Tuesday, 24 March 2015

Contest: Hijab, Let's wear it right!

Assalamualaikum
thanks for inviting me. wehehe. contest nie menarik sangat sebab dalam kita bercontest boleh jugak berdakwah kan. inshaALLAH. so lets started.


- Mengapa anda pilih untuk berhijab?
- Pesanan anda untuk mengajak muslimah untuk berpakaian mengikut syariat.

aku nak cerita la sedikit pengalaman aku dalam berhijab nie. masa sekolah rendah, aku start berhijab masa umur 10tahun (darjah 4). tu pun kekadang pakai kekadang tidak. kalau jenjalan keluar rumah pakai, ada masa tak. pakai tudung sebab bapak aku suruh. dah masuk sekolah menengah pun, masih sama macam tu. pergi sekolah dan jenjalan pakai tudung, pastu, masa kokurikulum, taekwondo, tak pakai pun. T^T walaupun masa tu aku memang dah tau tudung wajib untuk perempuan yang baligh. astaghfirullahalazim.

dah tingkatan 4, baru serius berhijab. nak pergi mana2 kompom nak pakai hijab. pastu masuk politeknik, pemakaian pun berubah sedikit demi sedikit. lebih kepada menutup aurat. pakai baju longgar2, pakai skirt. pakai seluar longgar2, pakai stoking. inshaALLAH, semoga istiqomah. tutup aurat WAJIB tau. 

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31) 
*************************************


BudakVanilla

nasihat bagi muslimah2 semua. (self note)
kita nak berubah boleh je. tak semestinya sekelip mata boleh berubah kan. kalau pakai hijab, aku rasa semua boleh berhijab kan. pakai je tudung atas kepala, tutup kepala. tapi berpakaian ikut syariat nie banyak yang abaikan. macam aku sendiri la kot. T^T harap istiqomah dalam menutup aurat nie. sebab ini perintah ALLAH. biasakan diri dengan pakai pakaian longgar macam baggy shirt atau loose shirt top. bila dah biasa, korang akan rasa lain sangat bila pakai baju ketat. biasakan diri pakai stoking, kaki tu pun aurat tau. pakai tudung tutup dada. aset wanita kena jaga dari pandangan ajnabi.


aku sendiri tak sempurna. masih banyak lagi kena perbaiki. tegurlah aku kalau aku ada salah silap. semua kita tak sempurna. ada hikmah ALLAH cipta setiap manusia berbeza, tapi manusia dikurniakan akal. guna akal, ada sebab ALLAH wajibkan kaum wanita menutup aurat. kebanyakan sebabnya kita sendiri boleh tau. inshaALLAH. :)

nak berjaya didunia dan diakhirat? ikutlah suruhan ALLAH dan amalkan sunnah Rasulullah SAW. :)

jom jadi baik. :D

aku pun pernah share pasal tabarruj. baca LARANGAN SYARAK BERKENAAN TABARRUJ (BERHIAS) KE ATAS WANITA.

sekian, 
ilal liqa'


16 comments:

  1. dulu pkai tudung sbb mak ayh suruh..
    lame2 bile dh terbiasa pkai tudung, jd segan kalo xpkai..

    semoga tros istiqomah..

    gud luck!

    ReplyDelete
  2. wahhh... bagus contest ni.. akak puji dan sokong...

    dan semoga kita sama2 diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk istiqomah dalam menutup aurat.. hati kita milikNya... :)

    ReplyDelete
  3. Samalah dengan akak dik. Lepas mak gi umrah, baru akak istiqomah bertudung.

    ReplyDelete
  4. Good luck ya.

    Akak dulu pun on off juga. Tapi, alhamdulillah, berjaya jugalah bertudung.

    ReplyDelete
  5. Good luck bv tau.. Hadiah pe tuu

    ReplyDelete
  6. dari segmen yg same..all da best sis & moga istiqamah.. :)

    http://heartykisah.blogspot.com/2015/03/contest-hijab-lets-wear-it-right.html

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum.. Good luck dear! All the best :)
    ~ Sponsor http://www.nurulhidayahdiary.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Gudluck.. :)

    44 pemenang dicari!!!

    Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
    - Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
    - Kain Pelikat - 2 pemenang
    - Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
    - Pin Shawl - 2 pemenang
    - Blause - 1 pemenang
    - Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
    - Cash RM30 - 1 pemenang
    - Cash RM10 - 2 pemenang
    - Topup RM10 - 3 pemenang
    - PVC Keychain - 30 pemenang

    Jemput join segmen bagi yang belum join. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..



    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!