Friday, 27 March 2015

REVIEW NOVEL : Kapal Angkasa Yang Terhempas di Subang Jaya

Assalamualaikum
mood review novel datang lagi. bukan mudah mood review novel nie datang. ikut angin jugak nie. bukan mudah nak mengarang nie. hahaha. mula la merapu. selalunya kalau kita nak beli buku, mesti akan tengok kulit dia dia dulu. aku rasa istilah "DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER" tak berapa guna kalau nak beli buku kat kedai. sebab kebanyakan buku kat kedai kena cover dengan plastik. takdapat bukak, so kita mesti la cuma judge dari cover dan sinopsis dia je kan. 

Lejen Press : Kapal Angkasa Yang Terhempas di Subang Jaya by Birsilah Bakar


sinopsis belakang buku

Nabila adalah seorang remaja yang tertekan dengan kehidupannya. Penyelesaian kepada masalah yang ada dilihat dengan berlumba dan ini membawa kepada lebih banyak masalah. Walaupun abangnya sendiri yang telah memperkenalkan sukan ini, bapanya jelas tidak bersetuju dan mengambil keputusan menjual motosikal kesayangannya.

Lari dari rumah, Nabila terserempak dengan tiga lembaga yang sedang bertengkar di dalam gelap. Mengesyaki sesuatu yang buruk sedang berlaku, dia tunggu sambil memerhati dan menjadi saksi pembunuhan seorang lelaki. Si pembunuh lari meninggalkan seorang budak menangis sendirian di tepi pantai yang lengang.

Bertekad untuk menolong, Nabila berhajat membawa Kit bertemu pihak berkuasa apabila dia diberikan sebuah loket untuk ditiup. Akur, dia terperanjat besar apabila turun seekor naga hitam yang besar diberi nama Morfius. Wisel Perak itu sebenarnya digunakan oleh orang Bulan untuk memanggil sekumpulan makhluk bernama Nagasari.


review by BudakVanilla


perjalanan mula dalam novel nie akan rasa agak slow. sebab banyak cerita tentang kehidupan Nabila dan bapaknya. Mak si Nabila nie hilang ketika sedang bekerja mengkaji sesuatu di artik. Nabila nie terer bawak motor, abang dia yang kenalkan. every time dia stress, merempit la jawabnya, bawak motor laju2. siapa sangka Nabila dari terer dari mat rempit yang lain walaupun dia perempuan. satu hari, bapak dia marah, Nabila pun lari dari rumah. pergi pantai. nampak la kejadian pelik. 

baca la sinopsi belakang buku tu ye.
mengikut kepala aku yang gemar berimaginasi secara hiperbola, part yang berlumba di angkasa lepas mengelilingi dunia dengan naga hitam tu best. siap ada aksi lawan2 diangkasa lepas lagi.

teringat dengan movie how to train ur dragon.

Nabila si penduduk bumi diberi kepercayaan untuk menjadi wakil dalam perlumbaan menunggang si naga. dalam perlumbaan nie pun banyak cabarannya. taksyok la kalau aku cerita sini. ada la beberapa kisah family dalam novel nie. macam mak Nabila hidup lagi, rupanya Kit atau Kitra tu adik Nabila. abang Nabila pun ada pergi ke angkasa. kalau aku bukak semua cerita sah2 la jadi spoiler. korang baca la sendiri ya. hahaha.

baca la. daripada asyik melayan novel tipikal cinta melayu tu. tukar genre la sikit. wakakka. 

sekian,
ilal liqa'


6 comments:

  1. macam fiskyen bergabung dgn dunia nyata kan..hehe

    ReplyDelete
  2. nampaknya penulis novel Malaysia dah mula keluar dri tampuk lama. dah mula berimaginasi and cari sesuatu yg baruu.. nice rasa berminat pulak. tapi skrg saya dlm sindrom malas membaca uhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak je novel yang menarik macam nie. tapi novel2 cinta cintun lebih laku. :D

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!