Monday, 2 February 2015

hukum memakai inai

Assalamualaikum
aku suka tengok kaum perempuan yang berinai. tak kisah la yang dah berkahwin atau belum. hehe. sebab aku pun suka berinai. tapi takla inai yang berukir2 berbagai bentuk tu. cuma inai kat kuku. hahaha. nampak comel je jari2 berinai. rasa nak kawen je. ahhahahahahhaa. abaikan. berinai untuk suka2 je selalunya. last aku berinai masa hari raya hari tu. sekarang macam nak berinai lagi je. hehehe.


kekadang, aku musykil jugak apa hukum berinai kan. sebab ada kata inai nie budaya orang india. so aku google la hukum dia. dan nak la share ngan korang kaum hawa yang suka berinai tu, tak kesah la yang dah kahwin ke tak.

sumber : e-Fatwa
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. 

2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

so boleh la berinai bagi perempuan. inshaALLAH. asal tidak menimbulkan fitnah. kekadang kalau berinai lebih2an pun boleh timbulkan tabbaruj kan. aku tak berani nak sembang panjang lebar pasal nie. sebab aku pun bukan orang yang berilmu sangat tentang agama. :)

sekian,
ilal liqa'


23 comments:

  1. Nasib baik boleh pakai... sebab akak pun suka berinai juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kak. asal tak menimbulkan fitnah kan. . :)

      Delete
  2. Sekarang kan trend yang buat inai macam-macam bentuk tu. Ha, cuma yang bermotifkan haiwan dan lambang keagamaan tak dibenarkan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu. jadi trend dah inai corak2 bunga2 tu kan. hehe. cantik. . :)

      Delete
  3. akk suke jgk berinai..
    tp nk pkai 2la yg malas..
    nk kene tgu inai kering lg..
    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli inai yang cepat kering kak. hehe.

      Delete
  4. saya pun suka jugak pakai inai. hehehe

    ReplyDelete
  5. Ena memang suka giler pakai inai.. kejap lagi nak pakai.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. .yeah. .hehe. masih nak cari inai lagi nie. . :D

      Delete
  6. Jazakillah khairan akak atas entry ni. :D

    lama tak pakai inai. Last pakai masa sekolah rendah.
    Teringin nak pakai kat kuku. yang simple.
    Nampak macam comel ^^

    Ok tak apa. Habis matrik i nak pakai inai. mihmihmih

    ReplyDelete
    Replies
    1. comelkan kalau guna kat kuku? hehe. boleh bawa solat lagi sebab inai je kan. . :)
      pakai la kalau dah habis matrik nanti :D

      Delete
  7. hihihih once my fav and current obsession!!!
    but sekarang busy T_T
    lupa nak add on cewah hahaha

    ReplyDelete
  8. kadang2 sy tak tahan sangat dgn bau dia T_T

    ReplyDelete
  9. Akak tak suka sangat berinai sebab tak suka kuku berwarna. Lepas tu, bau dia lagi. Masya Allah. hehehehe.

    ReplyDelete
  10. kita suka pakai.. cuma malas nak menumbuk n bila pakai buat sendiri mmg tak cantik kalernya n bertompok2..azab betul..
    pastu gatal la cuba pakai inai kiub instant tu.. pekat mmg pekat,tp sayang terus gatal lepas guna..! hoho..murah punya pasal.. T__T

    ReplyDelete
  11. Yaauy!! Boleh berinai! Anis suka inai lukis2

    ReplyDelete
  12. ana suka pakai inai mekah yg dlm tube tu. mudah xyah nk tumbuk2 hehe. pastu pakai sekejap je dah jadi merah dah hehe

    ReplyDelete
  13. teringat kat kawan. sgt jarang nampak kuku dia x berinai.
    hmm.. lama dah x berinai. tetiba teringin plak. hehe.

    ReplyDelete
  14. akak , kalau inai homemade yang bermacam-macam warna tu boleh jugak pakai ke? hm. mohon notice kat cbox saya kalau akak reply takut saya tak perasan nanti :) thanks

    The Talking Diary

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!