Tuesday, 21 June 2016

aku dan blog lagi?

Assalamualaikum
aku rasa aku banyak buat dah entry tentang sebab kenapa aku berblogging. kali nie nak buat lagi la. hahahahha. macam aku tulis dalam entry2 sebelumnya aku ada blog untuk suka2 dan share la apa yang patut dan sekarang sebab masih takberubah masih sama. walaupun ada la beberapa masa aku agak ragu2 dengan blog sendiri. 

aku takpernah ada rasa nak delete blog. walaupun ada rasa nak delete beberapa entry yang tak berfaedah pada masa lalu. uhuk2. segan aku baca entry hasil taip-an tangan aku sendiri. rasa nak muntah pelangi sebaldi. dulu aku guna kata ganti diri 'saya', rasa sopan sangat masa tu. hahahhaha


kekadang dalam berblogging nie, kau ter-inspire dengan tulisan orang lain yang mana juga blogger macam kau. tu selalu la terjadi kat aku. sampai selalu tertanya dalam hati "wah macam mana la dia boleh jadi kool macam tu?" "wowww, tulisan dia tupp menusuk ke kalbu" "aku nak jadi macam dia la", so kau cuba la ikut cara tulisan dia dan sebagainya. nothing wrong with that. tapi better la kau jadi diri sendiri which menulis dengan cara kau sendiri. try to improve dengan cara yang baik. takyah diikutkan sangat orang lain sebab that what make u different. cewahhhhh. aku selalu bagi peringatan kat diri sendiri macam nie. sebab kekadang aku jeles giler2 la dengan siapa2 yang nampak sangat cool bila menulis tu. walaupun aku nie hanyalah blogger cikai yang takhabis share benda tak berfaedah kat blog. wakakkaka. confident sangat nie. LOL.

tak kesah la. 
cebause, ada some people la yang akan terinspire dengan tulisan kau dalam kau tak sedar. relaks bruhhh. keep writing bagi yang dah patah harapan berblog tu. dalam diam ada je yang jadikan kau inspiration. mana tau. so chill k chill bukan chilies (k lame joke)

takdak idea berblogging?
share la something u like to do or else. banyak je blogger lain luar sana yang boleh jadi inspirasi. 

believe in yourself
jangan overthinking sangat lah

sekian
ilal liqa'



22 comments:

  1. kita sama..dulu waktu mula tulis blog, bahasa cantik je. tapi sekarang, macam menulis apa yang kita rasa nak tulis je. bahasa dulu2 best je, susun je, tapi sekarang, menulis dengan cara yang kita rasa selesa je. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, tulis apa2 yg kita selesa je. asal tak ganggu dan bukak aib org lain. stay positif je :D

      Delete
  2. letih sebenarnya tiru orang ni, just be true to yourself and people will be true to you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, jadi je diri sendiri or be better ikut cara sendiri :)

      Delete
  3. Nak mencarik idea pn kdang2 makan masa. Ldang blog tu terbiar berbulan2 xupdate๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa kan. memang. tu la kena rajin blogwalk sikit. mana tau idea datang tiba2 kan :D

      *eh camne boleh nampak smiley tu? XD

      Delete
  4. Takdek idea nak blogging ? blogwalking :D tu cara org boleh kenal kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. setuju sangat. :D rajin2 la blogwalking :)

      Delete
  5. This is so trueee! Tapi dulu Hazy ada blog (zaman tak matang) and dah delete pun. Sekarang blog baru memang takde rasa nak delete dah. sebab dah sayang sangat kat blog sendiri >.< Kadang-kadang siap throwback post2 lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. memang rasa nak gelak2 je bila baca entry lama2. :D memang selalu jugak throwback post lama2. rindu XD

      Delete
  6. cool update, BV! mmg patah harapan nak blogging tu pernah ada sbb ketandusan idea lepastu baca pulak blog Vivy yusof kan mmg insecure teruklah haha. This post is such an inspiration anyway! Hehe^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks! :D
      BV pun memang insecure gila dengan blogger femes amos cemtu. hahahhahaha. chill k, teruskan berblogging. believe in urself :D

      Delete
    2. really nice to see we cherish each other! #BloggersUnited<3 hahahah :D

      Delete
  7. Scene blogging sekarang sudah semakin dilupakan, thanks to social media yang berlambak di luar sana.
    Tapi aku tetap suka berblog.
    Blog macam dah jadi sebahagian dari hidup aku dah. Hehehe

    Keep on bloggin, BV :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, betul tu. sekarang kebanyakannya blog jadi tempat promot segala benda je. hahahaha, memang bermakna berblog nie. paling2 dapat ilmu jugak. kira macam asam garam kehidupan jugak lah. eh? hahaha

      Delete
  8. uhuuu....seronok an menaip..tak kisah la cikai ka apa..huihui singgah . 5 minngu sebeum trial senpai :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok menaip nie. hahahha. lama dah tak update oi, all the best ya. gambatte!

      Delete
  9. tapi saya suka writing style BV. so you are one of my inspiration kot :D hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV pulak suka awk punya style. terharu gila dah nie T^T
      thanksss!

      Delete
  10. Miza ni jenis yang mudah jugak ter-inspire kat hasil kerja orang. Hahaha Ingat lagi masa competition tengok booth orang lain semua lawa-lawa. Memang time tu rasa gelabah la sebab nak dibandingkan dengan booth sendiri.

    Then member tepuk bahu, "Chill la beb, kita tengok orang lain punya lawa, jelous. Dalam masa yang sama orang lain tengok kita punya dalam kondisi yang sama."

    Hahaha so it's too related with blogging. Dulu pernah nak jadi macam BV. Tu yang edit blog semua serba putih. Tapi tak hitam putih macam BV la. BV dengan tema hitam putih berpisah tiada XD

    Kadang cemburu juga tengok penulisan orang lain. Tapi betul la the best way is jadi diri kita sendiri walau dalam apa jua keadaan. Jangan pernah jadi orang lain sebab ia takkan kekal lama. :)

    ReplyDelete
  11. singgah ramadhan
    https://belogs.blogspot.my

    ReplyDelete
  12. Akak suka je style awak menulis :D

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!