Sunday, 18 December 2016

my first EZBUY haul | good or bad experience?


Assalamualaikum,
aku baru terima parcel barang yang aku order dari ezbuy minggu lepas. barang2 diterima dalam keadaan yang baik. alhamdulillah. siapa tak kenal ezbuy? macam kita order barang dari china (taobao) tapi berurusan guna laman web ezbuy. tujuan aku buat entry nie bukan nak promote ezbuy pun. nak share la pengalaman aku shopping kat ezbuy punya website nie. sebab lama dah teringin nak shopping kat situ since barang murah2 (tak jugak murah). hahahhaa

click gambar kalau nak tengok harga barang dan jumlah bayaran. hahahahahha

aku order barang2 nie pada 11.11 (november) 2016, masa tu jenuh semua website tengah buat sale besar-besaran termasuklah benda nie. aku yang sememangnya dah lama register ezbuy pun tertarik la, sebab dapat cash voucher RM30 pada hari sales tersebut.

haruslah aku fikir nak guna sebaik mungkin voucher tersebut, sebab boleh cover shipping dan delivery cost hahahhaha (sebab aku hanya tergoda nak beli barang online bila ada free voucher dan sale gila2). jumlah shipping fee : rm8.80 + delivery fee : rm12 (sarawak) = rm20.80. mahal jugak shipping dia. nasib ada cash voucher free. wohoho. 

pepagi buta dah aku belek ezbuy nak beli something. dan aku buat keputusan nak beli barang dibawah tag PRIME. aku lama dah nak beli hoodie baru, sebab yang lama dah menipis. dan yang lain cumalah penambah rasa. nampak tak ciri2 manusia tamak dan pentingkan kemahuan dari keperluan disitu. hahahahha. takperrrrr. bukan selalu. good bargain kan. aku bayar melalui kad debit. so kira cepat dan pantas la. 

dan yey, SEBULAN menunggu, akhirnya pada 14.12 (rabu), parcel yang ditunggu-tunggu datang depan rumah. sabar aku menanti poslaju hon2 depan rumah tau. besar jugak parcel nie. mak dan adik aku siap ingat benda nie patung besar. LOL. 

 dalam parcel pun ada parcel. hahahahha. semua barang yang aku beli berwarna hitam. XD

keadaan dalam kotak kasut boots tu. aku macam taksangka la kenapa aku boleh pilih kasut boots yang bagi aku agak fancy sebab ada skull studs dekat belakang. hhahhahahaha. nak pakai gi mana kasut macam nie? XD tapi kasut tu memang cantik. saiz 37. muat2 je kaki aku. sepatutnya aku pilih saiz 38 (sebab better besar satu saiz kan). baik seller tu, dia siap bagi pewangi lavender yang berbau pelik tu. hahahhaha dan kertas diskaun ke apa? entah. sebab tulisan chinese semua. 

suka dengan hoodie nie. comfy dan simple je. :D harga pun murah. kualiti aku boleh jamin agak okay la. sebab jenis kain dia agak tebal. dan material hampir sama dengan hoodie mahal yang aku pernah survey kat shopping complex. sweatpants tu pun okay jugak. material sama dengan hoodie nie. agak tebal. aku ingat nipis. hahahahhaa. (macam barang yang aku beli nie sesuai untuk suasana winter. LOL)

⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡

good things |
⚡ barang2 yang diorder semua dalam keadaan yang sangat baik dan memuaskan. sebab semua as i expected dan sama macam dalam gambar kat website. fuhh.
⚡ packaging selamat dan comel. eh.


bad things |
⚡ lama woh menanti. hahahhahaa. nasib baik aku sabar. cewahh. tiap hari jenguk website ezbuy. tapi order still processing. dah nak masuk bulan 12, tapi masih jugak 'processing'. so, aku email pihak ezbuy tanya. dibalas dengan autoreply : sebab lambakan order pada 11.11, pihak ezbuy ada masalah sikit nak handle order. dan lepas tu, baru la dari 'processing' bertukar ke 'shipment'. (juga sebab dalam detail barang2 yang aku pilih, dinyatakan akan ambil masa dalam 18 - 20 hari). so, memang kena sabar la.

⚡ nombor tracking number tak dibagi dan aku takdapat track parcel aku dimana sepanjang process shipment. mungkin sebab prime order? nie first time aku beli barang kat ezbuy. so aku taktau macam mana fungsi ezbuy dan apa beza PRIME dan yang lain2. malas jugak nak menyiasatnya. horrrhorrhorr. aku ada jugak email pihak ezbuy, tapi tak dibalas pun. autoreply dan kononnya yang dilayan di email cumalah aftersales feedback, missing goods and so on. (sebab boleh chat online di website pada masa tertentu. tapi masalah aku, bila aku bukak website tu, tak terkeluar pulak popup chat online tu). so, aku tawakal je la. harap barang aku sampai semua tanpa ada tertinggal, tersesat salah satunya. 


