Sunday, 24 April 2016

Review Buku : SARKAS

Assalamualaikum
lama dah aku tak review buku. sejak aku takdak benda nak update kebelakangan ini. aku pun nak jugak la review beberapa buah buku yang dah aku beli guna baucer. waakakkaka. manfaatkan sebaiknya masa lapang anda dengan membaca buku. cewahhh. hehhehe :D

kali nie aku nak review
Antologi Cerpen Santai Tapi Sentap : SARKAS

nie cover buku tu.
Dunia ni macam SARKAS. Banyak perkara yang diada-adakan.Ada kalanya benar, ada kalanya tipu. Jaga-jaga! Jangan sampai kita tertipu.

dan ini buku aku dan aku. wakkakakka. acah2 je nie. bukan selalu selfie dengan buku. cover je dah menarik. apatah lagi contentnye ye. bagi aku buku nie memang menarik sebab cerpen2 yang unik dan memang santai tapi sentap jugak la. 

BudakVanilla's Review :
Seperti yang dah aku katakan di caption tadi, memang buku nie menarik sebab cerpen2 dia. tau la cerpen kan, cerita pendek yang memang santai dan sentap. kebanyakan cerita memang ada keunikkan sendiri. ye la, ada cerita pasal kehidupan dua pasang berus gigi, kisah pasal suami isteri, kisah pasal member, binatang seperti panda dan 'khinzir' pun ada. hahahhaha. memang menarik kalau korang jenis malas nak baca novel panjang2. bagi aku buku nie banyak sentuh pasal kehidupan dan agama. memang agak sarkastik dan relaks je. bahasa santai memang banyak digunakan. yang penting ada pengajaran di setiap cerpen. hahahhaa. ada 288 mukasurat memang tebal dan ambik masa jugak baca. dan lepas habis sebuah cerpen mesti excited nak baca cerpen lain. XD

Senarai cerpen-cerpen beserta penulis : 
1. Ganjaran Tak Didendang (Nurul Bakar)
2. Cermin Mata, Stokin Dan Kain Pelikat Longgok (Hannan Hariri)
3. Hani (Noor Adeelia Ahmad)
4. Abang Minta Maaf, Migha! (Harith Hakeem)
5. Mahu Kurus! (ibnuDDin)
6. Jalan Rasta (Hariz Zain)
7. Kisah Dua Berus Gigi (Sha'azizi Dadameah)
8. Papa Dan Ketam (Norillah Abdullah Hassim)
9. Pikat Aku Jadi Menantu (Huzairul Ihsan)
10. Sarkastik Dunia Aka Dunia Berhijab (Web Sutera)
11. Facebook, Sebiji Epal Dan Senaskhah Novel (Salleh Kausari)
12. Sedut (Wak Buang)
13. Sembang Mak Jemah (Naqhuhines)
14. Sepetang Ber-chai Bersama (Sha'azizi Dadameah)
15. Simbolis (Muhammad Faizal)
16. Suamiku Putih (Iwan Reaz)
17. Tetamu Pulang (J Rawa)
18. Kpop (Hanasof)
19. Topengnya Anjing Jiwanya Malaikat (Ceriterapena)
20. Upahan (Kecu)
21. Member (Qhaiyum Benjamin)
22. Milik Siapakah Kaki Ini (Teraju Ilham)
23. Sarkas (Khairy Tajudin)

tengok tajuk2 cerpen pun dah rasa unik kan. aku beli buku nie kat popular, rasanya sekarang memang ada dimana2 dah kot. kalau susah nak cari, beli je online. carik hashtag kat instagram. hahhahaa. 

sekian, ilal liqa'


Wednesday, 20 April 2016

kimbap fever

Assalamualaikum
sekarang dah start semester break. so banyak masa free dalam dua bulan nie, ada yang dah start cari part time job dan ada jugak yang menanam anggur di rumah. aku still tak decide lagi sama ada nak kerje ke tak. hahahhha. 

semenjak beberapa hari nie, ramai betul aku tengok orang post pasal kimbap. entah kenapa aku pun teringin nak post pasal benda sama. hari tu dah try buat dengan adik2. hahahaha. adik aku punyalah ganas sampai koyak2 seaweed kimbap dikerjakannya. hahaha. gurau. kerja aku senang je, tukang potong dan tukang makan. HAHHAHAA

kimbap kami buat haritu, aku malas nak letak gambar. sebab gambar kurang kualiti. HHAHHAHAA. so yang aku letak kat sini cumalah gambar kimbap yang aku beli masa masih dekat poli dulu. :D

kimbap nie bekas dia adalah besar tapak tangan. ada 6 ketul kimbap berserta sos hitam tu. harga dalam rm3. inti kimbap tu timun, lobak, sosej dan ketam (imitation) hahahha. okay, boleh lah. sekali ngap je. tapi aku tak la sekali ngap. sebab sos tu agak pedas, aku ngap slow slow. hehehe. aku kureng sikit dengan benda pedas nie, tapi nak jugak kononnya. 

