Monday, 7 November 2016

tips tarik pembaca di blog

Assalamualaikum
dalam dunia blog nie, semakin ramai yang lebih pentingkan visitor (pelawat) daripada reader(pembaca). sedangkan visitor cumalah jenguk2 blog korang, manakala reader pulak baca apa yang korang tulis. boleh jadi antara visitor ada reader. kita mana tau. dan aku pun malas nak kaji dalam2 dari segi perkataan visitor dan reader tu. senang cerita, bagi aku, visitor, dia lalu je, sumbang trafik, manakala reader, dia baca dan hadam ke tidak apa yang dia baca, itu hal dia lah. :3 

for sure, aku lebih suka reader, terasa best la bila post yang kita taip ada reader kan. bahagia sekejap. macam rasa, tak sia2 aku menaip lelama. walaupun aku taktau berapa la reader setia dan silent reader. tapi kekadang ada la rasa blog aku dibaca bila ada komen dan ada orang kata macam 'instinct'. hahahhahaha. perasan gila kan XD

kali nie nak bagi tips tarik pembaca di blog, atau dalam bahasa inggeris nya, tips to attract readers. nie kira benda apa yang aku cari dan suka bila jadi reader untuk sesuatu blog la. just my honest opinion. :)


1. tajuk post yang menarik.
well, aku lemah dalam membuat tajuk post yang menarik. selalunya aku buat tajuk post yang straight-forward je la. kalau nak ambik contoh tajuk post yang menarik, macam post yang nie aku buat 'tips tarik pembaca di blog' macam biasa2 je kan, nak lagi gempak buat la tajuk ala2 buzzfeed dan website best2 yang lain macam 'tarik pembaca di blog dengan tips yang hebat ini' hahahhahhaha gempak tak?! mesti ramai curious dan nak baca. biarpun panjang, tapi boleh buat orang curious kan. tapi jenis aku segan jugak nak buat tajuk canggih cenggini, sebab takut orang expect tajuk je gempak, content ke laut. wakakkakaka.  tapi korang yang nak attract readers, jangan malu mencuba. 


2. isi atau content post
kalau tajuk dah best, tapi isi atau content post tak menarik, tak boleh jalan jugak. content mesti la gempak jugak. kalau tak gempak pun, buatlah macam gempak sikit. post akan lebih menarik dengan gambar yang menarik. dan jangan guna short form. dan jugak titik tu takpayah panjang berderet deret macam nie.............di setiap penghujung satu ayat. cukuplah satu titik. haaaa senang sikit mata memandang. 

buat dalam bentuk perenggan/paragraph. mudah sikit mata membaca dan catch up apa yang nak disampaikan. penggunaan ayat, aku suka guna ayat rojak2 je. campur2 bahasa melayu dan inggeris, ada jenis reader tak berapa suka penggunaan ayat begini, tapi sebab aku lebih suka begini dan rasa lebih santai dan slamber, so thats my way la. bukan mudah nak buat content post yang menarik nie, sebab lain orang lain definisi menariknya. hahahhaha (cover taktau nak tulis apa dah)


3. blog dalam keadaan selesa untuk di baca
maknanya kira macam design blog la. pastikan warna font/tulisan post tak sama dengan warna background. bagi aku, aku lebih prefer background post putih dan font hitam or vice versa. dan lagu, lagu kat blog nie tak salah sebenarnya, tapi ada certain reader yang lebih prefer membaca dalam keadaan selesa, mana taknya, nie contoh : post feeling sedih2, tapi lagu background, lagu Gemuruh by Faizal Tahir, macam lari je genre dia. nie CONTOHHH. hahahhahaha. boleh je letak lagu, cuma pastikan button pause tu ada dan visible (senang nampak).


4. hmm, apa lagi ya? haaa. nie "kalau korang ada more idea how to bla2 boleh la share di kotak komen", "so which are you?". (attract reader to respond to your post). adakan sesi soal jawab di sesuatu post, senang la bagi orang yang kekadang taktau nak respon/komen apa pada post korang untuk bagi sesuatu idea or anything related to the post. kalau takdak yang respon kepada soalan korang, jangan risau, jangan segan, try a better luck next time. hahhahaha. dan pastikan adakah soalan korang itu relevan? XD. 


so, did you already using and applying some of the tips?
and did you have any related tips to share? (please jangan malu jangan segan share. sama2 kita share ilmu. hehehehe)

some of us (bloggers), maybe just want to blog and write for fun and we dont really expect any readers or visitors, but deep inside, i know there a space that need to fill with the satisfaction in writing something which come from the readers. i bet you people know what i mean kan??  :)

see yaaaa!

