Wednesday, 11 March 2015

antara tudung bawal dan shawl

Assalamualaikum
baru2 nie aku ada la cuba pakai shawl. memang lama dah nak cuba sebenarnya. dulu aku pernah la pakai shawl. style pelik sikit la. dalam tudung syria, pastu luar tu sangkut shawl dan tak pin pun. hahaha. aku pun taktau macam mana dapat style nie dulu. dah ramai orang mula pakai tudung syria tu. aku stop pakai. kembali normal kepada bawal. hahaha.

lol. hahhaha


bawal memang senang nak pakai. cuma satu je masalah aku pakai tudung bawal nie. kenapa aku pakai memula cantik kemain shape dia. pastu lama2 jadi pelik pulak. berkelepet sana sini. kat bahagian atas tu kembung la. apa la. hahaha T^T tapi sebab selesa pakai. aku memang pakai je biarpun comot2 macam apa tah.

sekarang tengah femes amos gegadis dan wewanita memakai wide shawl. sekarang pun macam2 jenis wide shawl yang dijual samada online atau offline. aku pun tertarik la nak cuba wide shawl, sebab wide kan. inshaALLAH boleh tutup aurat.


tapi kan. aku rasa muka aku lak yang nampak wide sangat bila guna wide shawl. dahlah aku main belit sukati je. wakakkaa. permandangan memang wide angle sangat dah. maybe sebab shawl aku belit sukati je kan. so aku tak berapa selesa sebab asyik nak adjust je yang kat bahagian bahu n dada. sokay. nanti aku rujuk tutorial dengan youtube kan. semangat sangat haaaa~

bagi aku bawal dengan shawl ada kelebihan memasing. so aku kiranya pengguna dua2 la tudung bawal dan shawl. tak kisah la nak pakai apa pun. asal tutup aurat dengan betul kan. pakai baldi pun boleh, cuma takut kena label orang sewel. so tak berani la. hahahhaa. XD ko berani? hebaq. tepuk tangan. :D

sekian,
ilal liqa'

33 comments:

  1. wahhh, comellah BV pakai shawll. hihi. nanty nak post gaklah pasal bawal ke shawl. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha. malu lak ittew. :D
      maceh. :D
      share la post psl bawal ke shawl. nak jugak baca pendapat sis kan. hehe :D

      Delete
  2. saya suka tudung bawal tp x menafikan yg shawl nmpk lgi eksklusif and sesuai untuk majlis2.. tp muka saya x sesuai sgt pakai shawl. nampak pelik dari tepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV pun suka bawal. :D bawal sekarang pun cantek2 dah. :) cuba la guna shawl. hehhee. dulu BV pun rasa taksesuai guna shawl sebab muka nampak bulat sangat. hahhaa. sekarang nak cuba pulak :D

      Delete
  3. huhuh dik akak pakai AJ elok je bawal dia.. try la.. no kembang2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke? nanti usha igshop. hahha. :D
      selalu jugak usha2 AJ punya bawal sebab design lain dr yg lain. :)

      Delete
  4. bawal dan shawl dua2 suka! follow sini yer sis! =)

    ReplyDelete
  5. Macam akak pulak.Dulu memang giler tudung bawal tapi sejak dah kawin ni..terjebak pulak dengan wide shawl.
    Rasa lebih comfortable dengan wide shawl sekarang.Bila cuba pakai tudung bawal balik..adusss..hodoh bebenor muka time tu.Aka bagi cadangan adik tengok tutorila simple dari Irinenadia..Simple jer cara dia pakai shawl.Yang penting labuh dan menutup aurat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaah. memang kalau lama dah takpakai bawal rasa pelik eh? hehe. shawl n bawal dua2 okay. :D sy ada jugak tengok tutorial sis Irinenadia. memang menutup aurat dan labuh. thanks for suggestion sis. :D

      Delete
  6. ok ja.. maybe sebab kita tak biasa.. dulu masa ai nak belajar bershawl rasa pelik sangat.. lama2 dah ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. memula mungkin rasa pelik kan. inshaALLAH lama2 ok. :D

      Delete
  7. akak suka pkai shawl tp suka buat mcm bawal...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu kak. 2 in 1. ada jugak yg buat bawal jadi shawl kan. hehe.