conclusion |
aku agak puas hati la dengan keadaan barang yang aku terima. walaupun ada beberapa perkara yang aku takpuas hati. hahahhahaa. kira win2 la bagi aku. barang murah dan berkualiti, takpa la walaupun lambat dan mendebarkan dia punya shipment process tu. :3

thanks la pada memana staff ezbuy malaysia yang handle aku punya order. takdak missing2 part apa semua. mesti penat kan handle banyak2 barang. siapa suruh buat sales gila2. waakakakaaka XD


p/s : kalau nak tahu links barang yang aku beli sila komen ya. aku balas kat komen je. since aku bukan nak promote ezbuy pun. :) mana tau korang nak beli jugak. hehehehe

i see you when i see you :3

29 comments:

  1. wah , okay ah barang semua keadaan baikkan . huhu nak tahu jugak linknya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. nasib baik barang okay semua. :D

      hoodie - https://ezbuy.my/Product/Detail?url=https%3a%2f%2fdetail.tmall.com%2fitem.htm%3fid%3d538746763927&src=

      sweatpants - https://ezbuy.my/Product/Detail?url=https%3a%2f%2fitem.taobao.com%2fitem.htm%3fid%3d538635563702&src=

      shoes - https://ezbuy.my/Product/Detail?url=https%3a%2f%2fitem.taobao.com%2fitem.htm%3fid%3d537319403710%26rebate%3d20161122&src=

      tu link dia. ctrl C ya :D

      Delete
  2. BV! Siqah berkenan dengan hoodie awak. Boleh bagi link? Nak tengok jap. Hihi.

    Siqah takde pengalaman beli di ezbuy. Bab menunggu lama ni lah yang sengsara nanye. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nie link utk hoodie tu https://ezbuy.my/Product/Detail?url=https%3a%2f%2fdetail.tmall.com%2fitem.htm%3fid%3d538746763927&src=
      (ctrl C kalau nk copy :D)

      BV pun baru first time beli. memang menunggu tu sensgsara jugak la. hahahha :D

      Delete
  3. mahal gila shipping fees ya hahaha kmk kdg2 mun mok beli brg mesti tngga dlok bila brg ya agak2 akn sampey,mun smpey 1 bulan boh hrp kmk mok beli sbb kmk jnis yg siksabar haha klak mok ngga lah website ya >..<

    ReplyDelete
    Replies
    1. nang mahal. ya kmk sanggup beli mun ada baucer jak. hahahaha. kmk pun selalu juak ngga bila nya agak2 sampey. tapi yalah tek, sik sangka juak lambat. XD

      Delete
  4. Ezbuy eh.. tak pernah test lagi..
    Selalu beli kat Lazada je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat lazada belum pernah shopping lagi :D

      Delete
  5. wauuu mcm best! Nanti aku pun nak gi buat spot cek xD huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best sebab barang murah. hehehe :D

      Delete
  6. postage kan lama so mmg teros malas lah nak tunggu tunggu. lol. btw, seram lah tak dapat apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. taktau pulak memang lama sangat :D
      seram jugak tu XD

      Delete
  7. Tak pernah cuba beli lagi kat ezbuy. Ada jugak sign up haritu tapi bila tau process shipping berzaman hmm terus batalkan niat nak beli apa apa dekat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kan. barang murah. process shipping berzaman sebab dari china n antara cara shipping paling murah. kalau nak laju2 sampai boleh je pilih cara shipping lain2. tapi mahal la bayar shipping tu :D

      Delete
  8. lama tu nak tunggu, dgn tracking no takde. mesti cuak menanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cuak jugak. mampu tawakal je n harap barang selamat sampai :D

      Delete
  9. Replies
    1. kat bahagian lengan tu tulis 'i like this color'
      kat tali tu 'go back to the play ground' :D

      Delete
  10. Tak penah cuba plak shopping sini ... boleh try nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je try shopping. banyak jugak barang murah :D

      Delete
  11. am now scrolling the website argh must resist buying too much unnecessary things

    ReplyDelete
  12. lepas ni nak cuba shopping online di ezbuy pula...menarik ja tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je cuba. mana tau service dia ok. :D barang pun banyak murah dan berpatutan :)

      Delete
  13. wahh.. BV dah beli rupanya.. hehe.. hoodie tu lawaaaa!!.. tunggu lama ya. sebulan tu.. busyra beli dekat lazada ni dah dekat 2 minggu pun dah rasa sengsara dah ni. hahaha :( harap2 sampai elok la.. tp berbaloi jugak BV tunggu tu sbb brangan dia lawa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah shopping masa sale 11.11. memang lawa walaupun sebulan menunggu. :D BV belum pernah beli kat lazada, nnt nak try jugak shopping di lazada. memang rasa berbaloi jugak sebab barangan lawa2 :)

      Delete
  14. sy baru sekali beli onlie itupun barang yg sampai rosak..lepas tu da tak berani beli online

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedihnyaaa, dah la first time beli kan. T^T

      Delete
  15. Tak pernah try lagi shopping dekat ezbuy, nanti ada duit lebih nak cuba juga. Barang2 macam menarik ;)

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!