Tuesday, 19 May 2015

youngest bro

Assalamualaikum
hari nie 19 mei 2015 hari jadi adik aku paling bongsu. satu satunya lelaki dalam keluarga. wakakaaa. so bila dah besar jadi la manusia yang bertanggungjawab.

dah 11 tahun umur dia.

perangai aku ada sikit sama dengan dia. so macam magnet bila utara sama utara, keep rebelling each other. so that us. wakakkaa. aku anak sulung dan dia anak bongsu.




sepatutnya youngest bro. hahaha. typo pulak. malas lalnnak edit balik. haahahaa.

okay,
dah besa dah nya, iboh congek gilak. angol kak nenga. hahhahaha. denga slalu apa makbapak padah ya. n nenga juak apa nak kak suroh. hahaahaa. jangan degil eh.

sekian,
ilal liqa'

Monday, 18 May 2015

dari kerana nama

Assalamualaikum
dah masuk seminggu aku menyepi tak update entry sebab taktau nak update pasal apa. nothing important happen to me lately. im just a typical human lah. hahhahaa. okay, skip that intro. so hows life? life okay la so far. ada masa sebulan lagi sebelum masik poli balik. nyesal tak kerja eh. nak kerja malas. wakakaaa. kalau kerja ada jugak duit kan. ada duit boleh la shopping. XD lol.


serius aku rindu study.
rindu nak menulis. sebab aku suka menulis. hahhahaa.

sabar. tak lama lagi nak masuk poli balik kan.




lately. mood malas aku terlampau lampau. mood menyampah pun sama. lol. malas nak layan orang. overthinking. dan end up aku stress sesorang. wakaka. so untuk release stress. aku berdoa banyak2 dalam hati. istighfar. buang semua negative thinking. hudnuzon je. so, boleh la gelak2 lagi layan superman return. alhamdulillah, aku kuat. inshaAllah. pray for me youall. im in my teenage age and keep rebelling. hahaha. #prayforBV.

for those yang masih teragak agak nak gelarkan BV macam mana, boleh je panggil BIVI. hahaaa. sama je kot. awkward bila panggil macam, hye, Budak, buat pe tu? lol. panggil BV je. bibi ke, bebi ke, beb ke. asal jangan babi. sudahhhh. hahahaahaahahaha. #BVmohonmaafatasayatterlampauini (anda mampu baca hashtag ini, anda hebat).

kalau yang taktau nama aku sebenar tu, ada je kat profile sana. nama aku INTAN AININ. sebab aku banyak jumpa orang yang sama nama dengan aku, serius banyak. kat mana2 tempat je mesti ada jumpa orang sama nama. hahhaa. taksemua kan. so aku buat la nama glemerrr, AKA nama pena kot. BudakVanilla.

aku pun taktau macam mana aku dapat nama tu. wakakaa. so, aku gelarkan diri aku Bivi je la, initial dari budakvanilla. aku pernah berkali kali terfikir nak tukar nama. tapi taktau nak jadi apa pulak. wakakkakaa. so stick to bivi. so, kengkawan yang kenal dari blog, fb, insta, boleh je panggil bv atau bivi ye. takla awkward sangat. bila kawan2 blog panggil nama aku yang sebenar, aku pulak terawkward. hahahhahaha. pelik kan. lolz.

ok thats all.
sekian.
ilal liqa :)

Sunday, 10 May 2015

sunday morning

Assalamualaikum
sebab aku seriously takdak modal nak update. aku cerita je la pasal pagi tadi aku jalan gi pasar ngan mak aku. pagi2 dah terpacak kat pasar sebelum pukul 8. pergi market tengok sayur makanan and so on. tapi mak aku beli tempe dan kueh cina je. hahhaha.

pastu, jalan2. entah kenapa, aku rasa penat sangat dah nak jalan, mak aku masih cergas kesana kemari tengok barang. jalan kaki je pergi celah ceruk pasar tu. cergas betol mak. bila aku dah sampai kedai yang jual bunga2 memang penat gila dah. mak aku masih excited pilih bunga untuk gubahan sepupu nak kawen. aku dah penat dah. terduduk kat celah kedai sebab penat. padahal aku bertahun tahun lebih muda dari mak. nampak sangat la aku nie kurang exercise. hahaha.



nah, belanja pemandangan dari atas pasar sibu. yang cina punya tokong tu kami gelar tepekong je. sebenarnya, ada nama cina dia tapi aku lupa ejaan. hahahhahaa



pekena mee jawa lepas habis jenjalan. sedap memang sedap. tapi pedas. dah la hari pamas, makan lagi benda pedas, taklarat aku. sedangkan aku dah alihkan cili dari hiasan dia atas tu. kuah dia sedap tapi pedasssss~



lepas balik rumah, layan dan bergelumang dengan stationery je kerja aku. nak baca buku mood kelaut.


sekian saja cerita pagi ahad BV,

ilal liqa'

Saturday, 9 May 2015

Jom Join Ceria 1st Giveaway!


