Tuesday, 19 April 2016

aku dan buku

Assalamualaikum
bulan march hari tu kan ada penerimaan baucer buku 1 malaysia. aku dah pun selamat membelanjakan baucer buku tersebut dengan jayanya iaitu membeli buku la hendaknya. banyak sangat buku yang aku rasanya nak ambik dan baucer buku pun takcukup menanggung buku2 yang aku nak. hahahhaa. tapi syukurla dengan baucer buku nie, banyak jugak buku aku dapat. kalau nak beli dengan duit sendiri memang fikir banyak2 kali jugak la. tu pun kalau banyak duit lebih. huhuhuhu *kerap berhuhu aku kebelakangan ini*

kebanyakan buku aku beli kali nie, adalah buku/novel berbentuk islamik. dan novel bergenre thriller dan seram. dan aku cuma sempat menyambar sebijik novel seram berbahasa inggeris. hahahaha. tu pun masa tu sebab murah ada sale. ada la sebijik buku, pasal CERITA BUDAK DESIGN, aku pun tertarik jugak nak baca sebab aku sebenarnya nak jadi budak2 design nie sejak dari dulu lagi, tapi tak menjadi pulak. so aku cuba baca la dan mendalami kononnya walaupun aku bukanlah budak design nie kan. tak salah kan? :D dan kali nie aku berjaya mengelakkan diri aku membeli novel2 jiwang karat tangkap leleh sebab tension jugak la dengan watak2 idaman kalbu. cehhh, tapi ada jugak la adik aku beli beberapa buah novel bergenre kesukaan ramai itu. sebab dia pun ada baucer buku jugak. nantilah aku pinjam kalau tetiba nak berangan. HAHHAHA.

sesungguhnya, novel2 jiwang itu membuat hati si anak dara seperti kami mengharap yang terbaik dari setiap lelaki didunia. sedarlah anak dara sekalian alam, bahawa watak dalam novel jiwang tangkap leleh yang kamu baca itu jarang ada didunia, tapi memang ada tapi susah dicarinya bak kata omputeh, RARE. so, janganlah simpan harapan tinggi melangit kepada kaum adam dan jangan mengharap boifurendo dan hubby yang purrfffecttooo seperti watak didalam novel. bahkan kekadang, watak dalam novel pun ada cacat celanya, cuma ditulis cantik oleh si penulisnya. sedangkan kita di alam yang serba nyata dan memang serius realistik ini, takdir dan jalan cerita kita ditulis cantik dan bersesuaian dengan kita oleh SANG PENCIPTA,

jadi jangan dibanding hidup kita dengan jalan cerita rekaan penulis. kecuali diambil dari kisah benar ya? gituu? entahlahhh, ikut rasa hati engkolah. hehehhee. 

dan kepada para yang suka kondem gegadis atau sesiapa yang suka baca novel jiwang tangkap leleh ini, please la guys, every novel ada je ilmu baru. yup, ilmu yang kekadang ilmu fresh dibaca melalui novel2 ini. ilmu rumah tangga contohnya. ehem. HAHAHHA. ok gurau. ya, memang boleh dapat ilmu jugak. selalunya novel2 nie banyak ketengahkan sesuatu pekerjaan atau bidang. contohnya, si hero nya seorang engineer, so dalam novel tu ada la cerita pasal bidang kerja engineer dan sebagaiya. so dari segi penglihatan pembaca, boleh la tau sikit benda dalam bidang engineering haaa gitu. certain novel pun kekadang ada bahagian 'SEGMEN ILMU' selalunya dibahagian mukasurat last novel. dan setiap novel ada je pengajaran yang boleh dikaut. so jangan kondem ye geng. yang drama kat TV tu lain la, dorang selalu tekankan plot dan jalan cerita, bukan tentang apa yang para penonton boleh dapat dari cerita. HAHHAHAHHAA. certain la, tak semua. ehem.

banyak pulak komen aku. hakshakssss *gelak gedik*
lain orang lain citarasa ya. hanya sebab kau taksuka sesuatu yang orang lain suka, tak semestinya kau ada hak nak kondem habis2san ye. taksuka diam. kecuali tu benda larangan agama dan melanggar undang2 agama. so tegur la habis2san dengan penuh berilmu. selalunya benda berkaitan dengan something yang orang suka nie, takboleh tegur sentap2, maybe boleh dengan slowtalk. tapi, lain orang lain cara.  :)

terlebih pulaks. hahaha
sekian,
ilal liqa'

8 comments:

  1. hihihi kmk dolok pun beli novel pake baucer buku hahaha. berayas. enjoy your books hokay! kelak blh plh review :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. hahaha. makseh :D
      inshaALLAH akan plh review :)

      Delete
  2. saya ada lagi 150 belum guna. tak sabar nk tunggu book fair hujung bulan ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh bestnya ada bookfair. mesti buku murah2 kan :D selamat shopping buku :D

      Delete
  3. Yang buku Inche Gabbana tu macam beeeesst je. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best walaupun kebanyakan artikel ada je dalam blog tu sendiri. hehhehee :D

      Delete
  4. Bestnyaaa ada baucer. Kita dah takdapat. Huhu.

    Buku budak design tuu pernah jmpa tapi xbeli sebab bajet lari. Ngee .

    Yes. Start dgn novel cinta, kenal dunia perkerjaan dan sgtlah sukar utk dapat lelaki sprti watak novel. Haha

    ReplyDelete
  5. Bestnya kalau dapat baucer buku juga :D

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!