Friday, 13 March 2015

bila pensyarah datang menyelia

Assalamualaikum
kali nie nak cerita lagi pasal praktikal atau latihan industri. mentang2 tengah praktikal kan. asyik cerita tentang praktikal je. wakakkaa. tipikal la, hahaha. takkan aku nak cerita tentang kucing jiran sebelah rumah beranak lak kan. macam tajuk yang lurus ke titik ; baca straight to the point, mesti la korang tau la aku nak cerita tentang pensyarah yang datang menyelia aku ditempat aku praktikal ini kan. :3


so seminggu sebelum minggu ini, hari selasa kalau tak silap. salah satu nombor pejabat ada call aku. sebab banyak student LI yang lain cerita tentang pensyarah penyelia, so aku memang expect la lecturer call. wahhaha. kemain debaran jantung masa nak sambut call tu. wakaka. dia call pepagi.

hampir macam nie la conversation yang berlaku. takla exactly macam nie. aku dah lupa. tapi hampir2 la. :-
aku : hello
lect : hello, ini Maaffahhahbfabjhfjhajbfbbjahf (takingat la nama siapa lect tu sebut)
aku : hah?? eh bukan, ini intan ainin.
lect : eh, bukan? (diam jap). oh. ini intan ainin yang praktikal di ------.
aku : ya.
lect : saya pensyarah pks (bukan lecturer pmu tempat aku study). so minggu depan, hari khamis mungkin kami akan datang menyelia.
aku : oh, okay.
lect : nanti kami faks surat. dan tolong inform penyelia kamu.
aku : okay, boleh2.
lect : maybe dalam minggu depan la. isnin selasa (sebut semua sampai hari jumaat) gelak.
aku : hah? oh okay boleh2. *chuckles*
lect : okay. terima kasih.
aku : sama2. (blur lagi)


lecturer tu okay je. aku yang nampak hambar hahaha. sebab lect lelaki. so, minggu nie, aku menanti lecturer datang dengan penuh debaran la. hahahha. lol. sebab aku sorang je yang praktikal sini kan. mesti la nebes nak mati. wakaka. aku memang dah set dalam otak la, lecturer tu akan datang hari khamis. LOL.

menghitung hari. detik demi detik.

tetiba. hari rabu, petang dalam pukul 3, aku dapat satu panggilan dari nombor henpong tidak dikenali. hahahaha. nak jawab call, sebab masa kerja, aku segan nak jawab call depan staff lain, so aku jalan la nak gerak gi pintu, jawab call. call dah jawab. entah kenapa aku berhenti depan pintu, nak keluar bukak pintu slow2, aku terlanggar pintu lak. (sebenarnya kaki aku yang langgar). hahahhahaahhaha. besar gila bunyi dia, mesti lecturer tu terkejut. hahahhaa. so aku taktau la tu lecturer memula.

sampai la dia tanya nama dan tempat praktikal. aku kata la dekat mana aku praktikal. dia tanya lagi, aku bagitau details. pastu dia kata "saya ada dekat depan TMpoint sekarang". hah??? serious aku terkejut beruk gila2 punya beruk la. dia taktau kat mana pejabat tempat aku praktikal. aku kata dekat atas TMpoint. (mesti dia fikir : atas mana? atas atap? hahaha) lecturer macam taktau. so aku offer diri turun kat depan sambil henpon masih lekat kat telinga.

bukak pintu depan. tengok kiri kanan. tetiba ada hon. dan lecturer dalam tepon kata nampak dah. aku taktau la kereta mana satu yang hon sebab banyak kereta depan tu plus aku rabun jauh. hahahaha.

so aku tunggu lecturer tu. sama2 naik tangga dan masuk office. aku memang nebes gila dah masa nie. hahahhaha. sebab tak expect lecturer datang, pemakaian aku hari tu nampak sempoi kot. loose shirt, sluar slack and converse shoes. hahahha. kalau aku tau lecturer datang mesti aku pakai skirt labuh kot. >..<

then, duduk, lecturer tu nak interbiu aku. dia ada tanya sikit la pasal aku kat staff lain. kembang hidung bila staff cakap. "she very good". :D

isi borang. tangan aku vibrate LOL. hahhaa. bergetar sampai tulisan senget benget. so start la interbiu. dia interbiu aku dalam bahasa inggeris. aku sekati je lantak bahasa tunggang langgang asal ada key point. lalallaalala. dia tanya la berapa purata cgpa aku. aku bagitau la. memang aku nie blur eh. aku ulang2 lagi soalan dia. nampak sangat ke-nervous-an aku.

lecturer tu tanya lagi, lepas habis diploma, aku nak sambung belajar ke nak kerja terus? aku jawab nak kerja lepas habis bayar ptptn baru sambung belajar balik. dia nasihat sikit la, bagus kalau sambung belajar terus. dapat kan biasiswa. purata cgpa untuk layak dapat biasiswa ialah 3.25 ke atas. purata pointer untuk overall semester 1-6.

alhamdulillah. dapat la motivation untuk belajar sungguh2 next sem. inshaALLAH. thanks lecturer! muka garang sikit tapi nasihat encik lecturer saya hadam dalam2. hehehe.

ada la dalam sebulan aku bakal tamat latihan industri. yahooo. weeee~

sekian,
ilal liqa'

5 comments:

  1. pengalaman yang sama masa praktikal dulu..keep up good work yea...semoga berjaya!

    ReplyDelete
  2. ahaaa... sama la dulu time shad praktikal pun,, mmg cuak habis bila lec call cakap nak datang
    buat lawatan.. hehe.. and, kembang jugak la hidung ni pun, staff n penyelia tmpt keje cakap kita bagus gileerrr..
    tapi, ada ke penyelia tmpt keje yg akan ckp kita ni tak bagus depan pensyarah?? haha

    ReplyDelete
  3. wah.. comel ja orang nervous ni. hahaha.. XD . time sy tandatangan dan tulis nama sebelah jpj time test jpj harituh.. bukan main tgn vibrate.. haha.. (tulisan mcm apa ntah buruk sgt)

    ReplyDelete
  4. goodluck after this.. nak tggu hbis bayar ptptn, takut t tua baru dpt sambung..hehe

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!