Assalamualaikum
rindu nak join giveaway, nie ;a giveaway yang aku join. hahaha. syarat simple sangat. paling susah pun nak tag tiga blogger tu. hahaha. taksusah mana pun tag je kan. wakaka. harap dapat menang salah satu hadiah tu pun jadi la. dah hadiah gempak semua. 

korang nak join klik la banner ya. hehehe :3

nak tag dorang nie : tomo, yaya, n dayah :)

Tarikh tutup giveaway ialah pada 25 MEI 2015.

cepat2 la join. :3

sekian,
ilal liqa'


Friday, 8 May 2015

ini yang termampu

Assalamualaikum
sekarang aku hanya mampu online dari tepon je. sebab aku cuma guna line tepon. nak buat hotspot line lembab semacam pulak. hahahhaa. tunggu online memalam nanti la ye. hehhee.



entah bila la aku dapat join giveaway nie. nak join, susah pulak nak menaip dalam tepon. hahaha. harap la esok line hotspot nie okay. macam best pulak menaip dalam tepon nie.

cuti semester nie aku taktau nak buat apa. (takhabis habis cerita pasal cuti semester kan). hahahhaa. opcoz la. aku dah taksabar nak study balik nie selepas beberapa bulan praktikal. rindu nak tension belajar. hahahhaa. aku suka belajar dari bekerja. T^T

nak blogwalking.
blogwalking dari tepon je mampu. hahahaa. jadi takbanyak komen yang aku mampu tinggalkan kat blog korang. komen pun pendek2 je. hahahhha. berapa kali la aku nak mention benda sama eh. tu namanya takdak modal dah nak menaip entri. wakakkaakaaa.

satu je aku nak.
blog aku sentiasa aktif dengan entri.

nak buat entri bermanfaat. asyik entri merepek je kan. kalau aku dapat online guna laptop nanti inshaAllah aku share contoh final report latihan industri aku. rujukan bagi sesiapa yang nak latihan industri nanti. report aku buat last minit. dahtu takdak topik sesuai pulak sebab skop kerja aku kat tempat praktikal tu tak sesuai. hahahaaa. pepandai je la buat report kan. hahahahahahaaa

sekian
ilal liqa'

Wednesday, 6 May 2015

wordless wednesday : dulu dulu

Asaalamualaikum


dulu2 aku suka kumpul komik majalah nie. terutama arena, kreko dan gempak. hahaha. tahun 2009. setiap buku atau majalah aku beli ada letak tarikh. ikut mak aku punya perangai. hahaha. kekadang segala benda stationery pun aku letak tarikh. kekadang terkejut jugak tengok tarikh kat buku. sebab macam tak percaya berapa tahun dah berlalu. hahahhaa.

siapa ada perangai sama? sep seketttt. hehee. takjadi macam wordless lak. wakaaa. abaikan.

p/s : esok baru nak blogwalking n join giveaway. rasa lama dah tak join kan. nak balas komen korang kat blog jugak. wakaka. tunggu mood rajin dulu. :P

sekian,
ilal liqa'

Tuesday, 5 May 2015

my typical day

Assalamualaikum
sekarang aku banyak update blog dari tepon je, sebab malas nak online guna laptop. laptop aku sekarang banyak layan cerita korea je. hahahaaa. nyampah dengan diri sendiri yang antisosial. rela melepak sesorang berangan dalam bilik daripada keluar rumah bersosial dengan sesiapa yang sudi.

aku suka keluar rumah sebenarnya. tapi aku suka sesorang. wakakaaa. aku suka jugak kalau ramai2. lebih meriah kan.



aku baru start baca catatan mat luthfi. sepupu punya aku pinjam. bila baca catatan mat lutfi nie, aku sedar mat luthfi seorang yang susah di describe. wakakakakakaa. entah la. aku sebenarnya taktau nak describe dia macam mana. baca catatan dia macam rasa baca diari dia pulak. best jugak. ayat selamber.

oh yaaaa~ aku perasan, aku kurang membaca dah sekarang. T^T maksud aku membaca buku, selalunya aku baca caption menarik di insta, ayat pelik di moment wechat dan segala perkara yang berada di laman sosial yang menjadikan aku seorang antisosial sebab asyik nak meraba tepon 24jam. kalau dulu, aku mampu je baca buku siang malam sampai kekadang novel 500 mukasurat pun boleh habis dalam masa 24jam (hiperbola punya ayat). hahahaha. sekarang taksampai sejam dua dah rasa nak give up. loolllllszzz.

dah la. aku nak sambung baca buku. kbai.

sekian,
ilal liqa'

Monday, 4 May 2015

komik oh komik

Assalamualaikum
kemarin pagi atau hari ahad, aku dan family pergi ke popular untuk memborong buku guna baucer buku satu malaysia. hahahaaa. serius aku kata, bookstore popular takdak banyak buku best T^T

ingatkan ada buku-buku yang best macam buku terbitan fixi, lejen, dubook. tapi takdak uolls. kalau ada pun seciput je. buku fixi novo ada. bahasa inggeris. aku nak beli catatan mat luthfi dan horror stories tapi dah habis. T^T

ingat jugak nak borong buku online, nal beli buku2 yang popular sekarang macam henshin, chenta, ikhwahpakaijean, tarbiah sentap dan so on guna baucer sebab aku ada jumpa instashop yang jual buku2 tu guna baucer, ingatkan nak habiskan semua baucer beli buku online, tapi family aku nak mintak sponsor buku sebuah. mak dan adik2 aku la. bapak aku senyap je. wakakaaa. so aku give up nak beli online, beli buku kat popular je la.

