cuti dah nak habis woi

Saturday 21 November 2015

Assalamualaikum
cuti semester dah pun nak habis. dan tiadalah lagi masa nak mereput di rumah. masa mereput di poli pulak. aku baru je dapat result semester 5 pada khamis lalu. wuhuhuhu. alhamdulillah, result okay dan jangan tanya berapa. hahahahha. syukur sangat sebab penat lelah berhasil. cewahhhh. dan semester depan atau semester 6 adalah last semester. inshaALLAH.

lepas tu, biarlah gambar berbicara. gomenasai

masa cuti aku dihabiskan dengan mengadap laptop acer putih tanpa nama. aku bukanlah jenis seorang yang memberi nama kepada benda tidak bernyawa, overall cuti aku dipenuhkan dengan menghadap laptop. taksia2 aku ambik course IT, tetiba. hahahhahaha.


makan sedap2 bila hujung minggu je. tu pun aku asyik order benda sama mee hongkong dan mee goreng basah. berselang seli tiap minggu. bosannya T^T kedai sama tiap minggu kot. makbapak dan adik2 takut cuba makanan tempat lain takut taksedap dan menyesal dan membazir. lagipun kedai makan nie dah biasa dengan kami sekeluarga. pelanggan tetap tiap hujung minggu. takpun kedai nie tutup, pergi makan la kat kedai atuk janggut putih yang jual ayam goreng berempah tu, atau lebih dikenali sebagai kepci. biasalah tu kot, bila dah selesa, dah takboleh move on dari situ agaknya. hahhahahhaa


nie faveret aku. sotong goreng mayonis. aku boleh habiskan semua nie sorang2. tapi sebab adik bradik ramai, kongsi2 la kan. lu langsi kami kongsi. ingat best jadi kakak sulung yang selalu mengalah. *tapi sorry eh, aku tak mengalah pun, dendam kesumat masih ada. okay joke! hahahaha*


siapa yang habiskan cuti mereput depan laptop, kita geng. brofist sikit~


wishing all students yang nak daftar poli, all the best and may ALLAH ease everything :)

sekian,
ilal liqa'





28 comments

  1. Dtg singgah bg brofist! Hahahahahah, samalah! Cuti sem dah nak habissss dan mmg mereput je lah kejenya bila cuti niiii x3

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat kembali belajar la lepas nie. hehehe :D

      Delete
  2. goodluck for your last semester ;) fightinggg

    ReplyDelete
  3. wahh congrats. result gempak tu :P
    akak dulu pon tiap cuti sem mereput depan lappy. pastu makannn je
    ada 1 sem tu je yang buat keje part time. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la kak XD hehehe
      memang mereput dan makan je keje. cuti tak berapa panjang so malas nak buat keje part time. hehhee

      Delete
  4. haha terliur ngga gamba makanan ya. erhh

    ReplyDelete
  5. sedapnya sutung guring itu kelihatan

    ReplyDelete
  6. hahaha kita geng. sanggup kmk mereput dlm bilit main laptop dari bejalan entah ke sine. brofist sikittt xD jom mereput berjemaah hahahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaa, sama jak. malas keluar rumah maka mereputlah sepuasnya dirumah XD

      Delete
  7. *brofist!!!!!!!!!!!!!*

    hehehehe ok sotong goreng tu sumpah tempting ughhhh hihihi

    have fun enjoy the last bits of cuti ye bv hihi
    <3

    ReplyDelete
  8. samela cuti kite pun nak habis dah T^T barang apa pun tak kemas lagi.

    ReplyDelete
  9. mee tu nampak sedap.. Lama tak dtg blog ni, dan blog ni x prnh menguciwakan. Selalu je ada aura hipster mengalir kluar dri skrin ahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap tu. faveret, hahhahahhaa hipster sangat. hakak tak main la hipster2 nie. XD

      Delete
  10. Comelnya laptop putih! :D

    Selamat kembali ke sekolah, BV. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanksss.
      nak kembali dah nie, sedihnyaaa T^T

      Delete
  11. tengah lapar,tetiba bw sini nampak makanan sedap sedap. hulamak dugaan! hahaha

    ReplyDelete
  12. jadi habit kalau cuti duduk mereput depan lappy. haha

    ReplyDelete
  13. Kasi brofist, habis bergegar skrin komputer kena tumbuk...hahahahaha

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!