Friday, 19 February 2016

daerah invisible

Assalamualaikum
aku asal dari Sarawak. Sibu Sarawak. Sibu tu salah sebuah daerah di Sarawak. dulu masa aku masih sekolah dan berkenalan dengan beberapa orang melalui chat dari tepon, kalau aku kata aku asal Sibu, mesti orang tanya, Sibu kat mana eh? kat johor ke?? eh pulakkkk??? tu pulau Sibu kot. hahahhahaaha. ye la, daerah Sibu bukannya terkenal sangat. kalau sebut pasal Sarawak, agaknya korang yang dari semenanjung malaysia tu mesti tau daerah kuching je kot. ibu negeri Sarawak. HAHAHAHA. atau aku salah?? aku taksalah kan sesiapa pun. hahahha, sebab aku pun macam tu jugak, kalau tanya pasal daerah2 kat kawasan semenanjung malaysia pun aku taktau agaknya sebab aku memang TAKPERNAH jejak sana tapi ada la certain daerah aku tau. rasanya ada tak orang yang hapal daerah2 di seluruh malaysia memang tabik spring bertingkat2 la kalau wujud orang macam tu.

so, disini aku membuat entry untuk mengenalkan Sibu tempat tanah kelahiranku. kalau kat Sarawak, ada la beberapa manusia yang tau, Sibu nie digelar chinatown sebab banyaknya orang cina. cina tionghua dan cina foochow. aku bukan cina. aku melanau matu dan kat Sibu nie pun bermacam jenis kaum ada. kat Sarawak nie banyak bangsa. kaum melanau macam aku nie pun masih ada pecahan dan jenis melanau, kalau aku melanau matu, ada lagi melanau mukah, melanau bintulu dan sebagainya. belum lagi masuk bab kaum2 etnik kat Sarawak. HAHAHHA. okay stop. 

kalau nak cari makan kat Sibu nie terutama restoran yang ada gerai campur2 tu hati2 sikit, sebab kekadang dalam satu restoran, bercampur je gerai muslim and non-muslim. tengah syok2 baca menu kat gerai muslim sebelah, tetiba jenguk menu gerai non-muslim sebelah ada 'benda tu'.  HAHAHHA. sebab tu aku takberapa suka makan kat satu restoran besar yang ada gerai campur2 tu. tapi hormat la punca rezeki orang kan. so, pepandai la pilih makanan dan bertanya ya. tu kira perkara biasa je kat Sarawak. sedangkan masjid pun ada didirikan disebelah gereja, tu kat Miri kalau tak silap aku la. 

bangunan Wisma Sanyan nie adalah antara bangunan paling tinggi di Sibu. yang paling tinggi rasanya, entah la, aku pun takpasti. HAHAHHA. takla setinggi bangunan2 kat KL rasanya, aku taktau la berapa tinggi. kalau korang rajin korang kira la berapa tingkap2 yang ada tu ye manatau boleh agak berapa tinggi. HAHAHHAHA.


selalunya kalau nak ke daerah2 lain boleh je guna bas. nie biasa. rasanya korang pergi ke daerah2 lain pun macam nie kan lain la kalau yang ada sayap tu boleh terbang. tapi ada je sebahagian daerah yang memang kena aeroplane. nie kaunter bas. aku jeles betul mana2 negeri kat malaysia nie yang ada kereta api. serius. ada monorel dan lrt pun aku jeles. sebab aku takpernah naik benda tu semua T^T SAKAI JAP. sakai tu jakun. so JAKUN JAP. excuse the jakun me~

nak test korang jap, berapa banyak daerah kat Sarawak yang korang tau dan nyatakan. HEHEHHEHEHE~

sedih sikit sebab sekarang jarang sikit blogwalking and drop comments kat blog2 sesiapa. T^T gomenasai.

ok dah,
sekian, ilal liqa'


26 comments:

  1. Errk.. tumpang tanya, jakun tu apa? Hahaha XD

    Menarik post bv kali ni dpt knl2 negeri bv :)
    Tak pernah jejak Kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jakun tu macam takpernah nampak sesuatu. hahahha
      kalau ada masa satu hari nanti boleh la gi. hehhee :D

