Friday, 31 July 2015

bila join bengkel IT

Assalamualaikum
rasa nak gelak sendiri bila tengok archive blog. wakakaka. bulan july update pun sikit je. macam yang aku mention kat entry sebelum nie, masalah line kat tempat aku belajar. sedihnyaaa lahai, memang tak berupdate la blog aku lepas nie. hanya dapat update bila sampai rumah T^T

tak habis membebel kan. hahahhaa. typical me. blog la tempat meluahkan isi rasa yang tersimpan di sudut sanubari. cewahhhh ayat maakkk~

nak cerita nie,
hari khamis lepas, aku dan coursemates ada join bengkel membangunkan website. kira macam tu la. dia ajar cara macam mana nak bangunkan website dan beli hosting. aku agak excitedlah disitu sebab dapat ilmu yang kamiorang tak belajar dalam kelas. :D tambahan pulak, aku memang agak excited terlebih bila cerita tentang website sebab teringat kat blog. wuhahahaha.

dia ajar cara beli hosting dan domain. alhamdulillah, dalam dunia blog, aku memang agak kenal lah dengan domain dan hosting. hahahhaa. sebab teringin nak beli domain, tapi kekalkan hosting blogspot. seriously, aku memang nak beli domain, tapi masih tak berani cuba. hahahhaa. inshaALLAH, tahun depan aku akan beli domain.

********************

bila cerita pasal tu, teringat lah pulak dengan FINAL YEAR PROJECT. aku dan teamates, pilih tajuk dan system yang agak mencabar la bagi aku sendiri. hahahaha. walaupun ada rasa tak yakin dapat ke tak nak develop website/system nie nanti, tapi kami cuba la try cabar diri sendiri. belum start buat lagi. cuma masih kena buat proposal dan perancangan. Alhamdulillah, dapat teamates dan supervisor yang sempoi dan boleh bawak bincang. wakakaka. harap la takdak masalah bila dah nak jumpa client nanti.




esok ada ramah tamah aidilfitri PMU, besar besaran kat politeknik mukah, hahahhaa, sebab aku dah balik harini, tak join la nampaknya. hehehe. aku lebih excited dengan program raya kat jabatan khamis depan. hehehe.

so, sampai sini je lah cerita aku kali nie, entry aku sekarang banyak cerita tentang kehidupan pulak kan. hahahhaa. mostly student life. nak simpan moment tu supaya aku tak lupa. wakakaka. kenangan masa belajar. :3


sekian,
ilal liqa'



Monday, 20 July 2015

nak mintak maaf

Assalamualaikum
selamat hari raya gais. hahahaaa. maaf zahir dan batin. serius, hari raya tahun nie aku rasa hectic gilers. sebab tak beraya kat rumah sendiri. beraya kat kampung.

actually, aku nak mintak maaf kepada sesiapa dan pembaca blog aku seandainya pernah menguris perasaan korang ketika sedang syok membaca blog aku. hehehe. harapnya takdak lah ya. harap dapat maafkan kesalahan aku pada hari kemenangan nie ye. semua menang. SELAMAT HARI RAYA!! :)


ketika di feri on the way nak balik kampung. nak cerita pasal kampung. lain kali lah. tak janji. hahahaaa.

sekian,
ilal liqa'

posted from Bloggeroid

Friday, 10 July 2015

aku dan kawan

Assalamualaikum
kembali. aku kembali lagi. cehh. siapa yang tunggu aku update tu, ai lapp u lahh. hahaha. kali nie aku nak share tentang kawan. hmm. korang banyak kawan tak??  aku anggap siapa orang yang aku kenal dan aku kenal orang tu, tentunya akan jadi kawan aku. aku suka berkawan walaupun kekadang banyak je orang yang anggap aku pendiam orangnya. maybe nampak sombong, but recently, aku rasa aku senang je senyum ngan orang yang senyum kat aku. aku nie jenis pemalu sikit, well, aku lebih suka orang tegur aku dulu daripada aku tegur orang. hahahha, i bet maybe banyak dari kita yang camtu kan. tapi, kalau mood aku SUPER baik hari tu, mesti aku tegur orang dulu. wakakakka.


