Sunday, 17 January 2016

childhood terror

Assalamualaikum 
aku sebenarnya nak cerita pasal ketakutan aku masa zaman kanak2. ada la sesetengah ketakutan aku tu yang terbawak bawak sampai sekarang. aku nie bukanlah penakut sangat. sebab still boleh pergi toilet sensorang pukul 1 2 pagi. dan still boleh tido sensorang dan jalan sensorang waktu siang. HAHHAHA. ini bukan kisah seram.

okay, lets started

tidur tak mandi dan tak basuh kaki
masa aku kecik2 dulu, mak aku kata, aku selalu mengigau, sleepwalking, bukak refrigerator dan duduk depan refrigerator, ingat bangun rupanya tidur. dan dulu kan masa zaman kanak2 aku selalu tangkap berudu, HAHAHA. pastu malam2 tu mak kata, aku mengigau macam nak tangkap berudu siap ambik kusyen lagi. kalau aku taknak mandi dan takbasuh kaki sebelum tidur, mak aku kata, nanti ada 'something' yang bawak kau atau boleh mengigau bukak pintu rumah, dan berjalan pi tidur tempat lain. kalau terbangun kat luar rumah camna?? bagus la kat luar rumah, kalau terbangun kat tempat lain?? *seeloknya sebelum tidur, bersihkan tempat tidur, basuh kaki, dan baca doa tidur*


kegelapan
aku tak takut gelap. cuma aku benci dalam keadaan gelap. sebab setan suka duk tempat gelap. HAHAHA. sebenarnya, aku taksuka gelap yang aku taknampak diri aku dan aku taknampak apa2. sebab bila berada tempat gelap macam tu, aku rasa aku diperhatikan dan 'something' tu nampak aku while aku sendiri taknampak aku dan ofcourse aku taknampak dia. hahaha. sampai sekarang aku taksuka duk dalam gelap. tapi aku sebenarnya okay je bergelap. cuma that feels~ tu sebab aku suka pasang lampu meja bila tidur. hahahaha. dan kalau bergelap, dan cahaya bulan dari luar tingkap masuk bilik, aku pun taksuka macam tu. aku takut TERnampak sillhouette~


scary movie
to be honest, aku tak suka tengok cerita seram2 yang mengisahkan hantu hodoh dan benda paranormal yang membunuh. sebab aku nie jenis daya imaginasi terlampau lampau hiperbola melebih lebih. kalau movie thrillers kejadian bunuh membunuh sesama manusia aku boleh terima lagi. tapi yang pasal hantu2 nie aku taksuka. kau faham la bila jenis imaginasi terlebih lebih nie kan? senang kata, movie seram2 nie buat kau jadi penakut pada benda yang kau tak sepatutnya takut.


ibu jari kaki
nie ketakutan aku zaman kanak2. aku pernah tengok cerita seram melayu, yang ada 'something' hisap darah melalui ibu jari kaki manusia. LOL, aku selalu terbayangkan memalam kalau ibu jari kaki aku sakit ke apa, imaginasi aku kata benda tu la punya pasal. thats why dulu aku selalu tutup jari kaki sebelum tidur. kekadang sekarang pun aku masih teringat. walaupun gatal sikit kena gigit nyamuk. ko tengok la penangan cerita seram melayu kepada diriku ini. HAHAHAHA. but u know la, baca ayat kursi sebelum tidur atau pi mana2 sebagai pelindung diri. :)


'someone' replace me
nie bila kat hostel, sebab aku jenis terbangun memalam nak pi toilet, aku takut bila aku balik dari toilet, 'someone' that is not me, that look like me, go to my room, and replace me. dan tidur sekali dengan roomate aku. HAHAHHAHA.  i know its sound nonsense. but i do scared. i afraid my roomate would do the same. LOLOLOLOL, sorry roomate.

bagi aku la, better jangan berani sangat dan jangan penakut sangat. benda ghaib syaitan jin nie wujud. dalam alquran dan hadis banyak sebut pasal nie. :)

lepas paste kat blog *sebab aku menaip kat wordpad dulu*, dan nak upload image. tetiba roomate ajak tengok. Wujud. LOL~

so, korang ada tak ketakutan yang menakutkan? HEHHEHE :3

sekian,
ilal liqa'


