Sunday, 30 August 2015

spend time with mom

Assalamualaikum
aku balik rumah hari khamis lepas. balik cuti merdeka. wakakkaa. hari isnin esok baru balik poli lagi. sebab aku balik, mak asyik tanya bila nak balik sejak awal bulan 8. sebenarnya aku plan nak balik pertengahan bulan 8, tapi sebab isnin cuti merdeka, aku asyik tangguh2 je la nak balik. nasib baek dekat kan, dalam dua tiga jam perjalanan. sebab taksampai hati lagi nak tangguh2. hahaha. rindu family dan nak release tension. pernah sekali dulu, aku asyik tangguh nak balik rumah, aku pernah cakap ngan mak, aku craving nak makan ikan bilis goreng belacan. mak aku masak tak bagitau pun (maybe nak buat suprise). tapi aku asyik tangguh je balik, dua minggu kemudian, aku balik, sebekas besar ikan bilis goreng belacan dah tersedia dalam peti sejuk, adik kata mak masak lama dah, tapi tinggalkan sebekas khas untuk aku, tapi macam dah tak fresh lagi dah, rasa dah lain walaupun masih boleh dimakan. sedihnyaaa ya ALLAH, mesti mak tunggu je aku balik masa tu. T^T berair lak mata kiteee. 

so, kalau balik rumah, memang spend time ngan family la. pastu jenjalan gi pasar atau market ngan mak pepagi ahad kalau mood jenjalan datang. rasanya memang tiap kali aku balik rumah ada je jenjalan gi pasar. paling tachinggg, apa je aku nak makan, bapak n mak cuba usahakan. wakakkaa. students yang study jejauh mesti merasakan. tapi aku taksuka la nak demand memacam. asal dapat dinner luar ngan family tu dah cukup bahagia aku rasa. cewahhh~ rasanya semua macam tu kan?? 


aku tabik dengan boys yang anak mak, rapat dengan mak. sebab selalu layan mak dorang. sebab boys nie jarang sikit nak dok memanja bawah ketiak mak. takut kena kutuk ngan kawan kot. padahal, syurga kat bawah tapak kaki mak. hargai dan bermanja lah dengan mak selagi mak masih ada. aku agak awkward kalau nak bermanja dengan mak, sebab takbiasa. wakaka. anak sulung kot, so, layan mak bebaek pun cukup la. inshaALLAH :)

'
kepsi for breakfast.


KLMJ betol, masa kekanak riang dulu suka betol makan biskut nie. :D jumpa kat market, terus nak beli. wakakaka :3


redha makbapak memang perlu dalam segalanya. 

sekian,
ilal liqa'



Thursday, 27 August 2015

Tips jimat duit bila masuk IPTA/IPTS

Assalamualaikum
#TipsMasukU
bagi aku yang guna PTPTN sepenuhnya memang sangat la nak jimat duit. sebab aku malu nak mintak duit dari parents. agaknya, semua mesti malu kalau mintak duit kan. segan. so, aku bergantung la dengan PTPTN untuk survive enam bulan di poli dengan bajet RM2k. rm2k untuk enam bulan gaisss~ memang perlu jimat. jadi aku share la beberapa tips jimat duit. untuk peringatan diri aku jugak sebab aku seorang yang boros. HAHAHHAHAA. ampunkanlah anakanda mu ini mak pak. lama dah tak share tips kan. hahahaha. 




1) Jangan simpan duit banyak2 dalam wallet/purse
sebab kalau banyak simpan duit dalam purse/wallet, korang akan lebih cepat menghabiskan duit tersebut. maybe certain people la yang takkan habiskan duit dalam purse. hahahaha. maksudnya nie, simpan duit dalam perbelanjaan untuk minggu nie je dalam purse/wallet. yang lain simpan dalam bank. jangan keluarkan banyak2. bagi yang malas nak gi bank berkali2. boleh je ambik duit banyak. tapi jangan simpan dalam purse/wallet. simpan kat tempat lain. macam dalam beg tak dipakai ke. hahahahhahaa.