coursemates tersaiyangggg. BV in gold tudung. :3


nak kata aku banyak kawan, tak jugak.
kalau kat politeknik nie, aku rapat dengan coursemate je. takpun geng roomate2 aku yang dulu. agak awkward nak berkenalan dengan orang lain sebenarnya. sebab, statement biasa aku ialah PEMALU. tapi aku boleh je kalau orang nak berkenalan jadi kawan. aku sangat easy going dan open minded. nampak je tak, but seriously aku open minded, so u can share anything with me and i good in keeping secret. hahahhahaa. tapi kekadang aku outspoken. well, kekadang susah nak jaga hati orang sebab aku jenis main cakap lepas je. hahahaha. kekadang lepas dah terlepas cakap baru sedar silap. cehhhhh. gomen friends. anything related to my bad attitude, korang boleh je tegur aku straight forward, inshaALLAH aku terima dan cuba perbaiki. :)

hmm. macam cerita tentang perangai aku pulak. ada perangai yang sama dengan aku tak? wahahahhaa. maybe we can be friends kan. :3

entry nie lama dah dalam draft. baru post. wuhahaha.

okay, aku dah start bercuti. dah sampai rumah dah pun. hahhahaha. harap hari2 terakhir ramadhan nie amal kita diterima ALLAH. inshaALLAH.

sekian,
ilal liqa'


Saturday, 4 July 2015

eh da july?

Assalamualaikum
serius aku rindu nak update blog tiap hari tiap masa. hahahhaah. sebab sekarang memang banyak je kerja. nak update blog pun macam nak taknak je. bulan june dapat tengok kat archive yang aku update pada bulan june cuma 3 entry je. hahahhahahaa. dulu kemain nak update tiap hari. harap la bulan july nie aku dapat update blog tiap hari. harapannnnnn! maksudnya, tiap hari la aku wajib turun cafe guna wifi. kahhhh~ sekarang nie pun turun g cafe tengahari buta nak update blog punya pasal.

so, aku nak ulang balik. aku dah start semester 5. macam yang aku dah cakap dalam entry sebelum nie. hahahahhaa. aku dah senior ecehcehhh. tapi aku still rasa macam baru2 lagi. alhamdulilllah, setakat nie kelas semua okay. SETAKAT NIE LAAAA~

nahhh, jadual kelas aku. nampak full kan. tapi JUMAAT free. boleh la terus balik rumah hari khamis. dalam perancangan je nie. sebab anything kelas ganti ke apa ke, mesti pergi ke hari yang free tersebut. sebenarnya aku nak cerita tentang subjek yang aku belajar dalam semester 5 nie. 

macam yang sesetengah dari korang, memang bukanlah setengah, aku study dalam dip programming. so, nak cerita la benda yang aku study. agak excited jugak la. sebab study benda baru. hahahhahaha.

okay, subjek yang aku nak cerita adalah Mobile Application Development. nie antara subjek yang menarik perhatian aku selain subjek Open Source Operating System. dalam subjek Mobile Application Development nie, kami kebanyakannnya belajar tentang smartphone android. lebih jelas lagi, kami diajar coding untuk develop application untuk android. WOOOOWWWWW~ buat app tu woowww. hahahhaa. memang susah jugak memula, sebab banyak benda nak kena install kat laptop. stress jugak la. kiohhh~ apatah lagi bila benda yang kau nak install tu TAK MENJADI. wargghh, rasa nak jadi hulk. sabar. bulan ramadhan.

so, kalau korang boleh buat application untuk smartphone, nak app macam mana agaknya? (ini soalan suka2 je). 

baru start buat coding 'Hello World'. hahahaha. baru start dah tension memanjang. haha. paling tak suka la bila coding yang dah penat2 taip, pastu takdapat run sebab error. wakakaka. 

okay, sampai sini je la kali nie.
ilal liqa'