41 comments:

  1. haha dulu saya pun jenis mengigau suka berjalan malam walaupun tengah tidur, takut tengok cerita hantu sampai sekarang T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya jugak berjalan dalam tidur nie apatah lagi bila takdak sapa sedar. :3
      BV kalau cerita antu omputih okay je. cuma hantu thai, japan, malay, indon nie takut sikit. HAHHAHAHHAA. sebab hodoh terlampau T^T

      Delete
  2. samalah tak suka gelap jugak. plus k.ana ni jnis tak suka hujan lebat yg sekali guruh kilat pstu tetiba terus blackout. yg tu buat paling takot. feel dia mcm errr... errrrr... entah cmne entah nak katatapi mmg menakutkanlah hahahaha adeh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalau ramai2 BV taktakut, tapi kalau sorang2, perghhh, terfikir la moment2 saspen macam yang dalam movie tu, dengan kilat lagi. HAHHAHA

      Delete
  3. scary movie tu mmg menghantui.. takut tp nk tgk jgk.. last2 nk pergi toilet pn xberani dh sbb duk terbyang something tu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa, betul tu, ada je orang macam nie kan, walaupun takut tapi layan je, pastu duk terbayang bila pergi memana. XD

      Delete
  4. saya akan ada moment takut camni, tapi saya cuba shake it off.. Klu tidur malam, saya kena dlm kegelapan. kdg2, saya lagi suka gelap sbb saya ni rabun tp dlm gelap rasa macam mata ni kurang rabun (apakah?). Hope u can overcome your fear.. Fear Allah and you will be fearless ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh rightttt, shake it off shake it off *ala2 taylor swift*
      suka gelap sebab mata kurang rabun?? peliknya. hahahhaa. tahukah anda, anak mata ke apa nama dia, membesar dalam gelap. sebab takdak cahaya. ceh, tetiba kan. XD

      inshaALLAH, betul tu, kalau kita takut ALLAH, inshaALLAH kita akan berani berdepan dengan makhluk ALLAH :)

      Delete
  5. hahaha agreed dgn BV! Kita ni mmg senang terpengaruh kn bila tgk cerita hantu. Anis pun takdelh takut gelap cuma taksuka bila gelap sbbny, haah! sbb seolah-olah ad org duk perhati je dr jauh. Seramm kot. Yg part ibu jari kaki tu mmg betul sangat-sangat. Smpai kan tahap, ibu jari tangan pun sanggup genggam time tidur sbb takot >.< heehheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sebab imaginasi tu melebih lebih kan? XD
      HAHAHHAA, sama la taksuka gelap sebab rasa diperhati. eeeee seram, pastu mata lak selalu meliar dalam gelap dan takut ternampak benda taksepatutnya. warggghhh XD BV cuma sensitif part ibu jari kaki je. HAHAHA. comel je genggam ibu jari tangan masa tidur. hahahhaaha

      Delete
  6. first of all,terpaksa scroll dibah skit sbb gambar ya seram -.- hahaha
    mun cerita hantu ofcourse lah sikmaok ngga,klak dlm 2 3 hari msti terbayang2. ughhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. anime ya sikseram pnie pun. HAHHAHA
      kannn, sama la kita, selalu terbayang2 mun dah nannga XD

      Delete
  7. Azwar paling takut tengok cerita hantu, nanti nak pergi toilet pun takut ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn, sama la. pergi mana2 pun asyik terbayang bayang XD

      Delete
  8. huish nasibaik baru 10pm hahah! eeeeeeee napa sama yg part last tu :(
    kawan qila pnh cerita. kakak dia mandi. dia ketuk2 la pintu tu ckp woi cepat la mandi org nak mandi pulak.
    tetiba kakak dia muncul dr belakang eh eh. habis...........
    siapa dlm bilik air ish!!! benciiii hahahah.

