Friday, 16 January 2015

Tips mendapatkan ilmu yang berkat



Assalamualaikum
bila ilmu yang kita dapat berkat, maka kita akan lebih mudah faham akan ilmu yang sedang kita belajar tu. selain tu, mudah jugak nak ingat kalau kita faham kan? semua berkait pulak. hehe. nak dapatkan ilmu yang berkat nie memang mudah, tapi kekadang kita yang buat dia jadi susah.

ini cara mendapatkan keberkatan ilmu bagi pendapat aku la. sebab aku cuba amalkan benda macam nie. menjadi jugak. walaupun kadang2 aku lalai. wuaaa.

hormat pensyarah/pengajar/cikgu
haaaa, nie paling penting. pengajar adalah orang yang menjadi perantara dalam menyampaikan ilmu kepada kita. so, walau macam mana korang benci dan taksuka dia, korang mesti hormat dia. sebab kalau kita hormat dia, ilmu korang berkat la. sebab dapat dari dia jugak kan. dan jangan pernah sekali cuba cakap benda takbaek tentang dia. simpan aib orang, Allah simpan jugak aib kita. inshaALLAH. jangan buat pensyarah kecik hati atau sebagainya.

memberi perhatian dalam sesi pembelajaran
masa pensyarah tengah mengajar korang mesti beri perhatian sepenuhnya. mesti dengar apa pensyarah kata. takdapat beri perhatian? tengok je la muka pensyarah tu. hahaha. jangan buat benda yang dilarang pensyarah, macam pensyarah kata jangan main henpong masa dia sedang mengajar, jadi tanggungjawab korang la jangan main henpong. hormat ilmu yang disampaikan. kalau mengantuk? mengantuk macam mana pun mesti tahan. kekadang, ada pensyarah yang rajin bagi masa rehat 5 minit kan, masa tu la korang lelap jap, cuci muka ke, main henpon ke. kalau takdak rehat mintak la. aku rasa tak semua pensyarah kejam sangat. huahua. :D

pastikan niat betul
niat nak menimba ilmu, niat nak belajar kerana ilmu, kerana ALLAH. menimba ilmu nie jihad tau. so niat mestilah betul. jangan sebab ada benda nie ada exam, belajar sungguh2 sebab nak lulus je. aku selalu macam nie T^T astaghfirullahalazim. niat kerana nak belajar. nak dapat ilmu. sebab pentingnya menimba ilmu. :)


kalau ilmu korang berkat. inshaALLAH korang akan lulus dengan belajar rajin2. :) kalau korang pandai macam mana pun tapi ilmu takberkat, rasanya ilmu tu tak akan kekal. :) wallahualam. ALLAH lebih mengetahui. :D

korang ada cara lain nak jadikan ilmu yang kita dapat berkat? Share la jugak. :D

sekian, ilal liqa'


14 comments:

  1. Bab beri perhatian tu saya mmng pandang muka cikgu, tpi dlm kepala berangan benda lain, hahaha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. sama je kita. asal takbuat kerja lain dahla. :D

      Delete
  2. bagus tips2 awak ni dear, adalah wajar bagi mereka untuk mengikutinya...

    ReplyDelete
  3. lepas dah dapat, share ilmu tu :)

    ReplyDelete
  4. InshaAllah...Harap ilmu kita dapat akan berkat

    ReplyDelete
  5. thanks bv,
    qila baru je habis nangis stress T_T
    kerana allah tu ha paling penting.
    ingat umi abah, hhehehe xD
    thanks thanks!

    ReplyDelete
  6. HORMAT, BERI PERHATIAN & NIAT. 3 benda ni mmg paling penting dlm apa jugak yg kita buat. hehe

    ReplyDelete
  7. Betul! Can't deny. respect lecturer tu betul sgt. Niat tu lg lah betul. Pay attention dalam kelas tu sgt betul jugakkk

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!