Thursday, 27 August 2015

Tips jimat duit bila masuk IPTA/IPTS

Assalamualaikum
#TipsMasukU
bagi aku yang guna PTPTN sepenuhnya memang sangat la nak jimat duit. sebab aku malu nak mintak duit dari parents. agaknya, semua mesti malu kalau mintak duit kan. segan. so, aku bergantung la dengan PTPTN untuk survive enam bulan di poli dengan bajet RM2k. rm2k untuk enam bulan gaisss~ memang perlu jimat. jadi aku share la beberapa tips jimat duit. untuk peringatan diri aku jugak sebab aku seorang yang boros. HAHAHHAHAA. ampunkanlah anakanda mu ini mak pak. lama dah tak share tips kan. hahahaha. 




1) Jangan simpan duit banyak2 dalam wallet/purse
sebab kalau banyak simpan duit dalam purse/wallet, korang akan lebih cepat menghabiskan duit tersebut. maybe certain people la yang takkan habiskan duit dalam purse. hahahaha. maksudnya nie, simpan duit dalam perbelanjaan untuk minggu nie je dalam purse/wallet. yang lain simpan dalam bank. jangan keluarkan banyak2. bagi yang malas nak gi bank berkali2. boleh je ambik duit banyak. tapi jangan simpan dalam purse/wallet. simpan kat tempat lain. macam dalam beg tak dipakai ke. hahahahhahaa.


2) Jangan bawak wallet/purse bila pergi cafe
okay, nie kalau korang pergi beli makanan nak lunch dinner breakfast ke, bawak je duit yang perlu. rancang perbelanjaan. sebab kalau bawak purse kat cafe, nafsu makan korang akan membuak. hahahaha. semua ko nak beli, ko nak rasa sebab duit ada banyak dalam wallet/purse. so, sebagai mengatasi masalah nie, gi cafeteria bawak duit ikut bajet korang je, selain dapat kawal perbelanjaan dapat jugak kawal nafsu.


3) Outing sebulan sekali bila perlu je
kekadang nie ada je students yang tiap hujung minggu je berjoli. hahahaha. kalau kau kaya raya takpa. bagi yang nak jimat tu, elok keluar bila ada benda penting dan nak beli barang penting je. sebab bila keluar nie, atm di mana2 tambahan pula purse/wallet sentiasa dibawak, bagi yang taktahan nafsu tu, mesti sekali shopping, lebih  rm20 habis. tu pun untuk makan kat luar je. hahahhaha.


4) Belanja kawan
saling berbelanja antara kawan, tak salah. niat baek dah tu. dianggap sedekah la kiranya, inshaALLAH rezeki sentiasa ada bagi orang yang sentiasa bersedekah. so, kalau berkawan saling belanja antara satu sama lain la. WAKAKKAKAA. kalau ada duit lebih, jangan takut nak belanja kawan. dengan niat bersedekah, inshaALLAH sentiasa ada ganjaran yang ALLAH bagi. kalau takdak duit, inshaALLAH kawan akan faham kita.


5) Kira bajet dan perbelanjaan harian/mingguan/bulanan
benda nie paling leceh. hahahhahaa. aku pernah jugak try cara nie sebab nak track bajet. failed. sebab malas nak update selalu. hahahhaa. paling senang, kira la pembelanjaan untuk makanan seminggu contonya, seminggu RM50 untuk perbelanjaan. so, limit RM50 untuk minggu tu je. 

************
jangan hairanlah kalau mostly duit tu habis sebab beli makanan je. beli makanan jangan ikut nafsu ye. kawal plis. puasa kalau boleh. dah la dapat pahala, dapat berjimat lagi. kalau korang jenis pandai berjimat, last2 semester pun duit still ada. inshaALLAH.

korang ada tips lain tak nak save duit??? 

jom jimat :3

sekian,
ilal liqa'


26 comments:

  1. Bagus jugak post2 mcm ni. :) time kat uni dulu Mira serious byk keluar belanja. Dah lumrah budak yg amek architecture. So kalau nak jimat, mostly beli barang in bulk so x yah nak g Art Shop balik2, or reference books yg black n white tu, copy je. But most memorable was klu nak makan, ajak member beli pizza so makan ramai2. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak keluar belanja kalau study, apatah lagi kalau beli barang related dengan study kan. :D asal pandai jaga belanja je. hehehehe :D