2) Jangan bawak wallet/purse bila pergi cafe
okay, nie kalau korang pergi beli makanan nak lunch dinner breakfast ke, bawak je duit yang perlu. rancang perbelanjaan. sebab kalau bawak purse kat cafe, nafsu makan korang akan membuak. hahahaha. semua ko nak beli, ko nak rasa sebab duit ada banyak dalam wallet/purse. so, sebagai mengatasi masalah nie, gi cafeteria bawak duit ikut bajet korang je, selain dapat kawal perbelanjaan dapat jugak kawal nafsu.


3) Outing sebulan sekali bila perlu je
kekadang nie ada je students yang tiap hujung minggu je berjoli. hahahaha. kalau kau kaya raya takpa. bagi yang nak jimat tu, elok keluar bila ada benda penting dan nak beli barang penting je. sebab bila keluar nie, atm di mana2 tambahan pula purse/wallet sentiasa dibawak, bagi yang taktahan nafsu tu, mesti sekali shopping, lebih  rm20 habis. tu pun untuk makan kat luar je. hahahhaha.


4) Belanja kawan
saling berbelanja antara kawan, tak salah. niat baek dah tu. dianggap sedekah la kiranya, inshaALLAH rezeki sentiasa ada bagi orang yang sentiasa bersedekah. so, kalau berkawan saling belanja antara satu sama lain la. WAKAKKAKAA. kalau ada duit lebih, jangan takut nak belanja kawan. dengan niat bersedekah, inshaALLAH sentiasa ada ganjaran yang ALLAH bagi. kalau takdak duit, inshaALLAH kawan akan faham kita.


5) Kira bajet dan perbelanjaan harian/mingguan/bulanan
benda nie paling leceh. hahahhahaa. aku pernah jugak try cara nie sebab nak track bajet. failed. sebab malas nak update selalu. hahahhaa. paling senang, kira la pembelanjaan untuk makanan seminggu contonya, seminggu RM50 untuk perbelanjaan. so, limit RM50 untuk minggu tu je. 

************
jangan hairanlah kalau mostly duit tu habis sebab beli makanan je. beli makanan jangan ikut nafsu ye. kawal plis. puasa kalau boleh. dah la dapat pahala, dapat berjimat lagi. kalau korang jenis pandai berjimat, last2 semester pun duit still ada. inshaALLAH.

korang ada tips lain tak nak save duit??? 

jom jimat :3

sekian,
ilal liqa'


Friday, 21 August 2015

craving punya pasal

Assalamualaikum
beberapa minggu lepas, aku tengok runningman episod berapa entah, syok gila tengok dorang makan jajjangmyun atau black bean noodles. cara dorang makan memang menarik perhatian sungguh. plus aku memang penggila mee. hahahahaaa. aku lebih suka makan mee dari nasi. wakakaka. lepas tengok episod runningman tu, memang mood craving jjajangmyun laaaa. tapi agak mustahil la nak carik korean food kat tempat aku berada sekarang iaitu mukah. so memang aku tak harap sangat la nak makan jjajangmyun. hahahaha. nak masak sendiri jauh sekaliii oii~

so, untuk menyelesaikan craving yang menggila, aku makan je la mee goreng basah. hahahaaa. nak makan mee hong kong lak takderr. so layan je la mee basah. nasib baekk sedap. sebenarnya hari nie aku jenjalan gi pasar ngan sorang coursemate nie, Adibah. ngan dia beli barang. tapi yang melebih membeli aku pulak. wakakakkaa.



craving jajjangmyun selesai dengan makan mee goreng basah. cian dakk. hahahahahaha. aku rasa lepas koranv baca entry aku nie korang pun akan rasa craving cam aku jugak. wakakaka. kejam dak??