    ibu jari qila tak takut sgt sbb pakai socks hahaha (takde kena mengena sgt pun)
    hahahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeeee, dah pehal seram sangat tu??? siapa lak yang mandi tuuuuu???? meremang lak tetiba. XD

      comel je pakai socks ehhh masa tido XD

      Delete
  9. kalau kat toilet malam2, lagi2 kat asrama. selalu nervous kalau tgh basuh muka pastu pandang atas kat cermin, kita nampak benda lain T___T tapi tu boleh kira childhood tak? haha.

    tak suka jugak bila lambat balik masa maghrib, pastu ada kesan gigitan (mcm gigi manusia) kat lengan T___T. lebam2 pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha, sama XD, BV pun takut bila cuci muka sensorang walaupun memang selalu sangat cuci muka sensorang. betul sangat XD

      kenapa lak ada gigitan camtu?? memang takelok kan kalau berada kat luar paling2 masa maghrib T^T

      Delete
  10. ahahaha lawak lah BV XD

    ketakutan dekat atas tu yg waktu kecik sampai sekarang cuma yg ibu jari kaki :3
    semuanya sebab tengok cerita Momok waktu kecik2 dulu, ada toyol tu hisap.. so tiap2 malam ujung kaki mesti selimut :3

    yg lain2 di atas tak takut sgt XD

    tapi kalau nak cakap pasal chilhood terror Misaki, jap nak list:

    1. My mom and my dad (hari2 dlm ketakutan) ahahahaha
    2. CHUCKY!!!! and all kind of doll (till today) =_=
    3. Bunyi guruh yang kuat bersama2 kilat (celapak lari cari teman nak tidur sekali) ahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. hahahhaa. memang sebab tengok cerita melayu yang toyol hisap jari kaki tu XD
      kenapa lak ur mum n dad hari2 dalam ketakutan?? :3 BV pun taksuka CHUCKYYYY!!, dulu masa kecik pernah tengok cerita tu, dan sampai sekarang benci mana2 patung yang menyerupai manusia, paling2 patung yang boleh kelip2 mata tu, eeeeeee~ BV okay je dengar bunyi guruh. cuma terkejut sikit la. XD hahahha

      Delete
    2. ahahahaha itulah.. org cakap.. jangan tengok cerita hantu tengok lagi XD (jadi trauma kowttt)

      mau tak ketakutan.. waktu kecik2 bukan main nakal lagi, pastu parent kan dulu2 kawin masa umur 20 lebih.. aduh.. kalau salah sikit faham je lah.. ahhaha scary XD tapi tu lah yg mengajar kita pun :3

      kan kan kan BV TT^TT Misaki pun tak suka.. ni semua sebab ada org pasang cita ni waktu Msiaki kecik :'( trauma kowt.. (Misaki pernah lah tauk sepupu Misaki punya patung perempuan yg kelip2 mata ada bunyi tu dulu) ahahahahaha.. tapi kan Misaki suka patung manusia yg BJD-Ball Jointed Doll sebab lawa sgt... boleh design baju and so on.. but seriously seram gak arr bila waktu malam.. ahahhaa (nasib tade anak patung tu) XD

      ahahaha Misaki takleh, bunyi guruh kuat sangat.. kena ada org duduk sebelah.. ahahaha. kilat apatah lagi XD

      Delete
  11. Macam sama je ngan saya heehhe

    ReplyDelete
  12. uish seram :( kak Hana lak bukak pintu sikit masa tidur sebab tak suka gelap gelita camtu tak nampak apa-apa, pastu tidur mesti selimut kaki haha :p cerita seram pun tak tengok sebab penakut ya amat hehe lainla kalau cerita tu tak seram mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV bukak lampu meja kalau tidur. hahahah. kalau kat hostel memang takdapat lah nak bukak pintu masa tidur, lain lak benda masuk nanti, nayaaaa. hahahaha. kalau cerita thriller boleh tak? XD

      Delete
  13. Haha ena dulu paling takut hantu. Takut hantu yang pernah wujud dalam mimpi masa kecil2. Kalau mimpi contoh, mimpj kat tempat sudut rumah ena tu ada hantu. Masa bangun, time tak mimpi pun jadi takut nak pergi kat sudut rumah tu. Hahaha memacam macam kecik2 dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram lak. memang kalau termimpi boleh buat takut kat dunia nyata XD memang masa kecik2 nie pelik2 je kan.

