Monday, 28 March 2016

hectic life

Assalamualaikum
rasa lama sangat dah tak update. lately life super hectic. hahahaha. kemain bunyi nya kan. banyak benda aku nak cerita sebenarnya. memang tak habis2 la cerita pasal hidup. hahhahaa. sampai bosan la blog nie takhabis2 cerita pasal aku kan. mana la tujunya entry berkualitas badummmm bassss. kelaut dan kepadang pasir perginya. jadi cerita sama je ulang2 sampai bosan. hiokhiok~

so nie nak habaq. garis masa bulan mac yang super hectic. 

17 mac 2016 (khamis)
hari jadi mak aku. sebab jauh dari family dan minggu tu memang takdapat balik so dapat wish melalui tepon je la. excited bila birthday mak aku disambut oleh family2. masa nie aku dah taksabar dah habis viva keesokkan harinya sebab taksabar nak lepaskan beban kat bahu. huahuahua~ masa nie jugak terima baucer buku. yihaaaa. 


18 mac 2016 (jumaat)
hari viva (present fyp), alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun ada la sikit mistake di situ. dah la minggu tu memang minggu aku tak berapa sihat. pening2 batuk2 dan suara pun macam apa. tapi alhamdulillah, panel juri okay je. so viva dah lepas jadi masih sibuk dengan report je lagi. kira lepas jugak la salah satu bebanan. HHAHAHAHA. tahniah teamates!


19 mac 2016 (sabtu)
kamsis day out, ada program dan jogathon. hahahahaha. aku masih tak berapa sihat masa nie, pepagi jogging bersama2 warga poli, dah lah taksihat, aku bawak je la diri ini berjogging jugak pepagi tu. dah habis jogging rasa macam nak pitam pun ada, kemahen jauh perjalanan pergi dan balik jogging tu. nasib baek habis awal. dapat jugak charge mata. dah lah petang tu ada dinner pulak. dinner untuk pelajar tahun akhir jabatan teknologi maklumat. aku rasa macam aku nie fashion terrorist je masa dinner tu. HAHAHA. peduli ah. sebab aku masih rasa macam tak berapa sihat, makanan yang aku makan rasa macam kurang rasa semua. tak bestnya. pastu makanan tak habis. membazir.

ahad tu pulak ada program malam2. malam citra budaya kalau taksilap. 

serius minggu lepas penuh dengan program macam2. penat tak penat belakang cerita dah.

so hari2 sekarang masih dipenuhi dengan assignment yang mintak kasih sayang timang2. dah masuk study week tapi masih busy dengan assignment berguni dan test sana sini. moga ditabahkan dan dipermudahkan segala urusanku ini. 

baucer buku dah habis rm250 beli buku. alhamdulillah, inshaALLAH buku bermanfaat. ada jugak terselit sebijik komik dari alam angker by PUYUH. kartunis lejen komik seram. siapa la tak kenal kan. dan beberapa buku yang lama dah aku target. alhamdulillah. ada masa aku review. takdak masa aku tak review la. selalunya ada je masa cuma malas menguasai diri. T^T *hellpppp

minggu depan dah final exam. moga dipermudahkan segala urusan. 
*scream internally*

sekian,
ilal liqa'



11 comments:

  1. tingat plak zaman2 buat thesis hehe.. sama serabut kepala..

    ReplyDelete
  2. Hi kak BV. Saja nak semakkan lagi hidup akak dengan saya punya comment. Hahaha. Ala kak, akak cerita pasal hidup akak pun, ramai je yang baca, tinggalkan comment. So cheer up and selamat menempuh kehidupan hectic akak :)

    ReplyDelete
  3. akak pun sama...busy kebelakangan nih...

    ReplyDelete
  4. Tahniah lepas viva ^^
    Moga dipermudahkan segala urusan. Nanti share laa beli buku apa =D

    ReplyDelete
  5. Gudluck exam ya BV. Do ur best. Jaga kesihatan tuu. :)

    ReplyDelete
  6. Semoga urusan di permudah kan... Insyaallah lepas ni rasa kemanisan dari setiap penat lelah. Gambatte =)

    ReplyDelete
  7. all the best!

    teringat masa zaman kolej, ada festival seni, festival sukan semua tuu. memang busy sangat.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  8. Ya Allah.... You've done your viva already?? Sooooo luckyy! I'm still struggling to finish up my fyp right here, mereput sikit demi sikit day by day... Ohh... :'(

    ReplyDelete
  9. wahh padatnya hari2 akak! anyway tahniah dah habis viva :D bila busy2 ni baru rasa mcm ada life sikit kan. saya ni baru start semester break tktaulah lepasni ada life ke tak, haha

    ReplyDelete
  10. haaaaaai dah lama tak nyinggah and ngomen ;)

    so how's exam? hope you did your best. fighting! gambatte!

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!