Wednesday, 7 December 2016

weird myth in my life


Assalamualaikum
macam biasa tajuk acah2 english tapi post rojaks. kali nie nak cerita pasal mitos pelik dalam hidup aku. pantang larang nie banyak je, paling2 masa zaman tok nenek dulu memang ditekankan sangat pantang larang dan kekadang setiap pantang larang disertakan dengan cerita mitos. paling biasa kita dengar pantang larang jangan menyanyi masa masak, anak dara tak elok duduk di tangga, dan sebagainya. tapi nie aku nak cerita pasal mitos lain pulak. yang jarang orang dengar. 

mitos. 

1. pantang makan ikan patin
both keluarga mak bapak aku, memang pantang makan ikan patin. aku pernah buat satu entri pasal pantang makan ikan patin bagi kaum sarawak [here], tapi dari cerita mak aku, ada versi lain pulak. pada zaman dulu, ada sebuah kapal yang karam, jadi ada ikan patin datang menyelamat manusia dari karam bersama kapal, sebab si ikan patin yang berjasa menyelamatkan manusia dari tenggelam bersama kapal, manusia berikrar takkan makan ikan patin sebagai membalas jasa. so, memang kami sekeluarga tak pernah makan ikan patin. dan rasanya, mostly sarawakian memang ada keluarga yang tak makan ikan patin.

2. pantang makan pucuk paku (digelar 'midin' dalam bahasa sarawak)
nie pantang keluarga belah bapak. kat sarawak memang agak famous makanan midin goreng belacan nie. aku takpasti kenapa belah bapak aku pantang makan midin. hahahahha. dan aku memang takpernah makan midin. tapi keluarga belah mak aku memang boleh je makan midin. mak aku je la tak makan sejak kawen ngan arwah bapak. 

3. rambut emas
aku tau mitos nie dari mak aku. rambut aku hitam, selalu jumpa rambut warna perang/emas (tapi lebih kepada warna tembaga kot) macam kat celahan rambut2 aku, mostly kat rambut depan. dan kekadang adik2 dan kawan aku pernah tegur (kalau dorang tengok betul2 rambut aku, dalam 10-15 helai camtu je la yang perang/emas). sekarang pun masih ada, cuma tak sebanyak dulu (dulu rambut aku lebat, dan aku dari lahir dah ada full hair pakej jenis pacak2 wahahahha. tapi sekarang makin nipis T^T). mak aku kata, orang  dulu2 kata yang sesiapa ada rambut emas nie macam monyet dari monyet? entah tak pasti, takboleh mandi sungai sebab nanti buaya detect dan kena makan buaya. hahahahhaha. what??!! , tapi sekarang banyak je yang suka dye rambut warna perang nie kan. lol tapi aku rasa rambut perang/emas tu maybe cuma rambut rosak atau rambut nak jadi 'uban'. tapi aku takpernah pulak jumpa uban hahahhaa. adik aku kata maybe sebab berjemur. tapi aku selalu duduk rumah dan keluar pun bertudung. dan aku takpernah dye rambut.


korang pulak macam mana? ada mitos atau pantang pelik dalam keluarga atau memana yang pernah korang dengar?

dan siapa tahu kenapa rambut jadi macam tu, ke pernah ada rambut yang sama? :D

p/s : jangan percaya sangat some mitos yang boleh membawa kepada syirik. bagi aku la kan, mitos just mitos, cerita yang menarik untuk dikongsi. nak bercerita boleh, nak percaya sangat benda macam nie, tak boleh jugak. semua bergantung kepada individu, kena pandai nilai yang mana benda boleh percaya. benda macam nie benar ke tidak, wallahualam :)

dan maybe, tak semua mitos nie apply kat warga sarawak, maybe just certain family in sarawak. :)

ilal liqa'

30 comments:

  1. Pantang larang banyak, tapi tak banyak yang family ikut.

    Yang paling saya suka, bila makan ayam, then nenek akan cakap, jangan makan ayam banyak-banyak, nanti masa bersanding mengantuk. Mengekek gelak bila dengar. Entah betul entah tidak >< Tapi layankan saja

    Anyway, rambut emas/uban memang banyak atas kepala. Entah kenapa :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, banyak je yg dah tak kesah dengan pantang larang nie :)
      hahahhahaha, pelik jugak, tak pernah dengar yg macam tu :D
      BV pun ada, yg emas je, uban takpernah jumpa lagi :)

      Delete
  2. All of the myths are new to me.. Nice info for new knowledge.. baru tau some of sarawakians tak makan patin and midin.. anyways, salam kenal from me.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jugak yg baru tahu benda macam nie. :D
      salam kenal jugak, nice to know u :)

