Thursday, 6 October 2016

tuesday blues

Assalamualaikum
hari selasa. yes hari isnin cuti umum. so hari selasa aku dan mak dan makcik yang drive dan jugak nenek pergi ke bank untuk tukar kad atm/debit dan selesaikan beberapa urusan bank. the sad things is, aku punya kad debit adalah public bank. dan serius, ramai sangat orang. pergi bank dalam pukul 11 macam tu. aku pergi tanya kat kaunter, aku nak tukar kad bank. so, staff tu kata, nak tunggu ke tak? sebab ada 50 lebih orang yang menunggu nak buat kad bank baru dan seorang staff je handle. whattt? satu kad bank entah berapa lama dia nak settle kan, tambah lagi dengan multitasking check borang orang pulak. hahahhahaha. aku rasa macam kesian dan malas nak tunggu lama2 since mak aku ada urusan lain lepas tu. dan aku plan nak buat hari sabtu since hari sabtu adalah holiday. korang dah update kad bank baru? sekarang bank dah selalu penuh sebab banyak orang nak buat kad baru. takkan nak buat last minit kot. kalau jenis aku memang suka je buat last minit. tapi mengenangkan aku jenis tak berapa suka menunggu. so rasanya kena buat dalam bulan nie jugak. 

wahhh. nie best. lama dah tak makan benda yang macam meletup dalam mulut tu. aku sebenarnya nak beli twizzler tapi dah takdak. sedihnyaaa. baru teringin nak beli twizzler kat kedai tu sebab jarang jumpa di mana2. maybe dah habis stock.

aku sempat la jugak mencedok gegula kat kedai tu, masa mak aku dan makcik busy berurusan di kawasan berdekatan. 

cute pen design
aku takboleh tahan betul bila tengok pen yang cute2 nie. pastu sempat jugak beli jenga atas pujukan adik2. sebenarnya sebab aku nak main sama. serius lama dah takmain jenga nie. siapa suka main jenga? hahahhahah. susun2 dan robohkan. wahhh hebat.

dari pukul 11 kesana kemari berurusan dengan bank. dan akhirnya sampai pukul 2.40 lebih. padahal adik2 aku yang tiga orang tu balik dari sekolah pukul 12.30 dan 2.30. sian bagi yang terpaksa tunggu lama2. hahahahhaha. pastu makan cendol jap bagi menghilangkan kepenatan. dah makan cendol, sempat pulak pergi jenjalan kat mall dan berehat sekejap. berpisah kejap ngan makcik dan nenek sebab dorang nak pergi poslaju. 

mak dan aku pulak nak pergi bank maybank berdekatan. memula nak buat update kad debit maybank mak. tapi sebab ramai orang dan bank takut taksempat buat sampai pukul 5. terpaksa la takbuat dulu. dah tu tunggu la makcik dan nenek aku datang untuk balik sampai pukul 5 lebih jugak. penat gila, dalam kereta aku dah tersengguk sengguk dah sebab mengantuk. hahahhaha. tu baru jenjalan berurusan kan. tu pun tak habis cover bank lain.

banyak pulak aku cerita. hahahahha. macam takdak point je. XD

sekian
ilal liqa'


7 comments:

  1. Pen ke tu... Comel semacam.. Hehe

    ReplyDelete
  2. memang comellah pen2 tu. geram tengok

    ReplyDelete
  3. salam BV.. eh..memang betul la kan kad debit kena tukar. hahaha
    ramai lagi tak tahu dan tak pasti padahal mmg kena tukar sebelm 2017. kita pun tak tukar lagi ni,rancang esok la..
    hehe.. kalau nak berurusan dgn bank kena dtg awal pagi sikit,lagi2 ramai yg baru tahu kena tukar mmg pergi serbu bank la gamaknya.. hehe
    selamat ada satu ja kad..
    esok insyaaAllah nak tukar..karang lupa terus tak tukar.. lol

    brapa rm dah habis dekat pen ? hehe..kita pun tak tahan tengok pen atas tu..! comel juga ,meamng dasar perempuan betul.. haha
    simpan duit bv nanti boleh melancong ...

    ReplyDelete
  4. dua tiga hari ni orang penuh ja dekat bank...malas nak tunggu,saya buat kad baru last minute nanti kot =)

    ReplyDelete
  5. Nyum2... rindu nak makan gula meletup2 tu... Zaman kanak2, memang suka nak beli gula2 jenis gitu..hehehe

    ReplyDelete
  6. Reen pun pergi bank untuk tukar kad, sebab yang sama mereka beri. 2 kali pergi, 2 kali juga balik atas sebab ramai.. Kuang kuang kuang.. ;p

    ReplyDelete
  7. Lamanya tak makan popping candy tu..
    Zaman sekolah dulu memang feveret..
    Bila masuk je dalam mulut dia meletup-letup..

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!