      Delete
  8. kannn ihihik
    qila pun rindu bawal hihu so ada lah pakai haritu hehe <3
    itu pun depends. baru sedar yg qila gemok and kena pakai above bidang 45" hiks.
    so yeah nnt nak gi borong wihii~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh, qila pakai apa2 pun comel. :)
      boleh je pakai bawal bidang 45 kalau nk labuh2. pernah tgk tutorial kt fb. yg penting ada inner. :)
      borong shawl sekali. hehhehee ;D

      Delete
  9. akk suke pkai bawal..
    kdg2 bawal jd shawl..
    pastu tgk org pkai shawl, akk pkai shawl blk.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kak. sebab boleh tukar2 kan. hehehe

      Delete
  10. sy rembat je pakai apa-apa...lepas senget benget, terus nyesal tak nak pakai...kalau tudung bawal, tak ada masalah kalau gelembung, sebab boleh cover dengan speck....hahaha, kalau bab shawl, memang fikir 5 kali kalau nak pakai :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu. asal dapat tutup aurat je kan. hahha. :D pakai la shawl. hahha.
      bawal memang sesuai utk pengguna spec eh? hahaha.

      Delete
  11. Saya pun dah lama tak pakai shawl. Kali terakhir pakai pun masa form 4 or 5 kot? Since then, pakai tudung bawal je la sebab senang, tak la berbelit-belit. Tapi tulah, nak keluar jalan2 tadi teringin nak try pakai shawl. Nak lilit2 pun macam......alahai~ dah macam apa. =='

    ReplyDelete
  12. betul tu.suka bawal tapi kena tiup angin sikit,atau pakai helmet sekejap mula la dia herot berot T_T..haha..

    ReplyDelete
  13. Saya pun selalu pakai bawal juga. Tpi tulah masalah dia seperti yg dinyatakan diatas. Hahahaha. Haritu pun sye ada beli wideshawl selesa sgt pakai :D

    ReplyDelete
  14. kalau nani suka shawl senang nak pakai.

    ReplyDelete
  15. sy just pakai tudung instaant je xD lgi pon tudung instant tu skarang design dia dah cantik2, x mcm dlu.

    ReplyDelete
  16. minat bawal lebih, tapi sebabkan nak senang pakai, sekarang more into pashmina :D

    ReplyDelete
  17. Ena dedua jenis tudung ena layan.. Tapi kalau ke kelas suka wide shawl sebab tak payah nak gosok... ekekeke

    ReplyDelete
  18. Sama laa kita pengguna tegar bawal tambah sikit akak pengguna tegar bawal n shawl hewhewhew, tapi kadang2 bawal tu akak buat style shawl hahahaha
    Sekarang dah beralih ke bawal bidang 60 jadi rasa secure sikit bila pakai, entah kenapa macam tak selesa kalau nak pakai bidang 45 tu, habis semua tudung bidang 45 akak campakkan ke dalam almari terperuk je huuuu

    the wide the better, kan?

    ok je tu bv pakai shawl, next time boleh try kemas2kan lagi, takde hal laa tu kan youtube ada hiks, asalkan kita tutup apa yang sepatutnya ditutup :)

    ReplyDelete
  19. Nampak comel je bila pakai shawl.

    Teringin juga nak cuba pakai shawl tapi tak pandai. Lagi pun, tak tahu nak cari shawl dekat mana kalau dekat sini. Pakai jelah tudung Akel.

    ReplyDelete
  20. saya lebih suka pakai wide shawl... senang nak belit even tudung bawal lagi simple. tapi tudung bawal banyak jarang la... jenuh nak pakai semua benda sebab nak tutup rambut tu

    ReplyDelete
  21. Tumpang BW, mai singgah sat kat sipanjangkata.blogspot.com ( Apa Si PANJANG nak ghoyat minggu ni? ) oh.. artikel ni memang best erk... nak contribute leh x?

    ReplyDelete
  22. serius.. sejak yaya guna shawl.. yaya dah tak pakai bawal.. sakit hati sgt bila tudung rosak,, :'( kejap kembung la.. apa lah. geram 100x

    ReplyDelete
  23. saya pakai jee dua2..tapi saya dahulukan yang mana takpayah kena gosok dulu haha

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!