      Delete
  14. Takut gelap tu waktu muda2 je takutnya.
    Kalau dah tua (macam aku ni) dah tak takut gelap sangat dah.
    Takut tersadong benda masa berjalan dlm gelap je.
    Kalau tersadong kena jari kelingking kaki, boleh meraung oo kesakitannya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mostly, lelaki nie ikut logik sikit sebab tu tak takut sangat. tak macam perempuan, emosi dan imaginasi bergabung meletup dan kebabooom. tu jadi penakut lain macam tu. *boleh apply dalam real life jugak nie* HAHAHHAAHA

      terbayang je jari tu tersadong pun dah rasa ngilu. cehhh XD

      Delete
  15. Masa kecil-kecil dulu takut nak pergi toilet sorang-sorang. Kalau nak pergi tu, mesti lari-lari pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah takut sangat kan? hehehe. BV pun masa kecik2 dulu takut gi toilet sebab orang kata setan banyak dalam toilet T^T

      Delete
  16. Hampir sama macam saya. Mungkin mereka yang lahir bulan 3 ada perangai macam ni. Hahaha. Saya tak suka gelap, tapi tak ada lah takut sangat, just nak tidur tu kena ada cahaya lain, cth on lampu tidur. Saya pun tak suka tengok cerita seram, never ever takkan tengok sebab ada imaginasi terlampau. yes kadang2 boleh terbawak ke dalam mimpi lol. dan masa kecik2 sy pun suka mengigau. yang part peti sejuk tu sebijik. Hahahaha. I found it funny cause Im not the only one.

    *merapu di kotak komen* bai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?? nape sama sangat nie. hahahhaha, part mengigau tu, lol, sama la kita. dedua pernah mengigau depan peti sejuk XD lawaknya, rupanya ada orang yg sama dgn BV :3

      Delete
  17. Imaginasi terlebih tu pon Wardah ada..sbb nty mesty terbyg ada kat atas laa tepi laa.. Tgokk kilat dan guruh ke dari liar tgkap tu pun dah menakutkan. Sebab takut ada byg2 yg kita pun tak terfikir sape nak lalu pagi2 buta?? Huhu. Lebih kurang je kita punya imaginasi. HahaXD

    ReplyDelete
  18. lol bila cakap pasal mengingau, teringat mak pernah cerita masa kecik lina pernah bangun jalan ke tengah rumah and then tetiba buka seluar, cangkung. mak masa tu tengok confuse gila lah kan. nasib baik lah mak cepat cepat angkut lina pegi tandas kalau tak hahahahahahahahah xD

    http://nothingmuchbutyeah.blogspot.my/2016/01/25-pricked.html

    ReplyDelete
  19. tapi a lot of the time apa yang awak mention tu lina takde perasaan hahahaha tah lah kenape xD

    ReplyDelete
  20. Hahahahha ada a few things yang kita sama!!!! OMG

    ReplyDelete
  21. saya pun tak suka tempat gelap. setiap kali duduk kat tempat gelap, mesti jantung berdegup. huhu. betul tu, baca ayat qursi sebagai ayat pelindung

    ReplyDelete
  22. saya tak berani suka tidur dalam gelap tapi kalau tidur lampu terpasang ni lagilah takleh nak tidur hahahaha . pastu nanti time nak tidur , mulalah terbayang cerita cerita hantu . kekadang cerita hantu yang 2-3 tahun yang lepas tengok pun boleh tetiba datang kacau pale otak time nak tidur hadehhh

    ReplyDelete
  23. yang last tu seram T_T saya ada kawan yang tak boleh tido dalam gelap kekadang rasa bengang pun ada. dia nak tido dlm terang tapi bkk lampu kat tempat saya. haha pernah sekali bangun tiga kali berlawan tutup lampu dengan dia. last give up dengam dia. saya tido tutup muka dengan kain.

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!