Sunday, 24 April 2016

Review Buku : SARKAS

Assalamualaikum
lama dah aku tak review buku. sejak aku takdak benda nak update kebelakangan ini. aku pun nak jugak la review beberapa buah buku yang dah aku beli guna baucer. waakakkaka. manfaatkan sebaiknya masa lapang anda dengan membaca buku. cewahhh. hehhehe :D

kali nie aku nak review
Antologi Cerpen Santai Tapi Sentap : SARKAS

nie cover buku tu.
Dunia ni macam SARKAS. Banyak perkara yang diada-adakan.Ada kalanya benar, ada kalanya tipu. Jaga-jaga! Jangan sampai kita tertipu.

dan ini buku aku dan aku. wakkakakka. acah2 je nie. bukan selalu selfie dengan buku. cover je dah menarik. apatah lagi contentnye ye. bagi aku buku nie memang menarik sebab cerpen2 yang unik dan memang santai tapi sentap jugak la. 

BudakVanilla's Review :
Seperti yang dah aku katakan di caption tadi, memang buku nie menarik sebab cerpen2 dia. tau la cerpen kan, cerita pendek yang memang santai dan sentap. kebanyakan cerita memang ada keunikkan sendiri. ye la, ada cerita pasal kehidupan dua pasang berus gigi, kisah pasal suami isteri, kisah pasal member, binatang seperti panda dan 'khinzir' pun ada. hahahhaha. memang menarik kalau korang jenis malas nak baca novel panjang2. bagi aku buku nie banyak sentuh pasal kehidupan dan agama. memang agak sarkastik dan relaks je. bahasa santai memang banyak digunakan. yang penting ada pengajaran di setiap cerpen. hahahhaa. ada 288 mukasurat memang tebal dan ambik masa jugak baca. dan lepas habis sebuah cerpen mesti excited nak baca cerpen lain. XD

Senarai cerpen-cerpen beserta penulis : 
1. Ganjaran Tak Didendang (Nurul Bakar)
2. Cermin Mata, Stokin Dan Kain Pelikat Longgok (Hannan Hariri)
3. Hani (Noor Adeelia Ahmad)
4. Abang Minta Maaf, Migha! (Harith Hakeem)
5. Mahu Kurus! (ibnuDDin)
6. Jalan Rasta (Hariz Zain)
7. Kisah Dua Berus Gigi (Sha'azizi Dadameah)
8. Papa Dan Ketam (Norillah Abdullah Hassim)
9. Pikat Aku Jadi Menantu (Huzairul Ihsan)
10. Sarkastik Dunia Aka Dunia Berhijab (Web Sutera)
11. Facebook, Sebiji Epal Dan Senaskhah Novel (Salleh Kausari)
12. Sedut (Wak Buang)
13. Sembang Mak Jemah (Naqhuhines)
14. Sepetang Ber-chai Bersama (Sha'azizi Dadameah)
15. Simbolis (Muhammad Faizal)
16. Suamiku Putih (Iwan Reaz)
17. Tetamu Pulang (J Rawa)
18. Kpop (Hanasof)
19. Topengnya Anjing Jiwanya Malaikat (Ceriterapena)
20. Upahan (Kecu)
21. Member (Qhaiyum Benjamin)
22. Milik Siapakah Kaki Ini (Teraju Ilham)
23. Sarkas (Khairy Tajudin)

tengok tajuk2 cerpen pun dah rasa unik kan. aku beli buku nie kat popular, rasanya sekarang memang ada dimana2 dah kot. kalau susah nak cari, beli je online. carik hashtag kat instagram. hahhahaa. 

sekian, ilal liqa'


4 comments:

  1. belum ada lagi buku ni, nak cari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya boleh lah pi cari nanti. memang menarik :D

      Delete
  2. Wow. Nice review.
    Sebenarnya aku tak berminat sangat kalau jenis antologi cerpen camni, maybe sebab kebanyakan yg pernah baca sebelum ni macam boleh dikatakn syok sendiri penuh dengan kata kesat dan fantasi liar penulis. Huhuhu.

    Tapi kalau betul kali ni buku ni menarik rasanya nanti nak cari laa. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks :D
      sebenarnya BV pun takberapa minat antologi cerpen. tapi sebab nak bertukar arah dari asyik baca novel je, so boleh la cuba. menarik jugak walaupun ada la jugak cerpen syok sendiri tu. pi la cari :D

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!