air bandung pandan. sebagai minuman. cewahhh, makanan belum sampai, air dah nak habis. tipu~

penat jenjalan hari nie. beli makanan untuk menghadapi hari2 yang akan datang masa belajar nie. megi harus ada. minggu nie ada majlis konvokesyen. tahniah bagi akak abang senior yang dah konvo. bestnya. :)

sekian,
ilal liqa'
posted from Bloggeroid

Sunday, 16 August 2015

crush definition

Assalamualaikum
definisi crush bagi aku adalah orang yang kita diam2 minat dan kita hanyalah bertepuk sebelah tangan. aku jarang jatuh suka kat seseorang. seriously jarang sangat. kalau suka tengok muka hensem memang banyak kali la. hahahhaa. tapi yang buat heart flutter tu jarang sekali. hahahaha. dah apasal aku bukak topik cintan cintun pulak nie? sebab beberapa bulan yang lalu aku telah terputus hubungan dengan sengaja dengan seseorang yang pernah buat heart aku fluttering and butterfly in my stomach. why i leave him??? because empty promises and shattered love. wakakkakaka. jiwang maknyaaahhhh~ i had to make right decision that will affect my future. aku memang serius bab relationship. tapi nampaknya relationship yang aku cuba tahan beberapa tahun nie tak menjadi. almost 5 years gaissssss!! BUT it just not work out like what i planned before.sebab?? biar aku je tahu. ALLAHU~


i hate to talk about LOVE with my friends and family. dan aku taksuka bercakap tentang perasaan. i rather to hide my feeling. and thats just me. biarpun aku sedih dan menangis sorang2, aku taksuka orang ambik tahu dan simpati. i feel suck bila orang pujuk aku. bila aku menangis or marah, please act like nothing happen. sebab aku tau sejuk sendiri. kalau aku menjauh atau senyap, please let me. aku paling taksuka tunjuk perasaan SEDIH dan MARAH aku depan orang.


kalau ada orang tanya aku, apa perasaan lepas kau DUMP dia. 
aku tak rasa apa2. so stop asking and mentioning him. kalau kau kata aku jahat. memang sebab aku selfish. bak kata kazen aku, kita kena jadi selfish kekadang supaya orang tak pijak kita. but deeply, it still hurt.

kenapa aku share benda personal kat blog??
sebab aku malas nak bercakap dengan orang pasal hal nie. harap la kawan2 aku dan family aku baca benda nie dan takperlu dah aku nak cakap kat mana2 lagi. hahahahha. statement berani mati.


entry nie lari tajuk, hahahahhaa. CRUSH gonna crush ur heart into pieces. so stop getting crush on someone. hahahhaah XD

may ALLAH ease everything.
ajal jodoh di tangan ALLAH.

kalau hidup macam remote control, mesti TAKBEST. hahahhahaa~

sekian,
ilal liqa'



Friday, 14 August 2015

life getting harder

Assalamualaikum
hye gais. beberapa hari yang lepas. kat twitter banyak yang update #TipsMasukU sebab result UPU keluar kan. excited dan pecah perut baca kat twitter. hahahaha. tahniah bagi yang dapat sambung belajar tu dan janganlah yang bersedih bagi sesiapa yang takdapat UPU lagi. maybe ALLAH ada perancangan yang lebih baik untuk yang takdapat tu. bersangka baik okay. :3

