpayah cerita la. banyak kali kena. kena hon sebab makan jalan orang. kena hon sebab lambat jalan kat traffic light dan simpang. kena hon sebab salah laluan kat traffic light (aku nak belok, tapi tersalah laluan kat tengah dahlah kereta paling depan, terpaksa berhenti siap kena hon berkali2 sebab tak jalan2). masa nie banyak kali dah aku rasa nak give up dalam driving. tapi kalau aku tak drive siapa nak hantar adik2 gi sekolah kan? dalam masa tersebut, aku tak berani nak drive jauh macam ke pasar ke apa, sebab kereta banyak dan aku tak berapa pasti laluan mana. takut menganggu laluan pulak kan.

pernah terlanggar apa2?
pernah. tak sengaja terlanggar pokok bonsai pakcik aku kat depan rumah dia masa nak reverse, masa tu tak berapa pandai reverse. nak pergi bahagian kanan, tetiba ke kiri, masa tu kat kiri ada pokok bonsai, mulanya tak kisah sebab ingat ada daun je kan so langgar je la daun2 tu, padahal ada batang sekali dan kemek lah sikit kereta bahagian kiri. hahahaha (sedih sikit hahaha nie)

sekarang, aku dah lebih berani sikit (still ada sikit tu kan. hahhahaa). aku dah boleh potong kereta lain. aku dah berani potong motosikal. sebab dulu aku takut nak potong motosikal. dia slow aku pun slow jugak. aku berani sikit nak pergi pasar yang banyak kereta. aku dah tak berapa kisah orang hon (tapi kena kisah jugak takut ada apa2 kan). 

walaupun dah okay sekarang. ada jugak benda yang tak beberapa okay aku hadapi. 
macam masa aku memotong di laluan kanan laju dalam 60-80, satu lori di laluan kiri nak memotong sama, siap adik aku kata dia boleh gelak lagi kat kitorang dan memotong tak bagi signal kat depan aku. geram la memang geram. tapi chillex je. itu hal dia. asal aku memandu dengan selamat.


dan laluan simpang yang kecik.
kat laluan simpang yang kecik, ada kereta nak masuk dan keluar. kereta nak keluar berhenti di simpang, kereta nak masuk susah sebab laluan kecik, tapi boleh je sebenarnya. aku selalu nervous kat bahagian nie sebab kalau nak belok lebih2 stereng kereta tu keras. hahahhahaha. so selalu bila aku nak belok mesti muka pemandu yang berhenti kat simpang tu nervous jugak sebab dekat sangat. hahahhaa. pernah sekali, aku pandu macam kelajuan biasa (50-60), hari hujan. so nak belok kat simpang, rasanya aku brek macam biasa cuma lambat la, berdecit tayar kooooo, hahahhaaha, nasib baik tak terlanggar kereta berhenti kat simpang tu. pengajarannya, kalau hari hujan, bawak kereta slow2, brek awal2 kalau nak brek. jangan rasa terer sangat dah kalau dah pandai bawak laju2 :D

aku cuba memandu secara berhemah. 
aku layan driver/rider di jalan raya seperti aku nak dilayan. saling hormat-menghormati. considerate. 

kalau ada driver yang lambat dijalan raya, aku okay je. maybe sebab dia beginner, sebab aku pun pernah jadi beginner jugak. masa tu berani bawak gear 3 je, tak lebih dari 40kms. tapi kalau lambat dijalan raya siap sekejap2 nak brek sebab nak main handphone, rasa geram jugak. tapi tu hak dia maybe ada sebab. asal dilaluan yang betul.


kalau ada kereta lambat di traffic light pun aku okay je, sebab maybe dia beginner, kereta mati2 tiba2 kat traffic light, aku pernah rasa. kalau lambat sangat lebih seminit, hon je, maybe dia tertidur atau taksedar. kekadang hon bukan marah, tapi nak tegur kan. aku pun sebenarnya tak berapa suka kena hon, tapi kekadang orang hon nie untuk mengingatkan. tapi kalau hon tanpa sebab tu tak guna namanya. hahahhaha. kekadang ada jugak yang tak sengaja kan. be positive. aku belum pernah lagi hon orang. teringin la jugak. hahhahahahhahahhaa

bagi semua yang baru memandu dan nak ambil lesen kereta. jangan give up ya. begitu jugak ngan aku sendiri. sebab aku masih rasa, bukan mudah nak jadi pemandu berhemah nie. T^T

bagi driver pakailah tali pinggang di seat anda bukan tali pinggang di pinggang sahaja. hahahhahahah (lame joke). dan rider, pakai helmet tu pakai betul2, ingatlah orang yang tersayang. 

