Monday, 13 June 2016

tak semua boleh kau telan

Assalamualaikum
siapa suka baca buku? aku suka la membaca. walaupun aku nie jenis kekadang je baca buku. hahahhaha. aku suka baca buku cerita (novel/cerpen). sebab bagi aku lebih menarik walaupun ada je macam2 jenis buku fakta yang menarik. kalau jenis buku2 fakta aku suka baca enskilopedia.

ada baca buku keagamaan tak? ada je.
baca Quran? hmm. tu aku akui, aku jarang sentuh Al Quran dah sekarang T^T
kalau ada pun baca sekejap je. aku suka baca terjemahan ayat. walaupun sebenarnya kita tak boleh buat telahan sendiri kalau baca terjemahan Al Quran. perlu rujuk yang berilmu. Allahu, moga kita sentiasa dalam redhaNya.

sebenarnya mainpoint aku adalah. bila membaca, takkisahlah di laman sosial yang macam2 benda fakta atau auta yang boleh kau jumpa setiap hari dan dimana mana sajalah. tapi aku tekankan dilaman sosial la.

marhaen sekarang mudah sangat telan apa benda yang dah jadik viral kat laman sosial.
sedihlah bila pasal hadis palsu pun berani gebang2 sana sini. sedih la bila gambar lain cerita pulak lain. laman sosial sekarang jadi media tak bertauliah pulak. jadi batu api sana sini. hukum hakam agama lak pepandai buat ikut cara sendiri tanpa mintak pendapat golongan berilmu dan alim ulama. parah. 

aku bukanlah alim mana. 
solat pun macam tu je la. 
tapi nak jadik elok tu nak la.

orang kata. bila nak jadik baik. jangan banyak beralasan. jalan je. 

bulan ramadhan tahun nie agak menguji kesabaran dan sifat husnudzon aku. 
semoga dipermudahkan segalanya untuk kita melalui ramadhonnn tahun ini. 
be strong fellas!

been busy lately. 
sampai banyak adv terpaksa aku lepaskan. sorry. 

sekian
ilal liqa'



18 comments:

  1. suka baca jugak. kalau boleh duduk sehari dekat kdai buku pon xbosan. tp xminat library sbb sunyi..hhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. kat kedai buku best. tapi sedihnya takboleh bawak buku balik kalau takbeli. hahahaha.kalau kat library lagi best. takdak ganggu la XD

      Delete
  2. hangat jugak pasal kes hadith tu kan. idk. lebih suka membaca rather than buka mulut. kita tak cakap pasal tu doesnt mean kita tak care or aware pasal tu. tak tahu sometimes nak percaya orang2 kat social media tu or not, so i will always go to my dad utk tanya and tahu in depth pasal those things haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu. kadangkala kita tau tapi kita diamkan je. nak baca boleh tapi jangan terlalu percaya sebab takut salah kan. u right. memang patut tanya sesiapa yang lebih tau pasal tu semua. :)

      Delete
  3. buku john green tu best dak? kita baca novel tp dah jarang. FIXI tu best tapi kena kurangkan baca la sbb tahu2 la macam mana.. huhu
    inche gabana punya buku dah habis baca belum?

    walapun kita tak terlalu alim/tahu bab hukum hakam agama apatah lg jarangnya kita buat ibadah mcm yg sepatutnya tapi dalam bab nasihat ke apa2 buat la mana yg mampu, asalkan tak langgar hukum agama isinya. Orang kata saling pesan berpesan.

    Setuju juga bab sebaran hadis palsu yg selama ni kita ingat hadis kuat rupanya palsu/lemah. dan kita orang awam tak tahu main sebar ja.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. best buku john green tu. cuma bila dr english ditranlsate jd bhsa melayu jd lain sikit feel. inche gabbana punya bukan habis dah. lagipun slalu baca blog. banyak jugak artikel dah baca kat blog :D

      betul tu. saling mengingati dan menasihati sama kita. harap tak melanggar hukum2 dan tak menyakiti sesiapa :)

      memang kan. kekadang nampak macam real je. benda baik konon, so tolong la sebar. tapi boleh rosak akidah bila sebar hadis palsu nie. Allahu. moga ALLAH ampunkan kita T^T

      Delete
  4. wehhh samaaa!!!!! i know that feel T_T
    takpham dgn org yg STILL can share those silly fallacies T_T
    paling takleh belah yg SILA SHARE MESEJ INI KALAU TAK BALA MENIMPA DLM 3 HARI hahahahah i kenot la this ppl allahu. TAK SEMUA BOLEH KAU TELAN.

    pls la check dulu hadis tu sahih ke idop dulu.
    ini laju je kemain nak tekan share. aduhai.

    Thank you bv! <3 be strong ok! and yes sgt menguji kesabaran uhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. setuju. paling2 mesej berantai pasal mimpi Nabi la apa la. ada je yg percaya dan tolong sebarkan. T^T

      ye kan. kekadang kita malas je check sana sini kan T^T ingatkan benda baik. bolehlah sebar2. tapi boleh rosak akidah tuuu T^T lepas nie hati2 la.

      im strong. hehhhh *tunjuk muscle* hahahhaa

      Delete
  5. banyaknya buku, nak pinjam boleh? Hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. hahahaha
      tapi taknak la. hahahhaha XD
      gurau je :)

      Delete
  6. Zaman media sosial di hujung jari macam sekarang ni memang ramai ustaz/ustazah jadian.
    Semua nak tunjuk pandai, tunjuk alim.
    Kita sebagai user, kenalah pandai menapis sendiri ilmu yg kita dapat dari media sosial.
    Salah ilmu, maka buruk padahnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kekadang taktahu mana satu yg betul. so memang kena hati2 la bila nak sebar sesuatu maklumat sekarang :)

      Delete
  7. buku chenta dgn ikhwah pakai jeans tu saya dah beli tpi belum sempat baca lagi. hmm bestnya BV banyak buku, jeless.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca la. best jugak. hehehehe. banyak buku sebab mosly semua beli guna baucer buku. so guna la baucer buku tu dgn sebaik baiknya. hehehhee

      Delete
  8. Dah boleh buat mini library hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dah agaknya. tapi takdak tempat nak letak T^T

      Delete
  9. sbb tu slalu tak berani klu nk share pasal keagamaan kt fb sbb tak yakin tu btol ke tk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. share boleh tapi kena tau la betul ke tak. :)

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!