61 comments:

  1. thanks sebab kongsikan.. betul2 membantu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. alhamdulillah. semoga membantu. :D

      Delete
  2. saya baca je sebab tak tahu nak komen apa. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa takpe. atleast ada komen. hahahhaha XD

      Delete
  3. Thanks for tips budak vanilla. Membantu jugak post ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. u welcome. harap memang membantu la. :)

      Delete
  4. samlah kita ! takut nnti tajuk post bukan main gempak tapi isi hampeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. tapi taksalah jugak mencuba kan :D

      Delete
  5. Baru faham untuk blog mencari pembaca yg setia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak blog yg nak ada pembaca setia :)

      Delete
  6. Bagi saya la reader tu lagi penting sebab at least rasa berbaloi bila ada yang baca entri kat blog, yang kita perah dari kepala otak daripada yang visitors semata yang sekadar jenguk-jenguk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. memang kalau ada reader lebih semangat nak update blog :D
      visitor pun ok je sebenarnya. boleh sumbang traffik XD

      Delete
  7. sangat setuju dgn BV. dulu sy cemtu la post shortform / bahasa kampong mana org nak bace kan haha tu zmn dulu kala la skrg dah insaf & readers pon makin meningkat alhamdulillah. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. tu zaman taktau apa2. :D buat entri ikut suka kita sendiri je. :3
      alhamdulillah, happy for you. keep blogging tau :)

      Delete
  8. thanks bv. tips yg sngt bagus! betul tu. content post sngt penting untuk readers

    ReplyDelete
    Replies
    1. you welcome. :D
      memang penting, lagi bagus kalau content bermanfaat kan :3

      Delete
  9. Tajuk menarik tu pun saya still tak pandai haha bakal diperbaiki!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je kita. sikit2 kita perbaiki. yeahhh! :D

      Delete
  10. seronok kan ada reader , rasa macam ada kawan yang setia melayan karenah kita hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok. betul tu. macam best je bila ada orang layan apa yg kita tulis :D

      Delete
  11. Bila ada orang komen tu rasa macam..Allahu ku rasa dihargai,ada jugak orang baca blog aku ni rupanya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn sis. :D memang syok bila orang komen. walaupun satu je komen kat satu entry, rasa berbaloi je :3

      Delete
  12. hahaha smalah kak. rasa best jak mun ada org baca + komen kat post kita hahaha although kadang2 post benda nak merepek sikit. btw handsomenya gif joong ki T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. bena ya. paling2 bila ada orang komen ngan post nak pelik2. hahahhaa. macam siksangka ada juak orang sudi komen :D

      nang hensem bha nya. baby face XD

      Delete
  13. haha i truly understand the feeling that BV said at the last part of the post. ;)

    kadang2, suka jugak post yg guna sistem nombor. pernah tak baca website Dr. M? selalu buat isi point by point. senang nak baca. :D

    i'm ur avid reader anyway :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan2. semua yang ada blog dan menulis mesti ada rasa macam tu.
      takpernah pulak tau Dr M ada website T^T nanti check.
      thanks tau sudi jadi reader BV. terharu nieee :3

      Delete
  14. Zaman awal blogging dulu masa jadi anonymous rajin cerita and merepek yang bukan-bukan dekat blog and berjayalah to attract a circle of people untuk baca blog and got positive feedback from them, tapi sekarang macam susah lagi-lagi bila before ni tak rajin nak update blog. Mungkin dah hilang bakat tak pon idea-idea nak menulis dah tumpul.

    All in one, just write anything about your passion, so the message will go directly to your readers' heart. Perhaps, it will make them stay.

    lakiterok.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. masa jadi anonymous rasa lebih berani luah apa2 kat blog. memang rajin jugak dedulu update tiap hari. paling best bila ada orang baca blog dan dapat positive feedback kan. dont ever give up in writing tau, takpe kalau takdak masa update blog, atleast seminggu sekali pun dah okay. :D

      betul2, paling2 bila kita ikhlas menulis. ikut cara kita sendiri. mesti ada je yang tertarik dan layan. :D

      Delete
  15. tambah semangat nak hasilkan entry bila ramai yang mengunjung blog kita tinggalkan komen. Sentiasa berusaha perbaiki hasil tulisan di blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. makin semangat nak update. dengan harapan ada yang sudi tinggalkan komen. :D

      Delete
  16. setuju dengan BV. Walaupun personal blog, but still mengharap jgk ada yg membaca dan ada feedback, nyiahahah. takde lah rasa mcm merepek sorang2 di alam yg maya ini. huhu

    lagi satu, masa loading utk blog. kalau blog berat sgt, take time nk load reader akan kurang sbb malas nk tggu load, hahahah. Kecuali kalau blog tu best gila bapak, org sggup tggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan2. atleast ada la yang bagi reaction, komen dan sebagainya. :D excited sebenarnya walaupun dapat satu komen sekalipun :D

      betul2. blog lambat sangat loading kurang best sebab nak menanti entri/post je pun lama. kalau best takpa jugak kan. sanggup tunggu. hahahhaa.

