Thursday, 18 August 2016

cara penyelesaian bila celcom kena sekat

Assalamualaikum
pada awal bulan ogos tahun nie. sebab lama dah aku tak reload simkad celcom aku, adalah dalam sebulan lebih macam tu. berkali jugak celcom bagi amaran melalui mesej supaya aku topup. aku jarang topup celcom sebab, aku takberapa guna pun kredit bagai. cuma nombor celcom tu macam nombor rasmi aku la, sebab dari awal sekolah menengah pakai nombor sama, memang lama jugak nombor tu, dan nombor rasmi dimana aku letak di resume dan di mana2 yang memerlukan nombor henpon.

yang aku selalu topup cuma nombor digi aku. sebab untuk online. hahahahha. tapi whatsapp guna nombor celcom la. nombor digi memang hanya guna untuk data plan je la kiranya.

bila dah tamat tempoh ihsan
dan bila nombor celcom disekat akibat tidak aktif

tengok anakpanah tu. line dah X. maksudnya takdak line dah. takdapat call, message dan sebagainya. line dah kena block. bila adik aku nak transfer kredit pun dia kata takdapat sebab nombor tak aktif. 

nie masa aku baru install pokemon go. terus dapat satu dalam bilik. lepas beberapa jam install, aku uninstall sebab aku malas nak berjalan jalan di kawasan sekitar sambil cari pokemon. hahhahahaha. 


bila dah dapat mesej macam nie. rasa takut pulak nombor nie kena delete. sebab lama gila aku guna nombor nie. padan muka siapa suruh tak topup lama2. XD

satu je la cara penyelesaiannya, kena pergi CELCOM CENTER, nak aktifkan balik line celcom tu. pergi kaunter sana dan tanya. diorang akan mintak IC yang mana masa korang daftar nombor tu dulu, dan kena bayar RM50. mahalnyaaa, RM30 tu dia masukkan dalam kredit celcom. RM20 maybe caj nak aktifkan balik. tapi ada je blog yang aku baca cuma bayar RM30 je. tu pun masuk dalam kredit celcom la. entah la. maybe lain celcom center lain caj. 

pastikan pergi aktifkan nombor sebelum retired date tu. sebab mak aku punya nombor, dapat mesej hari raya lepas, nak aktifkan balik takdapat dah sebab dah retired terus. XD

lepas bayar apa semua, tunggu lah dalam 24 jam untuk nombor celcom tu diaktifkan balik. paling lama staff tu kata pun dalam 3 hari. lepas tu dapatlah line celcom macam biasa dan macam baru. nak guna credit advance pun takdapat dulu. sebab kalau dah 6 bulan keatas, baru dapat guna credit advance lagi :D

aku dalam 24 jam je dah dapat guna dah :)

sekian
ilal liqa'

7 comments:

  1. sama! haha kmk ada install pokemon go ya juak tapi setengah hari jak main kakya sampey nktok sikda bukak agik hahaha. kmk mpun bkn celcom knk sekat tapi maxis T_T last2 kmk biar jak nom ya malas nak makei agik

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak sikguna mun install pokemon go ya mun malas berjalan. macam kmk la ya XD
      kmk pun sik ngenang nombor ya banyak org tauk ng malas rasa mok makei gik :D

      Delete
  2. kalau dpt msj mcm tu pun sy cuak jgk. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cuak. rasa macam ada orang terus nak ugut delete nombor celcom XD

      Delete
  3. saya pakai maxis, dlu pernah tk topup lebih dari 3 bulan, pastu kena bayar berapa tah xD
    nasib baik line BV dh elok

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jugak yg pakai maxis rupanya :D wau pernah jugak kena macam nie?
      memang nasib baik dah elok sebab takut kawan2 lama contact XD

      Delete
  4. utk handphone, saya pakai top up umobile. cuma satu yg x de kat umobile, dia tak boleh sedekah topup mcm celcom (betul tak celcom boleh cmni?).

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!