KFC Wasabi Rice Wrap

Monday 25 January 2016

Assalamualaikum 
ahad yang lalu, aku ajak adik aku si elin pergi kfc. sebab tetiba nak makan wasabi rice wrap gara2 tengok iklan kat fb/insta/twitter. serius, aku memang cepat terpengaruh dengan iklan T^T. pastu sebab nak keluar, rasanya semenjak si elin nie kat poli sama dengan aku, kami belum pernah keluar berdua. hahahaha. so keluar lah chillex2 antara sister jap. 

wehuuuu~

wasabi rice wrap! masih panas :3

tada~~ besar jugak rupanya wasabi rice wrap nie. aku ingat iklan je besar. HAHAHHAA. so malas la nak buat high expectation sangat kan sebab selalunya iklan je kebaboomm.

lepas beberapa kali gigitan. hahahaha. rasa? okay la bagi aku. masih boleh makan lagi. nasik dia macam ada mayonis dan rasa macam nasi pulut sikit. entah kenapa tak berasa sangat kepedasan wasabi tu. aku ingat wasabi tu bila makan panas membara la konon. expectation je lebih gais. 

selepas dibedah siasat. hahaha. bagi aku la kan, sayur dia kurang fresh dan sebab sayur tu nasi tu rasa lain macam. ke wasabi yang buat nasi tu rasa lain. nie la rupa dia selepas aku buang sayur. tu pun aku dapat habiskan setengah je. setengah lagi bagi adik. dia pun beberapa kali je rasa. hahahaha. kalau korang nak try, try la. lain orang lain citarasa kan. tu ikut rasa aku je, korang punya aku taktau. hehehee. :3

elin order burger zinger la. apa lagi. gambar ekslusif nie. hahahahhaa

pipi makin kembang. kalau mak tengok, mak mesti kata, muka makin kembang n bulat sebab banyak tidur =="

how i miss my home T^T
takpa lah. cuti tahun baru cina seminggu balik rumah XD

sekian, ilal liqa'


19 comments

  1. Anis tak pernah lagi cuba nanti nak jugak la rasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la cuba sebab lain org lain citarasanya kan :D

      Delete
  2. nampak je perkataan wasabi tu I'm like hah?? tak tau cane leh mix.
    thanks for sharing!
    Mira | http://lemieletlavanille.blogspot.my/2016/01/unboxing-major-b-beauty-box.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. unik jugak rasanya gabungan wasabi dan nasi tu :D

      Delete
  3. saya tengok dlm iklan pun nampak terliur gak, tpi bila tengok wasabi... tktaulah nk rasa ke tak, haha :p wasabi kt sushi tu pun kite tak makan, inikan pula yg ada dlm wrap. tapi serious besar betul wrap tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah kenapa BV tak rasa sangat pedas wasabi tu. hahaha. memang besar jugak tu rasanya :3

      Delete
  4. Hahah your sister punya gambar tu candid ke? Tengah amik fefeeling nak ngap tu.

    Actually teringin gak nak rasa menu baru ni. Sebab rasa sushi and wasabi macam boleh terima lagi. Tapi masih doubt bila tengok gambar menu tu. And tak tau berapa banyak dia sumbat wasabi dalam tu. Risau jadik naga pulak lepas makan hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takla. dia suruh ambik gambar sebenarnya. hahahhaa. ala2 candid kononnya. XD

      BV tak rasa sangat wasabi tu. cuma ada la rasa sikit2 T^T
      takkan jadi naga kot sebab dia sesuaikan dgn lidah malaysian. HAHAHHAA *tetau je kan

      Delete
  5. kami suka zinger burger..
    nasi ni belum try lagi, dengar wasabi memang takut nak try. takut kepedasannn berdesing kat telinga.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV pun suka jugak zinger burger nie. hehehe :D
      takpedas kot. tapi taktau la kat kfc lain kan XD

      Delete
  6. wow. nampak macam best :D btw, cantiklah gambar awak. pakai camera apa ye ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best. hehehe. kamera tepon tapi edit gambar guna vsco. hehehe :D

      Delete
  7. Nampak dalam iklan macam penuh dan padat, tapi kenapa dlm gambar macam banyak kosong je. Hahahaha. Penipu sungguh iklan ni. Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha, kan. memang iklan dorang buat gempak2 supaya orang tertarik. T^T
      jadi jangan buat expectation tinggi sangat la kalau ngan kepci nie. XD

      Delete
  8. Replies
    1. boleh tahan la. nak kata taksedap, dapat makan lagi :D

      Delete
  9. Mak aih. Macam-macam benda baru dekat KFC ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang macam2 benda baru. semua menarik perhatian T^T

      Delete
  10. tak try lagi yg ni, akak makan sushi pun tak makan ngan wasabi haha takut pedas sangat :p

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!