      Delete
  2. dulu2 masa studi mmg kene pndai bjimat ^_^

    *jemput singgah blog zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, takut duit habis sebelum habis semester :D

      Delete
  3. lama xdrop sini. hihi bagus juga tips2 tuu, akan cuba di amalkan :)

    ReplyDelete
  4. sama la abes byk duit kt makanan kui3

    ReplyDelete
  5. obviously related dengan makan ekekeke :p tapi seriously memang biasa duit habis kat makan je an haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. hahahhaa, memang kebanyakan habis kat makanan je. :D

      Delete
  6. kalau dibenarkan masak, boleh masak simple2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat poli tak boleh nak masak. T^T
      kalau dapat masak, memang best n dapat jimat belanja.
      dapat bawak heater je, tu pun dapat masak air je. hahahhaa XD

      Delete
  7. Duit akak pun banyak habis dekat makanan/groceries. Kalau beli makanan/groceries, memang tak ingat dunia. Kena berjimat cermat la lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu kak, BV pun kalau beli makanan/groceries, memang semua benda nak. T^T
      memang kena pesan kat diri suruh berjimat. XD

      Delete
  8. yeahhh.. memang camtu ena amalkan bila dah masuk Uni ni.. tambah pula ada kereta sendiri.. banyak kena guna duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu, memang kena jimat kaw2 la kalau ada transport sendiri, kelebihannya pun boleh jimat kalau nk g mana2 sbb xperlu naek transport awam. :D

      Delete
  9. Sama la. Kite pun sangat boros sebenarnya, nak beli tu beli ni. Tapi nasib baik belajar kat jengka yang dipenuhi sawit so duit tak habis shopping sangat. Hahahaha.

    p/s: bawa la rice cooker senyap2. :* hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha, sama je, kat kawasan BV belajar pun nasib baek takdak tempat nak berjimba sangat. wakakaka :D

      ^^ takut kena tangkap lak. wahahaha. :3

      Delete
  10. Zaman U memang seronok, tapi bab duit mmg satu cabaran tak kira bg yg ada PTPTN or tak ada (mcam aku ni).
    Apa yg penting, kena pandai planning.
    Nak bersuka ria sekali sekala takpe, asalkan dr awal kita dah plan berapa nak belanja.
    Kalau kedekut sgt nanti membazir plak kenangan2 terindah masa belajar...hehehe

    Sekian pesan dari pelajar tua. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. truly agree. asal pandai manage duit je, inshaALLAH cukup.
      nice tips bruhh, harap la duit nie tak menjadi masalah untuk students terus buat kenangan masa belajar. :3

      thanks a LOTSAAA! for that pesanan :3

      Delete
  11. thiz is zoooo helpful. ngeeee
    tapi hazy pernah gak ah buat camni masa asasi dulu. tapi end up bila dh bawak duit cukup2 untuk makan, mula lah org nak mintak duit bayar itu ini. next time hazy simpan extra duit dlm beg ( sikit for emergency)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. :D
      memang kekadang ada je camtu kan. kalau ada duit lebih bolehlah tolong kan?? :D

      Delete
  12. Nik jimat dah tapi tulah duduk belajar kat kemaman,terengganu nie kos sara hidup tinggi....
    Makanan mahal + barang pon mahal
    Nik Mara sebulan untuk makan dia bagi 500 tu pon cukup2
    campur duit minyak kete agi hi3....
    Kalau x pakai kenderaan save sebulan 80 ringgit hu3....
    Kadang2 x cukup jadi penemanya maggi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ada mara, memang cukup2 je duit sebenarnya. BV bajet sebulan rm200 utk makanan harian je. XD tu pun memang jimat habis2an la. :D
      kekadang memang makan maggi je sebab nak jimat duit :3

      Delete
  13. zaman belajar nii duit memang memainkan peranan penting. huhu'
    JOM FOLLOW SAYA

    ReplyDelete
  14. Masa sy belajar dulu, setiap kali balil bilik...cek poket, ada seringgit2, terus masuk tabung. Jgn tgk tabung tu..sampai la habis sem.

    Skrg ni, dah 3,4 tahun habis belajar...ada lagi duit seringgit2 tu dgn sy. Bayangkn, byk mana sy blh kumpul dlm x sedar. Hehe.


    Btw, setuju dgn tips kat atas. Terutamanya, beli mknn jgn bwk purse. Haha.

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!