aku masih lagi memegang lesen P. so kena memandu dengan berhati2 la. tak kira korang dah pegang lesen apa pun, kena la memandu berhati2. sebab kat jalan raya bukan hanya ada nyawa korang, tapi nyawa orang lain. 

sebelum apa2 baca bismillah dan doa semoga dipermudahkan segalanya. inshaALLAH :)
sekian saja dari pemandu berlesen P. 


so, korang driver/rider berlesen tak? 
memori sepanjang jadi driver/rider apa yang korang paling ingat? share ler. 

sekiaannnnnn~

34 comments:

  1. Haha terhibur baca kisah BV ni. Lps dpt lesen P dulu tyra pn takut jgk. Dapat2 plak terus kete baru, nk drive n parking kat area uitm shah alam, memang cuak kot. Tp lepas setaun dah berani, satu kl ni dh leh tapau bwk laju haha, yang penting signal jgn lupa kasi ye haha

    XX Atheera | http://atheeradayana.com XX

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang masa mula2 macam BV nie takut je rasa T^T
      nak parking pun still rasa macam belum pass sangat XD
      yup, yang penting jangan lupa signal :D

      Delete
  2. hahahah banyak sngt kenangan kan bila baru dpt lesen ni. airah pn lagi beberapa bulan nak habis P yeay

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak kenangan, lawak bila ingat balik :3 BV tahun depan baru habis, lama lagi P nie :D

      Delete
  3. Practice make perfect. Dulu pun naik moto slow je, takut2, sekarang laju bukan main dan dah faham cara bawak dengan betul walaupun belum ada lesen. Hahaha. Ada lesen kereta tapi tak berani bawak lagi. Bila ntah nak mencuba :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, practice make perfect :D
      BV takpandai bawak moto pun, hati2 bawak kalau belum ada lesen :3
      cuba la, nervous rasanya XD

      Delete
  4. kmk dah sikda P pun still takut bhahaha >.<.
    sama lah kak,kmk pn teringin maok hon org T_T tapi slalu kmk yg kenak hon cisss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikpa, selalu2 practice :D
      kann, nang teringin mok hon orang smadi nahan dirik jak tk. hahahhahaa

      Delete
  5. Dah kira tererrr dah tu takde terlanggar manusia :p its ok, practice makes perfect!

    http://revampwithsara.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha, harap la semua selamat kan, betul2, practice makes perfect :D

      Delete
  6. Well, i hate driving so I do own a license but keeping it safely without any practice.. ==
    At least, you're improving BV.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. i used to hate driving too T^T so im keep pushing myself XD
      please practice, there's maybe some time u might need to drive :D

      Delete
  7. heheh takpelah. all is well. Dari P lah menjadi exPert. :D.. dulu kamek pun banyak juak terskress keta waktu mula2 pandei driving. otedah keta parent kmk kenak rusah. kinek nang dah jarang skress... just adik kmk gik yang P kinek tok

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha inshaALLAH :D yalah tek, nang camya la bila first time baruk pandey drive nk :3 kmk lamak gk nak bebas dari P tk XD

      Delete
  8. insyAllah you will be a very good driver soon :) as long as keep driving okay BV?

    there is a thing I really hope people don't forget to do:
    - using signal wisely.

    Ada orang, bila overtake kereta lain... cantik dah bersignal, potong belah kanan, pastu lepas potong masuk kiri balik. Tapi lepas tu lupa tutup signal. So, kita kat belakang ni terfikir2 nak potong dia ke tak T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaALLAH, yes i'll keep driving :D

      agreed! signal sangat penting, betul tu, kekadang ada jugak hadapi benda macam nie, kita kat belakang pun taktau nak buat apa, kekadang pernah ada kereta yg lama kat tengah2 jalan antara laluan kiri kanan, tak bagi signal dan tak bagi ruang nak potong padahal kat laluan kiri/kanan bukannya ada kenderaan pun. T^T

      Delete
  9. memang la pengalaman mengajar kita menjadi pemandu lebih berwawasan n cekap.
    abam kie folo sini ye? no 2334. tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, pengalaman banyak mengajar jd pemandu yg lebih baik. :D
      thanks ya!

      Delete
  10. takpandai bawak kereta dan takde apa2 lesen, motor pun haih asyik kena gelak dengan adik2 lol sebab depa semua boleh bawak motor T___T tunggulah satu hari tekad tu datang betul2 !