aku rasa, ramai dah tau resipi kimbap nie kan. senang je. aku malas nak share. boleh je cari memana kat gogel ye. boleh lah makan kalau malas nak makan nasi macam biasa. makan kimbap pun boleh kenyang jugak bagi aku kalau makan banyak2. sebab ada nasi jugak kan. :D

dah takdak modal nak cerita. hahahhaa
sekian, ilal liqa'


Tuesday, 19 April 2016

aku dan buku

Assalamualaikum
bulan march hari tu kan ada penerimaan baucer buku 1 malaysia. aku dah pun selamat membelanjakan baucer buku tersebut dengan jayanya iaitu membeli buku la hendaknya. banyak sangat buku yang aku rasanya nak ambik dan baucer buku pun takcukup menanggung buku2 yang aku nak. hahahhaa. tapi syukurla dengan baucer buku nie, banyak jugak buku aku dapat. kalau nak beli dengan duit sendiri memang fikir banyak2 kali jugak la. tu pun kalau banyak duit lebih. huhuhuhu *kerap berhuhu aku kebelakangan ini*

kebanyakan buku aku beli kali nie, adalah buku/novel berbentuk islamik. dan novel bergenre thriller dan seram. dan aku cuma sempat menyambar sebijik novel seram berbahasa inggeris. hahahaha. tu pun masa tu sebab murah ada sale. ada la sebijik buku, pasal CERITA BUDAK DESIGN, aku pun tertarik jugak nak baca sebab aku sebenarnya nak jadi budak2 design nie sejak dari dulu lagi, tapi tak menjadi pulak. so aku cuba baca la dan mendalami kononnya walaupun aku bukanlah budak design nie kan. tak salah kan? :D dan kali nie aku berjaya mengelakkan diri aku membeli novel2 jiwang karat tangkap leleh sebab tension jugak la dengan watak2 idaman kalbu. cehhh, tapi ada jugak la adik aku beli beberapa buah novel bergenre kesukaan ramai itu. sebab dia pun ada baucer buku jugak. nantilah aku pinjam kalau tetiba nak berangan. HAHHAHA.

sesungguhnya, novel2 jiwang itu membuat hati si anak dara seperti kami mengharap yang terbaik dari setiap lelaki didunia. sedarlah anak dara sekalian alam, bahawa watak dalam novel jiwang tangkap leleh yang kamu baca itu jarang ada didunia, tapi memang ada tapi susah dicarinya bak kata omputeh, RARE. so, janganlah simpan harapan tinggi melangit kepada kaum adam dan jangan mengharap boifurendo dan hubby yang purrfffecttooo seperti watak didalam novel. bahkan kekadang, watak dalam novel pun ada cacat celanya, cuma ditulis cantik oleh si penulisnya. sedangkan kita di alam yang serba nyata dan memang serius realistik ini, takdir dan jalan cerita kita ditulis cantik dan bersesuaian dengan kita oleh SANG PENCIPTA,

jadi jangan dibanding hidup kita dengan jalan cerita rekaan penulis. kecuali diambil dari kisah benar ya? gituu? entahlahhh, ikut rasa hati engkolah. hehehhee. 

dan kepada para yang suka kondem gegadis atau sesiapa yang suka baca novel jiwang tangkap leleh ini, please la guys, every novel ada je ilmu baru. yup, ilmu yang kekadang ilmu fresh dibaca melalui novel2 ini. ilmu rumah tangga contohnya. ehem. HAHAHHA. ok gurau. ya, memang boleh dapat ilmu jugak. selalunya novel2 nie banyak ketengahkan sesuatu pekerjaan atau bidang. contohnya, si hero nya seorang engineer, so dalam novel tu ada la cerita pasal bidang kerja engineer dan sebagaiya. so dari segi penglihatan pembaca, boleh la tau sikit benda dalam bidang engineering haaa gitu. certain novel pun kekadang ada bahagian 'SEGMEN ILMU' selalunya dibahagian mukasurat last novel. dan setiap novel ada je pengajaran yang boleh dikaut. so jangan kondem ye geng. yang drama kat TV tu lain la, dorang selalu tekankan plot dan jalan cerita, bukan tentang apa yang para penonton boleh dapat dari cerita. HAHHAHAHHAA. certain la, tak semua. ehem.