      Delete
  17. Nice sharing bv. Dayah sekarang idea banyak tapi ntah la hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dayah. :D
      rajin2 la update blog, hehehe. takpe kalau idea banyak draft kan je dulu :)

      Delete
  18. moi pun kekadang guna gak bahasa rojak; manglish tah pape sebab kalau tulis full malay rasa pelik nak baca balik ahahaha sebab diri sendiri baca pun tak best but you're right when ada readers yang tak berapa suka but oh well ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. BV suka je guna bahasa rojak, manglish and so on. hahahhaa. :D
      ada yang taksuka, ada yang suka. BV suka je sesiapa yg guna bahasa rojak nie. sebab ala2 santai gitu. :3

      Delete
  19. Banyak lagi tips..antaranya, blog cepat load.. Tak de lah membaca bosan menunggu.

    Gambar yang sama saiz lebar post body supaya sedap mata nak tengok dan hadam gambar2 yang di share.

    Tiada iklan tiba2 timbul walaupun tak tekan apa2 atau tiada iklan yang banyak..

    Heh. Itu je kot buat masa ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. nie pun ciri2 blog yang BV suka.
      gambar memang perlu besar dan jelas, terutama bila cerita pasal something/review dan sebagainya, baru best kan. pasal iklan tu, asal jangan ada pop up iklan okay dah. tak mengganggu kita nak baca post kan :)

      Delete
  20. font and background penting. kalau font kecik background gelap susah kot nak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. kekadang ada yang font kecik, tulisan kelabu cerah dgn background putih pun susah baca. lagi2 BV yg rabun XD

      Delete
  21. totally trueeeeee...

    nice sharing dear =)

    ReplyDelete
  22. nadia dtg balik ...

    nadia ada tag BV ye utk join satu GA. If free nnt BV join lah =)

    http://www.nadiaizzaty.com/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks tau sudi tag BV. :D
      nanti BV singgah :3

      Delete
  23. Same goes to me. I love reader more than visitor. But doesn't mean I don't love visitor.
    But reader makes me feel that I'm not alone. and they make me feel to keep writing. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. semua blogger/writer need readers. memang excited je kalau ada reader, makin semangat nak menulis sesuatu kan :) keep writing :3

      Delete
  24. Bagus tips-tips ni.
    Dulu macam selalu jugak rajin nak guna tips macam ni untuk tarik reader, tapi lately sebab scene blogging pun sudah kurang menyengat, aku just fokus untuk retain orang yang masih membaca. Kalau ada pembaca baru, itu satu bonus. Tapi yang pembaca lama ni laa kena selalu hargai sebab mereka setia hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang scene blogging sekarang kurang menyegat. sebab banyak blogger lebih pentingkan traffik/visitor semata. bagus jugak idea tu, try la kekalkan pembaca sedia ada. ur blog banyak potensi sebenarnya, since dah ada identiti yang nyata dan unik. keep blogging. :3

      Delete
  25. Untuk tarik pembaca memang senang, ikut tips BV kat atas je, tapi untuk tarik PEMBACA SETIA blog kita, tu susah. Maybe kita kena jadi tuan rumah yang ramah, dan pastikan blog kita mesra pembaca mcm tak banyak pop up iklan and loading time tak lama, baru orang berminat untuk stay lama2 dalam blog kita kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. nak tarik pembaca setia memang susah. tapi semuanya bermula dari tips2 diatas dan tips yang blogger2 dan mai bagi kat komen nie la kan. :D dari pembaca yang biasa2, singgah2 je blog kita, mana tau boleh jadi pembaca setia. who knows kan. :)

      Delete
  26. Hai. good tips. Tapi part yang content blog menarik tu yang lemah. Hahaha. Sebab selalu takda idea hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. BV pun selalu takda idea. kena asah lagi lepas nie :D

      Delete
  27. rasanya dah lama tak apply semua tu...T___T hahahahha
    tu yang kadang ada kadang takde...tp kan, mmg betullah BV, setiap blogger mmg ada satu rasa yang xterucap bila kita tgok blog kita naik dan turun..kalau naik tu, alhamdulillah..tapi bila turun, haaa...kau sedih seharian..huhuhu

    Btw, kipidap in blogging. Don't rest till u make it worth blogging! = )

    ReplyDelete
  28. Azwar pun lebih suka reader sebab bila ada readerlah baru semangat nak menulis tu datang. Kalau bab bagi tajuk tu yang lemah sikit.. ;)

    ReplyDelete
  29. Lgi best kalau ade pengikut setia.. lama2 boleh jadi retis.. ehehe

    ReplyDelete
  30. Did i miss this post? :(

    Siqah setuju dengan apa yang BV cakap di atas. Pastinya siqah lebih suka reader daripada viewer kan. Rasa berbaloi bila ada orang baca apa yang kita tulis di blog. Bukan senang nak menaip dan siapkan satu entri.

    Siqah suka blog yang font nya sedang2 nak baca. Tak suka kalau kecik sangat. Siqah dahlah rabun. Pening rasa. Hihi.

    btw, nice sharing dear :)

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!