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti2 boleh je pandai bawak kereta, bak kata pepatah dimana ada kemahuan di situ ada jalan, cewahhh, hahhaha :D BV pun takpandai bawak motor T^T

      Delete
  11. "aku blum pernah hon orang lagi, tapi teringin jugak" hahahaha ada niat keji disitu xD
    oklah atleast BV dah makin improve driving. saya ni takde lesen pun lagi, rasa mcm tak yakin je dgn diri sendiri klau nk drive huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn, hahhahaa tengah tahan diri nak hon kenderaan lain nie XD
      alhamdulillah, tapi masih tahap biasa2 lagi. kalau mazni cuba mesti boleh punya, BV dulu pun tak yakin, rasa nak nangis bila drive. hahahhaa :D

      Delete
  12. jangan jadi macam ai. dah dua tahun tak pegang stereng. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanyaaaa, rasanya masih boleh drive kan?? :D

      Delete
  13. mmg susah bawak manual kalau hari2 drive bawak auto macam busyra. skrng manual dh tak cekap dah. asyik auto ja. haha.

    ReplyDelete
  14. Takpe lama2 nanti okay lah tu hehee. Tak pernah lagi ada insiden apa-apa semenjak bergelar driver ni. tapi baru-baru ni ada accident berlaku betul2 depan mata. dia tiba2 laju dan melanggar divider lepastu kereta dia berpusing lepas ke depan kereta saya. Cuak tak cuak time tu. nampak dengan real air bag dia semua terbuka. Nasib baik pemandu takda apa-apa kalau tak penat kena jadi saksi lagi. Kereta dia total loss. fuh panjang pulak comment.

    ReplyDelete
  15. Saya dulu bila baru je dapat lesen, mak saya suruh practice lagi pusing pusing area rumah sampai dah terrer. Sampai sekarang pun parents saya still takut bila saya yang drive hahaha Saya pun tak suka kena hon sebab rasa macam saya dah buat salah besar pulak lol

    ReplyDelete
  16. rasanya semua masa still beginner pun macam ni. CLaudy dulu pun macam tu jugak. tapi masa masih drive kereta manual, claudy main bedal je bawak, hahaha tak kisah langsung. then dah drive kereta auto, boleh pulak nervous sebab sekian lama tak drive. claudy pernah langgar kereta orang then kena bayar 200 myr kot lol. Kat sini, claudy jadi beginner balik sebab yelah, cara sini beza sangat dgn malaysia. yg pasti selalu kena honkhahaha.

    ReplyDelete
  17. BV, comelnyaaaa awakkk! terbayang muka BV masa tengah drive. Hihi. Kalau kena hon tu perkara biasa bagi newbie. Biarkan je. Nnati kita dah pandai drive, kita pulak hon orang. eh? Hahaha.

    Tahniah BV sebab pandai bawa kereta manual. Serius, kalau siqah confirm mati tengah jalan lah kereta tu. Bawak kete manual masa ambil lesen je. HIhi.

    p/s : Comelnya video kucing tu <3

    ReplyDelete
  18. fieyqa pun drive manual. paling fail bab reverse parking dengan reverse lah hahaha. kalau dulu time masa mula-mula drive, nak reverse tu bukan main payah lah sebab keliru nak pusing mana kan hahaha main pusing je steering tu kiri kanan kiri kanan last2 terlanggar pasu bunga jiran atok :3

    ReplyDelete
  19. Hahhahahha takpe pengalaman semua tu. Lepasni bawak kereta auto je senang sikit. Bila dah hari hari bawak kereta nanti dah pandai nak agak jarak semua.

    ReplyDelete
  20. ah bv,kita jarang sangat bawa kereta! dah masuk dalam 3-4 bulan dah ni..adoi! tapi kalau terpaksa bawa,berani la juga asalkan ada orang teman dekat sebelah. memang parah la kalau terlupa semua,dah la bawa wira tu. rasa nak menangis pun ada kadang sbb haritu pun masa reverse kan,kita terlanggar divider,ramai lelaki tgk,siot ja..malu terus pastu kena marah dengan abah. lagilah menangis.

    memang ikutkan rasa nak give up semua kan,bila fikirkan ada orang perlukan kita,kena la jadi kuat walaupun kita rasa nak rebah. tak apa bv,asalkan kita fikir pasal famili ke apa,insyaaAllah kuat.

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!