      Delete
  3. tak pernah dengar pulak mitos pasal ikan patin, pucuk paku dan rambut emas. Mak claudy tk pernah cajap apa2 pun haha. and kitaorg makan je pucuk paku. Ikan patin pula tak pasti family sebelah sarawak makan ke tak. heehehe. and claudy pun ada rambut emas dulu sebelum claudy colour rambut perang XD ingat sebab keturunan macam tu ke or rambut rosak ke xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak orang zaman sekarang yg tak amalkan lagi pantang larang dan mitos2 macam nie. maybe kena tanya mak claudy kot. hehehehe. sama je, sekarang pun BV ada. taktau jugak sebab apa kan :D

      Delete
  4. Ikan patin masak lemak kat temerloh sedap. Ahaha. Tak pernah dengar/baca pulak pasal ketiga2 mitos yang BV senaraikan. Anyway that's new

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan patin memang femes kan. tapi takpernah makan :D
      memang banyak yg taktau pasal pantang/mitos macam nie sebab zaman sekarang kurang dah yg nak bercerita pasal benda macam nie :)

      Delete
  5. Wah banyak juga ya pantang larang org Sarawak, baru tahu, hehehe.... Ayah mai memang tak mkan patin sebab tak lalu ikan sungai, so kitorang pun tak berapa makan la sbb mak pun tak pernah masak sejak kahwin dgn abah, haahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. some orang sarawak je yg masih dengan pantang macam nie. :D
      memang ada jugak yg tak makan ikan patin kan, mai memang takpernah cuba makan ikan patin ke? :)

      Delete
    2. Pernah, cuba2 sendiri masa kat u dulu, tp tak berapa favorite sgt, hehehe.

      Delete
  6. banyak lagi dik mitos orang orang lama.. hee~ macam tak boleh nyanyi kat dapo nanti kawen dengan orang tua.. anak dara tak elok duduk kat anak tangga nanti orang tak masuk meminang.. eh !! banyak lagi laa.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. banyak je yg tahu cerita di sebalik pantang tu, konon sebenarnya, takut air liur masuk dalam masakan. hahahha. memang banyak la pantang2 nie. tapi zaman sekarang tak semua diikut dah :D

      Delete
  7. Anis bukan rambut emas dah , putih terus. T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahhaha, takpe, rasanya boleh kan inai rambut jadi warna hitam :D

      Delete
  8. Wah! semua mitos tu baru first time dengar :O nombor satu tu macam berat utk sy kalau tetiba kena ikut, I love ikan patin so much T_T

    Hmm, tak dpt nak fikir ada mitos apa dalam family kite. Nanti nak tanya parents lah :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha memang banyak yg suka makan ikan patin kan. :D BV pun nak tau jugak apa mitos ada dalam family org lain. share la nanti :)

      Delete
  9. ha aa mmg zaman dulu bnyk sngt pantang larang. tp smuanya mitos kbykaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. zaman sekarang pulak ramai dah tak ambik kisah dengan mitos macam nie. :)

      Delete
  10. Tak pasti yang lain, tapi rasanya rambut jadi warna lain tu sebab faktor pemakanan, lebih tepat tak cukup zat.
    Rambut ni macam rekod kepada pemakanan kita. Kalau ambil dadah pun boleh detect dekat dalam rambut tau sebab dia simpan semua cara pemakanan kita sepanjang dia bertumbuh.
    (Tak laa aku kata BV amik dadah hehehe. BV baik orangnya hehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh baru tau benda nie. so memang kira macam tanda tak cukup zat la rambut warna lain tu? memang kurang zat kot, boleh jadi jugak tu. XD

      dahsyatnya, kalau ambik dadah pun boleh tau dari rambut. macam kuku jugak la kan, orang kata yg ada putih2 kat kuku tu, tanda kurang zat. kira hampir sama la kan :D HAHAHHAHAHA baik la sangat. XD

      Delete
  11. pasal makan ikan patin tu, yes saya ada dengar my fren from Sarawak madah famili nya sik boleh makan ikan patin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, memang ada some sarawakian yg still amalkan pantang macam nie, nang sik makan ikan patin :)

      Delete
  12. hmm tak pernah dengar pulak mitos semua ni tapi zaman moden sekarang ni semua benda kena ada kajian saintifik so tak percaya huahua

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, zaman moden sekarang memang orang akan lebih percaya kajian saintifik. benda macam mitos nie memang takboleh percaya sangat :D

      Delete
  13. kmk just slalu dnga sikboleh nyanyi time masak jak hahaha mak kmk salu tego kmk T_T family kmk nang makan ikan patin & midin dari dolok sikjuak kmk tauk yg ada certain family sikpat makan ya,ingatkan smua org makan tek.

    ReplyDelete
  14. Pertama kali siqah dengar semua mitos ni! Paling tak best bab tak boleh makan ikan patin. Weiii rugi weiii. Sedap 😋 Banyak pantang larang orang tua kan. Tapi ni kali pertama dengar pantang larang orang sarawak :D

    ReplyDelete
  15. Antara mitos yang famous, kalau duduk atas bantal nanti buntut ada bisul haha

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!