Wednesday, 1 April 2015

topik sehangat oven : GST

Assalamualaikum
sekarang dah 1 april. topik hangat yang diceritakan sekarang adalah GST. goods and services tax. topik nie memang hangat sangat sebelum dilaksanakan bulan nie. banyak yang membantah dan jugak menyokong. kalau ditanya aku sokong atau tidak, aku natural kot. hahahhaa.

sebab ada kebaikan dan keburukan. aku tak berapa sokong sebab mungkin dengan GST nie peniaga banyak ambik kesempatan naikkan harga barang dengan alasan GST. dahtu pulak, kecian bagi golongan yang tak berkemampuan, macam family aku sendiri. affect perbelanjaan harian dan bulanan. cian bagi yang nak menyara keluarga yang banyak tu. kebaikan mungkin untuk ekonomi negara. hutang negara. nilai matawang RM pun dah turun kan. mungkin dengan GST nie adalah salah satu penyelesaiannya.


aku sebenarnya takberapa faham GST nie. yang aku tau tax jadi 6% je mengantikan cukai SST yang sebelum nie 10% atau lebih. bukan ke harga makin turun? aku takfaham part tu. dengan iklan kat TV pun ada ringkasan dari dialog dorang pun aku takfaham. aku cuba la jugak memahami GST nie. banyak jugak aku baca blog tempatan yang bagi explaination tentang GST. tetapi kebanyakannya bash GST. macam takdak sisi keseimbangan explaination. hahahha. sorry eh kalau salah apa2.

mungkin ada yang ambik mudah hal nie, tapi sebagai marhaen kita kena ambik tau hal nie. sebab nie negara kita kan. rasa matang pulak ai. hahahhaha. >..<

GST, berkorban duit untuk kemajuan negara tu hak kita sebagai rakyat. aku sayang Malaysia. aku taknak sebab ekonomi dan tax Malaysia jadi negara tak aman. hanya sebab duit dan ekonomi.


harapnya yang makin kaya tu bantulah golongan yang miskin. inshaALLAH tenang diakhirat nanti. sekarang nie banyak tentang isu dunia je. isu harta dunia. isu hukum ALLAH pun ada, kalau GST mampu dilaksanakan kenapa tidak hukum ALLAH kan?

aku takmampu nak komen2 apa pasal benda dua nie sebab ilmu aku pun kecik cenonet je kalau nak dibandingkan dengan orang yang lebih makan garam2 nie.


so, aku sayang Malaysia, as long negara aman.
banyak pulak aku membebel, T^T

belajar berjimat cermat la lepas nie. yang berniaga tu, harap la jujur ye. dan para pemimpin, hasil GST tu guna la dengan baik ya. amanah tu, ingat senang ke jadi pemimpin? depa pegang amanah rakyat. tak amanah? akhirat nanti bukak cerita.

jangan mengeluh. *self note*

p/s : ini hanyalah pandangan pendapat aku sebagai rakyat amatur tanpa kajian mendalam. gomenasaiiii. sorry.

sekian,
ilal liqa'


11 comments:

  1. kiri kanan depan belakang semua gst...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan naik harga barang je. Naik la gaji n elaun sekali

      Delete
  2. arini ari GST..
    mcm hari raya.. haha

    ReplyDelete
  3. itu la pasal kata ganti cukai sst 10% so harag makin turun la kan..tapi sekarang ni harga melampau2 pulak naik.macam kitew pagi tadi dah terkona dah...dari rm 2.00 jadi rm 2.50..tak faham kitew

    ReplyDelete
  4. I like part, kalau GST mampu dilaksanakan kenapa tidak hukum ALLAH kan?.. hehe

    ReplyDelete
  5. Hmm... Itulah.. Sana sini GST.. Gaya mcm nk kiamat esok..

    ReplyDelete
  6. Ena pun kurang faham dan kurang setuju dengan GST. Maybe baru lagi kot kita jadi culture shock sedikit. Entah la. Apapun lepas ni kena pandai berjimat

    ReplyDelete
  7. Saya tahun lps masuk bahas tajuk GST jadi pihak kerajaan. pastu kalah.. (motif? saja cerita ahaha) GST ni harap2 kerajaan dpt gunakan hasilnya utk rakyat. ni je yg saya mampu husnuzon skrg ni...

    ReplyDelete
  8. sana sini gst hahaha.. bising cem mane pun berlansung jugak.. tabah jela..

    ReplyDelete
  9. Tak faham juga pasal GST ni lagi.

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!