Sunday, 30 August 2015

spend time with mom

Assalamualaikum
aku balik rumah hari khamis lepas. balik cuti merdeka. wakakkaa. hari isnin esok baru balik poli lagi. sebab aku balik, mak asyik tanya bila nak balik sejak awal bulan 8. sebenarnya aku plan nak balik pertengahan bulan 8, tapi sebab isnin cuti merdeka, aku asyik tangguh2 je la nak balik. nasib baek dekat kan, dalam dua tiga jam perjalanan. sebab taksampai hati lagi nak tangguh2. hahaha. rindu family dan nak release tension. pernah sekali dulu, aku asyik tangguh nak balik rumah, aku pernah cakap ngan mak, aku craving nak makan ikan bilis goreng belacan. mak aku masak tak bagitau pun (maybe nak buat suprise). tapi aku asyik tangguh je balik, dua minggu kemudian, aku balik, sebekas besar ikan bilis goreng belacan dah tersedia dalam peti sejuk, adik kata mak masak lama dah, tapi tinggalkan sebekas khas untuk aku, tapi macam dah tak fresh lagi dah, rasa dah lain walaupun masih boleh dimakan. sedihnyaaa ya ALLAH, mesti mak tunggu je aku balik masa tu. T^T berair lak mata kiteee. 

so, kalau balik rumah, memang spend time ngan family la. pastu jenjalan gi pasar atau market ngan mak pepagi ahad kalau mood jenjalan datang. rasanya memang tiap kali aku balik rumah ada je jenjalan gi pasar. paling tachinggg, apa je aku nak makan, bapak n mak cuba usahakan. wakakkaa. students yang study jejauh mesti merasakan. tapi aku taksuka la nak demand memacam. asal dapat dinner luar ngan family tu dah cukup bahagia aku rasa. cewahhh~ rasanya semua macam tu kan?? 


aku tabik dengan boys yang anak mak, rapat dengan mak. sebab selalu layan mak dorang. sebab boys nie jarang sikit nak dok memanja bawah ketiak mak. takut kena kutuk ngan kawan kot. padahal, syurga kat bawah tapak kaki mak. hargai dan bermanja lah dengan mak selagi mak masih ada. aku agak awkward kalau nak bermanja dengan mak, sebab takbiasa. wakaka. anak sulung kot, so, layan mak bebaek pun cukup la. inshaALLAH :)

'
kepsi for breakfast.


KLMJ betol, masa kekanak riang dulu suka betol makan biskut nie. :D jumpa kat market, terus nak beli. wakakaka :3


redha makbapak memang perlu dalam segalanya. 

sekian,
ilal liqa'



14 comments:

  1. craving kfc tengok wedgesssss tuuuuuuuuuuuu hwarrghhh

    ReplyDelete
  2. Ikan bilis goreng belacan, bunyi macam sedap. Selalu makan sambal bilis je. Betul tu kalau belajar jauh, balik nak makan apa je mesti mak masak. Hehe. Happy holiday bv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap sebab campur belacan dan digoreng. :D
      habis dah holiday T^T

      Delete
  3. Kasih sayang mak kan. Sanggup masak untuk anak. Siap simpan lagi.

    ReplyDelete
  4. spending time with mom is the best time ever :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. spend time la ngan mak selalu ya :D

      Delete
  5. Sukanya biskut icing tu...teringat zaman hingus meleleh dulu...hehehe
    Mana ntah nak cari sekarang, susah betul nak jumpa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang zaman kekanak selalu ada biskut nie kan :D
      kat sini banyak je lagi tapi macam makin mahal :D

      Delete
  6. bagusnya awak. kim slm mama awak nnty taw :)

    ReplyDelete
  7. Alahai tacing plak bace.. Biskut eskrim tu lgend..

    ReplyDelete
  8. biskut tu memang sedap.. lagi-lagi dipadankan dengan teh o.. memang padu

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!