      Delete
  2. gambar2 kt blog ni x pernah x lawa.
    saya tau sibu tu kat serawak sbb dulu masa skola rendah, time bulan puasa dia mesti tunjuk kat tv waktu berbuka puasa bagi setiap negeri. satu persatu saya baca. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankss mazni :D
      rajinnya baca yg waktu berbuka kat tv tu. hahahhaa. memang ada kan, dulu BV suka jugak tengok zon2 tu sambil menanti daerah sibu tiba :3

      Delete
  3. akak tak pernah dengar Pulau Sibu kat Johor tu, Sibu kat Sarawak pernahlah dengar even tak pernah jejak.. tapi selalu gak tertukar Sibu tu kat Sarawak ke Sabah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam buku geografi dulu ada kalau taksilap. hahahha. memang banyak jugak orang selalu tersasul dan terkeliru antara daerah kat sabah n sarawak :)

      Delete
  4. brapa daerah eh? hahahaha tak ingat T_T & samalah kak jeles dgn sidak yg selalu pakei lrt pegi sine2. kita tok bila lah agik T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. mun ditanyak, kmk pun siktauk sebenarnya. hahahhaa. syukur la dengan apa yg ada tek nak. hehehe, mok nait lrt? g kl juh :3

      Delete
  5. kuching, bintulu, sibu, miri, kota samarahan, sarikei, serian, dan segala daerah dr miri-kuching. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh, boleh tahan, kmk tauk daerah2 utama jak. nak dalam2 siktauk gilak :D

      Delete
  6. hahaha your question is killing me! dulu kan, kite ingatkan Sibu tu Sabah. terbalik dengan Sandakan (ingatkan kat Sarawak). tapi, bila main Saidina, membantu jugak lah nak ingat nama2 bandar ni :D

    I know Miri, Marudi (abg kita ngajar kat Long San, selalu balik Semenanjung via Miri), Bintulu (sbb banyak minyak), Kuching. oh yee, Gua Niah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang selalu jugak orang keliru antara sabah dan sarawak. :D
      wahhhh, banyak jugak yg kak tau ye. jom le pi sarawak satu hari nanti. weheheheh :D

      Delete
  7. jakun tu nama bangsa kan? eh jakun ke sakai eh? tak ingat lah hahahaha. kite pula nak gi campus hari2 transport naik lrt heee xbest pun naik lrt. hari2 sesak bau busuk busuk pulak tu lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu kalau taksilap, jakun n sakai adalah nama bangsa kaum orang asli. kalau tak silapppp laaa. hahahhaa, kalau sesak2 memang takbest kot. teringin jugak nak naik T^T

      Delete
  8. Dari dulu lagi sebenarnya berminat nak jalan2 Sarawak, tapi tak pernah serius merancang. Hehehe.

    Hmmm..tanya soalan daerah dekat Sarawak plak, memang fail laa aku nak jawab. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang kalau buat rancangan memang tak menjadi. :D
      hahahhaa, atleast tau ckit dah la :D

      Delete
  9. Sebelum ni tahu Sibu dekat Sarawak tapi tak tahu ada apa dekat Sibu. hihi

    ReplyDelete
  10. I know Sibu dekat Sarawak
    and the only places I heard about are Sibu and Kuching haha

    oh no I cant believe I'm a Malaysian T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha, sokay. atleast tau dua daerah besar kat sarawak. XD

      Delete
  11. Hello there..

    Assalamualaikum..

    Are you sure you are Sarawakian and never been to Peninsular? Sebab the way you write and all the sentences macam somebody yang dah duduk KL for years..

    Anyway, nice entry.

    Happy blogging..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello :3
      walaikumussalam
      never been there T^T, maybe sebab BV selalu tengok tv n baca novel kot. hahahhaa
      thanks btw, u too :3

      Delete
  12. hai bv, lama xsinggah blog bv. rinduuu nak baca entry. saluuu update yaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh terharunyaaa, kalau tak bz je baru dapat update T^T

      Delete
  13. Dari dulu bercita cita nak g sarawak, tp tak pernah pernah sampai. Ngeee .. Btw, cara awak tulis ingatkan,org semenanjung. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila lah datang ke sarawak ye. hehehe, mungkin sebab terpengaruh dengan tv. hahhaha XD

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!