Friday, 25 September 2015

status raya haji

Assalamualaikum
hari nie raya haji. alhamdulillah, dapat beraya dengan keluarga. bagi yang di perantauan tu, yang takdapat beraya dengan family, mohon jangan sedih2 ya. hehehe, nasib baek aku dapat balik walaupun membawa esaimen melambak. memang tak bagi chance orang nak bercuti betol2. hahahaha.

macam mana raya haji aku?
macam biasa je, cuma berapa tahun raya haji dah aku tak berpeluang tengok orang sembelih kambing dan lembu depan mata. sebab masa raya haji, family aku sibuk menjenguk sedara yang buat kenduri dan tak lupa jugak nak jenguk nenek. petang2 baru beraya rumah sendiri. malam baru sedara datang rumah. pastu, malam tu jugak melepak kat rumah sepupu sambil melantak rendang dan ketupat. meriah bila lepak ngan sepupu nie. 

untuk raya haji kali nie, mak aku masak rendang ayam dan daging masak hitam. entah kenapa, family aku lebih suka makan daging masak hitam dari rendang ayam padahal rendang kan memang makanan rasmi orang berhari raya. hahahaha. makan daging masak hitam dengan ketupat memang umphhh la rasa dia, apatah lagi makan dengan nasi. tapi aku suka makan dengan roti bantal. pastu ada pulak puding gula apong. aku malas nak tunjuk gambar. sedangkan baca nama masakkan tu dah terbayang2 dalam kepala kan, 


dalam kita berhari raya haji & korban nie, harap la bersederhana je. sedangkan ada saudara islam kita menyambut raya haji dengan kesedihan, kelaparan dan sebagainya. 

sekian saja la cerita raya haji yang tak seberapa. raya haji korang pulak camne?
ilal liqa'

19 comments:

  1. Seronoknya dapat beraya dengan keluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok hehehe. sabar eh kak farah :D

      Delete
  2. saya pun dh lama dah tak tengok lembu kena sembelih. padahal rumah dekat je dgn masjid, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la. hahahaha, maybe sebab takdak teman ke apa. XD

      Delete
  3. Belum terlambat lagi rasanya nak ucap selamat hari raya aidiladha juga.
    Aku sambut dekat Kl je, cuti sehari je pun.
    Tapi dapat cuti luangkan masa dgn famili memang berbaloi walaupun hanya sehari...
    Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya haji. alhamdulillah, dapat luangkan masa dengan family memang dah cukup happy dah kan. :D

      Delete
  4. cerita raya haji ana mcm2 gak la hehe. wahhh daging masak hitam! rendang ayam! wahhhhhh sedap2 je dua2 tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap XD
      ana masak apa untuk raya haji? hehehe

      Delete
  5. Raya haji tak balik kampung pun. Sobs2. Me too, suka daging compare to rendang ayam. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, ciannya, takpa la beraya di perantauan. cewah XD

      Delete
  6. raya haji, kita sambut dengan uniten je. lagi sedih. sebab busy dengan final exam. haish. tapi nak buat macam mana

    ReplyDelete
  7. raya haji akak meriah setiap tahun..hihihi

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!