life. senang je. tapi kita yang memomokkan diri kita cakap life nie susah gilaaaaa~
kekadang bila dah sakit hati, mula lah cuba salahkan kehidupan, sedangkan yang salah kita sendiri. apa kata lepas nie kalau sakit hati, cuba la sedaya upaya lupakan sakit hati tu dengan buat perkara yang disukai. contohnya movie ke, bersukan ke. apa apa je ke. bukan memendam perasaan pastu lepaskan kat orang lain. cehhh, ingat orang suka dengan perangai macam tu. respect each other please. kekadang kita jadi judgemental freak just sebab taksuka dan takpuas hati dengan someone nie, kalau taksuka dan takpuas hati elakkan lah diri dari berjumpa bertembung bersemuka. macam pakar motivasi pulak dah. padahal aku sendiri yang mengalami masalah nie. setiap masalah ada penyelesaian. so, rilex bruhh. take it easy. hahahaha. jangan tension giler2. hidup nie singkat bruh. u need to learn something new. meet new person, makes friends, pray, remembers ALLAH, share semua benda dengan ALLAH dalam doa. if u got someone to share your feeling thats better. get a life. dont be alone. you are not alone okay, never say you alone. u still have ALLAH, family, friends and human still exist yooo. 

as a conclusion,
BE POSITIVE. husnudzon.


my space, workspace, studyspace, moviespace, eatingspace. hahahahhaa. whatever la you. 

sekian,
ilal liqa'

Monday, 10 August 2015

ramah tamah raya experience

Assalamualaikum
gaisss, dah bulan ogos la. thanks a lot bagi yang still sapot dan selalu singgah kat blog kesayangan aku nie. muehehee

khamis lalu, 6 haribulan 8. jabatan teknologi maklumat dan komunikasi telah menjalankan ramah tamah aidilfitri. cehh, intro ayat karangan. kali pertama aku menghadiri ramah tamah yang di handle oleh jabatan sendiri. paling buat aku exsaited adalah, bila setiap kelas diberi tugasan untuk buka booth sendiri. wahahhaa. means, teamwork sangat penting. 

so, kami coursemates pun dah start merancang a week before event. which, kumpul dana and got some dana from our PA not personal assistant ya, but penasihat akademik if im not mistaken. hahahaaa. im in charge on food since i am AJK makanan. wakakaka. maybe because i gave  idea to make 'dadih' for foods. hahahaa. everyone were excited. mostly girls of course. and i guess just some of guys are participated with these things. 

we were making our own foods and some we ordered. before kami start cooking and else, mestilah wajib beli barang dulu kan.hari isnin, habis kelas, terus rushing beli barang. masa shopping, penat jugak pilih barang and compare harga kat setiap kedai. wahhaha. luckily, there were certain of us were local. maksudnya, yang memang dok sini and tau tempat mana murah. the day after, which hari selasa, baru kami start masak kat rumah salah sorang dari coursemate. alhamdulillah, his mom so generous and kind. dadih and cheesecake pun siap. making dadih are zeriuzly easy peasy la uolls. the recipe stated right behind the dadih packaging. hahahaaha. 

 selfie props. hahaha. kaau bei? dibei kan? bahasa melanau mukah yang bermaksud kau ada? takdak kan? hahahhaha ;3 bangga sikit sebab props tulisan aku. :3


rabu, my coursemates who got incharged with decorating the booth were buzy preparing all those things needed. memang yang incharged mostly  girls. hahahaha. they were making ketupats from ribbon, flowers from tisues and even props for photobooth. semua girls excited. hahahaha.



the day, khamis, luckily, kami takdak kelas petang. cancel. maybe lecturer faham. hahahaa. pukul 3 start decorate booth apa semua. alhamadulillah, dalam pukul 6, semua dah siap, just tunggu makanan lagi. event start pukul 7. hahahaha. apa lagi, semua rushing balik kamsis untuk mandi. majlis pun start, apalagi, start la pulun makanan sampai kenyang. wakakaka. memang banyak makanan yang sedap2. ada 20 lebih booth makanan yang diwakili setiap kelas. makanan dimana mana la gais. semua sedap2. hahhahaah. then, our booth dip5a dapat tempat kedua untuk booth tercantik. hahaahahaha. lepas habis sesi bergambar semua, balik sebelum pukul 10 macam tu. :) 

wahhhh, such a great memories for me and my coursemates.
malas lak nak upload gambar gegurls cecantik semua. wahaha. 

sekian, ilal liqa'