halatuju selepas spm

Wednesday 4 March 2015


Assalamualaikum
nie nak cerita pengalaman aku spm. hahahha. kemahen cerita pasal pengalaman kan. konon tua sangat. hiokhiok. aku spm tahun 2012. masih ku ingat lagi macam mana aku spm. hehehe.

ada la beberapa entry masa aku masih noob dalam bidang blog dulu. nak gelak baca entry dulu2 zaman spm. hahahahhaa.

keputusan spm aku. hahhahaha. aku sedar jugak aku banyak bersikap selamber gila. not care sangat pasal spm. aku cuma nak lulus je. lulus math. serius, masa nak ambik keputusan pun aku takdak feeling sangat. dah expect yang aku banyak main kan. hahahha. nie pun dah cukup banyak dah. :D pepandai la korang korek entry result spm aku ye. kemain update sehari sebelum tu nervous kemain. esoknya slamber je aku ambik result terus nak balik. wahahahha.

bagi adik2 yang masih mencari halatuju selepas spm nie. akak nak bagi nasihat sekettttt. eh akak pulak. hehehehe.

adik2 yang dikasihi sekalian,
result elok tu kira bonus korang la. result cukup makan kira nasib korang elok la, result teruk itu bukan penghujung dunia la. tak semestinya result terus takdak peluang nak sambung belajar. jangan pendek akai noooo. sekarang banyak je program yang menarik untuk sambung belajar. aku rasa masa form 5 tu mesti dah banyak kaunseling dan program tentang pemilihan career yang sesuai dengan minat kan.

nak sambung belajar boleh mohon kat upu. jangan dok rumah je tunggu surat datang. aku dulu nak masuk uitm. tapi aku mohon melalui upu je. kan boleh pilih banyak2. hahaha. silap aku takmohon terus kat uitm. aku harapkan upu je. wakakka. aku dah target kalau masuk uitm ambik course graphic design or anything related la. alhamdulillah, rezeki aku ada di politeknik walaupun dalam bidang berbeza. bidang programming. sekarang dah sem 4 pun.

tu bagi yang nak belajar lagi la. kalau nak tempat yang 'tak beberapa banyak teori' kiranya taknak pening2 dengan exam dan sebagainya, mohon la kolej kemahiran macam giatmara, institut kemahiran belia dan negara. walaupun ada yang tahap sijil, banyak lepasan2 yang kemahiran nie dapat kerja tau. jangan pandang rendah dengan orang yang ada sijil nie.

taknak belajar lagi? nak kerja terus? boleh je. fikir la masa depan korang ye. kalau mampu. teruskan. fikir masak2.

nak sambung form 6 pun boleh je. kalau korang jiwa kental dan tahan belajar. lepas habis form 6 boleh sambung degree terus. inshaALLAH.

dah nak sambung belajar? dah dapat tempat?
cepat2 la apply biasiswa, better dari ptptn. kalau result cantik cepat2 la apply biasiswa. nak apply ptptn boleh je, tapi mesti berani tanggung hutang la macam aku, ggagaggaga. nak tau pasal ptptn. baca sini http://budaksukavanilla.blogspot.com/2014/12/yey-ptptn-dah-masok.html

kalau family korang mampu, boleh masuk ipts (swasta), sebab ipts banyak perbelanjaan. aku tak kata yang swasta nie takbagus. cuma memang bajet mesti tinggi la. :D

sebelum apa2. fikir baek2 ye. masa depan tu. :3
kita hanya mampu merancang. ALLAH yang tentukan. :)

sekian,
ilal liqa'


18 comments

  1. result akak pun ke laut dik.. cover balik masa dip..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sekarang nak berusaha lebih. inshaALLAH :)

      Delete
  2. mana mana nak sambung pun boleh yang penting nak belajar :D

    ReplyDelete
  3. salam ya akk.nk tau pasal programin. saya minat sgt. *mata menyala nyala hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam.
      blh pm kat fb kalau nak tau sikit2. hehehe.
      BV tau sikit2 la. :)

      Delete
  4. takpe...for those yg lepas tu rezeki ada... jangan risau..itu dah di janjikan dah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kita cuma merancang kan. ALLAH yg tentukan segalanya :)

      Delete
  5. TT^TT thnks akak, anddd happy belated birthday. Saya smlm tak bukak blog sgt pun, blogwalking sikit2 je pastu dh x. Dia cam hilang mood smlm ahaha. Apapun, hidup kena teruskan and I will look forward for tomorrow!~

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks awak. hehhee. takpe la. kira awk dah cemerlang dah. wehehehe. :D\
      tahniah tau. :3

      Delete
  6. masa akak dah lepasss. haha. yeayy. tapi kena tanggung ptptn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sy pun dah lepas spm. masih guna ptptn lagi. T^T

      Delete
  7. Moga-moga adik-adik SPM ni membuat keputusan yang bijak untuk masa depan mereka :)

    ReplyDelete
  8. spm mmg kene buat betul2..tapi its just a ticket to be in university...sy sendiri x dapat straight A's..tp alhamdulillah ade rezeki jgk msk u..huhu

    ReplyDelete
  9. saya tgh mohon upu skrng ni. haraplah dapat kat mana2 U dan bidang yg saya nak tu ade :)

    ReplyDelete
  10. saya budak SPM 2009. heheheh... teringat zaman SPM dulu. menangis sangat2 masa jawab BM. hahahhahahahaha... sebab masa test pernah dapat gagal. GAGAL! nasib baik SPM A+

    saya student IPTS. memang betul. banyak perbelanjaan dia. saya ada cter kat blog. kalau budak IPTA, belanja dia makan 2k je satu sem. kami satu sem 6k

    ReplyDelete
  11. Saya dah mohon upu.. but macam mana kalau nak mohon terus dekat UITM.. akak tahu caranya?? mohon reply dekat blog saya (arrienlove.blogspot.com) yea ^_^

    ReplyDelete
  12. Yupp, tak perlu nak bersedih dengan apa yang dah terjadi. Keep on moving forward! =)

    Bagi yang sedang bersedih = http://syahmizaludin.blogspot.com/2015/03/result-spm-teruk-ada-masa-depan-ke.html

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!