banyak pulak komen aku. hakshakssss *gelak gedik*
lain orang lain citarasa ya. hanya sebab kau taksuka sesuatu yang orang lain suka, tak semestinya kau ada hak nak kondem habis2san ye. taksuka diam. kecuali tu benda larangan agama dan melanggar undang2 agama. so tegur la habis2san dengan penuh berilmu. selalunya benda berkaitan dengan something yang orang suka nie, takboleh tegur sentap2, maybe boleh dengan slowtalk. tapi, lain orang lain cara.  :)

terlebih pulaks. hahaha
sekian,
ilal liqa'

Sunday, 17 April 2016

belum seminggu dah rindu

Assalamualaikum
umum mengetahui, aku dah balik rumah. serius rasa rindu pulak dengan kamsis. hahahhaa. sebenarnya aku rindu bilik dekat kamsis. sebab aku nie jenis suka terperuk dalam bilik. bukan terperuk dalam bilik study. tapi terperuk yang memang terperuk la. hahahhahaha. tak tidur, layan movie, tak layan movie, ada buku baca la, aku lebih suka dalam bilik dari buat aktiviti kat luar. hahahaha. memang jenis shuit in kan. T^T sebenarnya aku layan je aktiviti luar, tapi jarang ada orang dengan aku layan aktiviti luar, memang dalam bilik je la kejenya. makan pun dalam bilik, beli makanan kat cafeteria, pastu makan dalam bilik.

nie sengaja la showoff bilik, sebab memang akan rindu la suatu hari nanti. nie bilik berdua dengan si roomate. si roomate aku nie jenis yang selalu keluar bilik, aku pulak memang jenis terperuk dalam bilik. so, memang cun lah. hahahaha. 

gambar dari pintu. cewahhh. aku punya katil mestilah berwarna warni dan berdekatan dengan pintu. HAHAHHAA. motifnya, kalau ada apa2 dalam bilik, senang nak lari. HAHAHAHHAA. okay, gurau2. 

ingat tak aku pernah cerita kat belog pasal malam aku keseorangan sem lepas dan penyapu tu? nie bilik yang sama je dengan semester lepas. hahahaha dan posisi penyapu yang sama jugak. Alhamdulillah, semester nie takdak situasi penyapu jatuh tetiba lagi walaupun aku keseorangan di bilik.

nie faveret space kedua selepas katil. hahahha. nie tempat aku study la. selalunya berterabur. selalunya, aku paling semangat nak hias meja study nie. tapi semester nie kurang sikit rasa nak menghias, jadi gambar camtu je la. setepek je mana2. hehehe. best sebenarnya study kat meja nie. tapi kerusi kurang best sebab tu aku jarang lepak kat meja nie sebab aku nie jenis letak kaki atas kerusi. hahahha. makan pun duk sipi2 tepi katil dan beralaskan lantai simen berlapik tikar getah. ecehhhecehhh. 

aiii, rindunya bilik. 
rindu kengkawan coursemates dan makanan di cafeteria. semester nie, rasanya takdak aku merasa makanan kat kantin. rindu la suasana kelas lepas nie. so plan aku, dua bulan bercuti dulu kat rumah sempena semester break. HAHHAHA. nak cari kerja? tengok dulu. >..<

sekian,
ilal liqa'


Tuesday, 12 April 2016

finally end

Assalamualaikum
whoaaa, rasa lama dah tak update something kat blog nie. hahahhahaa. bersarang dah fuhhh. alhamdulillah, hari nie tadi adalah last paper aku. still tak percaya lagi dah habis. tampar pipi. dah semester 6, last semester, ada yang dah balik dah pun. rasa sedih ada la jugak sebab berpisah kan, tapi rasa gembira pun ada sebab dah habis. harap la memang habis dah study. inshaALLAH. hehehe

cepatnya masa berlalu, macam takpercaya lagi. tampar pipi laju2. ye la, rasa macam baru semalam je masuk poli. sekarang dah habis dah pun. terima kasih para coursemates yang sudi bagi tunjuk ajar sepanjang 6 semester nie. dorang yang sudi bersama dalam pahit manis kisah ini. cewahhhh jiwang laksss. overall, semester 6 adalah semester yang paling slamber buat kita semua, bukan laahhhh slamber dari segi esaimen berguni dan fyp begini, tapi dari segi sudi berkumpul. HAHHAHA, jenis coursemate aku nie ada je yang pasif, pendiam dan jarang bertegur, tapi di last semester nie, jadi aktif semua, yang pendiam jadi pandai bercakap, yang tak pernah bertegur jadi pandai menegur. penangan last semester agaknya. :D

tapi kalau bab bergambar memang semua nak. hahahhaha

all the best in ur life guys. keep in touch k.

lamanya dah tak blogwalking T^T
pasnie nak update belog selalu XD
sekian, ilal liqa'