sebab takbanyak buku femes, tapi banyak novel cinta dan buku ilmiah. aku banyak beli komik. hahababhabahaha. dan novel. harap dimaafkan la ye. sebab memang aku beli buku pun. mak aku beli buku jahit dan adik2 aku beli buku untuk dorang belajar english. alhamdulillah. lepas habis belanja baucer bernilai rm250 tu, dapat baucer rm50 dari popular lak. beli alat tulis la jawabnya. hahahaa~



komik aku dan adik aku. ada jugak novel. hahahaa. harap semester depan dan tahun depan dapat baucer buku lagi dan aku nak borong buku ilmiah banyak2 pulak. heheheee~

pasrah je la ngan komik dan novel. hahhha.

sekian,
ilal liqa

Saturday, 2 May 2015

email tacing taching~

Assalamualaikum
kenapa engko berblogging? kerana ingin mengisi masa lapang katanya. hahahha. propa je semua tu. wakaka. kalau ditanya kenapa aku berblogging, aku akan jawab sebab suka2 je. aku suka menaip, kekadang aku suka share cerita je. walaupun cerita tak berfaedah aku suka je share. hahaha. mana tau suatu hari nanti aku hilang ingatan ke, boleh la baca blog sendiri cari memori yang hilang kan. hahahhahaha~ drama sangat kau nie BV oiiii~

bulan april bulan lepas, aku ada terima satu email yang tacing la bagi aku. hahaha. touching jenis happy2 gitu. wakakkaa. :3



aku dapat email dari pembaca blog nie sejak dari tahun 2012. lama tuuuu~ kiranya dari awal aku berblogging la. hahhaha. terharu baca nie. wakakaka~

ada jugak reader yang setia kan. hehehe. aku tau ada je silent reader blog aku nie. tapi dorang diam2 je takbanyak bunyik. hahahahha.


Assalamualaikum. Sy seperti nama diatas. ( sy daripada negeri cik siti wan kembang) sy mengikuti bv sjk tahun 2012 lagi. Masa tu bnyk tutorial bv buat. Selain itu, Sy suka baca blog bv sbb banyak cite menarik. Gaya penulisan bv sangat menarik hati sy. Sy selalu baca entri bv. Ada bnyk kisah mengenai kehidupan anda yg mematangkan saya. Terima kasih bv sbb buat entri yg best2. Akhir kata, caiyok bv. Harap bv berjaya dunia akhirat. Aamiin :3


terima kasih tau sesiapa yang sudi baca blog picisan, kopak, cekodok, mereng kita nie ye. ada jugak yang sudi baca blog BV nie. sedut hingus jap~ sokongan dan dorongan anda semua amatlah BV hargai. nie yang buat aku berkobar kobar menaip entri tentang kehidupan nie. wakakaka. rasa nak masuk bakul suruh korang angkat je. hahahhaah~

segala komen dan cadangan korang tentang blog aku kalau secara private nak menegur aku on je, boleh email ya. inshaALLAH aku terima dengan hati terbuka teguran2 tu.

entri nie bukanlah untuk tujuan menunjuk2, cuma aku terharu dan sebagai penghargaan kepada si penghantar email. wakakaka, aku balas tanya dia ada blog tak, dia tak balas pulakkk wakakaka. siapa tulis email baek ngaku, taknak ngaku pun takpa, aku happy je. hahahha. masehh awakkkk~

alhamdulillah.

sekian,
ilal liqa'





Friday, 1 May 2015

MEI sudah tiba

Assalamualaikum
mei sudah tiba. harapnya bulan mei nie aku lebih rajin update entry dan  blogwalking sambil bekenalan dengan kengkawan blogger. cehh. hahhaa

sebab aku rasa bulan april bulan yang buzy bagi aku sebab latihan industri kan. sekarang tengah cuti sem. hahahaha. ada banyak free time, ingat nak kerja, tapi taktau nak kerja apa. hahahaha. so maybe dok rumah je kot. meternak lemak. ternak la banyak2 ye.

selamat hari pekerja bagi yang bekerja. hehehe~

sekarang aku tengah layan the return of superman, alaaa yang korean reality show tentang bapak2 jaga baby tu. seronok melayan karenah budak2. lucu je bila para bapak2 yang jaga baby, yang kembar tiga tu comel sangat. daehan mingook manse. comel gilosss~ kalau dekat rasa nak gomol2 je pipi dorang tu tau. hahahaha~


agaknya apa perancangan nak buat bulan mei nie ye?
lama dah aku teringin nak pergi perpustakaan awam. tapi malas~
wakakakak. harap ahad nie dapat pergi. :3

sekian, 
ilal liqa'