Sunday, 15 February 2015

REVIEW NOVEL : ASRAMA by Muhammad Fatrim

Assalamualaikum
nak review novel nie hah. rasanya first time kot buat review untuk buku. wakakaka. nak share la dengan korang kan buku yang best. :D kalau baca review aku maybe akan jadi spoiler la buat korang yang baru nak membaca. so kalau taknak spoiler, jangan baca review aku. ye dak. wakaka.


buku fixi ASRAMA by Muhammad Fatrim.


sinopsis belakang buku

“Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia. 

“Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.

 “Tak, maksud aku...”

 Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram. “Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya. 

Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia.

 “Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia.


review by BudakVanilla (spoiler alert)
memula baca aku seriusly keliru kot. eh apasal novel nie macam nie. kenapa itu macam itu. wakaka. Dahlia, budak baru masuk asrama. banyak la benda pelik jadi. kononnya asrama berhantu. memang berhantu sebab dia la yang hantu. sebenarnya Dahlia mati dalam kebakaran kat asrama. maksudnya kehidupan yang dia rasa sekitar asrama tu cuma ingatan je la. nak kata seram? takla seram. cuma cara penulisan yang baek buat jadi seram. part paling seram bagi aku masa Dahlia cuci baju kat toilet dan dia ingat ada orang cuci baju jugak. sebab dia nampak sipi2 orang tu cuci baju kat tandas sebelah. padahal tempat tu kering je kot masa dia nak keluar. pelik kan. kawan dia yang tengok, rupanya hantu tanpa kepala yang cuci baju dengan Dahlia tu la kawan dia lama dah lari. bagi aku novel nie okay la. sebab ada psiko sikit lain dari yang lain.

sekian,
ilal liqa'



11 comments:

  1. buku ni best :) baru habis baca haritu

    ReplyDelete
  2. bace review pon dh seram..
    ish.. xnk la bace buku seram.. nt xleh tido..
    hehek

    ReplyDelete
  3. tk penah baca novel2 fixi ni. org ramai kata cite asrama ni pelik tpi best

    ReplyDelete
  4. okay, nak jugak beli novel ni...belum ada lagi dalam koleksi

    ReplyDelete
  5. hantu yg rasa asrama berhantu? :O

    ReplyDelete
  6. boleh lah cerita ni. ada satu lagi cerita fixi agak menyeramkan. buku dia mata hijau. akk lupa nama dia apaaa. aaa, serius scaryyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin bv baca novel ea.. Anis ni hampeh.. Kalau xsocial we, game, web, game , sleep

      Delete
  7. Kalau baca novel ni macam takut jugak.. tapi realitinya tak seram kan., tapi saya tak boleh nak menghayati novel2 fiksyen cegini.. takuuutttt.. hehe

    ReplyDelete
  8. seriusly saya penggemar tegar buku fixi. buku ni dah baca dah hihi
    yang terbaru patung tak beli lagi :'(

    ReplyDelete
  9. jangan baca jika anda ada sakit jantung.. hehe

    ReplyDelete
  10. Okayyy teringin nak baca. Pinjam haha

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!